Rabu, 16 Mei 2018

Kajian Hadits Ikaba 128-133

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB SHALAT*_

*HADITS KE 128 :*

*عَنْ عَبْدِ اَللَّهِ بْنِ عَمْرِوٍ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهُمَا; أَنَّ نَبِيَّ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ: ( وَقْتُ اَلظُّهْرِ إِذَا زَالَتْ اَلشَّمْسُ  وَكَانَ ظِلُّ اَلرَّجُلِ كَطُولِهِ  مَا لَمْ يَحْضُرْ اَلْعَصْرُ  وَوَقْتُ اَلْعَصْرِ مَا لَمْ تَصْفَرَّ اَلشَّمْسُ  وَوَقْتُ صَلَاةِ اَلْمَغْرِبِ مَا لَمْ يَغِبْ اَلشَّفَقُ  وَوَقْتُ صَلَاةِ اَلْعِشَاءِ إِلَى نِصْفِ اَللَّيْلِ اَلْأَوْسَطِ  وَوَقْتُ صَلَاةِ اَلصُّبْحِ مِنْ طُلُوعِ اَلْفَجْرِ مَا لَمْ تَطْلُعْ اَلشَّمْسُ )  رَوَاهُ مُسْلِمٌ*

*وَلَهُ مِنْ حَدِيثِ بُرَيْدَةَ فِي اَلْعَصْرِ: ( وَالشَّمْسُ بَيْضَاءُ نَقِيَّةٌ )*

*وَمِنْ حَدِيثِ أَبِي مُوسَى: ( وَالشَّمْسُ مُرْتَفِعَةٌ)*

Dari Abdullah Ibnu Amr Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: *"Waktu Dhuhur ialah jika matahari telah condong (ke barat) dan bayangan seseorang sama dengan tingginya selama waktu Ashar belum tiba waktu Ashar masuk selama matahari belum menguning waktu shalat Maghrib selama awan merah belum menghilang waktu shalat Isya hingga tengah malam dan waktu shalat Shubuh semenjak terbitnya fajar hingga matahari belum terbit."* Riwayat Muslim.

Menurut riwayat Muslim dari hadits Buraidah tentang waktu shalat Ashar. *"Dan matahari masih putih bersih."*

Dari hadits Abu Musa: *"Dan matahari masih tinggi."*

*MAKNA HADITS :*

```Solat merupakan mikraj roh ke tingkatan yang tinggi dan merupakan munajat kepada Allah Tuhan Yang Esa. Dengan melakukan sholat seakan-akan kita berada di hadapan Tuhan Yang Maha Suci dan berkomunikasi dengan Allah Yang Maha Besar. Sholat itu diawali dengan takbir dan diakhiri dengan salam, manakala peraturannya pula terdiri dari rukuk dan sujud, sedangkan zikir-zikirnya ialah tilawah (al-Qur‟an), tasbih dan do'a.

Sholat merupakan amalan yang dapat membedakan antara orang mukmin dengan orang kafir dan ia adalah rukun Islam yang kedua. Hisab amal yang dilakukan ke atas seorang manusia kelak pada hari kiamat adalah amal solatnya.
Azan disyari'atkan untuk mengerjakan sholat dan untuk melaksanakan sholat maka
dibangunkanlah masjid-masjid agar dapat menjadi tempat tumpuan kaum muslimin mendirikan sholat. Barang siapa yang mendirikannya (mengerjakannya) bererti orang itu mendirikan agama dan barang siapa yang meninggalkannya
berarti orang itu termasuk orang yang merugi dan diserupakan dengan orang munafik, sedangkan orang yang mengingkarinya dinyatakan sebagai kafir. Syariat
Islam telah menentukan waktu-waktu solat untuk kemudian dijaga dan sebagai isyarat yang menunjukkan keutamaannya.```

*FIQH HADITS :*

1. Penjelasan untuk mengetahui waktu-waktu sholat fardu yang lima waktu.

2. Bersegera mengerjakan sholat 'Asar di permulaan waktunya.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..

*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB WAKTU SHALAT*_

*HADITS KE 129 :*

*وَعَنْ أَبِي بَرْزَةَ الْأَسْلَمِيِّ قَالَ: ( كَانَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم يُصَلِّيَ اَلْعَصْرَ ثُمَّ يَرْجِعُ أَحَدُنَا إِلَى رَحْلِهِ  فِي أَقْصَى اَلْمَدِينَةِ  وَالشَّمْسُ حَيَّةٌ  وَكَانَ يَسْتَحِبُّ أَنْ يُؤَخِّرَ مِنْ اَلْعِشَاءِ  وَكَانَ يَكْرَهُ اَلنَّوْمَ قَبْلَهَا  وَالْحَدِيثَ بَعْدَهَا  وَكَانَ يَنْفَتِلُ مِنْ صَلَاةِ اَلْغَدَاةِ حِينَ يَعْرِفُ اَلرَّجُلُ جَلِيسَهُ  وَيَقْرَأُ بِالسِّتِّينَ إِلَى اَلْمِائَةِ )  مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ* 

*وَعِنْدَهُمَا مِنْ حَدِيثِ جَابِرٍ: ( وَالْعِشَاءَ أَحْيَانًا وَأَحْيَانًا: إِذَا رَآهُمْ اِجْتَمَعُوا عَجَّلَ وَإِذَا رَآهُمْ أَبْطَئُوا أَخَّرَ  وَالصُّبْحَ: كَانَ اَلنَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم يُصَلِّيهَا بِغَلَسٍ)*

*وَلِمُسْلِمٍ مِنْ حَدِيثِ أَبِي مُوسَى: ( فَأَقَامَ اَلْفَجْرَ حِينَ اِنْشَقَّ اَلْفَجْرُ وَالنَّاسُ لَا يَكَادُ يَعْرِفُ بَعْضُهُمْ بَعْضًا)*

Abu Barzah al-Aslamy Radliyallaahu 'anhu berkata: *Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam pernah setelah usai shalat Ashar kemudian salah seorang diantara kami pulang ke rumahnya di ujung kota Madinah sedang matahari saat itu masih panas. Beliau biasanya suka mengakhirkan shalat Isya' tidak suka tidur sebelumnya dan berbincang-bincang setelahnya. Beliau juga suka melakukan shalat Shubuh di saat seseorang masih dapat mengenal orang yang duduk disampingnya beliau biasanya membaca 60 hingga 100 ayat.* Muttafaq Alaihi.

Menurut hadits Bukhari-Muslim dari Jabir: *Adakalanya beliau melakukan shalat Isya' pada awal waktunya dan adakalanya beliau melakukannya pada akhir waktunya. Jika melihat mereka telah berkumpul beliau segera melakukannya dan jika melihat mereka terlambat beliau mengakhirkannya sedang mengenai shalat Shubuh biasanya Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam menunaikannya pada saat masih gelap.*

Menurut Muslim dari hadits Abu Musa: *Beliau menunaikan shalat Shubuh pada waktu fajar terbit di saat orang-orang hampir tidak mengenal satu sama lain.*

*MAKNA HADITS :*

```Para sahabat mempunyai keistimewaan apabila dibandingkan dengan sahabat-
sahabat nabi yang lain kerana mereka memiliki perhatian yang luar biasa untuk mengetahui ke semua perkataan dan perbuatan yang dilakukan Rasulullah (s.a.w).
Mereka kemudian menukilnya untuk diikuti dan disampaikan kepada generasi berikutnya sebagai satu ketetapan hukum syari'at. Oleh karena itu, mereka
menggambarkan dengan jelas kepada kita tentang tatacara sholat yang pernah dilakukan oleh Nabi (s.a.w), batasan waktunya dan jumlah ayat yang dibacanya di
samping sholat yang adakalanya baginda mengerjakannya di awal waktu dan adakalanya pula diakhirkan untuk menunggu orang ramai berhimpun dan ini
merupakan salah satu kemaslahatan bagi umum.```

*FIQH HADITS :*

1. Bersegera mengerjakan sholat Asar di awal waktunya.

2. Disunatkan mengakhirkan sholat Isyak sampai berlalu sepertiga malam jika itu tidak mengakibatkan kesukaran bagi para makmum.

3. Jangan kita membuat orang yang sudah berkumpul di dalam masjid atau surau untuk mengerjakan sholat berjamaah meninggalkan sholat jamaah, kerana kita lambat untuk mengerjakan sholat. Oleh sebab itu, apabila orang ramai sudah
berkumpul, maka segeralah untuk mengerjakan sholat berjamaah itu.

4. Makruh tidur sebelum mengerjakan sholat Isyak, sebab ada kalanya tidur itu membuat seseorang lupa untuk mengerjakan sholatnya atau paling tidak dia
akan mengerjakannya di akhir waktu.

5. Makruh jagongan/berbincang2 sesudah mengerjakan sholat Isyak, sebab jagongan sesudah mengerjakan Isyak dapat mengakibatkan seseorang lambat tidur malam sehingga dia sukar bangun tidur ketika sholat Subuh telah tiba. Apapun, Nabi (s.a.w) pernah berbincang-bincang dengan Abu Bakar (r.a) mengenai satu urusan yang berkaitan dengan kepentingan kaum muslimin. Antara perkara yang diperbolehkan untuk dibincang setelah mengerjakan sholat Isyak adalah seperti mengulang kaji pelajaran, menemui tamu atau menghadiri acara perkahwinan.

6. Berpagi buta untuk menghadiri sholat Subuh dan keluar masjid sesudah sinar pagi mulai terang sebagaimana yang disebutkan dalam hadis di atas, yaitu:
“Ketika seseorang telah mengenali teman yang duduk berhampiran
dengannya.”

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB WAKTU SHALAT*_

*HADITS KE 130 :*

عن رافع ابن خديج قال : "كنا نصلي المغرب مع النبي صلى الله عليه وسلم فينصرف أحدنا وإنه ليبصر مواقع نبله" متفق عليه

Daripada Rafi' ibn Khadij (r.a), beliau berkata: “Kami mengerjakan sholat Maghrib bersama Rasulullah (s.a.w) lalu seseorang dari kami selesai mengerjakan (sholatnya), sedangkan dia dapat melihat sejauh lemparan anak panahnya.”
(Muttafaq 'alaih)

*MAKNA HADITS :*

```Rasulullah (s.a.w) seringkali menganjurkan supaya sholat Maghrib dikerjakan di awal waktunya, yaitu ketika matahari benar-benar telah tenggelam di mana seseorang yang telah selesai mengerjakan sholat Maghrib, masih lagi mampu melihat cahaya matahari yang terbenam itu.```

*FIQH HADITS :*

1. Disyariatkan bersegera mengerjakan sholat Maghrib pada awal waktunya, hingga seseorang yang selesai mengerjakan sholat Maghrib masih lagi dapat cahaya matahari yang tenggelam itu.

2. Tidak boleh melalaikan pelaksanaan sholat Maghrib.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB WAKTU SHALAT*_

*HADITS KE 131 :*

*وَعَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ: ( أَعْتَمَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ذَاتَ لَيْلَةٍ بِالْعَشَاءِ  حَتَّى ذَهَبَ عَامَّةُ اَللَّيْلِ  ثُمَّ خَرَجَ فَصَلَّى وَقَالَ: "إِنَّهُ لَوَقْتُهَا لَوْلَا أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي" ) رَوَاهُ مُسْلِمٌ* 

'Aisyah Radliyallaahu 'anhu berkata: *Pada suatu malam pernah Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam mengakhirkan shalat Isya' hingga larut malam. Kemudian beliau keluar dan shalat dan bersabda: "Sungguh inilah waktunya jika tidak memberatkan umatku."* Riwayat Muslim.

*MAKNA HADITS :*

```Waktu-waktu sholat fardu telah diketahui. Mengerjakan sholat fardu di permulaan waktunya adalah lebih afdhal, kecuali sholat Isyak, kerana waktu sholat Isyak amat panjang hingga sepertiga malam yang pertama. Seafdhal-afdhalnya mengerjakan sholat Isyak adalah di akhir sepertiga malam yang pertama. Oleh kerana Nabi (s.a.w) senantiasa menitik beratkan soal keringanan dan kemudahan bagi umatnya, maka baginda meninggalkan yang lebih afdhal kerana belas kasihan kepada mereka dan mereka tidak mengalami kesulitan karenanya.```

*FIQH HADITS :*

Waktu sholat Isyak sangat panjang dan mengerjakan sholat Isyak di akhir waktunya adalah lebih diutamakan selagi itu tidak memberatkan orang banyak
(para makmum).

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB WAKTU SHALAT*_

*HADITS KE 132 :*

*وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ( إِذَا اِشْتَدَّ اَلْحَرُّ فَأَبْرِدُوا بِالصَّلَاةِ فَإِنَّ شِدَّةَ اَلْحَرِّ مِنْ فَيْحِ جَهَنَّمَ )  مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ* 

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: *"Apabila panas sangat menyengat maka tunggulah waktu dingin untuk menunaikan shalat karena panas yang menyengat itu sebagian dari hembusan neraka jahannam."* Muttafaq Alaihi.

*MAKNA HADITS :*

```Inti sholat ialah khusyuk. Khusyuk dalam mengerjakan sholat merupakan rahasia paling besar yang dituntut dalam sholat. Oleh kerana terik matahari yang terlampau panas boleh menghilangkan khusyuk dalam sholat, maka Rasulullah (s.a.w)
menganjurkan supaya pelaksanaan sholat dzuhur diakhirkan dari permulaan waktunya yang dikerjakan di dalam masjid sebagai tanda belas kasihan kepada
mereka yang hendak mengerjakannya di samping memastikan mereka yang berkeinginan mengerjakannya berjamaah tetap dalam keadaan khusyuk. Perlu diketahuu, ini hanya khusus dengan sholat dzuhur dan sholat-sholat fardu yang lain tidak boleh diakhirkan pelaksanaannya dan ia hanya berlaku pada musim panas, bukannya pada musim dingin.```

*FIQH HADITS :*

1. Disyariatkan mengakhirkan pelaksanaan sholat dzuhur apabila cauca panas masih sangat terik. Hikmahnya ialah panas terik matahari yang melampau dapat
menghilangkan khusyuk yang merupakan inti dari sholat.

2. Barang siapa yang memerintahkan untuk mengerjakan sesuatu, hendaklah dia mengemukakan alasan atau rasional mengenai perintah itu supaya perintahnya kelak bisa diterima oleh orang banyak.

3. Hadits ini bersifat membatasi keumuman hadits yang mengutamakan pelaksanaan sholat pada permulaan waktunya.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB WAKTU SHALAT*_

*HADITS KE 133 :*

*وَعَنْ رَافِعِ بْنِ خَدِيجٍ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ( أَصْبِحُوا بِالصُّبْحِ فَإِنَّهُ أَعْظَمُ لِأُجُورِكُمْ )  رَوَاهُ اَلْخَمْسَةُ وَصَحَّحَهُ اَلتِّرْمِذِيُّ وَابْنُ حِبَّانَ* 

dari Rafi' Ibnu Khadij Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: *"Lakukanlah shalat Shubuh pada waktu masih benar-benar Shubuh karena ia lebih besar pahalanya bagimu."* Riwayat Imam Lima. Hadits shahih menurut Tirmidzi dan Ibnu Hibban.

*MAKNA HADITS :*

```Kadangkala kemunculan fajar membingungkan sebagian pihak terlebih-lebih lagi pada waktu malam purnama namun ada pula sebagian pihak yang memandang remeh pelaksanaan sholat Subuh pada awal waktunya, kerana
kebiasaan mereka yang tidur terlalu lelap. Melalui hadits ini, Nabi (s.a.w) memerintahkan agar sholat Subuh benar-benar diperhatikan. Pertama, memastikan fajar shadiq benar-benar telah terbit. Kedua, hendaklah sholat Subuh dikerjakan pada awal waktunya. Kemudian Nabi (s.a.w) menjelaskan bahwa mengerjakan sholat Subuh pada awal waktunya menjadikan ganjaran pahala seseorang yang melakukannya dilipatgandakan.```

*FIQH HADITS :*

1. Dianjurkan berpagi-pagi buta dalam mengerjakan sholat Subuh setelah yakin fajar benar-benar telah terbit. Inilah pendapat jumhur ulama. Sedangkan
mazhab Hanafi mengatakan bahwa hadits ini mensyariatkan al-isfar (lawan kata dari al-ishbah) yang artinya “apabila permulaan pagi kelihatan remang-remang”
karena berlandaskan kepada makna dzahir hadits.

2. Dianjurkan bersegera mengerjakan sholat Subuh di awal waktunya bagi mendapatkan ganjaran pahala yang besar.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..

Tidak ada komentar:

Posting Komentar