Selasa, 05 Juni 2018

Kajian Hadits ikaba 143-150

*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB ADZAN*_

*HADITS KE 143 :*

*عَنْ عَبْدِ اَللَّهِ بْنِ زَيْدِ بْنِ عَبْدِ رَبِّهِ رضي الله عنه قَالَ: ( طَافَ بِي -وَأَنَا نَائِمٌ- رَجُلٌ فَقَالَ: تَقُولُ: "اَللَّهُ أَكْبَرَ اَللَّهِ أَكْبَرُ فَذَكَرَ اَلْآذَانَ - بِتَرْبِيع اَلتَّكْبِيرِ بِغَيْرِ تَرْجِيعٍ وَالْإِقَامَةَ فُرَادَى إِلَّا قَدْ قَامَتِ اَلصَّلَاةُ - قَالَ: فَلَمَّا أَصْبَحْتُ أَتَيْتُ رَسُولَ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ: "إِنَّهَا لَرُؤْيَا حَقٍّ..." )  اَلْحَدِيثَ. أَخْرَجَهُ أَحْمَدُ وَأَبُو دَاوُدَ وَصَحَّحَهُ اَلتِّرْمِذِيُّ وَابْنُ خُزَيْمَةَ.*

*وَزَادَ أَحْمَدُ فِي آخِرِهِ قِصَّةَ قَوْلِ بِلَالٍ فِي آذَانِ اَلْفَجْرِ: ( اَلصَّلَاةُ خَيْرٌ مِنَ اَلنَّوْمِ )*

*وَلِابْنِ خُزَيْمَةَ: عَنْ أَنَسٍ قَالَ: ( مِنْ اَلسُّنَّةِ إِذَا قَالَ اَلْمُؤَذِّنُ فِي اَلْفَجْرِ: حَيٌّ عَلَى اَلْفَلَاحِ قَالَ: اَلصَّلَاةُ خَيْرٌ مِنَ اَلنَّوْمِ )*

Abdullah Ibnu Zaid Ibnu Abdi Rabbih berkata: *Waktu saya tidur (saya bermimpi) ada seseorang mengelilingi saya seraya berkata: Ucapkanlah "Allahu Akbar Allahu Akbar lalu ia mengucapkan adzan empat kali tanpa pengulangan dan mengucapkan qomat sekali kecuali "qod Qoomatish sholaat". Ia berkata: Ketika telah shubuh aku menghadap Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam lalu beliau bersabda: "Sesungguhnya ia adalah mimpi yang benar."* Hadits dikeluarkan oleh Ahmad dan Abu Dawud. Shahih menurut Tirmidzi dan Ibnu Khuzaimah.

Ahmad menambahkan pada akhir hadits tentang kisah ucapan Bilal dalam adzan Shubuh: *"Shalat itu lebih baik daripada tidur."*

Menurut riwayat Ibnu Khuzaimah dari Anas r.a ia berkata: *Termasuk sunnah adalah bila muadzin pada waktu fajar telah membaca hayya 'alash sholaah ia mengucapkan assholaatu khairum minan naum*

*MAKNA HADITS :*

```Ketika tahun pertama Nabi (s.a.w) berhijrah ke Madinah, kekuatan kaum muslimin semakin mantap dan para pengikutnya kian bertambah ramai. Mereka
mula bermusyawarah mengenai sesuatu yang patut mereka gunakan untuk memberitahu masuknya waktu solat yang dengan demikian mereka segera
berkumpul di dalam untuk mengerjakan solat secara berjamaah.
Ada di antara mereka yang mencadangkan nyala api, loceng dan terompet, tetapi di antara sekian saranan tersebut tidak ada satu pun daripadanya yang dapat
diterima, kerana kesemua itu merupakan syiar yang diambil daripada agama Majusi, Nasrani mahupun Yahudi. Setelah tidak memperoleh kata sepakat, merekapun kembali pulang menuju tempat tinggal mereka masing-masing, sedangkan mereka masih lagi memikirkan masalah yang mereka hadapi ini.
Abdullah ibn Zaid dalam mimpinya melihat seorang lelaki sedang membawa loceng. Abdullah berkata kepadanya: “Apakah engkau berminat menjual loceng
itu?” Lelaki itu berkata: “Apa yang hendak engkau lakukan dengan loceng ini?”
Abdullah menjawab: “Untuk menyeru kaum muslimin melakukan solat.” Lelaki
itu berkata: “Maukah engkau jika aku tunjukkan kepada sesuatu yang lebih baik daripada itu?” Abdullah menjawab: “Tentu.” Lelaki itu berkata: “Ucapkanlah,
“Allahu Akbar, Allahu Akbar,” hingga akhir azan.”```

*FIQH HADITS :*

1. Dianjurkan mengutamakan urusan agama dan tidak menggunakan syiar agama
ahli kitab.

2. Disyariatkan bermusyawarah dalam menangani masalah-masalah penting dan orang yang dipimpin hendaklah mengemukakan pendapat dan cadangan kepada pemimpin demi kemaslahatan umum, kemudian pemimpin dikehendaki melakukan apa-apa yang boleh mendatangkan kemaslahatan itu.

3. Nabi (s.a.w) diperbolehkan untuk melakukan ijtihad.

4. Disyariatkan azan. Hikmahnya adalah menegakkan syi'ar Islam, memberitahu masuknya waktu sholat di tempat di mana adzan itu dikumandangkan dan sebagai seruan untuk melaksanakan sholat secara berjamaah.
Adzan mencakupi akidah iman dan mengandungi kedua jenisnya, iaitu 'aqliyat dan sam'iyat. Adzan diawali dengan menetapkan Zat Allah dan segala sesuatu yang berhak disandangnya berupa kesempurnaan dan kemahasucian
dan lawan-lawan-Nya dengan mengucapkan Allahu Akbar.
Kemudian ditetapkan pula sifat keesaaan dan menafikan segala bentuk sekutu yang mustahil bagi Allah (s.w.t). Ini merupakan tiang iman dan tauhid yang mesti didahulukan ke atas semua kewajipan agama yang lain.

Setelah itu ditetapkan pula bukti-bukti yang menetapkan kenabian sekali mengakui kerasulan Nabi Muhammad (s.a.w). Ini merupakan asas kedua setelah syahadah al-tauhid. Dengan keyakinan seperti ini, maka sempurnalah kesemua akidah 'aqliyyah. Kemudian dikumandangkan kalimat yang menyeru kaum muslimin untuk
mengerjakan ibadah, iaitu ibadah untuk mengerjakan solat. Ini disebut setelah mengakui kerasulan dan kenabian Muhammad (s.a.w) kerana kewajipan ibadah itu diketahui berdasarkan ajaran Nabi (s.a.w), bukan berlandaskan akal.
Sesudah itu kaum muslimin diseru untuk menuju kejayaan dan
kebahagiaan, yaitu perkara-perkara yang boleh menghantarkan mereka menuju kejayaan dan keabadian dalam nikmat yang berkekalan. Di dalam seruan ini terdapat satu isyarat dimana kaum muslimin perlu senantiasa mengingati negeri akhirat berupa hari kebangkitan dan hari pembalasan.
Kemudian kalimat-kalimat ini diulangi semasa dalam iqamah sholat untuk memberitahukan bahwa sholat hendak dimulai. Pemberitahuan ini
mengandung makna yang mengukuhkan keimanan. Mengulangi semula sebutan kalimat-kalimat tersebut ketika hendak mengerjakan sholat supaya hati dan lisan seseorang mengetahui apa yang hendak dikerjakannya. Dengan iman
itu, dia merasakan keagungan ibadah yang hendak dikerjakan, merasakan keagungan Allah yang disembahnya dan bakal memperoleh pahala yang
berlimpah daripada-Nya.
Ulama berbeda pendapat mengenai hukum azan. Imam Ahmad mengatakan
bahwa adzan adalah fardu kifayah ketika hendak mengerjakan sholat lima waktu secara ada'an, namun sholat fardu lima waktu yang dilakukan secara qadha'an
tidak diperlukan azan. Azan dilakukan oleh kaum lelaki yang hendak mengerjakan sholat berjamaah, baik di perkotaan maupun di kampung, dan
dalam keadaan bermukim, bukannya dalam keadaan bermusafir. Imam al-Syafi'i dan Imam Abu Hanifah berpendapat bahwa hukum adzan adalah sunat bagi seseorang yang mengerjakan sholat fardu dalam keadaan
bersendirian dan bagi mereka yang mengerjakan secara berjamaah, baik ketika bermukim maupun ketika bermusafir.

Imam Malik berpendapat bahwa hukum azan itu sunat kifayah bagi
mereka yang hendak mengerjakan sholat secara berjamaah supaya mereka segera untuk berhimpun di masjid dan demikian pula di tempat-tempat yang
biasanya dilaksanakan sholat berjamaah di dalamnya. Imam Malik mengatakan wajib kifayah mengumandangkan azan bagi orang yang berada di bandar.

5. Tukang adzan disunatkan mempunyai suara yang kuat dan merdu.

6. Disyariatkan membaca tatswib (الصلاة خير من النوم) ketika mengumandangkan adzan Subuh secara khusus, namun solat-solat fardu selain itu tidak perlu membaca tatswib.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB ADZAN*_

*HADITS KE 144 :*

*عَنْ أَبِي مَحْذُورَةَ رضي الله عنه ( أَنَّ اَلنَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم عَلَّمَهُ اَلْآذَانَ فَذَكَرَ فِيهِ اَلتَّرْجِيعَ )  أَخْرَجَهُ مُسْلِمٌ. وَلَكِنْ ذَكَرَ اَلتَّكْبِيرَ فِي أَوَّلِهِ مَرَّتَيْنِ فَقَطْ. وَرَوَاهُ اَلْخَمْسَةُ فَذَكَرُوهُ مُرَبَّعًا*

Dari Abu Mahdzurah Radliyallaahu 'anhu *bahwa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam mengajarinya adzan lalu beliau menyebut tarji' (mengulangi dua kali).*

Dikeluarkan oleh Muslim namun ia hanya menyebutkan takbir dua kali pada permulaan adzan. Riwayat Imam Lima dengan menyebut takbir empat kali.

*MAKNA HADITS :*

```Kebahagiaan itu tersembunyi di sebalik keajaiban takdir. Mereka adalah pemuda yang kerap kali meniru azan yang dikumandangkan oleh Bilal. Maka Allah menetapkan keberuntungan kepada Abu Mahdzurah. Akhirnya jatuhlah pilihan Rasulullah (s.a.w) ke atas dirinya memandangkan dia memiliki suara yang merdu
dan dia menjadi juru azan (selain Bilal). Berikut ini kisahnya. Sesudah pembukaan kota Mekah, Abu Mahdzurah keluar menuju Hunain bersama sembilan orang penduduk Mekah. Ketika mereka mendengar suara azan (Bilal), mereka turut mengumandangkan azan dengan
tujuan mempersendakan orang beriman. Mendengar itu, Nabi (s.a.w) bersabda: “Aku telah mendengar di kalangan mereka suara azan seseorang yang mempunyai suara merdu. Suruhlah mereka datang menghadapku dan suruh mereka azan seorang demi seorang.” Aku adalah orang paling akhir mendapat giliran di antara
mereka. Ketika aku tiba (di hadapan Rasulullah (s.a.w), baginda bersabda: “Kemarilah!” Baginda mempersilahkanku duduk di hadapannya. Baginda mengusap
kepalaku dan mendo'akan diriku supaya memperoleh keberkatan sebanyak tiga kali, kemudian bersabda: “Pergilah dan jadilah engkau juru azan di Masjid al-
Haram.” Aku pun berkata: “Wahai Rasulullah, kalau begitu, ajarkan azan kepadaku.” Baginda mengajarkan azan kepadanya.```

*FIQH HADITS :*

1. Disyariatkan memilih orang yang bersuara merdu untuk menjadi juru azan, kerana azan yang dikumandangkan dengan suara yang merdu lebih berkesan di
dalam hati.

2. Menjelaskan lafaz-lafaz azan yang sudah tidak asing lagi bagi setiap muslim. Ulama berbeda pendapat berkaitan dengan membaca empat kali takbir dan
membaca dua kali takbir. Menurut pendapat yang masyhur, ia hendaklah dibaca sebanyak empat kali. Ini merupakan amalan penduduk Mekah yang merupakan tempat perhimpunan kaum muslimin setiap kali musim haji dan tidak ada seorang sahabat pun yang membantahnya. Inilah pendapat Imam al-Syafi'i, Imam Ahmad, Imam Abu Hanifah dan jumhur ulama. Sedangkan Imam
Malik mengatakan bahwa takbir hendaklah dibaca sebanyak dua kali. Beliau mendukung pendapatnya berlandaskan hadis ini yang telah menjadi amalan
penduduk Madinah.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB ADZAN*_

*HADITS KE 145 :*

*وَعَنْ أَنَسِ]بْنِ مَالِكٍ] رضي الله عنه قَالَ: ( أُمِرَ بِلَالٌ أَنْ يَشْفَعَ اَلْآذَانَ وَيُوتِرَ اَلْإِقَامَةَ إِلَّا اَلْإِقَامَةَ يَعْنِي قَوْلَهُ: قَدْ قَامَتِ اَلصَّلَاةُ )  مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ وَلَمْ يَذْكُرْ مُسْلِمٌ اَلِاسْتِثْنَاءَ* 

*وَلِلنَّسَائِيِّ: ( أَمَرَ اَلنَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم بِلَالاً )*

Anas Radliyallaahu 'anhu berkata: *Bilal diperintahkan untuk menggenapkan kalimat adzan dan mengganjilkan kalimat qomat kecuali kalimat iqomat yakni qod qoomatish sholaah.* Muttafaq Alaihi tetapi Muslim tidak menyebut pengecualian.

Menurut riwayat Nasa'i: *Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam memerintahkan Bilal (untuk menggenapkan adzan dan mengganjilkan qomat).*

*MAKNA HADITS :*

```Oleh kerana tujuan azan adalah memberitahu masuknya waktu sholat bagi orang yang tinggal berjauhan dengan masjid secara umum, maka dianjurkan
mengucapkan kalimat-kalimatnya secara berulang untuk menguatkan lagi pemberitahuan tersebut. Oleh kerana tujuan iqamah adalah beritahu yang sholat hendak dilaksanakan kepada orang yang telah berada di dalam masjid secara khusus, maka ia sudah memadai mengucapkannya secara witir, yakni mengucapkan lafaz-lafaznya satu kali-satu kali. Lafaz iqamah “قد قامت الصلاة" diulang sebanyak dua kali kerana itulah tujuan utama di balik iqamah tersebut.```

*FIQH HADITS :*

1. Disyariatkan menggenapkan lafaz azan, kerana tujuannya adalah memberitahun orang yang tinggal berjauhan dengan masjid bahwa waktu sholat sudah tiba. Cara ini lebih cepat sampai kepada mereka. Oleh sebab itu, azan disunatkan dilakukan di tempat yang tinggi dengan suara yang keras dan
hendaklah tidak dilakukan cara terlampau cepat ketika
mengumandangkannya.

2. Disyariatkan mengumandangkan lafaz iqamah tanpa berulang, kerana iqamah ditujukan kepada orang yang hadir di dalam masjid. Oleh sebab itu, lafaz iqamah
diucapkan dengan cepat. Tetapi lafaz "قد قامت الصلاة" sebutannya diulang sebanyak dua kali kerana ini merupakan tujuan utamanya.

3. Mengumandangkan lafaz iqamah tanpa berulang selain kalimat
"قد قامت الصلاة"
adalah mazhab al-Syafi'i dan Imam Ahmad. Imam Malik berpendapat bahwa semua lafaz iqamah disebut hanya satu kali-satu kali tanpa terkecuali, termasuk kalimat "قد قامت الصلاة" Imam Abu Hanifah juga berpendapat bahwa kesemua
lafaz mesti dibaca dua kali-dua kali disertai dengan membaca takbir sebanyak empat kali pada bagian permulaan. Apapun, ulama bersepakat membaca dua kali takbir dan membaca satu kali kalimat tauhid pada bagian akhir iqamah.

4. Menjelaskan perbedaan pendapat ulama berkaitan azan dan iqamah. Ada yang
mengatakan ifrad, tatsniyah, tarbi' dan ada pula yang mengatakan tarji'; kesemua ini merupakan sunat sebagaimana yang telah dikemukakan oleh beberapa riwayat mengenainya. Setiap ulama memilih dalil yang dianggapnya
kuat.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB ADZAN*_

*HADITS KE 146 :*

*وَعَنْ أَبِي جُحَيْفَةَ رضي الله عنه قَالَ: ( رَأَيْتُ بِلَالاً يُؤَذِّنُ وَأَتَتَبَّعُ فَاهُ هَاهُنَا وَهَاهُنَا وَإِصْبَعَاهُ فِي أُذُنَيْهِ )  رَوَاهُ أَحْمَدُ وَاَلتِّرْمِذِيُّ وَصَحَّحَهُ.*

*وَلِابْنِ مَاجَهْ: وَجَعَلَ إِصْبَعَيْهِ فِي أُذُنَيْهِ.*

*وَلِأَبِي دَاوُدَ: ( لَوَى عُنُقَهُ لَمَّا بَلَغَ "حَيَّ عَلَى اَلصَّلَاةِ " يَمِينًا وَشِمَالاً وَلَمْ يَسْتَدِرْ ). وَأَصْلِهِ فِي اَلصَّحِيحَيْنِ *

Abu Juhaifah Radliyallaahu 'anhu berkata: *Aku pernah melihat Bilal adzan dan aku perhatikan mulutnya kesana kemari (komat kamit dan dua jari-jarinya menutup kedua telinganya.* Riwayat Ahmad dan Tirmidzi. Hadits shahih menurut Tirmidzi.

Menurut Ibnu Majah: *Dia menjadikan dua jari-jarinya menutup kedua telinganya.*

Menurut Riwayat Abu Dawud: *Dia menggerakkan lehernya ke kanan dan ke kiri ketika sampai pada ucapan "hayya 'alash sholaah" dan dia tidak memutar tubuhnya.* Asal hadits tersebut dari Bukhari-Muslim.

*MAKNA HADITS :*

```Azan mempunyai etika tersendiri yang mesti dipelihara dan dijaga. Antara lain
adalah hendaklah muazin memiliki suara yang merdu; mengumandangkan azan di
atas tempat yang tinggi seperti di atas menara, menolehkan kepala ketika membaca al-hayya'alatain ke arah kanan dan ke arah kiri, meletakkan kedua jari telunjuknya pada kedua telinga supaya suaranya lebih kuat dan orang tuli dapat memahami yang dia sedang mengumandangkan azan dan bukannya untuk meminta pertolongan, dan tetap kekal menghadap ke arah kiblat ketika
mengumandangkan azan meskipun menolehkan wajahnya ke kiri dan ke kanan.```

*FIQH HADITS :*

1. Boleh memakai pakaian yang bergaris-garis merah.

2. Disyariatkan menolehkan kepala ketika mengumandangkan azan ke arah kanan dan kiri terutama ketika mengucapkan al-hay'alatain disertai dengan meletakkan kedua jari telunjuk pada kedua telinga. Ini bertujuan supaya seseorang berada di kejauhan atau orang tuli tahu bahwa dia sedang
mengumandangkan azan, di samping dengan cara demikian bisa menguatkan suara.

3. Orang yang sholat disyariatkan meletakkan penghalang di hadapannya.

4. Dibolehkan mengambil berkat dari bekas yang pernah digunakan oleh Rasulullah (s.a.w), sisa air wuduk, sisa makan dan minum serta bekas pakaiannya.

5. Disyariatkan mengqasar sholat ketika dalam perjalanan.

6. Para sahabat amat menghormati Rasulullah (s.a.w).

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB ADZAN*_

*HADITS KE 147 :*

*وَعَنْ أَبِي مَحْذُورَةَ رضي الله عنه ( أَنَّ اَلنَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم أَعْجَبَهُ صَوْتُهُ فَعَلَّمَهُ اَلْآذَانَ )  رَوَاهُ اِبْنُ خُزَيْمَةَ*

Dari Abu Mahdzurah Radliyallaahu 'anhu *bahwa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam kagum dengan suaranya kemudian beliau mengajarinya adzan.* Diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah.

*MAKNA HADITS :*

```Kaum Quraisy kerap kali mempersenda Nabi (s.a.w) ketika menyeru mereka untuk menyembah Allah Yang Maha Esa dan Abu Mahdzurah termasuk salah seorang di antara mereka. Pada suatu ketika, dia pernah mendengar suara azan yang
dikumandangkan kaum muslimin di Hunain, lalu dia meniru lafaz azan tersebut dengan tujuan memperolok mereka dengan suara merdu yang membuat Rasulullah (s.a.w) merasa kagum dengan kemerduan suaranya. Kemudian Nabi (s.a.w) mengutus seseorang untuk mencari mereka yang ketika itu jumlah mereka ada sembilan orang. Lalu Rasulullah (s.a.w) meminta mereka satu persatu untuk mengumandangkan azan dan mereka mematuhi perintah
baginda itu. Abu Mahdzurah adalah orang yang paling terakhir dari mereka yang mengumandangkan azan. Kemudian Rasulullah (s.a.w) mempelawanya duduk di hadapan baginda dan baginda mengusap kepalanya. Ternyata Allah menghendaki kebaikan dan keberuntungan kepadanya hingga akhirnya Allah memberinya
hidayah masuk Islam dan Nabi (s.a.w) mengajarkan kalimat azan kepadanya, lalu memerintahkannya menjadi tukang azan di Masjid al-Haram.```

*FIQH HADITS :*

Disunatkan bagi seseorang yang hendak menjadi tukang azan memiliki suara yang merdu supaya orang ramai merasa tertarik kepada seruannya dan memenuhi apa yang diserunya yaitu mengerjakan sholat berjemaah di masjid.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB ADZAN*_

*HADITS KE 148 :*

*وَعَنْ جَابِرِ بْنِ سَمُرَةٍ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: ( صَلَّيْتُ مَعَ اَلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم اَلْعِيدَيْنِ غَيْرَ مَرَّةٍ وَلَا مَرَّتَيْنِ بِغَيْرِ أَذَانٍ وَلَا إِقَامَةٍ )  رَوَاهُ مُسْلِمٌ* 

*وَنَحْوُهُ فِي اَلْمُتَّفَقِ: عَنْ اِبْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهُمَا وَغَيْرُهُ*

Jabir Ibnu Samurah berkata: *Aku shalat dua I'ed (Fitri dan Adha) bukan sekali dua kali bersama Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam tanpa adzan dan qomat.* Riwayat Muslim.

Hadits serupa juga ada dalam riwayat Muttafaq Alaihi dari Ibnu Abbas Radliyallaahu 'anhu dan dari yang lainnya.

*MAKNA HADITS :*

```Islam memberikan keistimewaan tersendiri dalam solat fardu, yaitu
mengumandangkan azan untuk menyeru orang yang tempat tinggalnya berjauhan dengan masjid, dan mengumandangkan iqamah untuk mengingatkan orang yang telah berada di dalam masjid segera berdiri untuk mengerjakan solat.

Adapun solat sunat yang disyariatkan berjamaah seperti solat sunat dua hari raya, solat gerhana matahari, solat gerhana bulan, dan solat istisqa tidak perlu
dikumandangkan azan dan tidak pula iqamah menurut ijmak ulama. Tetapi mereka berselisih pendapat sama ada mesti dikumandangkan “الصلاة جامعة" kerana ada hadis yang menyatakan bahwa itu dilakukan ketika hendak mengerjakan
solat sunat dua hari raya, sepbagaimana yang telah diriwayatkan oleh Imam al-
Syafi'i. Menurut Imam al-Syafi'i lagi, setiap solat sunat yang di dalamnya disunatkan berjemaah diqiaskan dengan sholat sunat dua hari raya ini. Namun pendapat yang lain mengatakan bahwa tidak perlu dikumandangkan lafaz “ الصلاة جامعة“ َdalam setiap sholat sunat yang di dalamnya disunatkan berjamaah.```

*FIQH HADITS :*

1. Tidak disyariatkan azan dan iqamah untuk mengerjakan sholat sunat dua hari raya baik Aidil fitri maupun Aidil adha.

2. Azan merupakan keistimewaan bagi sholat fardu, bukannya untuk sholat sunat.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB ADZAN*_

*HADITS KE 149 :*

*وَعَنْ أَبِي قَتَادَةٌ فِي اَلْحَدِيثِ اَلطَّوِيلِ ( فِي نَوْمهُمْ عَنْ اَلصَّلَاةِ - ثُمَّ أَذَّنَ بِلَالٌ فَصَلَّى رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم كَمَا كَانَ يَصْنَعُ كُلَّ يَوْمٍ )  رَوَاهُ مُسْلِمٌ* 

Dari Abu Qotadah Radliyallaahu 'anhu *dalam hadits yang panjang tentang mereka yang meninggalkan shalat karena tidur kemudian Bilal adzan maka Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam shalat sebagaimana yang beliau lakukan setiap hari.* Hadits riwayat Muslim.

*MAKNA HADITS :*

```Ulama berselisih pendapat dalam azan disyariatkan untuk menunjukkan masuknya waktu solat atau disyariatkan untuk menunjukkan masuknya waktu
solat sekaligus mengajak kaum muslimin mengerjakan solat fardu secara berjamaah. Dari sini muncul perbedaan pendapat di kalangan mereka baik azan disyariatkan untuk mengerjakan solat yang sudah berlalu waktunya dan
mengerjakan solat yang terlupakan.

Jumhur ulama mengatakan bahwa azan disyariatkan untuk mengerjakan solat yang telah berlalu waktunya. Pendapat ini merupakan qaul qadim Imam al-Syafi'i dengan berlandaskan kepada hadis ini. Imam al-Syafi'i di dalam qaul jadid pula mengatakan bahwa tidak perlu dikumandangkan azan untuk mengerjakan solat yang telah berlalu waktunya. Jika solat yang telah terlewatkan waktunya
dikerjakan bersamaan dengan solat yang masih wujud di dalam waktunya, maka azan untuk solat yang masih wujud waktunya itu sudah mencukupi. Beliau
mengemukakan dalil dengan hadis yang menceritakan Nabi (s.a.w) mengerjakan solat yang telah berlalu waktunya ketika perang al-Khandaq. Di sini baginda hanya mengumandangkan iqamah dan tidak menyuruh supaya azan
dikumandangkan memandangkan waktunya telah berlalu.```

*FIQH HADITS :*

Disyariatkan mengumandangkan azan untuk mengerjakan solat yang waktunya sudah berlalu kerana tertidur dan demikian pula dengan solat yang terlupa untuk
mengerjakannya kerana kedua keadaan ini mempunyai kesamaan hukum sebagaimana yang ditegaskan dalam sabda Nabi (s.a.w):

من نام على صلاة فنسيها فليصلها إذا ذكرها

“Barang siapa yang tertidur hingga tidak mengerjakan sholat atau dia lupa mengerjakannya, maka hendaklah dia segera melakukannya apabila ingat (atau
terjaga dari tidurnya).”

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB ADZAN*_

*HADITS KE 150 :*

*ولَهُ عَنْ جَابِرٍ; ( أَنَّ اَلنَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم أَتَى اَلْمُزْدَلِفَةَ فَصَلَّى بِهَا اَلْمَغْرِبَ وَالْعِشَاءَ بِأَذَانٍ وَاحِدٍ وَإِقَامَتَيْنِ )*

*وَلَهُ عَنْ اِبْنِ عُمَرَ: ( جَمَعَ بَيْنَ اَلْمَغْرِبِ وَالْعِشَاءِ بِإِقَامَةٍ وَاحِدَةٍ ). زَادَ أَبُو دَاوُدَ: ( لِكُلِّ صَلَاةٍ ). وَفِي رِوَايَةِ لَهُ: ( وَلَمْ يُنَادِ فِي وَاحِدَةٍ مِنْهُمَا )*

Dalam riwayat Muslim yang lain dari Jabir Radliyallaahu 'anhu bahwa *ketika Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam tiba di kota Mudzalifah beliau shalat Maghrib dan Isya' dengan satu adzan dan dua qomat.*

Hadits riwayat Muslim dari Ibnu Umar Radliyallaahu 'anhu *bahwa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam menjamak shalat Maghrib dan Isya' dengan satu kali qomat.* Abu Dawud menambahkan: Untuk setiap kali shalat. Dalam riwayat lain: *Tidak diperintahkan adzan untuk salah satu dari dua shalat tersebut.*

*MAKNA HADITS :*

```Nabi (s.a.w) menjamak solat Maghrib dengan solat Isyak di al-Muzdalifah dengan jamak ta'khir, tetapi keterangan yang dinukil oleh sahabat mengenai apa yang
dilakukan pada malam itu masih diwarnai oleh kenyataan yang berlainan antara satu sama lain.
Jabir menceritakan bahwa Rasulullah (s.a.w) menjamak kedua-duanya dengan sekali azan dan sekali iqamah untuk masing-masing solat, yakni dua kali
iqamah. Ibn Umar (r.a) menceritakan bahwa Nabi (s.a.w) menjamak kedua-dua solat
itu dengan dua iqamah tanpa mengumandangkan azan.
Ibnu Mas'ud (r.a) menceritakan bahwa Nabi (s.a.w) menjamak kedua-duanya dengan dua kali azan dan dua kali iqamah.
Imam al-Syafi'i mengambil riwayat Jabir yang mengatakan satu kali azan dan dua kali iqamah, bukan riwayat Ibn 'Umar, karena riwayat yang mengukuhkan mesti didahulukan ke atas riwayat yang menafikan.```

*FIQH HADITS :*

1. Orang yang berhaji dibolehkan menjamak solat Maghrib dengan solat Isyak secara jamak takhir di al-Muzdalifah, dan disyariatkan mengumandangkan satu kali azan dengan dua kali iqamah untuk kedua-dua solat seperti mana yang ditegaskan oleh hadis Jabir (r.a), hadis no. 150.

2. Orang yang berhaji dibolehkan menjamak solat Maghrib dengan solat Isyak dengan jamak takhir dan disyariatkan melakukan dua kali iqamah untuk kedua-duanya tanpa mengumandangkan azan, sebagaimana yang ditegaskan di
dalam hadis Ibn Umar (r.a), hadis no. 150 ini.

3. Orang yang berhaji dibolehkan menjamak solat Maghrib dan solat Isyak di al-Muzdalifah dengan jamak takhir dan disyariatkan mengumandangkan dua kali
azan dan dua kali iqamah untuk kedua-duanya sekali, yakni setiap solat mesti dikumandangkan satu kali azan dan satu kali iqamah sebagaimana yang ditegaskan oleh hadis Ibn Mas‟ud (r.a).

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..

Rabu, 16 Mei 2018

Kajian Hadits Ikaba 134-142

*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB WAKTU SHALAT*_

*HADITS KE 134 :*

*وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه أَنَّ رَسُولَ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ: ( مَنْ أَدْرَكَ مِنْ اَلصُّبْحِ رَكْعَةً قَبْلِ أَنْ تَطْلُعَ اَلشَّمْسُ فَقَدْ أَدْرَكَ اَلصُّبْحَ وَمَنْ أَدْرَكَ رَكْعَةً مِنْ اَلْعَصْرِ قَبْلَ أَنْ تَغْرُبَ اَلشَّمْسُ فَقَدْ أَدْرَكَ اَلْعَصْرَ )  مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ* 

*وَلِمُسْلِمٍ عَنْ عَائِشَةَ نَحْوَهُ وَقَالَ: "سَجْدَةً" بَدَلَ "رَكْعَةً". ثُمَّ قَالَ: وَالسَّجْدَةُ إِنَّمَا هِيَ اَلرَّكْعَةُ*

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahwa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: *"Barangsiapa yang telah mengerjakan satu rakaat shalat Shubuh sebelum matahari terbit maka ia telah mendapatkan shalat Shubuh dan barangsiapa yang telah mengerjakan satu rakaat shalat Ashar sebelum matahari terbenam maka ia telah mendapatkan shalat Ashar."* Muttafaq Alaihi.

Menurut riwayat Muslim dari 'Aisyah Radliyallaahu 'anhu ada hadits serupa beliau bersabda: *"Sekali sujud sebagai pengganti daripada satu rakaat." Kemudian beliau bersabda: "Sekali sujud itu adalah satu rakaat."*

*MAKNA HADITS :*

```Anugerah Allah kepada hamba-hamba-Nya amatlah besar dan pemberian-Nya mencakupi seluruh makhluk ciptaan-Nya. Allah (s.w.t) memberikan satu anugerah
kepada orang yang mengerjakan sholat bahwa barang siapa yang sempat mendapat satu rakaat sholat yang masih dalam waktunya, kemudian dia melanjutkan sholat itu di luar waktunya, maka sholat tersebut masih dikatagorikan sebagai ada'an (dilaksanakan di dalam waktunya) dan sisa rakaat lain yang dia kerjakan di luar
waktunya tetap dimasukkan ke dalam satu rakaat yang dia sempat mendapatnya di dalam waktunya. Ini merupakan anugerah-Nya. Allah menjadikan bagian yang
seseorang itu jumpai di dalam waktunya sebagai bagian yang hakiki kerana bagian tersebut memuatkan satu rakaat yang dilengkapi dengan rukuk dan
sujud, sedangkan sisa rakaat yang lain dianggap sebagai pengulangan. Namun jika
seseorang hanya sempat menjumpai sebagian satu rakaat, seperti satu kali sujud atau mengangkat kepala dari rukuk, maka bagian ini tidak memperoleh keutamaan tersebut.```

*FIQH HADITS :*

1. Barang siapa yang menjumpai satu rakaat yang sempurna berikut sujudnya dari sholat Subuh sebelum matahari terbit, dan satu rakaat solat Asar sebelum
matahari tenggelam, berarti orang itu masih sempat mengerjakan sholatnya secara ada'an (melaksanakan pada waktunya), dan dia mesti meneruskan baki
rakaat solatnya itu, sekalipun matahari telah terbit ataupun telah tenggelam.

2. Barang siapa yang tidak sempat menjumpai satu rakaat secara sempurna dalam waktu sholat seperti dia hanya menjumpai sebahagiannya saja, maka sholatnya itu dianggap sebagai qadha'an karena dia tidak sempat mengerjakannya di dalam waktunya.

3. Pengertian “menjumpai satu rakaat” ini dapat dilakukan setelah memperkirakan adanya masa yang memadai untuk bersuci atau mandi bagi wanita yang berhaid dan bernifas. Menurut satu pendapat yang lain, hadits ini bermaksud bahwa barang siapa yang halangan seperti ayan, haid atau nifas,
lalu dia sadar atau suci sebelum waktu sholat berakhir, misalnya masih ada waktu yang cukup untuk mengerjakan satu rakaat setelah memperkirakan adanya waktu yang memadai untuk bersuci secara sempurna, maka sholat tersebut tetap wujud di dalam tanggungan orang yang sudah tidak mempunyai halangan tersebut, baik sholatnya itu dia kerjakan masih dalam kategori ada'an ataupun qadha'an. Jika tidak ada waktu yang memadai untuk
mengerjakan satu rakaat secara sempurna sesudah memperkirakan waktu untuk bersuci, maka kewajipan sholat digugurkan ke atas orang yang mempunyai halangan-halangan tersebut.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB WAKTU SHALAT*_

*HADITS KE 135 :*

*وَلَهُ عَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ: ( ثَلَاثُ سَاعَاتٍ كَانَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَنْهَانَا أَنْ نُصَلِّي فِيهِنَّ وَأَنْ نَقْبُرَ فِيهِنَّ مَوْتَانَا: حِينَ تَطْلُعُ اَلشَّمْسُ بَازِغَةً حَتَّى تَرْتَفِعَ وَحِينَ يَقُومُ قَائِمُ اَلظَّهِيرَةِ حَتَّى تَزُولَ  اَلشَّمْسُ وَحِينَ تَتَضَيَّفُ اَلشَّمْسُ لِلْغُرُوبِ)*

*وَالْحُكْمُ اَلثَّانِي عِنْدَ "اَلشَّافِعِيِّ" مِنْ: حَدِيثِ أَبِي هُرَيْرَةَ بِسَنَدٍ ضَعِيفٍ. وَزَادَ: ( إِلَّا يَوْمَ اَلْجُمْعَةِ )*

*وَكَذَا لِأَبِي دَاوُدَ: عَنْ أَبِي قَتَادَةَ نَحْوُهُ* 

Dalam riwayat Muslim dari Uqbah Ibnu Amir: *Tiga waktu dimana Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam melarang kami melakukan shalat dan menguburkan mayit yaitu: ketika matahari terbit hingga meninggi ketika tengah hari hingga matahari condong ke barat dan ketika matahari hampir terbenam.*

Dan hukum kedua menurut Imam Syafi'i dari hadits Abu Hurairah dengan sanad yang lemah ada tambahan: *Kecuali hari Jum'at.*

Begitu juga menurut riwayat Abu Dawud dari Abu Qotadah terdapat hadits yang serupa.

*MAKNA HADITS :*

```Syariat Islam melarang kita menyerupai orang kafir dalam ibadah mereka dan memelihara waktu-waktu mereka ketika beribadah. Oleh itu, Islam melarang kita mengerjakan sholat sunat ketika matahari sedang terbit dan juga ketika matahari
menjelang tenggelam. Ini kerana matahari terbit dan tenggelam diantara kedua-dua tanduk syaitan. Dengan arti kata lain, pada saat itu orang kafir menyembah matahari dan syaitanpun ada di situ.

Syariat Islam melarang kita melakukan sholat dan bertadharru' serta berdo'a ketika Allah murka. Untuk itu, syariat Islam melarang melakukan sholat sunat ketika matahari berada di tengah-tengah langit. Syariat Islam menjelaskan kepada kita tentang penyebabnya bahwa itu merupakan waktu neraka Jahanam dinyalakan. Oleh kerana waktu zawal hari Jum'at merupakan hari perayaan Islam, maka neraka Jahanam tidak dinyalakan pada hari itu. Oleh yang demikian, syariat Islam membolehkan kita untuk mengerjakan sholat sunat pada waktu itu. Disamakan dengan hukum mengerjakan sholat sunat adalah mengebumikan jenazah pada waktu-waktu tersebut. Untuk itu, dianjurkan mengebumikan
jenazah pada saat turunnya rahmat Allah dan dianjurkan pula mendoakan jenazahpun pada waktu-waktu yang mengandung rahmat dan keredhaan-Nya. Oleh kerana sholat fardu merupakan ibadah yang mempunyai waktu tertentu dan perhatian syari'at sangat besar terhadapnya, maka ia menganjurkan supaya sholat fardu dikerjakan dalam waktu kapan saja.```

*FIQH HADITS :*

1. Dilarang melakukan sholat sunat ketika matahari sedang terbit dan juga ketika matahari berada di tengah langit, serta ketika matahari sedang tenggelam.

2. Dilarang mengkebumikan jenazah ketika matahari sedang terbit, ketika matahari sedang berada di tengah-tengah langit, dan ketika matahari sedang
tenggelam. Larangan ini sekaligus mengandung anjuran untuk memelihara waktu yang diberkati untuk mengerjakan sholat dan menguburkan jenazah.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB WAKTU SHALAT*_

*HADITS KE 136 :*

*وَعَنْ جُبَيْرِ بْنِ مُطْعِمٍ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ( يَا بَنِي عَبْدِ مَنَافٍ لَا تَمْنَعُوا أَحَدًا طَافَ بِهَذَا اَلْبَيْتِ وَصَلَّى أَيَّةَ سَاعَةٍ شَاءَ مِنْ لَيْلٍ]أَ] وْنَهَارٍ )  رَوَاهُ اَلْخَمْسَةُ وَصَحَّحَهُ اَلتِّرْمِذِيُّ وَابْنُ حِبَّانَ*

Dari Jubair Ibnu Muth'im bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: *"Wahai Bani Abdu Manaf janganlah engkau melarang seseorang melakukan thawaf di Baitullah ini dan melakukan shalat pada waktu kapan saja baik malam maupun siang."* Riwayat Imam Lima dan shahih menurut Tirmidzi dan Ibnu Hibban.

*MAKNA HADITS :*

```Tanah suci Makkah adalah tempat turunnya rahmat dan merupakan tempat paling
suci untuk beribadah kepada Allah (s.w.t). Didalamnya Allah telah menjadikan Baitul Haram (Ka'bah) sebagai tempat manusia berhimpun dan tempat yang aman.

Allah telah mensyari'atkan ibadah tawaf di dalamnya dan menjadikannya sebagai kiblat sholat serta pusat kegiatan amal ibadah. Maka di tempat itu tidak pernah kosong sedetikpun, baik pada waktu malam ataupun pada waktu siang hari, melainkan di dalamnya terdapat hamba-hamba Allah yang sedang memohon
perlindungan kepada Allah dan bertawaf di sekelilingnya serta mengerjakan sholat di sisinya. Oleh sebab itu, Islam membolehkan tawaf dan sholat di dalamnya pada kapan saja. Kemudian Rasulullah (s.a.w) menyuruh Bani Abd Manaf dan Bani al-Mutthallib memandangkan mereka yang bertanggung jawab memelihara Ka'bah. Baginda menyeru mereka untuk tidak melarang siapapun yang hendak melakukan tawaf di Baitullah atau mengerjakan sholat di sisinya.```

*FIQH HADITS :*

Tidak dimakruhkan mengerjakan tawaf dan sholat di Baitullah pada waktu apa saja, baik malam ataupun siang hari. Ini tidak hanya khusus untuk mengerjakan dua rakaat tawaf, melainkan mencakupi seluruh sholat sunat menurut
pendapat Imam al-Syafi'i. Namun Jumhur ulama membantah pendapatnya ini dengan mengemukakan hadits-hadits yang melarang mengerjakan sholat sunat pada waktu yang terlarang sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini, karena mereka lebih mengutamakan hadits-hadits yang melarangnya. Sedangkan mazhab
Hanbali pula membolehkan sholat dua rakaat tawaf secara mutlak, kerana berlandaskan kepada makna zahir hadits ini, tetapi mereka melarang mengerjakan
sholat sunat pada waktu-waktu yang terlarang selain sholat sunat tersebut.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB WAKTU SHALAT*_

*HADITS KE 137 :*

*وَعَنْ اِبْنِ عُمَرَ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهُمَا; عَنْ اَلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: ( اَلشَّفَقُ اَلْحُمْرَةُ)  رَوَاهُ اَلدَّارَقُطْنِيُّ وَصَحَّحَ اِبْنُ خُزَيْمَةَ وَغَيْرُهُ وَقْفَهُ على ابن عمر*

Dari Ibnu Umar Radliyallaahu 'anhu bahwa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: *"Syafaq ialah awan merah."* Riwayat Daruquthni. Shahih menurut Ibnu Khuzaimah selain menyatakannya mauquf pada Ibnu Umar.

*MAKNA HADITS :*

```Malaikat Jibril turun, lalu mengajarkan kepada Nabi (s.a.w) waktu-waktu sholat melalui praktik secara langsung bagi memastikan pengaruhnya lebih berkesan.
Nabi (s.a.w) mengerjakan sholat bersamanya pada hari pertama sebaik waktu tiba, sedangkan pada hari kedua pada akhir waktu, lalu Jibril (a.s) mengatakan kepadanya bahwa di antara kedua-duanya itu adalah waktu sholat yang di
dalamnya ia mesti dikerjakan.
Malaikat Jibril mengerjakan sholat Maghrib selama dua hari itu pada waktu yang sama. Oleh itu, Imam al-Syafi'i dalam qaul jadid-nya mengatakan bahwa waktu sholat Maghrib itu tidak lama, sedangkan ulama yang lain pula mengatakan
bahwa waktu sholat Maghrib panjang hingga tenggelamnya mega merah. Pendapat
yang kedua inilah yang lebih kuat untuk memberikan kemudahan kepada hamba-hamba Allah di samping ia selaras dengan makna dzahir hadits ini.```

*FIQH HADITS :*

Permulaan waktu sholat Maghrib adalah tenggelamnya matahari, sedangkan akhir waktunya berpanjangan hingga tenggelamnya mega/awan merah di ufuk barat.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB WAKTU SHALAT*_

*HADITS KE 138 :*

*وَعَنْ اِبْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ( اَلْفَجْرُ فَجْرَانِ: فَجْرٌ يُحَرِّمُ اَلطَّعَامَ وَتَحِلُّ فِيهِ اَلصَّلَاةُ وَفَجْرٌ تَحْرُمُ فِيهِ اَلصَّلَاةُ - أَيْ: صَلَاةُ اَلصُّبْحِ - وَيَحِلَّ فِيهِ اَلطَّعَامُ )  رَوَاهُ اِبْنُ خُزَيْمَةَ وَالْحَاكِمُ وَصَحَّحَاهُ* 

*وَلِلْحَاكِمِ فِي حَدِيثِ جَابِرٍ رضي الله عنه نَحْوُهُ وَزَادَ فِي اَلَّذِي يُحَرِّمُ اَلطَّعَامَ: ( إِنَّهُ يَذْهَبُ مُسْتَطِيلاً فِي اَلْأُفُقِ )  وَفِي اَلْآخَرِ: (إِنَّهُ كَذَنَبِ اَلسِّرْحَان )*

Dari Ibnu Abbas Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: *"Fajar itu ada dua macam yaitu fajar yang diharamkan memakan makanan dan diperbolehkan melakukan shalat dan fajar yang diharamkan melakukan shalat yakni shalat Shubuh dan diperbolehkan makan makanan."* Riwayat Ibnu Khuzaimah dan Hakim hadits shahih menurut keduanya.

Menurut riwayat Hakim dari hadits Jabir ada hadits serupa dengan tambahan tentang fajar yang mengharamkan memakan makanan: *"Fajar yang memanjang di ufuk."* Dalam riwayat lain disebutkan: *"Dia seperti ekor serigala."*

*MAKNA HADITS :*

```Rasulullah (s.a.w) telah membuat istilah khusus dengan menggunakan beberapa lafaz untuk menunjukkan pengertian-pengertian yang berkaitan dengan hukum syariat secara khusus sesuai dengan istilah yang digunakannya itu sehingga dengannya dapat diambil beberapa kesimpulan hukum di samping mengingatkan
umat Islam supaya mengambil berat terhadapnya. Antaranya adalah lafaz al-fajr. Makna fajar menurut bahasa ialah munculnya cahaya yang memanjang seperti
ekor serigala di tengah langit. Fajar seperti ini tidak mengharamkan makan bagi orang yang hendak berpuasa dan waktu sholat Subuh masih belum tiba, dan dikenali dengan istilah fajar kadzib. Inilah istilah yang pertama. Istilah yang kedua ialah fajar shadiq, yaitu fajar yang sinarnya menyebar yang apabila ia muncul, maka haram makan bagi orang yang hendak berpuasa dan halal mengerjakan sholat, yakni waktu sholat Subuh sudah tiba.```

*FIQH HADITS :*

Fajar menurut bahasa ialah suatu lafaz yang memiliki dua pengertian waktu. Tanda fajar pertama adalah munculnya seberkas cahaya yang bentuknya seperti ekor serigala dan melintang tinggi di atas langit persis seperti tiang. Ketika
itu makan (sahur) masih (bagi seseorang yang hendak berpuasa) dibolehkan dan waktu sholat Subuh masih belum tiba.
Tanda fajar kedua ialah munculnya sinar yang memanjang di ufuk. Itu
merupakan tanda haram makan bagi orang yang hendak berpuasa dan waktu Subuh sudah pun tiba.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB WAKTU SHALAT*_

*HADITS KE 139 :*

*وَعَنْ اِبْنِ مَسْعُودٍ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ( أَفْضَلُ اَلْأَعْمَالِ اَلصَّلَاةُ فِي أَوَّلِ وَقْتِهَا )  رَوَاهُ اَلتِّرْمِذِيُّ وَالْحَاكِمُ. وَصَحَّحَاهُ. وَأَصْلُهُ فِي "اَلصَّحِيحَيْنِ*

Dari Ibnu Mas'ud Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: *"Perbuatan yang paling mulia ialah shalat pada awal waktunya."* Hadits riwayat dan shahih menurut Tirmidzi dan Hakim. Asalnya Bukhari-Muslim.

*MAKNA HADITS :*

```Ibn Mas'ud (r.a) pernah bertanya kepada Rasulullah (s.a.w) mengenai amal perbuatan yang paling disukai oleh Allah dengan tujuan beliau ingin segera
mengerjakannya dengan harapan kelak memperoleh bagian kurnia Allah dan keridhaan-Nya. Maka Rasulullah (s.a.w) bersabda kepadanya: “Amal perbuatan
yang paling disukai oleh Allah ialah mengerjakan sholat tepat pada waktunya.”

Ibn Mas'ud ingin mengetahui amalan selanjutnya yang juga termasuk amal yang diutamakan, kerana beliau ingin mengerjakannya. Beliau bertanya,
“Kemudian apa lagi?” Rasulullah (s.a.w) menjawab: “Berbakti kepada kedua ibu bapak dan berbuat baik kepada keduanya.”

Ibn Mas'ud (r.a) mengemukakan soalan ketiga, lalu Rasulullah (s.a.w)  menjawabnya: “Berjihad di jalan Allah.” Keinginan Ibn Mas'ud untuk menambahkan amal kebaikan telah mendorongnya untuk mengemukakan persoalan
berikutnya, tetapi beliau kawaatir Rasulullah (s.a.w) bosan dan jemu dengan peetanyaan yang bakal diajukannya, lalu beliau berdiam diri dan tidak mengajukan persoalan lain setelah itu. Seandainya Ibn Mas'ud terus bertanya, nescaya Rasulullah (s.a.w) pasti menjawabnya, kerana baginda adalah seorang yang bersifat santun, ihsan,
memiliki hikmah dan diberi kemampuan menjawab berbagai persoalan.```

*FIQH HADITS :*

1. Amal kebajikan mempunyai keutamaan masing-masing ke atas amal kebajikan lain di sisi Allah.

2. Anjuran untuk memelihara solat lima waktu dengan mengerjakannya pada awal waktunya.

3. Menghormati kedua ibu bapak sekaligus menjelaskan keutamaan berbakti kepada kedua ibu bapak.

4. Keutamaan berjihad di jalan Allah.

5. Perhatian para sahabat untuk senantiasa taat dan memperoleh ridha Allah (s.w.t). Mereka berlomba-lomba untuk meraih ganjaran pahala Allah. Oleh karena itu, mereka menanyakan amal perbuatan yang paling utama.

6. Disyariatkan bertanya kepada orang alim tentang berbagai macam masalah dalam waktu yang bersamaan karena ingin memperoleh faidah, dan
dibolehkan mengulang-ulang persoalan.

7. Berbelas kasihan kepada orang alim dengan tidak mengemukakan persoalan yang banyak dan berjela-jela kepadanya kerana dikawatiri dia bosan untuk menjawabnya.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB WAKTU SHALAT*_

*HADITS KE 140 :*

*وَعَنْ أَبِي مَحْذُورَةَ رضي الله عنه أَنَّ اَلنَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: ( أَوَّلُ اَلْوَقْتِ رِضْوَانُ اَللَّهُ وَأَوْسَطُهُ رَحْمَةُ اَللَّهِ; وَآخِرُهُ عَفْوُ اَللَّهِ )  أَخْرَجَهُ اَلدَّارَقُطْنِيُّ بِسَنَدٍ ضَعِيفٍ جِدًّا*

*وَلِلتِّرْمِذِيِّ مِنْ حَدِيثِ اِبْنِ عُمَرَ نَحْوُهُ دُونَ اَلْأَوْسَطِ وَهُوَ ضَعِيفٌ أَيْضًا*

Dari Abu Mahdzurah bahwa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: *"Permulaan waktu adalah ridlo Allah pertengahannya adalah rahmat Allah dan akhir waktunya ampunan Allah."* Dikeluarkan oleh Daruquthni dengan sanad yang lemah.

Menurut Riwayat Tirmidzi dari hadits Ibnu Umar ada hadits serupa tanpa menyebutkan waktu pertengahan. Ia juga hadits lemah.

*MAKNA HADITS :*

```Ketetapan Rasulullah (s.a.w) tentang waktu tertentu untuk ibadah menunjukkan betapa baginda amat mengambil berat soal ibadah malah baginda mementingkannya di atas segala-galanya. Oleh itu, seorang mukallaf yang bersegera mengerjakan ibadah pada permulaan waktunya berhak untuk mendapat redha
Allah dan redha Allah merupakan anugerah yang paling tinggi, sebagaimana yang ditegaskan di dalam firman-Nya:

....ورضوان من الله اكبر. ذلك هو الفوز العظيم (التوبة ٧٢)

“… Dan keredhaan Allah adalah lebih besar; itu adalah keberuntungan yang besar.” (Surah al-Taubah: 72)

Jika seseorang mengerjakannya pada pertengahan waktu, maka dia berhak untuk mendapat rahmat Allah dan orang yang mengerjakannya pada akhir waktu
hingga menjelang lewat waktunya berhak mendapat ampunan Allah dan ampunan ini pasti berkaitan dengan dosa. ```

*FIQH HADITS :*

Membuktikan adanya al-mufadhalah (perbedaan keutamaan) dalam bagian-
bahagian waktu sholat. Permulaan waktu merupakan yang paling utama karena seseorang yang mengerjakannya berhak memperoleh ridha Allah, dan waktu pertengahan pula ialah mengandungi rahmat Allah, sedangkan waktu paling akhir
pula mengandungi ampunan Allah; ampunan ini tidak lain disebabkan adanya dosa.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB WAKTU SHALAT*_

*HADITS KE 141 :*

*وَعَنْ اِبْنِ عُمَرَ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ: ( لَا صَلَاةَ بَعْدَ اَلْفَجْرِ إِلَّا سَجْدَتَيْنِ )  أَخْرَجَهُ اَلْخَمْسَةُ إِلَّا النَّسَائِيُّ. وَفِي رِوَايَةِ عَبْدِ اَلرَّزَّاقِ: ( لَا صَلَاةَ بَعْدَ طُلُوعِ اَلْفَجْرِ إِلَّا رَكْعَتَيْ اَلْفَجْرِ )

وَمِثْلُهُ لِلدَّارَقُطْنِيّ عَنْ اِبْنِ عَمْرِوِ بْنِ اَلْعَاصِ 

Dari Ibnu Umar Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasululah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: *"Tidak ada shalat setelah fajar kecuali dua rakaat (Shubuh)."* Dikeluarkan oleh Imam Lima kecuali Nasa'i.

Dalam suatu riwayat Abdur Razaq: *"Tidak ada shalat setelah terbitnya fajar kecuali dua rakaat fajar."*

Dan hadits serupa menurut Daruquthni dari Amr Ibnul 'Ash r.a.

*MAKNA HADITS :*

```Dimakruhkan mengerjakan sholat sunat sesudah fajar terbit, selain sunat fajar, supaya hal itu tidak mengakibatkan permulaan waktu terlepas dan orang awam
tidak meyakini akan kewajiban mengerjakan sholat lain pada saat itu. Sekumpulan ulama malah mengharamkan sholat sunat sesudah fajar terbit kecuali sunat fajar kerana berpegang dengan makna zahir (لا) "nafi" yang bermaksud larangan. Namun
ketika berada di tanah suci Mekah, Imam al-Syafi'i membolehkan sholat sunat di dalamnya secara mutlak tanpa adanya larangan.```

*FIQH HADITS :*

Haram mengerjakan sholat sunat sesudah fajar terbit sebelum mengerjakan sholat Subuh, kecuali sholat sunat fajar.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB WAKTU SHALAT*_

*HADITS KE 142 :*

*وَعَنْ أَمْ سَلَمَةَ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ: ( صَلَّى رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم اَلْعَصْرَ ثُمَّ دَخَلَ بَيْتِي فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ فَسَأَلْتُهُ فَقَالَ: "شُغِلْتُ عَنْ رَكْعَتَيْنِ بَعْدَ اَلظُّهْرِ فَصَلَّيْتُهُمَا اَلْآنَ" قُلْتُ: أَفَنَقْضِيهِمَا إِذَا فَاتَتْنَا? قَالَ: "لَا" )  أَخْرَجَهُ أَحْمَدُ*

*وَلِأَبِي دَاوُدَ عَنْ عَائِشَةَ بِمَعْنَاهُ*  

Ummu Salamah Radliyallaahu 'anhu berkata: *Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam shalat Ashar lalu masuk rumahku kemudian beliau shalat dua rakaat. Maka aku menanyakannya dan beliau menjawab: "Aku sibuk sehingga tidak sempat melakukan dua rakaat setelah Dhuhur maka aku melakukan sekarang." Aku bertanya: Apakah kami harus melakukan qodlo' jika tidak melakukannya? Beliau bersabda: "Tidak."* Dikeluarkan oleh Ahmad.

Seperti hadits itu juga terdapat dalam riwayat Abu Dawud dari 'Aisyah r.a.

*MAKNA HADITS :*

```Rasulullah (s.a.w) mempunyai keistimewaan hukum tersendiri yang diberikan oleh Allah kepadanya untuk memuliakannya ke atas umat sekaligus memberitahu keutamaannya yang amat besar. Diantara keistimewaan itu adalah kewajipan mengerjakan solatul lail dan jika baginda mengerjakan suatu amalan sunat pada suatu waktu, baginda wajib menyempurnakannya dan tidak boleh meninggalkannya pada masa-masa selanjutnya.```

*FIQH HADITS :*

1. Dilarang mengqadha' sholat sunat sesudah Asar. Ia diperbolehkan sebagai keistimewaan khusus Rasulullah (s.a.w).

2. Makruh melakukan puasa wishal. Namun, Rasulullah (s.a.w) diperbolehkan melakukannya sebagai suatu kekhususan baginya.

3. Jika seseorang melihat orang yang lebih tua atau lebih muda darinya melakukan satu pelanggaran, maka hendaklah dia bertanya kepadanya.

4. Orang yang ditanya, betapapun tinggi kedudukannya, mesti menjawab persoalan orang yang bertanya untuk menenangkan hatinya sekaligus menghilangkan
segala bentuk keraguan yang ada dalam hatinya.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..

Kajian Hadits Ikaba 128-133

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB SHALAT*_

*HADITS KE 128 :*

*عَنْ عَبْدِ اَللَّهِ بْنِ عَمْرِوٍ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهُمَا; أَنَّ نَبِيَّ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ: ( وَقْتُ اَلظُّهْرِ إِذَا زَالَتْ اَلشَّمْسُ  وَكَانَ ظِلُّ اَلرَّجُلِ كَطُولِهِ  مَا لَمْ يَحْضُرْ اَلْعَصْرُ  وَوَقْتُ اَلْعَصْرِ مَا لَمْ تَصْفَرَّ اَلشَّمْسُ  وَوَقْتُ صَلَاةِ اَلْمَغْرِبِ مَا لَمْ يَغِبْ اَلشَّفَقُ  وَوَقْتُ صَلَاةِ اَلْعِشَاءِ إِلَى نِصْفِ اَللَّيْلِ اَلْأَوْسَطِ  وَوَقْتُ صَلَاةِ اَلصُّبْحِ مِنْ طُلُوعِ اَلْفَجْرِ مَا لَمْ تَطْلُعْ اَلشَّمْسُ )  رَوَاهُ مُسْلِمٌ*

*وَلَهُ مِنْ حَدِيثِ بُرَيْدَةَ فِي اَلْعَصْرِ: ( وَالشَّمْسُ بَيْضَاءُ نَقِيَّةٌ )*

*وَمِنْ حَدِيثِ أَبِي مُوسَى: ( وَالشَّمْسُ مُرْتَفِعَةٌ)*

Dari Abdullah Ibnu Amr Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: *"Waktu Dhuhur ialah jika matahari telah condong (ke barat) dan bayangan seseorang sama dengan tingginya selama waktu Ashar belum tiba waktu Ashar masuk selama matahari belum menguning waktu shalat Maghrib selama awan merah belum menghilang waktu shalat Isya hingga tengah malam dan waktu shalat Shubuh semenjak terbitnya fajar hingga matahari belum terbit."* Riwayat Muslim.

Menurut riwayat Muslim dari hadits Buraidah tentang waktu shalat Ashar. *"Dan matahari masih putih bersih."*

Dari hadits Abu Musa: *"Dan matahari masih tinggi."*

*MAKNA HADITS :*

```Solat merupakan mikraj roh ke tingkatan yang tinggi dan merupakan munajat kepada Allah Tuhan Yang Esa. Dengan melakukan sholat seakan-akan kita berada di hadapan Tuhan Yang Maha Suci dan berkomunikasi dengan Allah Yang Maha Besar. Sholat itu diawali dengan takbir dan diakhiri dengan salam, manakala peraturannya pula terdiri dari rukuk dan sujud, sedangkan zikir-zikirnya ialah tilawah (al-Qur‟an), tasbih dan do'a.

Sholat merupakan amalan yang dapat membedakan antara orang mukmin dengan orang kafir dan ia adalah rukun Islam yang kedua. Hisab amal yang dilakukan ke atas seorang manusia kelak pada hari kiamat adalah amal solatnya.
Azan disyari'atkan untuk mengerjakan sholat dan untuk melaksanakan sholat maka
dibangunkanlah masjid-masjid agar dapat menjadi tempat tumpuan kaum muslimin mendirikan sholat. Barang siapa yang mendirikannya (mengerjakannya) bererti orang itu mendirikan agama dan barang siapa yang meninggalkannya
berarti orang itu termasuk orang yang merugi dan diserupakan dengan orang munafik, sedangkan orang yang mengingkarinya dinyatakan sebagai kafir. Syariat
Islam telah menentukan waktu-waktu solat untuk kemudian dijaga dan sebagai isyarat yang menunjukkan keutamaannya.```

*FIQH HADITS :*

1. Penjelasan untuk mengetahui waktu-waktu sholat fardu yang lima waktu.

2. Bersegera mengerjakan sholat 'Asar di permulaan waktunya.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..

*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB WAKTU SHALAT*_

*HADITS KE 129 :*

*وَعَنْ أَبِي بَرْزَةَ الْأَسْلَمِيِّ قَالَ: ( كَانَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم يُصَلِّيَ اَلْعَصْرَ ثُمَّ يَرْجِعُ أَحَدُنَا إِلَى رَحْلِهِ  فِي أَقْصَى اَلْمَدِينَةِ  وَالشَّمْسُ حَيَّةٌ  وَكَانَ يَسْتَحِبُّ أَنْ يُؤَخِّرَ مِنْ اَلْعِشَاءِ  وَكَانَ يَكْرَهُ اَلنَّوْمَ قَبْلَهَا  وَالْحَدِيثَ بَعْدَهَا  وَكَانَ يَنْفَتِلُ مِنْ صَلَاةِ اَلْغَدَاةِ حِينَ يَعْرِفُ اَلرَّجُلُ جَلِيسَهُ  وَيَقْرَأُ بِالسِّتِّينَ إِلَى اَلْمِائَةِ )  مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ* 

*وَعِنْدَهُمَا مِنْ حَدِيثِ جَابِرٍ: ( وَالْعِشَاءَ أَحْيَانًا وَأَحْيَانًا: إِذَا رَآهُمْ اِجْتَمَعُوا عَجَّلَ وَإِذَا رَآهُمْ أَبْطَئُوا أَخَّرَ  وَالصُّبْحَ: كَانَ اَلنَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم يُصَلِّيهَا بِغَلَسٍ)*

*وَلِمُسْلِمٍ مِنْ حَدِيثِ أَبِي مُوسَى: ( فَأَقَامَ اَلْفَجْرَ حِينَ اِنْشَقَّ اَلْفَجْرُ وَالنَّاسُ لَا يَكَادُ يَعْرِفُ بَعْضُهُمْ بَعْضًا)*

Abu Barzah al-Aslamy Radliyallaahu 'anhu berkata: *Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam pernah setelah usai shalat Ashar kemudian salah seorang diantara kami pulang ke rumahnya di ujung kota Madinah sedang matahari saat itu masih panas. Beliau biasanya suka mengakhirkan shalat Isya' tidak suka tidur sebelumnya dan berbincang-bincang setelahnya. Beliau juga suka melakukan shalat Shubuh di saat seseorang masih dapat mengenal orang yang duduk disampingnya beliau biasanya membaca 60 hingga 100 ayat.* Muttafaq Alaihi.

Menurut hadits Bukhari-Muslim dari Jabir: *Adakalanya beliau melakukan shalat Isya' pada awal waktunya dan adakalanya beliau melakukannya pada akhir waktunya. Jika melihat mereka telah berkumpul beliau segera melakukannya dan jika melihat mereka terlambat beliau mengakhirkannya sedang mengenai shalat Shubuh biasanya Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam menunaikannya pada saat masih gelap.*

Menurut Muslim dari hadits Abu Musa: *Beliau menunaikan shalat Shubuh pada waktu fajar terbit di saat orang-orang hampir tidak mengenal satu sama lain.*

*MAKNA HADITS :*

```Para sahabat mempunyai keistimewaan apabila dibandingkan dengan sahabat-
sahabat nabi yang lain kerana mereka memiliki perhatian yang luar biasa untuk mengetahui ke semua perkataan dan perbuatan yang dilakukan Rasulullah (s.a.w).
Mereka kemudian menukilnya untuk diikuti dan disampaikan kepada generasi berikutnya sebagai satu ketetapan hukum syari'at. Oleh karena itu, mereka
menggambarkan dengan jelas kepada kita tentang tatacara sholat yang pernah dilakukan oleh Nabi (s.a.w), batasan waktunya dan jumlah ayat yang dibacanya di
samping sholat yang adakalanya baginda mengerjakannya di awal waktu dan adakalanya pula diakhirkan untuk menunggu orang ramai berhimpun dan ini
merupakan salah satu kemaslahatan bagi umum.```

*FIQH HADITS :*

1. Bersegera mengerjakan sholat Asar di awal waktunya.

2. Disunatkan mengakhirkan sholat Isyak sampai berlalu sepertiga malam jika itu tidak mengakibatkan kesukaran bagi para makmum.

3. Jangan kita membuat orang yang sudah berkumpul di dalam masjid atau surau untuk mengerjakan sholat berjamaah meninggalkan sholat jamaah, kerana kita lambat untuk mengerjakan sholat. Oleh sebab itu, apabila orang ramai sudah
berkumpul, maka segeralah untuk mengerjakan sholat berjamaah itu.

4. Makruh tidur sebelum mengerjakan sholat Isyak, sebab ada kalanya tidur itu membuat seseorang lupa untuk mengerjakan sholatnya atau paling tidak dia
akan mengerjakannya di akhir waktu.

5. Makruh jagongan/berbincang2 sesudah mengerjakan sholat Isyak, sebab jagongan sesudah mengerjakan Isyak dapat mengakibatkan seseorang lambat tidur malam sehingga dia sukar bangun tidur ketika sholat Subuh telah tiba. Apapun, Nabi (s.a.w) pernah berbincang-bincang dengan Abu Bakar (r.a) mengenai satu urusan yang berkaitan dengan kepentingan kaum muslimin. Antara perkara yang diperbolehkan untuk dibincang setelah mengerjakan sholat Isyak adalah seperti mengulang kaji pelajaran, menemui tamu atau menghadiri acara perkahwinan.

6. Berpagi buta untuk menghadiri sholat Subuh dan keluar masjid sesudah sinar pagi mulai terang sebagaimana yang disebutkan dalam hadis di atas, yaitu:
“Ketika seseorang telah mengenali teman yang duduk berhampiran
dengannya.”

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB WAKTU SHALAT*_

*HADITS KE 130 :*

عن رافع ابن خديج قال : "كنا نصلي المغرب مع النبي صلى الله عليه وسلم فينصرف أحدنا وإنه ليبصر مواقع نبله" متفق عليه

Daripada Rafi' ibn Khadij (r.a), beliau berkata: “Kami mengerjakan sholat Maghrib bersama Rasulullah (s.a.w) lalu seseorang dari kami selesai mengerjakan (sholatnya), sedangkan dia dapat melihat sejauh lemparan anak panahnya.”
(Muttafaq 'alaih)

*MAKNA HADITS :*

```Rasulullah (s.a.w) seringkali menganjurkan supaya sholat Maghrib dikerjakan di awal waktunya, yaitu ketika matahari benar-benar telah tenggelam di mana seseorang yang telah selesai mengerjakan sholat Maghrib, masih lagi mampu melihat cahaya matahari yang terbenam itu.```

*FIQH HADITS :*

1. Disyariatkan bersegera mengerjakan sholat Maghrib pada awal waktunya, hingga seseorang yang selesai mengerjakan sholat Maghrib masih lagi dapat cahaya matahari yang tenggelam itu.

2. Tidak boleh melalaikan pelaksanaan sholat Maghrib.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB WAKTU SHALAT*_

*HADITS KE 131 :*

*وَعَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ: ( أَعْتَمَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ذَاتَ لَيْلَةٍ بِالْعَشَاءِ  حَتَّى ذَهَبَ عَامَّةُ اَللَّيْلِ  ثُمَّ خَرَجَ فَصَلَّى وَقَالَ: "إِنَّهُ لَوَقْتُهَا لَوْلَا أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي" ) رَوَاهُ مُسْلِمٌ* 

'Aisyah Radliyallaahu 'anhu berkata: *Pada suatu malam pernah Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam mengakhirkan shalat Isya' hingga larut malam. Kemudian beliau keluar dan shalat dan bersabda: "Sungguh inilah waktunya jika tidak memberatkan umatku."* Riwayat Muslim.

*MAKNA HADITS :*

```Waktu-waktu sholat fardu telah diketahui. Mengerjakan sholat fardu di permulaan waktunya adalah lebih afdhal, kecuali sholat Isyak, kerana waktu sholat Isyak amat panjang hingga sepertiga malam yang pertama. Seafdhal-afdhalnya mengerjakan sholat Isyak adalah di akhir sepertiga malam yang pertama. Oleh kerana Nabi (s.a.w) senantiasa menitik beratkan soal keringanan dan kemudahan bagi umatnya, maka baginda meninggalkan yang lebih afdhal kerana belas kasihan kepada mereka dan mereka tidak mengalami kesulitan karenanya.```

*FIQH HADITS :*

Waktu sholat Isyak sangat panjang dan mengerjakan sholat Isyak di akhir waktunya adalah lebih diutamakan selagi itu tidak memberatkan orang banyak
(para makmum).

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB WAKTU SHALAT*_

*HADITS KE 132 :*

*وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ( إِذَا اِشْتَدَّ اَلْحَرُّ فَأَبْرِدُوا بِالصَّلَاةِ فَإِنَّ شِدَّةَ اَلْحَرِّ مِنْ فَيْحِ جَهَنَّمَ )  مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ* 

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: *"Apabila panas sangat menyengat maka tunggulah waktu dingin untuk menunaikan shalat karena panas yang menyengat itu sebagian dari hembusan neraka jahannam."* Muttafaq Alaihi.

*MAKNA HADITS :*

```Inti sholat ialah khusyuk. Khusyuk dalam mengerjakan sholat merupakan rahasia paling besar yang dituntut dalam sholat. Oleh kerana terik matahari yang terlampau panas boleh menghilangkan khusyuk dalam sholat, maka Rasulullah (s.a.w)
menganjurkan supaya pelaksanaan sholat dzuhur diakhirkan dari permulaan waktunya yang dikerjakan di dalam masjid sebagai tanda belas kasihan kepada
mereka yang hendak mengerjakannya di samping memastikan mereka yang berkeinginan mengerjakannya berjamaah tetap dalam keadaan khusyuk. Perlu diketahuu, ini hanya khusus dengan sholat dzuhur dan sholat-sholat fardu yang lain tidak boleh diakhirkan pelaksanaannya dan ia hanya berlaku pada musim panas, bukannya pada musim dingin.```

*FIQH HADITS :*

1. Disyariatkan mengakhirkan pelaksanaan sholat dzuhur apabila cauca panas masih sangat terik. Hikmahnya ialah panas terik matahari yang melampau dapat
menghilangkan khusyuk yang merupakan inti dari sholat.

2. Barang siapa yang memerintahkan untuk mengerjakan sesuatu, hendaklah dia mengemukakan alasan atau rasional mengenai perintah itu supaya perintahnya kelak bisa diterima oleh orang banyak.

3. Hadits ini bersifat membatasi keumuman hadits yang mengutamakan pelaksanaan sholat pada permulaan waktunya.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB WAKTU SHALAT*_

*HADITS KE 133 :*

*وَعَنْ رَافِعِ بْنِ خَدِيجٍ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ( أَصْبِحُوا بِالصُّبْحِ فَإِنَّهُ أَعْظَمُ لِأُجُورِكُمْ )  رَوَاهُ اَلْخَمْسَةُ وَصَحَّحَهُ اَلتِّرْمِذِيُّ وَابْنُ حِبَّانَ* 

dari Rafi' Ibnu Khadij Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: *"Lakukanlah shalat Shubuh pada waktu masih benar-benar Shubuh karena ia lebih besar pahalanya bagimu."* Riwayat Imam Lima. Hadits shahih menurut Tirmidzi dan Ibnu Hibban.

*MAKNA HADITS :*

```Kadangkala kemunculan fajar membingungkan sebagian pihak terlebih-lebih lagi pada waktu malam purnama namun ada pula sebagian pihak yang memandang remeh pelaksanaan sholat Subuh pada awal waktunya, kerana
kebiasaan mereka yang tidur terlalu lelap. Melalui hadits ini, Nabi (s.a.w) memerintahkan agar sholat Subuh benar-benar diperhatikan. Pertama, memastikan fajar shadiq benar-benar telah terbit. Kedua, hendaklah sholat Subuh dikerjakan pada awal waktunya. Kemudian Nabi (s.a.w) menjelaskan bahwa mengerjakan sholat Subuh pada awal waktunya menjadikan ganjaran pahala seseorang yang melakukannya dilipatgandakan.```

*FIQH HADITS :*

1. Dianjurkan berpagi-pagi buta dalam mengerjakan sholat Subuh setelah yakin fajar benar-benar telah terbit. Inilah pendapat jumhur ulama. Sedangkan
mazhab Hanafi mengatakan bahwa hadits ini mensyariatkan al-isfar (lawan kata dari al-ishbah) yang artinya “apabila permulaan pagi kelihatan remang-remang”
karena berlandaskan kepada makna dzahir hadits.

2. Dianjurkan bersegera mengerjakan sholat Subuh di awal waktunya bagi mendapatkan ganjaran pahala yang besar.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..