Minggu, 11 Februari 2018

Kajian Hadits Ikaba 51-60

*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB WUDUK*_

*HADITS KE-51 :*

*عَنْهُ قَالَ: ( كَانَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَتَوَضَّأُ بِالْمُدِّ وَيَغْتَسِلُ بِالصَّاعِ إِلَى خَمْسَةِ أَمْدَادٍ )  مُتَّفَقٌ عَلَيْه*

Dari Anas r.a dia berkata:  *Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam berwudlu dengan satu mud air dan mandi dengan satu sho' hingga lima mud air.*  Muttafaq Alaihi

*Makna Hadis :*

```Semua perbuatan dan perkataan Rasulullah (s.a.w) bertujuan untuk memudahkan umatnya. Baginda sering kali berwuduk dengan satu mudd air dan mandi dengan satu sha' air hingga lima mudd air tanpa melakukan kelalaian ketika berwuduk
atau mandi dengan tidak membasuh sebagian anggota tubuh yang wajib dibasuh disamping tidak berlebihan dalam menggunakan air. Marilah kita mengikuti Sunnah Rasulullah (s.a.w) dalam setiap perbuatan dan perkataan supaya kita dapat memperoleh ridha Allah Yang Maha Esa lagi Maha Tinggi.```

*Fiqh Hadis :*

1. Tidak boleh berlebihan dalam menggunakan air sebaliknya hendaklah menggunakan dengan secukupnya dalam batasan paling minimum, baik
untuk wuduk maupun untuk mandi junub, tetapi tidak sampai ada anggota
yang wajib dibasuh tertinggal. Wuduk dan mandi junub wajib dilakukan
dengan sempurna sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah (s.a.w).

2. Apa yang terkandung di dalam hadis hanyalah perkiraan semata dan ia boleh dilakukan oleh orang yang para tubuhnya mirip dengan tubuh Nabi (s.a.w). Ketentuan ini tidak dapat dijadikan sebagai ukuran mutlak yang mesti dipatuhi, kerana setiap orang memiliki ukuran tubuh yang berlainan dan ini yang menentukan berapa kadar air yang diperlukan ketika berwuduk dan mandi junub.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_
Semoga bermanfaat. Aamiin..
[4/2 10:42 PM] Musthofa AB: *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB WUDUK*_

*HADITS KE-52 :*

*عَنْ عُمَرَ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ( مَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ يَتَوَضَّأُ فَيُسْبِغُ اَلْوُضُوءَ ثُمَّ يَقُولُ: أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اَللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ إِلَّا فُتِحَتْ لَهُ أَبْوَابُ اَلْجَنَّةِ )  أَخْرَجَهُ مُسْلِم وَاَلتِّرْمِذِيُّ وَزَادَ ( اَللَّهُمَّ اِجْعَلْنِي مِنْ اَلتَّوَّابِينَ وَاجْعَلْنِي مِنْ اَلْمُتَطَهِّرِينَ*

Umar Radliyallaahu 'anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda:  *"Tiada seorang pun di antara kamu yang berwudlu dengan sempurna kemudian berdo'a: Aku bersaksi bahwa tiada Tuhan selain Allah Yang Esa tiada sekutu bagiNya dan aku bersaksi bahwa Muhammad itu hambaNya dan utusanNya-kecuali telah dibukakan baginya pintu syurga yang delapan ia dapat masuk melalui pintu manapun yang ia kehendaki."* Diriwayatkan oleh Muslim dan Tirmidzi dengan tambahan (doa):  *"Ya Allah jadikanlah aku termasuk orang-orang yang bertaubat dan jadikanlah aku pula termasuk orang-orang yang selalu mensucikan diri."*

*Makna Hadis :*

```Taat kepada perintah syariat akan mendapatkan pahala besar di akhirat kelak bagi orang yang melakukannya. Barang siapa yang menyempurnakan wuduknya, lalu bersaksi bahwa Allah Maha Esa dalam Zat-Nya, tidak seorang pun yang menyekutui-Nya dalam perbuatan-perbuatan-Nya, maka dia adalah orang mukmin yang sempurna lagi menyucikan dirinya di mana Allah (s.w.t) akan memberikan pilihan baginya untuk memasuki syurga melalui pintu manapun yang dia kehendaki. Ini merupakan ganjaran baginya kerana dia telah meniadakan persekutuan bagi Allah dan ikhlas beribadah kepada-Nya.```

*Fiqh Hadis :*

1. Menjelaskan doa yang dianjurkan untuk dibaca sesudah berwuduk supaya orang yang berbuat demikian mendapat redha Allah (s.w.t). Perbuatannya itu
pula akan menyebabkan pintu-pintu surga dibukakan untuknya hingga kelak pada hari dia dapat memasukinya dari pintu mana saja yang dia kehendaki. Adapun do'a yang dibaca oleh setengah pihak ketika membasuh setiap anggota wuduk, maka itu tidak berlandaskan kepada dalil dan tidak pernah dikatakan oleh ulama terdahulu. Inilah pendapat al-Nawawi.

2. Surga mempunyai delapan pintu masuk. Apa yang disebut oleh hadis ini
menunjukkan betapa tinggi kedudukan orang yang senantiasa membaca dzikir dan do'a ma'tsur daripada Nabi (s.a.w).

3. Allah memperlihatkan kepada Rasul-Nya ganjaran pahala yang telah
disediakan kepada orang mukmin kelak di akhirat. Berita ini disampaikan oleh
Rasulullah (s.a.w) kepada para sahabatnya supaya mereka mengamalkan apa yang diperintahkan oleh Allah kepada mereka.

4. Menghimpun wuduk yang melambangkan kesucian zahir dengan doa ini yang mengandungi makna taubat sebagai simbol batin menunjukkan adanya munasabah yang sempurna supaya orang yang berwuduk menjadi suci dzahir dan batin serta suci jiwa dan raganya.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_
Semoga bermanfaat. Aamiin..
[6/2 1:05 AM] Musthofa AB: *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB MENGUSAP SEPASANG KHUFF*_

*HADITS KE-53 :*

*عَنْ اَلْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ رضي الله عنه قَالَ: ( كُنْتُ مَعَ اَلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَتَوَضَّأَ فَأَهْوَيْتُ لِأَنْزِعَ خُفَّيْهِ فَقَالَ: دَعْهُمَا فَإِنِّي أَدْخَلْتُهُمَا طَاهِرَتَيْنِ فَمَسَحَ عَلَيْهِمَا )  مُتَّفَقٌ عَلَيْه*

*لِلْأَرْبَعَةِ عَنْهُ إِلَّا النَّسَائِيَّ: ( أَنَّ اَلنَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم مَسَحَ أَعْلَى اَلْخُفِّ وَأَسْفَلَهُ )  وَفِي إِسْنَادِهِ ضَعْف ٌ*

Mughirah Ibnu Syu'bah Radliyallaahu 'anhu berkata:  *Aku pernah bersama Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam ketika beliau berwudlu aku membungkuk untuk melepas kedua sepatunya lalu beliau bersabda:  Biarkanlah keduanya sebab aku dalam keadaan suci ketika aku mengenakannya Kemudian beliau mengusap bagian atas keduanya* Muttafaq Alaihi

Menurut riwayat Imam Empat kecuali Nasa'i:  *bahwa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam mengusap sepatu bagian atas dan bawahnya* Dalam sanad hadits ini ada kelemahan

*Makna Hadis :*

```Antara keistimewaan umat Nabi Muhammad (s.a.w) adalah mengusap khuff. Ia merupakan syi'ar ahli sunnah wal jama'ah, karena para pelaku bid'ah mengingkari amalan mengusap khuff. Ia merupakan rukhsah (kemudahan), kerana dengan mengusap khuff maka gugurlah kewajipan membasuh kedua kaki. Allah dan Rasul-Nya membuat ketentuan ini bagi memberi kemudahan kepada umat ini sebagai rahmat kepada mereka. Lafaz مسح di-muta'addi-kan dengan huruf 'ala sebagai isyarat bahwa pengusapan dilakukan pada bahagian atas khuff dan ia juga merupakan satu kemudahan sebagaimana disyaratkan memakai sepasang khuff itu dalam keadaan bersih secara sempurna.

Cara mengusap khuff ialah mencelupkan kedua telapak tangan ke dalam air, lalu meletakkan bagian dalam telapak tangan kiri di bawah tumit khuff, sedangkan telapak tangan kanan diletakkan di atas ujung-ujung jari telapak kakinya, kemudian menggerakkan telapak tangan kanan ke arah permulaan betis, dan telapak tangan kirinya dilewatkan menuju ke ujung-ujung jari kakinya. Hadis tentang mengusap khuff ini diriwayatkan secara mutawatir dan orang yang mengingkarinya dikawatiri akan menjadi kufur.```

*Fiqh Hadis :*

1. Dibolehkan bagi seseorang berkhidmat kepada orang alim. Seseorang boleh dengan sengaja melakukan pelayanan terhadap orang lain sesuai dengan kebiasaan orang itu yang dia kenal meskipun tidak ada perintah terlebih dahulu.

2. Memakai khuff dalam perjalanan dan boleh mengusap khuff. Dalam hadis yang ketiga berikut ini disebutkan bahwa disyariatkan memakai khuff meskipun dalam keadaan bermukim.

3. Kedua kaki disyari'atkan dalam keadaan suci yang sempurna dengan
menggunakan air sebelum memakai sepasang khuff.

4. Memberikan pengertian melalui isyarat untuk menolak pemahaman yang keliru karena sabda Rasulullah (s.a.w) yang mengatakan: “Biarlah keduanya.”

5. Disyariatkan mengusap bagian atas dan bahagian bawah khuff.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_
Semoga bermanfaat. Aamiin..
[6/2 10:36 PM] Musthofa AB: *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB MENGUSAP SEPASANG KHUFF*_

*HADITS KE-54 :*

*عَنْ عَلِيٍّ رضي الله عنه قَالَ: ( لَوْ كَانَ اَلدِّينُ بِالرَّأْيِ لَكَانَ أَسْفَلُ اَلْخُفِّ أَوْلَى بِالْمَسْحِ مِنْ أَعْلَاهُ وَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَمْسَحُ عَلَى ظَاهِرِ خُفَّيْهِ )  أَخْرَجَهُ أَبُو دَاوُدَ بِإِسْنَادٍ حَسَن ٍ*  

Ali Radliyallaahu 'anhu berkata:  *Jikalau agama itu cukup dengan pikiran maka bagian bawah sepatu lebih utama untuk diusap daripada bagian atas Aku benar-benar melihat Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam mengusap punggung kedua sepatunya* Diriwayatkan oleh Abu Dawud dengan sanad yang baik

*Makna Hadis :*

```Renungkan dengan baik hukum syariat yang sedemikian teliti hukum hukumnya di mana akal dan qiyas tidak boleh digunakan sesuka hati. Khalifah Ali (r.a) seorang imam mujtahidin terpaku hairan melihat keistimewaan di sebalikmengusap sepasang khuff ini. Dengan kata-katanya ini, beliau bermaksud menutup pintu akal dan helah supaya tidak merosakkan agama di kalangan orang awam. Meskipun akal cenderung memilih untuk mengusap bahagian bawah khuff
adalah lebih utama kerana kotoran biasanya melekat padanya, namun perbuatan Rasulullah (s.a.w) mesti didahulukan di atas segala pertimbangan. Akal yang sempurna mesti tunduk kepada syariat, sebab akal tidak mampu menjangkau
hikmah ilahiyah di sebalik syariat mengusap khuff ini. Tidaklah seseorang itu sesat melainkan lantaran mereka terlampau mengutamakan akal dan mengabaikan dalil naqli.```

*Fiqh Hadis :*

1. Menjelaskan tempat yang mesti diusap pada kedua khuff. Apa yang wajib diusap ialah bahagian atasnya, namun sunat mengusap bahagian bawahnya.

2. Dilarang menggunakan qiyas dan akal dalam masalah syariat yang telah
ditetapkan hukumnya, kerana qiyas tidak boleh bertentangan dengan nash.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_
Semoga bermanfaat. Aamiin..
[8/2 10:19 AM] Musthofa AB: *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB MENGUSAP SEPASANG KHUFF*_

*HADITS KE-55 :*

*عَنْ صَفْوَانَ بْنِ عَسَّالٍ رضي الله عنه قَالَ: ( كَانَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَأْمُرُنَا إِذَا كُنَّا سَفْرًا أَنْ لَا نَنْزِعَ خِفَافَنَا ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ وَلَيَالِيَهُنَّ إِلَّا مِنْ جَنَابَةٍ وَلَكِنْ مِنْ غَائِطٍ وَبَوْلٍ وَنَوْمٍ )  أَخْرَجَهُ النَّسَائِيُّ وَاَلتِّرْمِذِيُّ وَاللَّفْظُ لَهُ وَابْنُ خُزَيْمَةَ وَصَحَّحَاه*

Shafwan Ibnu Assal berkata:  *Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam pernah menyuruh kami jika kami sedang bepergian untuk tidak melepas sepatu kami selama tiga hari tiga malam lantaran buang air besar kencing dan tidur kecuali karena jinabat* Dikeluarkan oleh Nasa'i Tirmidzi dan Ibnu Khuzaimah Lafadz menurut Tirmidzi Hadits shahih menurut Tirmidzi dan Ibnu Khuzaimah

*HADITS KE 56 :*

*عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ رضي الله عنه قَالَ: ( جَعَلَ اَلنَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ وَلَيَالِيَهُنَّ لِلْمُسَافِرِ وَيَوْمًا وَلَيْلَةً لِلْمُقِيمِ يَعْنِي: فِي اَلْمَسْحِ عَلَى اَلْخُفَّيْنِ )  أَخْرَجَهُ مُسْلِم*

Ali Ibnu Abu Thalib Radliyallaahu 'anhu berkata:  *Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam menetapkan tiga hari tiga malam untuk musafir (orang yang bepergian) dan sehari semalam untuk orang yang menetap --yakni dalam hal mengusap kedua sepatu* Riwayat Muslim 

*Makna Hadis :*

```Hadas besar dapat memutuskan waktu mengusap khuff. Jadi, seseorang tidak dibolehkan mengusap khuffnya apabila berhadas besar. Apapun, hadas kecil tidak memutuskan waktu mengusap khuff. Rasulullah (s.a.w) telah memberikan batasan waktu untuk mengusap khuff dan baginda membedakan antara orang yang sedang bermusafir dengan orang yang bermukim. Untuk itu, baginda menjadikan masa mengusap khuff bagi orang yang bermusafir selama tiga hari tiga malam sebagai keringanan baginya memandangkan wujudnya kesukaran ketika dalam perjalanan sedangkan bagi orang yang bermukim batasan waktunya hanya sehari
semalam.```

*Fiqh Hadis :*

1. Mengusap khuff adalah dibolehkan.

2. Pembatasan waktu yang dibolehkan mengusap kedua khuff bagi orang yang bermusafir adalah tiga hari tiga malam, sedangkan bagi orang yang bermukim
hanya sehari semalam.

3. Wajib mencabut kedua khuff kerana berhadas besar, sekalipun batas waktu
yang ditentukan belum berakhir.

4. Wajib menanggalkan kedua khuff jika batas waktu yang ditentukan oleh syari'at telah berakhir.

5. Pembatasan waktu mengusap khuff adalah menurut pendapat jumhur ulama, sedangkan mazhab Maliki mengatakan tidak ada batasan waktu dalam mengusap khuff. Menurut mereka, tidak wajib menanggalkan kedua khuff kecuali kerana dalam keadaan berjunub dan disunatkan menanggalkan khuff setiap tujuh hari sekali ketika sedang bermukim, bukan dalam keadaan sedang bermusafir.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_
Semoga bermanfaat. Aamiin..
[9/2 12:33 AM] Musthofa AB: *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB MENGUSAP SEPASANG KHUFF*_

*HADITS KE-57 :*

*عَنْ ثَوْبَانَ رضي الله عنه قَالَ: ( بَعَثَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم سَرِيَّةً فَأَمَرَهُمْ أَنْ يَمْسَحُوا عَلَى اَلْعَصَائِبِ - يَعْنِي اَلْعَمَائِمَ -وَالتَّسَاخِينِ- يَعْنِي اَلْخِفَافَ )  رَوَاهُ أَحْمَدُ وَأَبُو دَاوُدَ وَصَحَّحَهُ اَلْحَاكِم*

Tsauban Radliyallaahu 'anhu berkata:  *Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam mengirim pasukan tentara beliau memerintahkan mereka agar mengusap ashoib --yaitu sorban-sorban dan tasakhin-- yakni sepatu*  Riwayat Ahmad dan Abu Dawud Hadits shahih menurut Hakim

*Makna Hadis :*

```Rasulullah (s.a.w) tidak pernah merasa lelah menyeru manusia untuk taat kepada Allah. Ada kalanya baginda berangkat secara langsung memimpin pasukan perang dan ini menurut ulama sejarah disebut dengan istilah al-ghazw dan ada kalanya pula baginda tidak memimpin secara langsung peperangan sebaliknya hanya mengutus pasukan untuk berperang dan ini menurut ulama sejarah disebut
dengan istilah al-sariyyah.
Rasulullah (s.a.w) selalu menyampaikan nasihat-nasihat kepada mereka sebagai pedoman supaya mereka senatiasa berada dalam jalan yang lurus, begitu juga ketika mereka tinggal berdekatan bersama baginda ataupun sebaliknya. Jika ada masalah tentang agama, mereka bertanya kepada Nabi (s.a.w) sesudah mereka kembali pulang ke Madinah. Setelah mereka menjalani musim sejuk, mereka datang menghadap baginda melaporkan perihal mereka. Baginda
memerintahkan mereka supaya mengusap surban dan khuff supaya mereka tidak mengalami kesulitan akibat mengusap secara langsung ke atas kepala dan kaki ketika musim dingin. Ini merupakan rahmat buat mereka.```

*Fiqh Hadits :*

1. Disyariatkan mengutus pasukan untuk berjihad.

2. Dibolehkan mengusap surban ketika berwuduk.

3. Mengusap sepasang khuff  dibolehkan.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_
Semoga bermanfaat. Aamiin..
[10/2 12:32 AM] Musthofa AB: *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB MENGUSAP SEPASANG KHUFF*_

*HADITS KE-58 :*

*عَنْ عُمَرَ -مَوْقُوفًا- وعَنْ أَنَسٍ -مَرْفُوعًا- ( إِذَا تَوَضَّأَ أَحَدُكُمْ وَلَبِسَ خُفَّيْهِ فَلْيَمْسَحْ عَلَيْهِمَا وَلْيُصَلِّ فِيهِمَا وَلَا يَخْلَعْهُمَا إِنْ شَاءَ إِلَّا مِنْ جَنَابَةٍ )  أَخْرَجَهُ اَلدَّارَقُطْنِيُّ وَالْحَاكِمُ وَصَحَّحَه*

Dari Umar Radliyallaahu 'anhu secara mauquf dan dari Anas Radliyallaahu 'anhu secara marfu':  *Apabila seseorang di antara kamu berwudlu sedang dia bersepatu maka hendaknya ia mengusap bagian atas keduanya dan sholat dengan mengenakannya tanpa melepasnya jika ia menghendaki kecuali karena jinabat*  Diriwayatkan oleh Daruquthni dan Hakim Hadits shahih menurut Hakim

*Makna Hadis :*

```Tidak ada batasan waktu tertentu untuk mengusap sepasang khuff, kerana makna hadis ini bersifat mutlak yang tidak menyebutkan pembatasan waktu dan tidak pula mengikatnya dengan syarat bermusafir. Hadis inilah yang dijadikan pegangan oleh Imam Malik. Selain Imam Malik bahwa tiada batas waktu tertentu dalam mengusap khuff manakala ulama selain Imam Malik mengikat kemutlakan hadis ini dengan apa yang terkandung di dalam hadis-hadis terdahulu yang menyatakan adanya pembatasan waktu.```

*Fiqh Hadis :*

1. Disyaratkan seseorang itu telah bersuci dengan menggunakan air sebelum memakai kedua khuff.

2. Tidak perlu membasuh kedua khuff.

3. Adanya perintah yang menganjurkan solat dengan memakai kedua khuff tanpa perlu menanggalkannya.

4. Tidak ada batasan waktu mengusap khuff dan inilah pendapat Imam Malik.
Manakala jumhur ulama juga mengikat kemutlakan hadis ini dengan kedua
hadis sebelum ini yang diriwayatkan melalui Safwan (r.a) dan 'Ali (r.a).

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_
Semoga bermanfaat. Aamiin..
[11/2 2:05 AM] Musthofa AB: *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB MENGUSAP SEPASANG KHUFF*_

*HADITS KE-59 :*

*وَعَنْ أَبِي بَكْرَةَ رضي الله عنه عَنْ اَلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم ( أَنَّهُ رَخَّصَ لِلْمُسَافِرِ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ وَلَيَالِيَهُنَّ وَلِلْمُقِيمِ يَوْمًا وَلَيْلَةً إِذَا تَطَهَّرَ فَلَبِسَ خُفَّيْهِ: أَنْ يَمْسَحَ عَلَيْهِمَا )  أَخْرَجَهُ اَلدَّارَقُطْنِيُّ وَصَحَّحَهُ اِبْنُ خُزَيْمَة*  

Melalui Abu Bakrah dari Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam:  *Bahwa beliau memberikan kemudahan bagi musafir tiga hari tiga malam dan bagi mukim (orang yang menetap) sehari semalam apabila ia telah bersuci dan memakai kedua sepatunya maka ia cukup mengusap bagian atasnya*  Diriwayatkan oleh Daruquthni dan shahih menurut Ibnu Khuzaimah

*Makna Hadis :*

```Nabi (s.a.w) memberi kemudahan dengan membenarkan mengusap kedua khuff. Untuk itu, baginda menetapkan bahwa batasan waktu mengusap khuff bagi orang
yang bermusafir lebih lama berbanding orang yang bermukim, kerana orang yang bermusafir sentiasa berada dalam kesukaran. Tempoh mengusap khuff bagi orang yang bermusafir adalah tiga hari tiga malam dan bagi orang yang bermukim hanya satu hari satu malam, tetapi dengan syarat orang berkenaan dalam keadaan suci yang sempurna ketika memakai kedua khuffnya.```

*Fiqh Hadis :*

1. Menjelaskan batasan waktu mengusap sepasang huff, yaitu tiga hari tiga malam bagi orang yang bermusafir dan hanya sehari semalam bagi orang yang bermukim.

2. Seseorang yang hendak mengusap khuff disyaratkan telah bersuci dengan air secara sempurna ketika memakai keduanya.

3. Menganggap perbuatan mengusap khuff sebagai rukhsah, kerana ia merupakan perpindahan hukum syariat yang sukar kepada hukum syariat yang mudah. Rukhsah yang berkaitan dengan musafir ada delapan; empat di antaranya khusus berkaitan dengan waktu yang lama, seperti mengusap sepasang khuff dimana waktunya selama tiga hari, mengqasar solat, menjamak solat dan berbuka puasa;
empat yang lain pula boleh dilakukan dalam masa yang singkat dan boleh pula dilakukan dalam masa yang lama, seperti memakan bangkai, mengerjakan shalat sunat di atas kendaraan, gugurnya kewajipan shalat dengan tayammum tanpa perlu mengulanginya lagi dan boleh meninggalkan shalat Jum'at tetapi tetap diwajibkan mengerjakan shalat dzuhur. Inilah yang telah disebut oleh al-Nawawi dalam kitab Syarah al-Muhaddzab.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_
Semoga bermanfaat. Aamiin..
[12/2 12:08 AM] Musthofa AB: *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB MENGUSAP SEPASANG KHUFF*_

*HADITS KE-50 :*

*عَنْ أُبَيِّ بْنِ عِمَارَةَ رضي الله عنه أَنَّهُ قَالَ: ( يَا رَسُولَ اَللَّهِ أَمْسَحُ عَلَى اَلْخُفَّيْنِ؟ قَالَ:  نَعَمْ قَالَ: يَوْمًا؟ قَالَ: نَعَمْ قَالَ: وَيَوْمَيْنِ؟ قَالَ:  نَعَمْ قَالَ: وَثَلَاثَةً؟ قَالَ: نَعَمْ وَمَا  شِئْتَ أَخْرَجَهُ أَبُو دَاوُدَ وَقَالَ: لَيْسَ  بِالْقَوِيِّ )*

Dari Ubay Ibnu Imarah Radliyallaahu 'anhu bahwa dia bertanya:  *Ya Rasulullah bolehkah aku mengusap kedua sepatuku? Rasul menjawab: ya boleh Ia bertanya: dua hari? Rasul menjawab: ya boleh Ia bertanya lagi: tiga hari? Rasul menjawab: ya boleh sekehendakmu*  Dikeluarkan oleh Abu Dawud dengan menyatakan bahwa hadits ini tidak kuat

*Makna Hadis :*

```Seorang sahabat telah menceritakan satu hadis kepada kita bahwa beliau pernah bertanya kepada Nabi (s.a.w) tentang batas waktu mengusap khuff, apakah satu hari, dua hari atau tiga hari. Nabi (s.a.w) menjawab dengan perkataannya setiap kali beliau bertanya dan pada pertanyaan yang terakhir, baginda menjawabnya secara
mutlak melalui perkataan: “Selama yang engkau mau melakukannya.” Jawapan tersebut menunjukkan bahwa tidak ada batasan waktu bagi orang yang hendak mengusap khuff.```

*Fiqh Hadis :*

Tidak ada batasan waktu tertentu untuk mengusap dua khuff, baik dalam
keadaan bermusafir maupun dalam keadaan bermuqim. Inilah pendapat Imam Malik.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_
Semoga bermanfaat. Aamiin..

Tidak ada komentar:

Posting Komentar