Senin, 15 Januari 2018

Kajian Hadits IKABA 21-30

Bismillah..
*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB BEJANA*_

*HADITS KE-21 :*

*وَعَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : أَنَّ قَدَحَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ انْكَسَرَ فَاِتَّخَذَ مَكَانَ الشَّعْبِ سَلْسَلَةً مِنْ فِضَّةٍ أَخْرَجَهُ الْبُخَارِيُّ*

Dari Anas Ibnu Malik Radliyallaahu 'anhu *bahwa bejana Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam retak, lalu beliau menambal tempat yang retak itu dengan pengikat dari perak.* Diriwayatkan oleh Bukhari.  

*Makna Hadis :*

Semua perkataan dan perbuatan Rasulullah (s.a.w) merupakan ketetapan syariat bagi umatnya. Dalam hadis ini Rasulullah (s.a.w) meletakkan perak pada wadah yang telah retak untuk menampalnya supaya tidak bocor. Ini menunjukkan bahwa itu dibolehkan, dan cara ini dikenal dengan istilah al-tadhbib (menambal barang pecah).

*Fiqh Hadis :*

1. Boleh menampal bekas yang retak dengan perak.

2. Minum dengan menggunakan wadah merupakan perbuatan yang dianjurkan oleh syariat.

*Kesimpulan :*

Hadis-hadis yang disebut dalam bab ini menunjukkan kepada kesimpulan berikut :

1. Haram makan dan minum dengan menggunakan wadah yang terbuat dari emas dan perak.

2. Kulit menjadi suci setelah disamak, meskipun berasal dari haiwan yang mati (bangkai).

3. Dilarang menggunakan wadah milik ahli kitab sebelum dicuci terlebih dahulu.

4. Boleh menampal tempat yang retak pada suatu wadah dengan menggunakan perak.

Wallahu a'lam bisshowab..

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_ Semoga bermanfaat. Aamiin..

[8/1 2:03 AM] Musthofa AB:

*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB MENGHILANGKAN NAJIS*_

*HADITS KE-22 :*

*عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الْخَمْرِ تُتَّخَذُ خَلًّا ؟ قَالَ : لَا أَخْرَجَهُ مُسْلِمٌ وَالتِّرْمِذِيُّ وَقَالَ  حَسَنٌ صَحِيحٌ*

Anas Ibnu Malik Radliyallaahu 'anhu berkata: *Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam pernah ditanya tentang khamar (minuman memabukkan) yang dijadikan cuka. Beliau bersabda: "Tidak boleh."* Riwayat Muslim dan Tirmidzi. Menurut Tirmidzi hadits ini hasan dan shahih.  

*Makna Hadis :*

Rasulullah (s.a.w) telah menuturkan kalimat-kalimat yang kemudian diabadikan oleh sejarah. Kesemuanya merupakan nasihat dan pengajaran. Pada suatu hari baginda pernah ditanya mengenai hukum pembuatan cuka yang dibuat daripada khamar. Baginda memberikan jawapan bahwa itu tidak boleh dilakukan. Para ulama mentakwil makna hadis ini dengan mengemukakan pendapat masing-masing, sebagaimana yang akan disebutkan dalam fiqh hadis berikut.

*Fiqh Hadis :*

1. Tidak boleh membuat cuka dari khamar. Khamar tidak menjadi suci dengan dijadikan cuka melalui proses yang dilakukan oleh manusia. Inilah pendapat mazhab Imam al-Syafi'i dan Imam Ahmad kerana ada hadis yang menyuruh menumpahkan khamar. Oleh itu, tidak menumpahkan khamar dan memprosesnya menjadi cuka merupakan perbuatan durhaka yang tidak akan menyucikan cuka itu.

2. Khamar menjadi suci dengan memprosesnya menjadi cuka. Ini adalah pendapat yang masyhur di kalangan mazhab Imam Malik dan mazhab Imam Abu Hanifah, kerana khamar telah berubah menjadi sesuatu yang bermanfaat.

3. Ulamak telah bersepakat bahwa khamar apabila berubah menjadi cuka
dengan sendirinya maka ia menjadi suci.

Wallahu a'lam bisshowab..

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_ Semoga bermanfaat. Aamiin..

[8/1 11:13 PM] Musthofa AB:

*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB MENGHILANGKAN NAJIS*_

*HADITS KE-23 :*

*وَعَنْهُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : لَمَّا كَانَ يَوْمُ خَيْبَرَ أَمَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَبَا طَلْحَةَ فَنَادَىإنَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ يَنْهَيَانِكُمْ  عَنْ لُحُومِ الْحُمُرِ الْأَهْلِيَّةِ فَإِنَّهَا رِجْسٌ مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ*

Darinya (Anas Ibnu Malik r.a), dia berkata: "Ketika hari perang Khaibar Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam memerintahkan Abu Thalhah, kemudian beliau berseru: *"Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya melarang engkau sekalian memakan daging keledai negeri (bukan yang liar) karena ia kotor."* Muttafaq Alaihi.

*Makna Hadis :*

Hukum mentaati Rasulullah (s.a.w) adalah wajib berdasarkan nash al-Qur‟an. Betapa Rasulullah (s.a.w) amat mengambil berat tentang ajaran Islam dimana baginda ingin menyampaikannya kepada segenap umat manusia dengan kadar yang segera. Untuk itu, baginda memerintahkan seorang juru penyeru supaya segera menyampaikan kepada seluruh umat manusia apa-apa yang wajib diikuti dalam benda-benda yang haram dimakan seperti haram memakan daging keledai kampung, sebab daging keledai kampung itu najis. Seruan ini didengar oleh seluruh kaum muslimin dan mereka terpaksa menumpahkan isi periuk mereka dan membasuhnya kalau-kalau masih ada lagi saki baki daging keledai yang sudah dimasak. Hal ini dilakukan demi mentaati perintah Allah dan Rasul-Nya disamping yakin dengan apa yang telah dijanjikan oleh Allah (s.a.w) kepada mereka berupa pahala yang kekal abadi di dalam syurga 'Adn.

*Fiqh Hadis :*

1. Disyariatkan membuat pengumuman untuk memaklumkan perkara penting seperti hukum-hukum dan perkara-perkara penting yang lain.

2. Haram memakan daging keledai kampung.

3. Sembelihan tidak dapat menyucikan hewan yang tidak halal dimakan.

4. Wajib mencuci bekas yang terkena najis ketika hendak dipakai.

5. Keledai liar halal diburu dan halal dimakan.

Wallahu a'lam bisshowab..

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_ Semoga bermanfaat. Aamiin..
[9/1 11:20 PM] Musthofa AB: *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB MENGHILANGKAN NAJIS*_

*HADITS KE-24 :*

*وَعَنْ عَمْرِو بْنِ خَارِجَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : خَطَبَنَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمِنًى وَهُوَ عَلَى رَاحِلَتِهِ وَلُعَابُهَا يَسِيلُ عَلَى كَتِفِي أَخْرَجَهُ أَحْمَدُ وَالتِّرْمِذِيُّ وَصَحَّحَهُ*

Dari Amru Ibnu Khorijah Radliyallaahu 'anhu berkata: *Nabi saw berkhotbah pada waktu kami di Mina sedang beliau di atas binatang kendaraannya, dan air liur binatang tersebut mengalir di atas pundakku.* Dikeluarkan oleh Ahmad dan Tirmidzi, dan dinilainya hadits shahih.

*Makna Hadis :*

Seorang khatib dalam khutbahnya hendaklah menjelaskan apa-apa yang bisa membimbing umat manusia menuju kebaikan agama dan urusan dunia mereka. Khutbah yang disampaikan hendaklah bersesuaian dengan situasi dan keadaan. Khutbah haji hendaklah menjelaskan hukum-hakam ibadah haji; apa yang diboleh dilakukan dan apa pula yang tidak boleh dilakukan sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah (s.a.w) dalam khutbahnya ketika berada di Mina. Dalam khutbah itu baginda menjelaskan tentang hukum-hukum yang berkaitan dengan ibadah haji. Ketika itu Rasulullah (s.a.w) menyaksikan sendiri bahwa air liur unta yang dikenderainya mengalir mengenai tubuh salah seorang sahabatnya, tetapi baginda tidak menyuruhnya supaya menjauh unta tersebut. Hal ini merupakan satu pengakuan dari baginda bahwa hewan yang dagingnya halal dimakan adalah suci.

*Fiqh Hadis :*

1. Disyariatkan menyampaikan khutbah di Mina pada kawasan yang tinggi untuk menjelaskan hukum-hukum manasik haji.

2. Suci air liur haiwan yang boleh dimakan dagingnya. Apa yang termasuk kedalam pengertian hewan yang boleh dimakan adalah setiap haiwan yang suci. Apa yang termasuk kedalam pengertian air liur adalah setiap lebihan yang keluar daripadanya seperti keringat selagi lebihan tersebut tidak mempunyai tempat yang menetap dan sudah diproses di dalam perut hingga berubah dalam bentuk yang lain.

3. Pengakuan Nabi (s.a.w) terhadap suatu perkara yang dilakukan di hadapannya menunjukkan bahwa perkara tersebut adalah dibolehkan, kerana pengakuan baginda dikategorikan sebagai Sunnah.

4. Dalam hadis ini sahabat berkenaan menceritakan semula keadaan yang pernah dialaminya dengan terperinci. Ini menunjukkan ketelitian dan daya
ingatannya yang tajam, di samping membuktikan sahabat tersebut sentiasa berpegang teguh dengan riwayat hadis dan peristiwa yang menjadi latar belakangnya.

Wallahu a'lam bisshowab..

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_ Semoga bermanfaat. Aamiin..

[11/1 2:42 AM] Musthofa AB:

*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB MENGHILANGKAN NAJIS*_

*HADITS KE-25 :*

*وَعَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ : كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَغْسِلُ الْمَنِيَّ ثُمَّ يَخْرُجُ إلَى الصَّلَاةِ فِي ذَلِكَ الثَّوْبِ وَأَنَا أَنْظُرُ إلَى أَثَرِ الْغَسْلِ. مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ*

*وَلِمُسْلِمٍ : لَقَدْ كُنْت أَفْرُكُهُ مِنْ ثَوْبِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرْكًا فَيُصَلِّي فِيه*

*وَفِي لَفْظٍ لَهُ : لَقَدْ كُنْت أَحُكُّهُ يَابِسًا بِظُفْرِي مِنْ ثَوْبِهِ*

'Aisyah Radliyallaahu 'anhu berkata: *Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam pernah mencuci pakaian bekas kami, lalu keluar untuk menunaikan shalat dengan pakaian tersebut, dan saya masih melihat bekas cucian itu.* Muttafaq Alaihi.  

Dalam Hadits riwayat Muslim: *Aku benar-benar pernah menggosoknya (bekas mani) dari pakaian Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam, kemudian beliau sholat dengan pakaian tersebut.*

Dalam Lafadz lain hadits riwayat Muslim: *Aku benar-benar pernah mengerik mani kering dengan kukuku dari pakaian beliau.*

*Makna Hadis :*

Allah (s.w.t) memuliakan umat manusia dan mengutamakannya ke atas seluruh makhluk yang lain dengan menjadikan suci asal kejadiannya dan mulia asal penciptaannya. 'Aisyah Ummu al-Mu'minin telah menceritakan bahwa beliau pernah mengorek bekas air mani yang ada pada pakaian Rasulullah (s.a.w) dengan kukunya.

*Fiqh Hadis :*

Mencuci bekas air mani ialah apabila masih dalam keadaan basah, namun apabila sudah kering, maka cukup dengan cara mengoreknya. Ulamak berbeda pendapat mengenai air mani ini. Abu Hanifah berserta murid-muridnya, Imam Malik dan salah satu riwayat dari Imam Ahmad mengatakan bahwa air mani itu najis.
Mereka berkesimpulan demikian berlandaskan kepada riwayat-riwayat yang mengatakan ia wajib dicuci dan demikian pula hadis 'Ammar yang mengatakan bahwa sesungguhnya kamu mesti mencuci pakaianmu jika terkena berak, kencing, mani, darah dan muntah. Di samping itu, mereka turut mengqiaskan air manis dengan dengan segala sesuatu benda yang menjijikkan, kerana ia melalui proses penghadaman dan merupakan sari makanan yang telah diproses di dalam perut. Mani dianggap najis menurut mereka kerana setiap hadas yang mewajibkan seseorang bersuci diri darinya adalah najis, sedangkan air mani merupakan salah satu darinya. Alasan lain air mani itu najis kerana ia keluar melalui jalur
yang sama dengan tempat keluar air kencing. Imam Malik mentakwilkan hadis yang mengatakan mengoreknya bahwa itu dilakukan dengan menggunakan air. Manakala mengorek bekas air mani yang dilakukan oleh Aisyah untuk menghilangkannya dari pakaian Nabi (s.a.w) barangkali baginda sendiri tidak mengetahui apa yang dilakukan 'Aisyah atau kerana air mani Nabi (s.a.w) dianggap suci yang merupakan keistimewaan bagi baginda. Imam Abu Hanifah mengatakan bahwa bekas air mani hendaklah dicuci dengan air apabila masih basah, tetapi apabila telah kering, maka sudah mencukupi dengan cara mengoreknya saja. Ini bertujuan untuk mengamalkan kedua-dua hadis di atas. Hal ini disamakan dengan selipar yang terkena najis. Menurut mazhab Imam al-Syafi'i, ulamak hadis dan Imam Ahmad dalam salah satu yang paling sahih darinya pula bahwa air mani itu suci. Mereka mengambil kesimpulan demikian kerana berlandaskan kepada hadits Ibn 'Abbas (r.a) yang menceritakan bahwa: “Rasulullah (s.a.w) pernah ditanya mengenai air mani yang terkena pakaian lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya air mani itu sama kedudukannya dengan hingus, dahak dan ludah.” Rasulullah (s.a.w) melanjutkan sabdanya: “Sesungguhnya sudah memadai bagimu dengan mengusapnya dengan kain atau idzkhir.” (Disebut oleh
al-Daruquthni dan al-Baihaqi).
Menyerupakan air mani dengan hingus dan ludah menunjukkan bahwa air
mani itu suci. Adapun perintah untuk mengelapnya dengan kain atau sabut idzkhir, maka itu bertujuan untuk menghilangkan kotoran yang tidak patut dikekalkan pada pakaian yang hendak dipakai untuk mengerjakan solat.

Wallahu a'lam bisshowab..

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_ Semoga bermanfaat. Aamiin..

[12/1 7:11 AM] Musthofa AB:

*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB MENGHILANGKAN NAJIS*_

*HADITS KE-26 :*

*عَنْ أَبِي السَّمْحِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُغْسَلُ مِنْ بَوْلِ الْجَارِيَةِ وَيُرَشُّ مِنْ بَوْلِ الْغُلَامِ أَخْرَجَهُ أَبُو  دَاوُد وَالنَّسَائِيُّ  وَصَحَّحَهُ الْحَاكِمُ*

Dari Abu Samah Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda:  *"Bekas air kencing bayi perempuan harus dicuci dan bekas air kencing bayi laki-laki cukup diperciki dengan air."* Dikeluarkan oleh Abu Dawud dan Nasa'i. Oleh Hakim hadits ini dinilai shahih.

*Makna Hadis :*

Syariat sungguh bijaksana dalam setiap keputusan  yang dibuat. Kita sering kali menggendong bayi lelaki dan memeluk mereka. Di sini syariat meringankan najis air kencing mereka dengan syarat bayi lelaki itu masih belum berusia dua tahun dan hanya meminum susu. Cara menyucikan air kencingnya ialah dengan memercikkan air ke atasnya. Ini berbeda dengan air kencing bayi perempuan di mana cara menyucikannya ialah dengan membasuhnya, kerana najisnya lebih
berat daripada najis air kencing bayi lelaki. Selain najis air kencing, tidak ada perbedaan diantara keduanya, yakni sama-sama najis.

*Fiqh Hadis :*

Perbedaan yang ada antara air kencing bayi lelaki dengan bayi perempuan
menurut hukum ialah sebelum mereka memakan makanan lain selain air susu. Air kencing keduanya sama-sama najis, tetapi untuk membersihkan air kencing lelaki cukup dengan memercikkannya dengan air, yakni menyiramnya tanpa mengalirkan air. Ini merupakan kemudahan syariat. Cara membersihkan air kencing bayi perempuan pula tidak cukup hanya dengan memercikkan air ke  atasnya, melainkan wajib dibasuh. Hikmah yang terdapat dalam masalah ini menurut satu pendapat adalah bersifat ta'abbudiyyah (semata-mata mematuhi perintah syariat), sedangkan menurut pendapat yang lain mengatakan itu kerana orang kebanyakan lebih menyukai bayi lelaki dan sering kali menggendongnya. Oleh itu, syariat memberikan keringanan dalam masalah ini. Menurut pendapat yang lain pula, air kencing bayi perempuan lebih pekat, manakala air kencing bayi lelaki tidak demikian.
Dalam kaitan ini para ulamak berbeda pendapat. Imam Ahmad dan Imam al-
Syafi'i mengatakan adanya rukhsah terhadap air kencing bayi lelaki sebelum usia dua tahun dan belum memakan makanan lain selain air susu. Sedangkan menurut Imam Abu Hanifah dan pendapat masyhur di kalangan mazhab Maliki, air kencing bayi lelaki dan bayi perempuan sama-sama najis, dan mesti tetap dibasuh.

Wallahu a'lam bisshowab..

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_ Semoga bermanfaat. Aamiin..

[12/1 11:19 PM] Musthofa AB:

*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB MENGHILANGKAN NAJIS*_

*HADITS KE-27 :*

*وَعَنْ أَسْمَاءَ بِنْتِ أَبِي بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ - فِي دَمِ الْحَيْضِ يُصِيبُ الثَّوْبَ تَحُتُّهُ ثُمَّ تَقْرُصُهُ بِالْمَاءِ ثُمَّ تَنْضَحُهُ ثُمَّ تُصَلِّي فِيهِ مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ*

Dari Asma binti Abu Bakar Radliyallaahu 'anhu bahwa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda tentang darah haid yang mengenai pakaian:  *"Engkau kikis, engkau gosok dengan air lalu siramlah, baru kemudian engkau boleh sholat dengan pakaian itu."* Muttafaq Alaihi.

*Makna Hadis :*

Mematuhi undang-undang samawi dan ajaran Islam merupakan satu kemestian bagi umat manusia. Syariat Islam memerintahkan kita supaya senantiasa menjaga kebersihan dan membasuh najis yang terkena pakaian kita. Siti Hawa disiksa lantaran membangkang perintah Allah. Dia terpaksa menjalani masa mengandung dan melahirkan anak dengan susah payah, di samping menjadikannya mengeluarkan darah sebulan sekali. Sejak itu Siti Hawa haid, lalu dikatakan kepadanya: “Telah ditetapkan ke atas dirimu dan anak-anak perempuan kamu berhaid.” Ia menjadi sebahagian hidup kaum perempuan. Kadang kala pakaian wanita yang haid terpalit darah haid dan oleh kerananya, syariat Islam memerintahkan supaya bekas darah itu dikorek, lalu dikucak dan dicuci dengan air hingga ketiga-tiga sifatnya hilang.

*Fiqh Hadis :*

1. Hukum darah itu najis.

2. Wajib membasuh tempat yang terkena darah dengan air dan bersungguh-sungguh dalam menghilangkan kesannya dengan cara mengorek dan mengucak serta membasuhnya agar kesannya hilang. Cara menghilangkan semua najis dalam bentuk cecair adalah menggunakan air.

3. Peringatan keras dari melakukan berlebih-lebihan ketika membasuh najis. Inilah makna yang terkandung dalam ungkapan al-nadh yang maknanya menggunakan air secara tidak berlebihan dan tidak boleh boros.

4. Kesan warna darah jika sukar dihilangkan adalah dimaafkan dengan syarat telah bersungguh-sungguh membasuhnya untuk menghilangkan warnanya. Ini berlandaskan kepada dalil yang akan disebut pada hadis berikut ini: “Dan tidak membahayakanmu bekas yang masih ada itu.”

Wallahu a'lam bisshowab..

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_ Semoga bermanfaat. Aamiin..

[14/1 9:32 PM] Musthofa AB:

*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB MENGHILANGKAN NAJIS*_

*HADITS KE-28 :*

*وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَتْ خَوْلَةُ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَإِنْ لَمْ يَذْهَبْ الدَّمُ ؟ قَالَ : يَكْفِيك الْمَاءُ وَلَا يَضُرُّك أَثَرُهُ أَخْرَجَهُ التِّرْمِذِيُّ وَسَنَدُهُ ضَعِيفٌ*

Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu berkata: Khaulah bertanya, wahai Rasulullah, meskipun darah itu tidak hilang? Beliau menjawab:  *"Engkau cukup membersihkannya dengan air dan bekasnya tidak mengapa bagimu."* Dikeluarkan oleh Tirmidzi dengan sanad yang lemah.

*Makna Hadis :*

Seorang manusia berdiri di hadapan Allah mesti dalam keadaan tubuh badan yang suci. Untuk itu, pakaiannya pun mesti suci. Jika salah satu najis seperti darah terkena pakaiannya, dia wajib menghilangkannya dengan apa saja caranya disertai dengan usaha keras untuk membersihkannya. Jika warna najis tersebut sukar untuk dihilangkan dari pakaian, maka itu dimaafkan oleh agama Islam. Dalam kaitan ini, Rasulullah (s.a.w) bersabda :
“Tidak seorangpun yang bersikap berlebihan dalam agama ini melainkan agama pasti mengalahkannya.” Dengan kata lain, seseorang pasti tidak mampu mengamalkan agama ini ekstrim kerana dia sebenarnya tidak mampu berbuat demikian. Ini merupakan salah satu bentuk kemudahan hukum Islam.

*Fiqh Hadis :*

1. Tidak wajib menggunakan barang kasar seperti bahan yang digunakan untuk menyamak atau sabun untuk menghilangkan warna najis dan melenyapkan 'ainnya, sebaliknya sudah mencukupi dengan menggunakan air.

2. Sisa bau najis atau warnanya tidak membuat mudarat apabila sukar
dihilangkan.

3. Disunahkan merubah bekas warna darah dengan shufrah atau minyak zakfaran untuk menutupi warna aslinya dan memalingkan diri dari terus melihatnya sebagaimana yang telah dinyatakan dalam hadis yang disebut oleh al-Darimi.

*Kesimpulan :*

Hadis-hadis yang telah disebut dalam bab ini memberitahu najisnya benda-benda berikut, yaitu khamer, daging keledai kampung, air mani, air kencing bayi perempuan dan bayi lelaki dan darah haid.

Wallahu a'lam bisshowab..

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_ Semoga bermanfaat. Aamiin..

[15/1 4:56 AM] Musthofa AB:

*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB WUDUK*_

*HADITS KE-29 :*

*عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ : لَوْلَا أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي لَأَمَرْتُهُمْ بِالسِّوَاكِ مَعَ كُلِّ وُضُوءٍ أَخْرَجَهُ مَالِكٌ وَأَحْمَدُ وَالنَّسَائِيُّ. وَصَحَّحَهُ ابْنُ خُزَيْمَةَوَذَكَرَهُ الْبُخَارِيُّ تَعْلِيقًا*

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu dari Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bahwa beliau bersabda: *"Seandainya tidak memberatkan atas umatku niscaya aku perintahkan mereka bersiwak (menggosok gigi dengan kayu aurok) pada setiap kali wudlu."* Dikeluarkan oleh Malik Ahmad dan Nasa'i. Oleh Ibnu Khuzaimah dinilai sebagai hadits shahih sedang Bukhari menganggapnya sebagai hadits mu'allaq.

*Makna Hadis :*

Rasulullah (s.a.w) tidak senang membebankan tugas berat kepada umatnya kerana khuatir mereka tidak mampu mengerjakan apa yang diperintahkan kepada mereka. Baginda amat menyayangi umatnya dan oleh karenanya, mereka tidak diperintahkan bersiwak pada setiap kali hendak berwuduk, sekalipun bersiwak
mengandungi banyak manfaat, seperti menghilangkan bau mulut, membuat baumulut menjadi wangi, gusi menjadi kuat dan bermunajat kepada Allah (s.w.t) dalam keadaan yang paling sempurna bagi tujuan memuliakan ibadah dan menghormati malaikat yang berada di hadapannya. Selain itu, dengan bersiwak gigi menjadi bersih dan nampak putih bersinar. Nabi (s.a.w) telah mengukuhkan hukum sunat bersiwak ketika hendak berwuduk, solat, membaca Al-Quran, ketika bangun dari tidur dan ketika mulut berbau tidak sedap. Keutamaan bersiwak telah disebutkan dalam banyak hadits yang jumlahnya lebih dari seratus hadits. Betapa anehnya, Sunnah yang di dalamnya mengandungi keutamaan besar ini sering kali diabaikan oleh ramai orang hingga oleh orang yang mengaku dirinya terpelajar sekalipun. Mudah-mudahan Allah memberikan taufik kepada seluruh umat manusia untuk melakukan apa yang disukai dan diRidhai-Nya.

*Fiqh Hadis :*

1. Keutamaan memudahkan dalam perkara agama dan setiap apa yang boleh memberatkan hukumnya makruh.

2. Ungkapan perintah apabila tidak disertai qarinah-qarinah yang mengikatnya menunjukkan makna wajib.

3. Disunahkan bersiwak sebelum berwuduk. Ini merupakan Sunnah Nabi (s.a.w). Atas dasar inilah hadits siwak disebutkan dalam bab berwuduk.

4. Rasulullah (s.a.w) sangat belas kasihan kepada umatnya.

Wallahu a'lam bisshowab..

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_ Semoga bermanfaat. Aamiin..

[16/1 12:40 AM] Musthofa AB:

*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB WUDUK*_

*HADITS KE-30 :*

*وَعَنْ حُمْرَانَ أَنَّ عُثْمَانَ دَعَا بِوَضُوءٍ فَغَسَلَ كَفَّيْهِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ ثُمَّ تَمَضْمَضَ وَاسْتَنْشَقَ وَاسْتَنْثَرَ ثُمَّ غَسَلَ وَجْهَهُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ ثُمَّ غَسَلَ يَدَهُ الْيُمْنَى إلَى الْمِرْفَقِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ ثُمَّ الْيُسْرَى مِثْلَ ذَلِكَ ثُمَّ مَسَحَ بِرَأْسِهِ ثُمَّ غَسَلَ رِجْلَهُ الْيُمْنَى إلَى الْكَعْبَيْنِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ ثُمَّ الْيُسْرَى مِثْلَ ذَلِكَ ثُمَّ قَالَ : رَأَيْت رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَوَضَّأَ نَحْوَ وُضُوئِي هَذَامُتَّفَقٌ عَلَيْهِ*

Dari Humran bahwa Utsman meminta air wudlu.  *Ia membasuh kedua telapak tangannya tiga kali lalu berkumur dan menghisap air dengan hidung dan menghembuskannya keluar kemudian membasuh wajahnya tiga kali. Lalu membasuh tangan kanannya hingga siku-siku tiga kali dan tangan kirinya pun begitu pula. Kemudian mengusap kepalanya lalu membasuh kaki kanannya hingga kedua mata kaki tiga kali dan kaki kirinya pun begitu pula. Kemudian ia berkata: Saya melihat Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam berwudlu seperti wudlu-ku ini.* Muttafaq Alaihi.

*HADITS KE 31 :*

*وَعَنْ عَلِيٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ - فِي صِفَةِ وُضُوءِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - قَالَ : وَمَسَحَ بِرَأْسِهِ وَاحِدَةً أَخْرَجَهُ أَبُو دَاوُد وَأَخْرَجَهُ التِّرْمِذِيُّ وَالنَّسَائِيُّ بِإِسْنَادٍ صَحِيحٍ. بَلْ قَالَ التِّرْمِذِيُّ : إنَّهُ أَصَحُّ شَيْءٍ فِي الْبَابِ*

Dari Ali Radliyallaahu 'anhu tentang cara berwudlu Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam dia berkata:  *Beliau mengusap kepalanya satu kali.*  Dikeluarkan oleh Abu Dawud. Tirmidzi dan Nasa'i juga meriwayatkannya dengan sanad yang shahih bahkan Tirmidzi menyatakan bahwa ini adalah hadits yang paling shahih pada bab tersebut.  

*Makna Hadis :*

Pengajaran secara praktikal faedahnya dapat dirasakan secara langsung dan kaedah ini mudah diterima dan diingati. Ini diperkuatkan lagi dengan teori yang disebutkan dalam buku-buku pendidikan, bahwa pakar pendidikan menganjurkan untuk melakukan sistem pengajaran seperti ini. Hadis ini menjelaskan kepada kita tentang wuduk yang pernah diperagakan oleh Khalifah Utsmam di hadapan orang ramai, agar orang yang belum faham dapat menyaksikan dan mengingatinya dengan cepat. Hadis yang diceritakan oleh 'Ali (r.a) di dalamnya terdapat tambahan keterangan yang tidak disebutkan dalam hadis Khalifah Utsman, yaitu mengusap kepala satu kali, padahal anggota lainnya sebanyak tiga kali.

*Fiqh Hadis :*

1. Telah disepakati bahwa boleh meminta tolong mendatangkan air dan hukum perbuatan ini tidak makruh. Lain halnya dengan meminta tolong untuk
membasuh anggota tubuh, maka itu dimakruhkan, kecuali kerana terdapat
alasan yang dibenarkan syariat Islam.

2. Disunahkan membasuh kedua telapak tangan sebelum memasukkannya kedalam bekas untuk mengambil air.

3. Disunahkan membasuh beberapa anggota wuduk sebanyak tiga kali. Menurut pendapat jumhur ulama, tiga kali basuhan ini hukumnya sunat, bukan wajib, kerana terdapat hadis sahih yang menegaskan bahwa Rasulullah (s.a.w)
melakukan (basuhan) wuduk sebanyak satu sekali basuhan.

4. Kedua-dua siku hendaklah dibasuh bersamaan dengan kedua tangan. Begitu pula kedua-dua mata kaki hendaklah dibasuh bersamaan dengan kedua telapak kaki, kerana ila bermakna ma'a. Pemahaman seperti ini berlandaskan kepada perbuatan Rasulullah (s.a.w).

5. Mendahulukan yang sebelah kanan ke atas sebelah kiri.

6. Wajib mengusap kepala secara mutlak, namun adakah sudah memadai menyapu sebahagian kepala atau mesti menyapunya secara keseluruhan?
Ulama berselisih pendapat dalam masalah ini. Imam Malik dan Imam Ahmad dalam suatu riwayat mengatakan bahwa wajib meratakan usapan ke seluruh kepala. Pendapat ini disukung oleh sekumpulan mazhab al-Syafi'i. Tetapi kebanyakan ulama berpendapat cukup hanya mengusap sebahagian kepala dan di antara mereka yang berpendapat demikian ialah Imam al-Syafi'i. Mereka
yang berpendapat wajib mengusap seluruh kepala mentafsirkan huruf ba' dalam firman-Nya برؤوسكم adalah shilah (penghubung). Sedangkan yang berpendapat sudah memadai mengusap sebahagian kepala mengatakan bahawa huruf ba' tersebut bermakna tab'idhiyah (sebahagian). Jadi ayat ini masih bersifat umum dan perlukan penjelasan. Ia kemudian dijelaskan oleh Sunnah bahwa mengusap sebagian kepala sudah mencukupi.

Apa yang dimaksudkan dengan “sebahagian” di sini menurut Imam Abu Hanifah ialah seperempat dari kepala, sedangkan menurut Imam al-Syafi'i batasan minimum “sebahagian” itu
selagi perbuatan itu sudah dapat dikatakan mengusap sekalipun yang diusapnya hanya sehelai rambut kepala.

7. Disyariatkan tartib (berurutan) dalam berwuduk. Imam al-Syafi'i mewajibkan tartib ini dan begitu pula Imam Ahmad. Lain halnya dengan Imam Maliki dan Imam Abu Hanifah, dimana keduanya mengatakan bahwa tartib adalah sunat.

8. Mengajar dengan cara praktek atau peragaan mampu memberi kesan dan pengaruh yang lebih mendalam dibandingkan mengajar dengan cara teori.

9. Disyariatkan mengusap kepala satu kali.

Wallahu a'lam bisshowab..

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_ Semoga bermanfaat. Aamiin..

Tidak ada komentar:

Posting Komentar