Jumat, 23 Maret 2018

Kajian hadits ikaba 91-100

*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB TATA CARA BUANG HAJAT*_

*HADITS KE 91 :*
 

*وَعَنِ اِبْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهُمَا; ( أَنَّ اَلنَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم سَأَلَ أَهْلَ قُبَاءٍ فَقَالُوا: إِنَّا نُتْبِعُ اَلْحِجَارَةَ اَلْمَاءَ )  رَوَاهُ اَلْبَزَّارُ بِسَنَدٍ ضَعِيف  وَأَصْلُهُ  فِي أَبِي دَاوُدَ وَاَلتِّرْمِذِيّ*

*وَصَحَّحَهُ اِبْنُ خُزَيْمَةَ مِنْ حَدِيثِ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه بِدُونِ ذِكْرِ اَلْحِجَارَة*

Dari Ibnu Abbas Radliyallaahu 'anhu bahwa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam setelah bertanya kepada penduduk Quba beliau bersabda:  *"Sesungguhnya Allah memuji kamu sekalian." Mereka berkata: Sesungguhnya kami selalu beristinja' dengan air setelah dengan batu.* Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dengan sanad yang lemah. Asal hadits ini ada dalam riwayat Abu Dawud dan Tirmidzi.

Hadits tersebut dinilai shahih oleh Ibnu Khuzaimah dari hadits Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu tanpa menyebut istinja' dengan batu

*Makna Hadis :*

```Agama Islam adalah agama paling suci yang diketahui oleh sejarah umat manusia dalam usahanya yang gigih untuk senantiasa menjaga kebersihan, disiplin dan akhlak mulia. Islam menganjurkan untuk melakukan istijmar dengan batu untuk
menghilangkan 'ain najis, kemudian diikuti dengan basuhan air untuk
melenyapkan bekasnya. Islam memuji orang yang konsisten mengamalkan cara tersebut ketika bersuci. Menggabungkan bersuci antara batu dengan air mengandung hikmah yang amat besar dan berkesan yang luar biasa dalam menghilangkan 'ain najis serta bekasnya.```

*Fiqh Hadis :*

1. Disyari'atkan beristinjak dengan air dan menggunakan air lebih sempurna
berbanding menggunakan batu, kerana ia memiliki kemampuan pembersih dan orang yang melakukannya mendapat pujian.

2. Diutamakan menggabungkan air dengan batu dalam beristinjak (bersuci
sesudah buang air).

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
[16/3 4:55 AM] Musthofa AB: *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB TENTANG MANDI DAN JUNUB*_

*HADITS KE 92 :*
 

*عَنْ أَبِي سَعِيدٍ اَلْخُدْرِيِّ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ( اَلْمَاءُ مِنْ اَلْمَاءِ)  رَوَاهُ مُسْلِم وَأَصْلُهُ فِي اَلْبُخَارِيّ*

Dari Abu said Al-Khudry Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda:  *"Air itu dari air."* Riwayat Muslim yang berasal dari Bukhari.

*Makna Hadis :*

```Sebahagian sahabat pada mulanya mengira bahwa kewajipan mandi junub hanya kerana bersetubuh dan mereka tidak tau bahwa mereka wajib mandi apabila mimpi mengeluarkan air mani. Nabi (s.a.w) memberitau mereka bahwa bermimpi mengeluarkan air mani wajib mandi junub. Untuk itu, Nabi (s.a.w)
bersabda bahwa wajib mandi dengan air yang boleh menyucikan apabila keluar air mani. Al-Qasr dalam hadits ini adalah qasr idhafi. Makna ini lebih utama dibanding mengatakan hadits ini di-mansukh, sebab nasakh berpegang dengan kaidah asal. Apapun, ada hadits lain yang mendukunng nasakh. Oleh sebab itu, Ibn Hajar penulis Bulugh al-Maram ini tetap berpegang dengan hadits ini, lalu mengiringinya dengan hadits lain yang berkaitan dengannya.```

*Fiqh Hadis :*

1. Wajib mandi kerana mengeluarkan air mani.

2. Pemahaman hadits ini di-nasakh oleh hadits berikut ini yang menunjukkan
wajib mandi apabila kedua khitan (tempat sunnat) bertemu.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
[17/3 1:05 AM] Musthofa AB: *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB TENTANG MANDI DAN JUNUB*_

*HADITS KE 93 :*
 

*وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ( إِذَا جَلَسَ بَيْنَ شُعَبِهَا اَلْأَرْبَعِ ثُمَّ جَهَدَهَا فَقَدْ وَجَبَ اَلْغُسْلُ )  مُتَّفَقٌ عَلَيْه*

*زَادَ مُسْلِمٌ: وَإِنْ لَمْ يُنْزِلْ*

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda:  *"Apabila seorang laki-laki duduk di antara empat bagian (tubuh) wanita lalu mencampurinya maka ia telah wajib mandi."* Muttafaq Alaihi.

Riwayat Muslim menambahkan: *"Meskipun ia belum mengeluarkan (air mani)."*

*Makna Hadis :*

```Bersetubuh termasuk perkara yang mewajibkan mandi junub, kerana di dalamnya terdapat bersatunya kedua alat kelamin antara suami dengan isteri, baik keluar air mani ataupun tidak. Pada permulaan Islam, syari'at memberikan rukhshah bahwa yang diwajibkan mandi hanyalah apabila persetubuhan itu mengeluarkan air mani, sebagaimana yang diterangkan dalam hadits sebelum ini: “Mandi itu (wajib) kerana keluar air mani.” Kemudian syari'at memerintahkan mandi apabila telah memasukkan zakar ke dalam kemaluan isteri, sebab makna jinabah menurut istilah orang Arab secara hakiki ditujukan kepada persetubuhan, sekalipun tidak keluar air mani.```

*Fiqh Hadis :*

1. Disunatkan memakai kata sindiran dalam mengungkapkan perkara yang
bersifat aib untuk disebutkan secara langsung.

2. Wajib mandi junub kerana memasukkan zakar ke dalam kemaluan perempuan, sekalipun tidak mengeluarkan air mani.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
[18/3 12:18 AM] Musthofa AB: *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB TENTANG MANDI DAN JUNUB*_

*HADITS KE 94 :*
 

*وَعَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِى الْمَرْأَةِ تَرَى فِى مَنَامِهَا مَايَرَى الرَّجُلُ - قَالَ : ( تَغْتَسِلُ ) مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ*

*زَادَ مُسْلِمٌ: فَقَالَتْ أُمُّ سُلَيْم ٍ ( وَهَلْ يَكُونُ هَذَاقَالَ: نَعَمْ فَمِنْ أَيْنَ يَكُونُ اَلشَّبَهُ)*

Anas Radliyallahu 'Anhu berkata: *Rasulallah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda tentang perempuan yang bermimpi sebagaimana yang dimimpikan oleh laki-laki, maka sabdanya, "Ia wajib mandi."* Hadits riwayat Muttafaqun 'Alaih

Imam Muslim menambahkan: *Ummu Salamah bertanya: Adakah hal ini terjadi؟ Nabi menjawab: "Ya lalu darimana datangnya persamaan؟"*

*Makna Hadis :*

```Allah (s.w.t) membentuk rupa janin dalam rahim mengikut gambaran yang Dia kehendaki. Adakalanya anak itu mirip dengan ayahnya atau kakeknya dari sebelah ayahnya dan adakalanya pula mirip dengan ibunya atau neneknya dari sebelah ibunya. Air mani siapa diantara keduanya yang mampu mengalahkan yang lain, maka anak yang bakal dilahirkan akan mirip dengan mani yang menang
itu. Ini merupakan salah satu di antara mukjizat Nabi (s.a.w) kerana baginda
mengetahui tentang fasa yang dialami oleh janin. Nabi (s.a.w) mewajibkan mandi kepada wanita yang mengeluarkan air mani dalam mimpi, sebagaimana ia juga diwajibkan kepada lelaki, kerana wanita pada hakekatnya merupakan belahan lelaki.```

*Fiqh Hadis :*

1. Wanitapun boleh bermimpi mengeluarkan air mani sama dengan kaum lelaki.

2. Wanita tidak diwajibkan mandi kecuali apabila dia melihat adanya air mani.

3. Pengakuan yang menyatakan bahwa anak itu adakalanya mirip dengan ayahnya atau mirip dengan ibunya. Jika air mani salah seorang di antara keduanya mendahului air mani yang lainnya, maka anaknya akan mirip dengan siapa yang mengeluarkan air mani terlebih dahulu itu.

4. Seorang wanita dibolehkan meminta fatwa mengenai perkara-perkara yang
dianggap musykil baginya dalam urusan agama.

5. Perhatian yang sangat luar biasa dimiliki oleh sahabat wanita untuk sentiasa memperdalam ilmu agama.

Wallahu a'lam bisshowab..

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
[19/3 12:19 AM] Musthofa AB: *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB TENTANG MANDI DAN JUNUB*_

*HADITS KE 95 :*
 

*وَعَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ: ( كَانَ اَلنَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم يَغْتَسِلُ مِنْ أَرْبَعٍ: مِنْ اَلْجَنَابَةِ وَيَوْمَ اَلْجُمُعَةِ وَمِنْ اَلْحِجَامَةِ وَمِنْ غُسْلِ اَلْمَيِّتِ )  رَوَاهُ أَبُو دَاوُدَ وَصَحَّحَهُ اِبْنُ خُزَيْمَة*

'Aisyah Radliyallaahu 'anhu berkata:  *Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam biasanya mandi karena empat hal: jinabat hari Jum'at berbekam dan memandikan mayit.* Riwayat Abu Dawud dan dinyatakan shahih oleh Ibnu Khuzaimah.

*MAKNA HADITS :*

```Nabi (s.a.w) mandi kerana sesuatu perkara dan memerintahkan mandi kerana beberapa perkara yang lain. Baginda mandi kerana berjunub, mandi untuk hari Jum'at dan mandi pula setelah berbekam kerana darah biasanya menyebar ke seluruh tubuh hingga sukar membasuhnya hanya pada bagian tertentu.

Menyedot darah dengan alat dapat menyebabkan darah keluar dari setiap sisi yang disedot, sedangkan mandi dapat menghentikan mengalirnya darah dan mencegah keluarnya darah secara berlebihan.

Kemestian mandi setelah memandikan jenazah adalah disebabkan tubuh
orang yang memandikannya selalunya sukar menghindar dari terkena percikan air. Jika seseorang tahu yang dirinya bakal mandi sesudah itu, maka dia tidak lagi ragu memandikan jenazah dan menyentuh tubuhnya. Apapun, belum pernah terdengar bahwa Nabi (s.a.w) pernah memandikan jenazah.```

*FIQH HADITS :*

1. Wajib mandi kerana berjunub meskipun hanya sekedar hubungan seks sekalipun tanpa keluar air mani.

2. Disyariatkan mandi pada hari Jum'at, sesudah berbekam dan sesudah memandikan jenazah.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
[20/3 12:14 AM] Musthofa AB: *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB TENTANG MANDI DAN JUNUB*_

*HADITS KE 96 :*
 

*وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه ( -فِي قِصَّةِ ثُمَامَةَ بْنِ أُثَالٍ عِنْدَمَا أَسْلَم- وَأَمَرَهُ اَلنَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم أَنْ يَغْتَسِلَ )  رَوَاهُ عَبْدُ اَلرَّزَّاق ِ وَأَصْلُهُ مُتَّفَقٌ عَلَيْه*

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu  *tentang kisah tsamamah Ibnu Utsal ketika masuk Islam Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam menyuruhnya mandi.* Riwayat Abdur Rozaq dan asalnya Muttafaq Alaihi.

*MAKNA HADITS :*

```Jika orang kafir masuk Islam, maka batinnya menjadi suci dari 'akidah yang bathil. Oleh sebab itu, syari'at memerintahkan mandi supaya dzahirnya turut menjadi suci dari  kekufuran dan sisa-sisa junub yang dilakukan ketika masih kafir. Tujuannya ialah supaya dia bersiap sedia melakukan ibadah dengan dzahir dan batin yang suci serta keyakinan dan amal yang suci pula.```

*FIQH HADITS :*

Disyari'atkan mandi bagi orang yang baru masuk Islam. Ulama berbeda pendapat dalam masalah ini. Imam Ahmad mewajibkan mandi berlandaskan kepada dzahir
hadits. Imam Malik dan Imam al-Syafi'i mewajibkannya pula bagi orang yang
pernah berjunub ketika kafir, baik dia telah mandi ataupun belum, sedangkan bagi yang tidak pernah berjunub ketika kafir, hukum mandi itu hanyalah sunat. Imam Abu Hanifah mewajibkan mandi bagi orang yang berjunub ketika kafir sedangkan dia tidak pernah mandi junub dan mandi tidak wajib baginya apabila dia pernah mandi semasa dia kafir.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
[21/3 1:00 AM] Musthofa AB: *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB TENTANG MANDI DAN JUNUB*_

*HADITS KE 97 :*
 

*وَعَنْ أَبِي سَعِيدٍ رضي الله عنه أَنَّ رَسُولَ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ: ( غُسْلُ اَلْجُمُعَةِ وَاجِبٌ عَلَى كُلِّ مُحْتَلِمٍ )   أَخْرَجَهُ اَلسَّبْعَة ُ*

Dari Abu Said Al-Khudry Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda:  *"Mandi hari Jum'at itu wajib bagi setiap orang yang telah bermimpi (baligh."* Riwayat Imam Tujuh. 

*Makna Hadis :*

```Nabi (s.a.w) menganjurkan mandi pada hari Jum'at dengan sunat mu'akkad. Pada permulaan Islam, mandi pada hari Jum'at adalah wajib kerana kehidupan para sahabat ketika itu amat sukar dan mereka selalu memakai baju yang terbuat dari bulu kambing yang apabila melekat pada tubuh dalam waktu yang lama akan menyebabkan bau kurang enak.
Akan tetapi setelah Allah melimpahkan banyak kenikmatan dan keluasan
rezeki kepada mereka melalui harta ghanimah yang mereka peroleh, maka hukum wajib ini di-mansukh. Hukumnya yang mulanya wajib beralih menjadi menjadi sunat mu'akkad.```

*Fiqh Hadis :*

Wajib mandi pada hari Jum'at berdasarkan keterangan yang telah disebutkan diatas, kemudian hukum wajib ini di-mansukh oleh hadis berikut ini.

*HADITS KE 97 :*

*وَعَنْ سَمُرَةَ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ( مَنْ تَوَضَّأَ يَوْمَ اَلْجُمُعَةِ فَبِهَا وَنِعْمَتْ وَمَنْ اِغْتَسَلَ فَالْغُسْلُ أَفْضَلُ )  رَوَاهُ اَلْخَمْسَةُ وَحَسَّنَهُ اَلتِّرْمِذِيّ*

Dari Samurah Ibnu Jundab Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda:  *"Barangsiapa yang berwudlu pada hari Jum'at berarti telah menjalankan sunnah dan sudah baik dan barangsiapa yang mandi maka itu lebih utama."* Riwayat Imam Tujuh dan dinilai hasan oleh Tirmidzi.

*Makna Hadis :*

```Oleh kerana hari Jum'at adalah hari raya dimana pada hari itu kaum muslimin berkumpul di rumah-rumah Allah (masjid-masjid) untuk mengerjakan shalat Jum'at dan mendengarkan khutbah dan turut hadir bersama para malaikat, maka syariat menganjurkan agar memakai wewangian dan berpakaian paling baik serta tubuh yang bersih dengan cara mandi. Ini disyari'atkan bagi orang yang mampu melakukannya dan ia lebih utama dan lebih sempurna baginya. Tetapi jika tidak mampu mandi, maka cukuplah baginya berwuduk dan orang yang mampu berwudukpun sudah dianggap mengikuti amalan Sunnah.```

*Fiqh Hadis :*

Keutamaan mandi pada hari Jum'at. Hadits ini memansukh hukum wajib yang terkandung pada hadits sebelum ini. Inilah rahasia menyebutkan hadits ini sesudahnya.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
[22/3 1:05 AM] Musthofa AB: *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB TENTANG MANDI DAN JUNUB*_

*HADITS KE 99 :*
 

*وَعَنْ عَلِيٍّ رضي الله عنه قَالَ: ( كَانَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم يُقْرِئُنَا اَلْقُرْآنَ مَا لَمْ يَكُنْ جُنُبًا )  رَوَاهُ اَلْخَمْسَةُ وَهَذَا لَفْظُ اَلتِّرْمِذِيِّ وَحَسَّنَةُ وَصَحَّحَهُ اِبْنُ حِبَّان*

Ali Radliyallaahu 'anhu berkata:  *Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam selalu membaca Al-Qur'an pada kami selama beliau tidak junub.* Riwayat Imam Tujuh dan lafadznya dari Tirmidzi. Hadits ini shahih menurut Tirmidzi dan hasan menurut Ibnu Hibban.

*MAKNA HADITS :*

```Al-Qur'an adalah kalamullah yang qadim, diturunkan melalui Malaikat Jibril yang terpercaya dengan bahasa Arab yang jelas. Membaca al-Qur'an sangat bermanfaat bagi pembacanya dan dapat menyingkirkan segala bentuk kesusahan dan dukacita dari dalam dirinya dengan meresapi perjalanan perilaku umat terdahulu di masa
lampau. Jangan anda sesekali membacanya dalam keadaan berhadas besar. Ini hendaklah dijadikan sebagai pengajaran dan peringatan demi menjaga keutamaan al-Qur'an dan mengagungkan firman Allah (s.w.t).```

*FIQH HADITS :*

Orang yang junub diharamkan membaca al-Qur'an. Abu Ya'la menyebut satu hadits dari 'Ali (r.a):

رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم توضئ ثم قرأ شيئا من القرأن ثم قال : هكذا لمن ليس بجنب فأما الجنب فلا ولو جنبا

“Saya pernah melihat Rasulullah (s.a.w) berwuduk, kemudian membaca ayat al-
Qur'an lalu baginda bersabda: “Keadaan sebegini dibolehkan bagi orang yang tidak berjunub. Adapun orang yang junub sama sekali tidak diperbolehkan,
sekalipun hanya satu ayat.”

Kesemua hadits tsiqah dan hadis ini dengan jelas mengharamkan orang junub membaca al-Qur'an kerana mengandung makna larangan. Hadits ini lebih tegas lagi dari hadits di atas kerana hadits di atas mengisahkan tentang perbuatan Nabi (s.a.w).

Namun mazhab Maliki mengecualikan apabila ayat yang dibacanya itu sedikit
dan bertujuan melindungi diri dari gangguan syaitan seperti Ayat al-Kursi,
Surat al-Ikhlash dan al-Mu'awwidzatain.

Imam Ahmad mengatakan bahawa diberi keringanan bagi orang yang berjunub membaca satu ayat atau yang semisal dengannya.

Sedangkan Imam Abu Hanifah hanya memperbolehkan membaca sebahagian dari satu ayat.

Ulama mazhab al-Syafi'i juga berkata: “Diperbolehkan membaca ayat-ayat al-
Qur'an dengan tujuan untuk berzikir dan bukan berniat membaca al-Qur'an.”
Apapun, memegang mushaf adalah diharamkan bagi orang yang junub,
sekalipun memakai penghalang atau menggunakan dengan kayu. Inilah pendapat mayoritas ulama.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
[23/3 2:12 PM] Musthofa AB: *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB TENTANG MANDI DAN JUNUB*_

*HADITS KE 100 :*
 

*وَعَنْ أَبِي سَعِيدٍ اَلْخُدْرِيِّ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم (  إِذَا أَتَى أَحَدُكُمْ أَهْلَهُ ثُمَّ أَرَادَ أَنْ يَعُودَ فَلْيَتَوَضَّأْ بَيْنَهُمَا وُضُوءًا )  رَوَاهُ مُسْلِم*

*زَادَ اَلْحَاكِمُ: ( فَإِنَّهُ أَنْشَطُ لِلْعَوْدِ )*

Abu Said Al-Khudry Radliyallaahu 'anhu berkata bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda:  *"Apabila seseorang di antara kamu mendatangi istrinya (bersetubuh) kemudian ingin mengulanginya lagi maka hendaklah ia berwudlu antara keduanya."* Hadits riwayat Muslim.

Hakim menambahkan:  *"Karena wudhu itu memberikan semangat untuk mengulanginya lagi."*

*Makna Hadis :*

```Seseorang yang junub dikawatirkan selalu terkena gangguan syaitan kerana malaikat yang mulia menjauhinya. Oleh sebab itu, syari'at menganjurkan untuk
berwuduk karana adanya hikmah-hikmah yang sangat luar biasa, antara lain ialah:

Pertama, apabila seseorang hendak mengulangi persetubuhan dengan isterinya, maka itu mampu memberinya semangat dan mengembalikan lagi kekuatannya.

Kedua, kerana wuduk dalam kategori bersuci kecil yang dapat dijadikan sebagai benteng bagi dirinya secara keseluruhan.

Ketiga, kerana wuduk itu adakalanya
mendorongnya untuk terus mandi junub dan inilah yang diharapkan.```

*Fiqh Hadis :*

1. Orang yang hendak menggauli isterinya untuk yang kedua kalinya
disyariatkan berwuduk.

2. Dibolehkan beribat untuk menambah semangat untuk berjimak dengan isteri.

3. Mandi di antara dua persetubuhan tidak wajib.

4. Disyari'atkan meringankan junub dengan berwuduk kerana wuduk merupakan bersuci kecil supaya orang berkenaan tidak terhalang dari berkah ditemani oleh malaikat.

Di dalam hadis yang lain disebutkan:
ِثلاثة لا تقربهم الملائكة ؛ الجنب والسكران والمتمضخ بالخلوق
“Ada tiga orang yang para malaikat tidak mau mendekatinya, yaitu orang yang junub, orang mabuk dan orang yang berbau tidak enak.”

5. Etika mengungkapkan sesuatu dengan menggunakan kata-kata sindiran untuk menceritakan perkara-perkara yang aib.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..

Rabu, 14 Maret 2018

Kajian Hadits IKABA 81-90

*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB TATA CARA BUANG HAJAT*_

*HADITS KE 81 :*

*عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ( اِتَّقُوا اَللَّاعِنِينَ: اَلَّذِي يَتَخَلَّى فِي طَرِيقِ اَلنَّاسِ أَوْ فِي ظِلِّهِمْ )  رَوَاهُ مُسْلِم*

*زَادَ أَبُو دَاوُدَ عَنْ مُعَاذٍ ( وَالْمَوَارِدَ )*

*وَلِأَحْمَدَ; عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ: ( أَوْ نَقْعِ مَاءٍ )  وَفِيهِمَا ضَعْف*

*أَخْرَجَ اَلطَّبَرَانِيُّ اَلنَّهْيَ عَن ْ تَحْتِ اَلْأَشْجَارِ اَلْمُثْمِرَةِ وَضَفَّةِ اَلنَّهْرِ الْجَارِي. مِنْ حَدِيثِ اِبْنِ عُمَرَ بِسَنَدٍ ضَعِيف*

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: *"Jauhkanlah dirimu dari dua perbuatan terkutuk yaitu suka buang air di jalan umum atau suka buang air di tempat orang berteduh."* Riwayat Imam Muslim

Abu Dawud menambahkan dari Muadz r.a: "Dan tempat-tempat sumber air." Lafadznya ialah: *"Jauhkanlah dirimu dari tiga perbuatan terkutuk yaitu buang air besar di tempat-tempat sumber air di tengah jalan raya dan di tempat perteduhan."*

Dalam riwayat Ahmad Ibnu Abbas r.a: *"Atau di tempat menggenangnya air."* Dalam kedua hadits di atas ada kelemahan.

Imam Thabrani mengeluarkan *sebuah hadits yang melarang buang air besar di bawah pohon berbuah dan di tepi sungai yang mengalir.* Dari hadits Ibnu Umar dengan sanad yang lemah.

*Makna Hadis :*

```Syariat Islam senantiasa mengambil berat soal kemuliaan manusia supaya mereka tidak menyerupai binatang, kerana manusia adalah semulia-mulia makhluk. Oleh sebab itu, syariat Islam tidak membiarkan seseorang kencing di dalam air yang mengalir.

Air yang mengalir ini ada kalanya diperlukan untuk dijadikan sebagai air minum. Selain itu, perbuatan seperti itu bisa menimbulkan penyakit yang dikenal dengan nama balharsia. Manusia dilarang pula membuang hajat di tempat duduk orang ramai atau di tempat jatuhnya buah-buahan yang bisa dimakan. Syariat Islam mengingatkan supaya tidak melakukan perbuatan yang boleh mendatangkan laknat hingga seseorang itu dihalau dari  memperoleh rahmat Allah (s.w.t).```

*Fiqh Hadis :*

1. Dilarang membuang hajat di tengah jalan yang menjadi laluan orang banyak dan tempat bernaung kerana perbuatan tersebut membuat kaum muslimin
terganggu oleh najis, kotoran dan baunya ketika mereka lewat dan duduk-duduk di kawasan tersebut.

2. Dilarang membuang hajat besar di tempat mata air dan sungai. Begitu pula di tempat air bergenang, seperti danau dan telaga. Rasulullah (s.a.w) melarang pula kencing di depan pintu masjid.

3. Dilarang membuang hajat di bawah pohon yang berbuah.

4. Islam amat mengambil berat soal kebersihan, disiplin dan memelihara tempat awam.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
[5/3 11:36 PM] Musthofa AB: *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB TATA CARA BUANG HAJAT*_

*HADITS KE 82 :*

*وَعَنْ جَابِرٍ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم (إِذَا تَغَوَّطَ اَلرَّجُلَانِ فَلْيَتَوَارَ كُلُّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا عَنْ صَاحِبِهِ وَلَا يَتَحَدَّثَا. فَإِنَّ اَللَّهَ يَمْقُتُ عَلَى ذَلِكَ)  رَوَاهُ. وَصَحَّحَهُ اِبْنُ اَلسَّكَنِ وَابْنُ اَلْقَطَّانِ وَهُوَ مَعْلُول*

Dari Jabir Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda:  *"Apabila dua orang buang air besar maka hendaknya masing-masing bersembunyi dan tidak saling berbicara sebab Allah mengutuk perbuatan yang sedemikian."*  Diriwayatkan oleh Ahmad hadits shahih menurut Ibnus Sakan dan Ibnul Qathan. Hadits ini ma'lul.

*Makna Hadis :*

```Islam adalah agama yang menganjurkan bersikap malu dan memelihara kehormatan (harga diri), malahan ia merupakan agama teladan bagi kehidupan bersosial. Islam melarang membuka aurat, memandang ke arahnya serta memperlihatkannya dengan cara membuang air besar secara bersama-sama. Islam pun melarang berbicara ketika sedang membuang air besar. Semua itu dilarang untuk menjauhkan manusia dari menyerupai perbuatan hewan. Allah (s.w.t) amat murka apabila ada orang yang melakukan perbuatan seperti itu.```

*Fiqh Hadis :*

1. Wajib menutup aurat.

2. Makruh berbicara ketika membuang hajat, sebab itu menyebabkan
kemurkaan Allah. Oleh sebab itu, Nabi (s.a.w) tidak mau menjawab salam meskipun wajib menjawab salam ketika ada seorang lelaki lalu dan
mengucapkan salam kerana baginda sedang membuang air kecil. Murka Allah yang dikaitkan dengan perbuatan tersebut menunjukkan peringatan syariat terhadap perbuatan itu amat dahsyat.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
[7/3 1:38 AM] Musthofa AB: *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB TATA CARA BUANG HAJAT*_

*HADITS KE 83 :*

*وَعَنْ أَبِي قَتَادَةَ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ( لَا يُمْسِكَنَّ أَحَدُكُمْ ذَكَرَهُ بِيَمِينِهِ وَهُوَ يَبُولُ وَلَا يَتَمَسَّحْ مِنْ اَلْخَلَاءِ بِيَمِينِهِ وَلَا يَتَنَفَّسْ فِي اَلْإِنَاءِ  )  مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ وَاللَّفْظُ  لِمُسْلِم*

Dari Abu Qotadah Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda:  *"Janganlah sekali-kali seseorang di antara kamu menyentuh kemaluannya dengan tangan kanan ketika sedang kencing jangan membersihkan bekas kotorannya dengan tangan kanan dan jangan pula bernafas dalam tempat air."* Muttafaq Alaihi dan lafadznya menurut riwayat Muslim.

*Makna Hadis :*

```Rasulullah (s.a.w) memberi petunjuk kepada para sahabat dan mengajarkan akhlak dalam agama dengan melarang mereka memegang kemaluan dengan tangan kanan dan menggunakan tangan kanan ketika membersihkan kotoran. Ini kerana tangan kanan adalah tangan yang dimuliakan dan oleh kerananya, ia mesti dijauhkan dari tempat-tempat najis. Tangan kanan hanya digunakan untuk perbuatan
yang terhormat pula seperti makan dan minum serta lain-lain.

Rasulullah (s.a.w) melarang pula bernafas di dalam bejana, kerana perbuatan ini adalah perbuatan hewan di samping air dikawatiri tercemar oleh bau yang keluar dari perut melalui mulut, sedangkan air merupakan benda cair yang warnanya mengikuti warna wadahnya. Akibat perbuatannya bernafas di bejana itu maka orang lain
enggan meminumnya dan menganggapnya sebagai menjijikkan. Hadis ini secara garis besarnya menerangkan tentang sebagian akhlak yang dianjurkan oleh
agama Islam.```

*Fiqh Hadits :*

1. Etika membersihkan diri setelah membuang air dan etika ketika minum.

2. Menjaga kebersihan.

3. Keutamaan tangan kanan dan menghindarkannya dari memegang sesuatu yang mengandung najis. Ini kerana ada ketika seseorang teringat kepada najis yang pernah diusapnya ketika dia sedang mengambil makanan dengan tangan kanannya, hingga membuatnya akan merasa jijik dengan tangan kanannya itu.

4. Ketika sedang minum, seseorang dianjurkan bernafas sebanyak tiga kali di luar wadah/ bejana. Jika minum air dengan sekali nafas (sekali teguk), ada kemungkinan dia diserang penyakit hati, sebagaimana yang telah dijelaskan oleh hadis berikut: الكباد من العب “Penyakit hati disebabkan sering meneguk minum air sekali teguk"

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
[7/3 11:44 PM] Musthofa AB: *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB TATA CARA BUANG HAJAT*_

*HADITS KE 84 :*

*وَعَنْ سَلْمَانَ رضي الله عنه قَالَ: ( لَقَدْ نَهَانَا رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم "أَنْ نَسْتَقْبِلَ اَلْقِبْلَةَ بِغَائِطٍ أَوْ بَوْلٍ أَوْ أَنْ نَسْتَنْجِيَ بِالْيَمِينِ أَوْ أَنْ نَسْتَنْجِيَ بِأَقَلَّ مِنْ ثَلَاثَةِ أَحْجَارٍ أَوْ أَنْ نَسْتَنْجِيَ بِرَجِيعٍ أَوْ عَظْمٍ"  )  رَوَاهُ مُسْلِم*

*وَلِلسَّبْعَةِ مِنْ حَدِيثِ أَبِي أَيُّوبَ رضي الله عنه ( لَا تَسْتَقْبِلُوا اَلْقِبْلَةَ بِغَائِطٍ وَلَا بَوْلٍ وَلَكِنْ شَرِّقُوا أَوْ غَرِّبُوا )*

Salman Radliyallaahu 'anhu berkata:  *Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam benar-benar telah melarang kami menghadap kiblat pada saat buang air besar atau kecil atau ber-istinja' (membersihkan kotoran) dengan tangan kanan atau beristinja' dengan batu kurang dari tiga biji atau beristinja' dengan kotoran hewan atau dengan tulang.* Hadits riwayat Muslim.

Hadits menurut Imam Tujuh dari Abu Ayyub Al-Anshari Radliyallaahu 'anhu berbunyi:  *"Janganlah menghadap kiblat atau membelakanginya akan tetapi menghadaplah ke arah timur atau barat."*

*Makna Hadis :*

```Melalui hadis ini, Rasulullah (s.a.w) mengajarkan kita etika ketika membuang hajat, sebagaimana baginda memerintahkan kita untuk menghormati syiar-syiar Allah. Oleh sebab itu, seseorang yang sedang membuang hajat tidak boleh menghadap ke arah kiblat dan tidak boleh pula membelakanginya. Baginda melarang kita membersihkan hadas dengan menggunakan tangan kanan untuk memelihara kehormatannya kerana tangan kanan hanya digunakan untuk melakukan perkara-perkara yang mulia. Jangan pula beristinjak dengan batu yang jumlahnya kurang dari tiga biji atau dengan menggunakan najis hewan, sebab najis hewan itu sendiri sudah najis dan tidak mungkin ia digunakan untuk membersihkan benda
yang lain. Baginda melarang kita beristinjak dengan menggunakan tulang kerana tulang adalah makanan jin di samping dilarang menggunakan segala sesuatu yang mulia di sisi syariat Islam. Semoga Allah sentiasa melimpahkan sholawat dan salam-Nya ke atas murabbi agung ini, Rasulullah (s.a.w). Berbahagialah orang yang mengikuti akhlak dan petunjuknya.```

*Fiqh Hadis :*

1. Dilarang menghadap ke arah kiblat dan juga membelakanginya ketika
membuang hajat di tempat terbuka, namun jika membuang hajat di dalam
bangunan, maka tidak mengapa menghadap atau membelakangi kiblat. Inilah pendapat menurut mazhab Maliki dan al-Syafi'i kerana menggabungkan hadis-hadis yang melarang dan yang membolehkannya dalam masalah ini. Menurut pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad, diharamkan menghadap ke arah kiblat, sama ada ketika membuang hajat di tempat terbuka maupun di dalam bangunan. Inilah pendapat yang paling sahih dari kedua pendapat Imam Ahmad kerana berlandaskan kepada keumuman hadis-hadis yang melarangnya dalam masalah ini.

2. Pengertian menghadap ke arah timur dan menghadap ke arah barat dalam
hadis ini hanya berlaku bagi orang yang tinggal di Madinah, sedangkan untuk
bandar yang selainnya hendaklah mengikut kepada kedudukan geografinya masing-masing.

3. Disyariatkan beristinjak dengan menggunakan batu dan demikian pula setiap benda yang mempunyai kekuatan pembersih sepertinya. Jumlah batu yang diperlukan untuk beristinjak ialah tiga biji atau batu yang memiliki tiga sudut menurut pendapat mazhab al-Syafi'i dan mazhab Hanbali. Sedangkan menurut pendapat Imam Malik dan Imam Abu Hanifah, disyaratkan benar-benar bersih
sekalipun hanya dengan sebiji batu maka itu sudah mecukupi dan disunatkan menggunakan batu dalam hitungan ganjil.

4. Dilarang beristinjak dengan tangan kanan kerana menghormatinya supaya
tidak sampai menyentuh benda najis.

5. Dilarang beristinjak dengan tulang, sebab tulang adalah makanan jin.

6. Dilarang beristinjak dengan najis hewan kerana najis hewan itu sendiri najis hukumnya.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
[9/3 2:05 AM] Musthofa AB: *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB TATA CARA BUANG HAJAT*_

*HADITS KE 85 :*

*وَعَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهَا; أَنَّ اَلنَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: ( مَنْ أَتَى اَلْغَائِطَ فَلْيَسْتَتِرْ  )   رَوَاهُ أَبُو دَاوُد*

Dari 'Aisyah Radliyallaahu 'anhu bahwa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda:  *"Barangsiapa yang hendak buang air hendaklah ia membuat penutup."* Riwayat Abu Dawud.

*Makna Hadis :*

```Syariat Islam amat menganjurkan untuk bersikap malu dan menutupi aurat.
Dengan demikian, orang yang berakal sihat pasti merasa malu apabila auratnya terbuka. Oleh sebab itu, aurat diberi nama kemaluan dan Allah telah menganugerahkan kita pakaian zahir untuk menutupi aurat sebagaimana Dia pula menganugerahkan kita pakaian batin melalui taufik-Nya, yaitu takwa.

Allah (s.w.t) berfirman:

يَا بَنِي آدَمَ قَدْ أَنزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآتِكُمْ وَرِيشًا وَلِبَاسُ التَّقْوَىٰ ذَٰلِكَ خَيْرٌ ذَٰلِكَ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ

“Wahai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah sebagai perhiasan. Sedangkan pakaian takwa itulah yang lebih baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat." (Qs. al-A'raf: 26).```

*Fiqh Hadis :*

Wajib menutupi aurat ketika membuang hajat.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
[10/3 12:02 AM] Musthofa AB: *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB TATA CARA BUANG HAJAT*_

*HADITS KE 86 :*
 

وَعَنْهَا; ( أَنَّ اَلنَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم كَانَ إِذَا خَرَجَ مِنْ اَلْغَائِطِ قَالَ: "غُفْرَانَكَ" )  أَخْرَجَهُ اَلْخَمْسَةُ. وَصَحَّحَهُ أَبُو حَاتِمٍ وَالْحَاكِم

Dari 'Aisyah Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam jika telah keluar dari buang air besar beliau berdo'a: "Aku mohon ampunan-Mu." Diriwayatkan oleh Imam Lima. Hadits shahih menurut Abu Hatim dan Hakim.

*Makna Hadis :*

```Memohon ampun yang dilakukan oleh Rasulullah (s.a.w) kerana baginda lupa berzikir kepada Allah ketika sedang membuang hajat. Menurut satu pendapat lagi, permintaan ampun tersebut merupakan permintaan taubat kerana lalai mensyukuri nikmat Allah yang telah dianugerahkan kepadanya.

Allah telah memberinya makan, kemudian makanan itu dihimpun di dalam perutnya dan dimudahkan jalan keluar bagi ampasnya, manakala yang bermanfaat pula tetap berada di dalam tubuhnya. Baginda melihat syukur yang telah dilakukan masih tidak mampu menandingi nikmat tersebut. Untuk itu, baginda segera mengucapkan istighfar sebagai contoh bagi umatnya. Ini kerana hati baginda tidak pernah lupa dari memuraqabah Allah (s.w.t), baik ketika sedang membuang hajat maupun dalam keadaan selain itu.```

*Fiqh Hadis :*

1. Memohon ampunan kepada Allah (s.w.t) sesudah keluar dari tempat buang hajat dan disunatkan do'a tersebut ditambah sebagaimana disebutkan di dalam hadis Anas (r.a) yang menyebutkan bahwa:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا خَرَجَ مِنَ الْخَلَاءِ، قَالَ: الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَذْهَبَ عَنِّي الْأَذَى وَعَافَانِي

“Rasulullah (s.a.w) apabila telah selesai membuang hajatnya membaca do'a
berikut:

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَذْهَبَ عَنِّي الْأَذَى وَعَافَانِي

“Segala puji bagi Allah yang telah melenyapkan kotoran dariku dan
memberikan kesembuhan kepadaku.” (Diriwayatkan oleh Ibnu Majah).

2. Para sahabat senatiasa mengambil berat semua amal perbuatan Rasulullah (s.a.w), hingga ketika baginda selesai membuang hajat pun diperhatikan.
Tujuannya adalah untuk mengikuti jejak dan langkah Rasulullah (s.a.w).

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
[11/3 2:37 AM] Musthofa AB: *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB TATA CARA BUANG HAJAT*_

*HADITS KE 87 :*
 
*وَعَنِ ابْنِ مَسْعُودٍ رضي الله عنه قَالَ: ( أَتَى اَلنَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم اَلْغَائِطَ فَأَمَرَنِي أَنْ آتِيَهُ بِثَلَاثَةِ أَحْجَارٍ فَوَجَدْتُ حَجَرَيْنِ وَلَمْ أَجِدْ ثَالِثًا. فَأَتَيْتُهُ بِرَوْثَةٍ. فَأَخَذَهُمَا وَأَلْقَى اَلرَّوْثَةَ وَقَالَ: "هَذَا رِكْسٌ" )  أَخْرَجَهُ اَلْبُخَارِيّ ُ. زَادَ أَحْمَدُ وَاَلدَّارَقُطْنِيُّ: ( ائْتِنِي بِغَيْرِهَا*

Ibnu Mas'ud Radliyallaahu 'anhu berkata:  *"Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam hendak buang air besar lalu beliau menyuruhku untuk mengambilkan tiga biji batu kemudian saya hanya mendapatkan dua biji dan tidak menemukan yang ketiga. Lalu saya membawakan kotoran binatang. Beliau mengambil dua biji batu tersebut dan membuang kotoran binatang seraya bersabda: "Ini kotoran menjijikkan."* Diriwayatkan oleh Bukhari. Ahmad dan Daruquthni menambahkan:  *"Ambilkan aku yang lain."*

*Makna Hadis :*

```Agama Islam senantiasa mengambil berat masalah disiplin dan kebersihan di samping mempersiapkan kehidupan yang suci dan baik bagi seorang muslim. Oleh karena itu, ia menyuruh beristinjak dan ber-istijmar (bersuci dengan menggunakan batu) serta
menjauhi perkara-perkara kotor. Islam menganjurkan kebersihan dengan
menjadikan istijmar dengan memakai tiga biji batu yang mempunyai daya
pembersih. Menggunakan objek yang memiliki permukaan licin dan tidak akan dapat membersihkan najis, malah justru menyebarkan lagi najis seperti tulang atau memakai barang yang najis tentu tidak boleh dijadikan sebagai alat untuk ber-istijmar.```

*Fiqh Hadis :*

1. Dilarang beristinjak dengan menggunakan kotoran hewan, kerana ia najis.

2. Tidak boleh menggunakan kurang dari tiga biji batu dalam beristinjak dengan syarat batu tersebut adalah batu yang mampu membersihkan najis. Inilah menurut mazhab Imam al-Syafi'i dan Imam Ahmad. Kedua ulama ini berlandaskan pendapatnya dengan riwayat yang mengatakan: “Datangkanlah selainnya buatku.” Bagi Imam al-Syafi'i dan Imam Ahmad boleh menggunakan sebiji batu yang mempunyai tiga sudut. Imam Abu Hanifah dan Imam Malik
mengatakan bahwa tidak penting jumlah batu tertentu dalam beristinjak. Apa yang terpenting adalah batu yang digunakan beristinjak mampu membersihkan najis, meskipun hanya dengan sebiji batu dan disunatkan mengganjilkan bilangan batu yang digunakan beristinjak tersebut.

3. Dilarang beristinjak dengan tulang, kerana ia mempunyai permukaan yang
licin yang tidak dapat membersihkan najis. Selain itu tulang adalah makanan utama jin sebagaimana diterangkan oleh hadits lain.

4. Dianjurkan menyediakan alat untuk bersuci, baik batu ataupun air
sebelum membuang hajat dan dibolehkan pula meminta bantuan orang lain untuk mendatangkannya.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
[12/3 12:55 AM] Musthofa AB: *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB TATA CARA BUANG HAJAT*_

*HADITS KE 88 :*
 

*وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ( اِسْتَنْزِهُوا مِنْ اَلْبَوْلِ فَإِنَّ عَامَّةَ عَذَابِ اَلْقَبْرِ مِنْهُ )  رَوَاهُ  اَلدَّارَقُطْنِيّ*

*وَلِلْحَاكِمِ: ( أَكْثَرُ عَذَابِ اَلْقَبْرِ مِنْ اَلْبَوْلِ )  وَهُوَ صَحِيحُ اَلْإِسْنَاد*

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda:  *"Sucikanlah dirimu dari air kencing karena kebanyakan siksa kubur itu berasal darinya."*  Riwayat Daruquthni.

Menurut riwayat Hakim:  *"Kebanyakan siksa kubur itu disebabkan (tidak membasuh) air kencing."* Hadits ini sanadnya shahih.

*Makna Hadis :*

```Siksa kubur adalah benar dan ia termasuk perkara yang wajib kita beriman dengannya secara ghaib. Tidak membersihkan diri setelah membuang air kecil mengakibatkan tubuh dan pakaian tercemar oleh najis yang menyebabkan amal ibadah batal. Oleh sebab itu, kebiasaan kencing tanpa membasuh sesudahnya termasuk
salah satu dosa besar. Kebanyakan siksa kubur disebabkan oleh amal buruk ini kerana seseorang sering kali memandangnya sebelah mata. Nabi (s.a.w) adalah orang yang amat penyayang dan belas kasihan kepada kita sebagai umatnya. Baginda seanntiasa menasehati kita dan mengingatkan akibat yang meremehkan hal itu.```

*Fiqh Hadis :*

1. Siksa kubur benar adanya dan kebanyakan siksa kubur disebabkan oleh kebiasaan tidak mau membersihkan diri sesudah membuang air kecil.

2. Siksaan akan disegerakan di dalam kubur (alam barzakh) bagi orang yang tidak membersihkan dirinya sesudah membuang air kecil.

3. Air kencing itu najis.

4. Wajib menghilangkan najis.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
[13/3 1:51 AM] Musthofa AB: *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB TATA CARA BUANG HAJAT*_

*HADITS KE 89 :*
 

*وَعَنْ سُرَاقَةَ بْنِ مَالِكٍ رضي الله عنه قَالَ: ( عَلَّمْنَا رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم فِي اَلْخَلَاءِ: " أَنَّ نَقْعُدَ عَلَى اَلْيُسْرَى وَنَنْصِبَ اَلْيُمْنَى" )  رَوَاهُ اَلْبَيْهَقِيُّ بِسَنَدٍ ضَعِيف*

Suraqah Ibnu Malik Radliyallaahu 'anhu berkata:  *Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam mengajari kami tentang cara buang air besar yaitu agar kami duduk di atas kaki kiri dan merentangkan kaki kanan.* Diriwayatkan oleh Baihaqi dengan sanad yang lemah.

*Makna Hadis :*

```Akhlak yang diajarkan oleh syari'at Islam di dalamnya pasti mengandung berbagai rahasia dan hikmah. Oleh kerana bertumpu pada telapak kaki kiri dapat memudahkan keluarnya najis, maka syari'at memerintahkan supaya bertopang kepada kaki kiri ketika seseorang sedang membuang hajat.```

*Fiqh Hadis :*

1. Ketika membuang hajat disyariatkan supaya mengangkat kaki sebelah kanan supaya penggunaan kaki yang sebelah kanan dapat dikurangi lantaran
kemuliaannya.

2. Bertopang pada kaki kiri untuk memudahkan najis keluar dengan mudah, sebab perut berada di sebelah kiri dan pundi kencing yang merupakan tempat memproses air kencing pun terletak agak ke sebelah kiri.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
[14/3 12:36 AM] Musthofa AB: *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB TATA CARA BUANG HAJAT*_

*HADITS KE 90 :*
 

*وَعَنْ عِيسَى بْنِ يَزْدَادَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ( إِذَا بَالَ أَحَدُكُمْ فَلْيَنْثُرْ ذَكَرَهُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ )  رَوَاهُ اِبْنُ مَاجَه بِسَنَدٍ ضَعِيف*

Dari Isa Ibnu Yazdad dari ayahnya Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah saw bersabda:  *"Apabila seseorang di antara kamu telah selesai buang air kecil maka hendaknya ia mengurut kemaluannya tiga kali."*  Riwayat Ibnu Majah dengan sanad yang lemah.

*Makna Hadis :*

```Nabi (s.a.w) adalah seorang murabbi agung. Baginda membimbing kita menuju segala sesuatu yang mengandung kebahagiaan serta kebaikan dalam urusan agama
dan kehidupan dunia kita. Oleh kerana bersuci merupakan salah satu syarat bagi sahnya sebagian besar ibadah, maka Nabi (s.a.w) memandang perlu untuk memberikan penjelasan mengenai tata caranya. Untuk itu, baginda memerintahkan orang yang membuang hajat kecil supaya melakukan istibra' dari
air kencing yang masih tersisa pada batang zakarnya dengan cara mengurutnya sebanyak tiga kali. Hal ini sebagai langkah berhati-hati dan bertujuan menyempurnakan kesucian diri dari najis, supaya pakaiannya tidak terkena air kencing yang masih tersisa, sebab ha itu dapat menyebabkan kesuciannya batal dan shalatnya pun batal.```

*Fiqh Hadis :*

Wajib mengeluarkan semua air kencing dari dzakar sesudah kencing dengan cara mengurut atau menggerak-gerikannya. Inilah yang disebut istibra'.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..

Minggu, 04 Maret 2018

Kajian Hadits Ikaba 71-80

*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB HAL-HAL YANG MEMBATALKAN WUDHU'*_

*HADITS KE-71 :*

*عَنْ عَبْدِ اَللَّهِ بْنِ أَبِي بَكْرٍ رَحِمَهُ اَللَّهُ; ( أَنَّ فِي اَلْكِتَابِ اَلَّذِي كَتَبَهُ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم لِعَمْرِو بْنِ حَزْمٍ: أَنْ لَا يَمَسَّ اَلْقُرْآنَ إِلَّا طَاهِرٌ )  رَوَاهُ مَالِكٌ مُرْسَلاً وَوَصَلَهُ النَّسَائِيُّ وَابْنُ حِبَّانَ وَهُوَ مَعْلُولٌ*

Dari Abdullah Ibnu Abu Bakar Radliyallaahu 'anhu *bahwa dalam surat yang ditulis Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam untuk Amr Ibnu Hazm terdapat keterangan bahwa tidak boleh menyentuh Al-Qur'an kecuali orang yang suci* Diriwayatkan oleh Malik dan mursal Nasa'i dan Ibnu Hibban meriwayatkannya dengan maushul hadits ini ma'lul

*Makna Hadis :*

```Al-Qur'an merupakan firman Allah Yang Maha Agung, hujah-Nya yang mampu mematahkan lawan dan mukjizat-Nya yang abadi ditulis di dalam lembaran suci oleh tangan-tangan para malaikat yang mulia lagi bertakwa. Ia tidak patut dipegang kecuali oleh orang yang suci dari hadas supaya dia menjadi orang yang berhak membawa Kitab Allah. Inilah maksud yang terdapat di dalam surat Nabi (s.a.w) kepada 'Amr ibn Hazm. Hadis ini telah masyhur di kalangan umat serta diterima oleh mereka. Isi yang terkandung di dalamnya pula turut didukung oleh ayat-ayat al-Qur'an. Oleh yang demikian, janganlah sesekali anda memegang Kitab Allah apabila dalam keadaan berhadas untuk menghormati dan mengagungkannya.```

*Fiqh Hadis :*

Orang mukallaf tidak dibolehkan memegang al-Qur'an tanpa berwuduk.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
[24/2 12:21 AM] Musthofa AB: *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB HAL-HAL YANG MEMBATALKAN WUDHU'*_

*HADITS KE-72 :*

*عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اَللَّه عَنْهَا قَالَتْ: ( كَانَ رَسُولُ اَللَّه صلى الله عليه وسلم يذْكُرُ اَللَّهَ عَلَى كُلِّ أَحْيَانِهِ )  رَوَاهُ مُسْلِمٌ وَعَلَّقَهُ اَلْبُخَارِيّ*

Aisyah Radliyallaahu 'anhu berkata: *Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam selalu berdzikir kepada Allah dalam setiap saat* Diriwayatkan oleh Muslim dan dita'liq oleh Bukhari

*Makna Hadis :*

```Dzikir mencakup dzikir dengan hati dan dzikir dengan lisan, baik ketika dalam keadaan bersuci, berhadas, berjunub, berdiri, duduk, berbaring, berjalan, berkendaraan, bermusafir maupun bermukim. Ulama telah bersepakat untuk membolehkan berzikir berupa tasbih, tahmid, tahlil, takbir dan shalawat ke atas Nabi (s.a.w) serta berdoa dan sebagainya bagi orang yang berhadats, haid, nifas dan junub baik dzikir dengan hati maupun dengan lisan. Membaca al-Qur'an
bagi orang yang junub, haid dan nifas adalah diharamkan. Meskipun makna dzahir hadits ini mengandung pemahaman dzikir secara umum
hingga mencakup aktifitas membaca al-Qur'an bagi orang yang junub, namun hadits ini di-takhsis oleh hadits lain yang akan dikemukakan dalam bab mandi, yaitu :

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يقرئنا القرأن مالم يكن جنبا
“Rasulullah (s.a.w) sentiasa membacakan al-Qur'an kepada kami selagi baginda tidak dalam keadaan junub.”```

*Fiqh Hadis :*

Seseorang yang berada dalam keadaan tidak berwuduk tidak mencegahnya untuk tetap berzikir dan mengingat Allah (s.w.t).

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
[25/2 1:28 AM] Musthofa AB: *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB HAL-HAL YANG MEMBATALKAN WUDHU'*_

*HADITS KE-73 :*

*عَنْ أَنَسِ]بْنِ مَالِكٍ] رضي الله عنه ( أَنَّ اَلنَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم اِحْتَجَمَ وَصَلَّى وَلَمْ يَتَوَضَّأْ )  أَخْرَجَهُ اَلدَّارَقُطْنِيُّ وَلَيَّنَه*

Dari Anas Ibnu Malik Radliyallaahu 'anhu *bahwa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam berbekam lalu shalat tanpa berwudlu* Hadits dikeluarkan dan dilemahkan oleh Daruquthni

*Makna Hadis :*

```Diantara keindahan Islam adalah setiap perundangan yang ditetapkan pasti dapat diterima oleh akal sehat. Kandungan hadits ini sangat sesuai dengan kaedah wuduk, di mana wuduk tidak batal melainkan disebabkan oleh keluarnya sesuatu dari qubul dan dubur.

Keluarnya darah dari bagian yang lain dari anggota tubuh seperti berbekam untuk tujuan pengubatan tidak berpengaruh terhadap batalnya wuduk. Inilah tujuan yang disampaikan oleh hadis ini.```


*Fiqh Hadis :*

Wudhu tidak batal kerana darah keluar selain dari qubul dan dubur. Inilah
pendapat Imam al-Syafi'i sebagaimana yang telah diterangkan sebelum ini dalam hadits no. 69.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
[26/2 11:47 PM] Musthofa AB: *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB HAL-HAL YANG MEMBATALKAN WUDHU'*_

*HADITS KE-74 :*

*عن معاوية رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: العين وِكاءُ السَّهِ، فإذا نامت العينانِ استُطلِق الوِكاءُ ؛ رواه أحمد والطبراني، وزاد: ومَن نام فليتوضَّأ، وهذه الزيادة في هذا الحديث عند أبي داود من حديث علي عليه السلام، دون قوله: استُطلِق الوِكاءُ، وفي كلا الإسنادينِ ضعفٌ.*

Dari Mu'awiyah (r.a), beliau berkata:  Rasulullah (s.a.w) bersabda :  *Mata merupakan pengikat lubang dubur. Jika kedua mata tertidur, terbukalah pengikat (nya) itu.* (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan al-Tabarani.
Ditambahkan: *“Barang siapa yang tertidur, maka hendaklah dia berwuduk.”*

Tambahan hadis ini menurut riwayat yang dikemukakan oleh Abu Dawud
dari 'Ali (r.a) tanpa menyebut perkataan: *“Maka terbukalah pengikatnya.”*
Tetapi kedua-dua sanad hadis ini dha'if)

*Makna Hadis :*

```Syariat menyamakan penyebab yang boleh mendatangkan hadas sama
kedudukannya dengan hadas itu sendiri. Ini untuk memastikan kesucian tetap terpelihara dan menjaga kemuliaan munajat supaya tidak terjadi kepada hal-hal yang mendatangkan hadas serta penyebabnya. Pandangan syariat terhadap perkara-pekara yang boleh mendatangkan hadas amatlah bijaksana. Oleh itu, ia mengambil berat penyebab yang paling hampir menimbulkan hadas dan mengabaikan penyebab yang jauh kemungkinannya mendatangkan hadas. Inilah rahasia yang terdapat di dalam masalah tidur yang nyenyak bisa membatalkan wuduk.```

*Fiqh Hadis :*

Tidur yang  nyenyak bisa membatalkan wuduk. Sehubungan itu ulama mempunyai perbagai pendapat dalam masalah ini sebagaimana yang telah diterangkan dalam hadis no. 62.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
[27/2 12:02 AM] Musthofa AB: *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB HAL-HAL YANG MEMBATALKAN WUDHU'*_

*HADITS KE-75 :*

*ولأبي داود ايضا عن ابن عباس مرفوعا : إنما الوضوء على من نام مضطجعا. وفي اسناده ضعف.*

Menurut riwayat Abu Dawud pula daripada Ibn Abbas (r.a) secara marfu'
*disebutkan bahwa wuduk mesti dilakukan oleh orang yang tidur dalam keadaan memiringkan tubuhnya.”* (Di dalam sanad hadis ini terdapat unsur dha'if).

*Makna Hadis :*

```Oleh kerana tidur dalam posisi miring merupakan keadaan yang paling lumrah dilakukan oleh setiap manusia, maka hadits ini membatasi keadaan yang boleh membatalkan wuduk hanya bagi orang yang tidur dalam keadaan tersebut. Hal ini ditunjukkan pula oleh hadis yang diceritakan oleh Ibn 'Abbas (r.a) yang disebut oleh Abu Dawud bahwa Rasulullah (s.a.w) pernah tidur nyenyak dalam sujudnya, kemudian baginda bangkit dan terus mengerjakan sholat tanpa berwudhu' lagi.

Ibn 'Abbas (r.a) bertanya : “Mengapa baginda nabi terus mengerjakan solat tanpa mengambil air wuduk lagi sedangkan baginda tadi sudah tertidur?”
Rasulullah (s.a.w) menjawab: “Sesungguhnya wuduk ini hanya bagi orang yang tidur dalam posisi memiringkan tubuhnya.”

'Utsman dan Hannad menambah:
“Apabila seseorang tidur dalam keadaan miring, maka semua sendinya menjadi
lentur”.```

*Fiqh Hadis :*

1. Barang siapa yang melihat suatu perkara yang dia yakini menyimpang dari adat kebiasaan maka dia hendaklah menanyakan kepada orang yang mengerjakannya apa tujuan perbuatannya itu, sekalipun orang yang ditanya itu adalah orang terhormat.

2. Orang yang melakukan perbuatan yang dianggap menyalahi adat kebiasaan dianjurkan menjawab persoalan yang telah diajukan kepadanya.

3. Tidur dengan posisi miring bisa membatalkan wuduk. Cara tidur seperti ini sering kali dilakukan oleh orang kebanyakan.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
[28/2 12:22 AM] Musthofa AB: *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB HAL-HAL YANG MEMBATALKAN WUDHU'*_

*HADITS KE-76 :*

*عَنِ اِبْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهُمَا; أَنَّ رَسُولَ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ: ( يَأْتِي أَحَدَكُمُ الشَّيْطَانُ فِي صَلَاتِهِ فَيَنْفُخُ فِي مَقْعَدَتِهِ فَيُخَيَّلُ إِلَيْهِ أَنَّهُ أَحْدَثَ وَلَمْ يُحْدِثْ فَإِذَا وَجَدَ ذَلِكَ فَلَا يَنْصَرِفُ حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتًا أَوْ يَجِدَ رِيحًا )  أَخْرَجَهُ اَلْبَزَّار*

*وَأَصْلُهُ فِي اَلصَّحِيحَيْنِ مِنْ حَدِيثِ عَبْدِ اَللَّهِ بْنِ زَيْد*

*وَلِمُسْلِمٍ: عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ نَحْوُهُ*

*وَلِلْحَاكِمِ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ مَرْفُوعًا ( إِذَا جَاءَ أَحَدَكُمُ الشَّيْطَانُ فَقَالَ: إِنَّكَ أَحْدَثْتَ فَلْيَقُلْ: كَذَبْتَ )وَأَخْرَجَهُ اِبْنُ حِبَّانَ بِلَفْظِ ( فَلْيَقُلْ فِي نَفْسِهِ )*

Dari Ibnu Abbas Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: *"Setan itu akan mendatangi seseorang di antara kamu pada saat dia shalat lalu meniup pada duburnya dan membuatnya berkhayal seakan-akan ia telah kentut padahal ia tidak kentut Jika ia mengalami hal itu maka janganlah ia membatalkan shalat sampai ia mendengar suara atau mencium baunya"* Dikeluarkan oleh al-Bazzar

Hadits tersebut berasal dari shahih Bukhari-Muslim dari hadits Abdullah Ibnu Zaid

Hadits serupa juga terdapat dalam riwayat Muslim dari Abu Hurairah

Menurut Hakim dari Abu Said dalam hadits marfu' : *"Apabila setan datang kepada seseorang di antara kamu lalu berkata: Sesungguhnya engkau telah berhadats hendaknya ia menjawab: Engkau bohong"* Hadits ini juga dikeluarkan oleh Ibnu Hibban dengan lafadz: *"Hendaknya ia mengatakan dalam hatinya sendiri"*

*Makna Hadis :*

```Syaitan senantiasa berusaha merusak ibadah yang dilakukan oleh manusia, terutama sholat dan apa-apa yang berkaitan dengannya. Syaitan mengganggu mereka dengan cara membuat seseorang ragu-ragu dalam bersuci. Ada kalanya melakukan kegiatan kotornya itu dengan menghembuskan tempat duduk
seseorang yang sedang mengerjakan sholat dan adakalanya pula dengan cara membuat seseorang menjadi waswas. Orang yang waswas dalam bersuci misalnya amat mematuhi terhadap apa disuruh dan dibisikkan oleh syaitan.

Hadits ini menetapkan satu ka'edah syariat penting yang mengatakan bahwa اليقين لا يزال بالشك “keyakinan tidak dapat dihilangkan hanya kerana wujud keraguan.” Apa yang mesti dijadikan pegangan adalah asalnya, sedangkan keraguan mesti dihilangkan dengan cara menetapkan apa yang telah diyakini sebelumnya.```

*Fiqh Hadis :*

1. Syaitan selalunya menggoda hamba Allah ketika sedang melakukan ibadah
yang paling mulia dengan tujuan merusak amal ibadah mereka. Tetapi
apapun usaha syaitan tidak membahayakan mereka dan mereka tidak batal kesuciannya kecuali dengan yakin.

2. Bau yang keluar dari dubur membatalkan wuduk.

3. Menetapkan kaedah fiqh yang mengatakan bahawa اليقين لا يزال بالشك
(keyakinan tidak boleh dihapus hanya kerana wujud keraguan).

4. Menjelaskan cara mengobati penyakit waswas dengan tidak
mengindahkannya.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
[1/3 2:36 AM] Musthofa AB: *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB TATA CARA BUANG HAJAT*_

*HADITS KE-77 :*

*عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رضي الله عنه قَالَ: ( كَانَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم إِذَا دَخَلَ اَلْخَلَاءَ وَضَعَ خَاتَمَهُ )  أَخْرَجَهُ اَلْأَرْبَعَةُ وَهُوَ مَعْلُول*

Anas Ibnu Malik Radliyallaahu 'anhu berkata: *Adalah Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam apabila masuk kakus (WC) beliau menanggalkan cincinnya.*  Diriwayatkan oleh Imam Empat tetapi dianggap ma'lul.

*Makna Hadits :*

Asma Allah Yang Maha Suci lagi Maha Tinggi hendaklah dihormati dan diagungkan. Begitu pula dengan setiap sesuatu yang di dalamnya disebut nama Allah. Ini kerana ia hanya layak dibawa ke tempat yang suci bagi memeliharanya dari dihina dan dikotori. Tidak sepatutnya menyebut nama Allah ketika membuang hajat dan tidak pula bagi pakaian yang di dalamnya terdapat tulisan nama Allah seperti cincin. Tidak boleh pula memakainya di dalam tempat yang dianggap kotor. Oleh sebab itulah Nabi (s.a.w) menanggalkan cincinnya apabila hendak memasuki tandas/WC.

*Fiqh Hadits :*

1. Disyariatkan menjauhkan diri ketika hendak buang hajat supaya apa yang
dibuang tidak terlihat atau terdengar oleh orang lain, kerana berdalilkan lafaz "الخلاء" Lafaz "al-khala" ini digunakan untuk menunjukkan tempat sepi atau
tempat yang dikhususkan untuk membuang hajat.

2. Disyariatkan memelihara segala apa yang memuatkan asma Allah dan segala nama yang mesti diagungkan dari tempat-tempat yang najis.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
[2/3 2:00 AM] Musthofa AB: *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB TATA CARA BUANG HAJAT*_

*HADITS KE-78 :*

*وَعَنْهُ قَالَ: ( كَانَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم إِذَا دَخَلَ اَلْخَلَاءَ قَالَ: اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ اَلْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ )  أَخْرَجَهُ اَلسَّبْعَة*

Dari Anas Ibnu Malik Radliyallaahu 'anhu bahwa *Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam apabila masuk kakus beliau berdo'a: "Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari hal-hal yang keji dan kotor."* Dikeluarkan oleh Imam Tujuh.

*Makna Hadis :*

```Nabi (s.a.w) memohon perlindungan dari godaan syaitan sebagai merealisasikan 'ubudiyah dan memberikan pengajaran kepada umatnya, meskipun baginda sendiri
telah dipelihara dari perbuatan manusia dan jin. Memohon perlindungan
ketika hendak memasuki tandas (WC) disebut secara khusus, kerana biasanya syaitan mendatangi tempat-tempat tersebut memandangkan tempat-tempat itu tidak pernah disebut nama Allah. Dengan demikian, memohon perlindungan sebelum memasuki tandas merupakan satu usaha untuk melindungi diri dari syaitan, kerana syaitan mampu menguasai manusia ketika berada di dalam tandas
berbanding ketika berada tempat yang lain memandangkan ketika itu para
malaikat hafazhah menjauh dari manusia. Padang pasir akan menjadi tempat tinggal yang menyenangkan bagi syaitan dengan adanya orang yang keluar membuang hajat di situ.```

*Fiqh Hadis :*

1. Kembali kepada Allah dan memohon perlindungan kepada-Nya dari
godaan syaitan lelaki dan syaitan perempuan ketika hendak membuang hajat.

2. Menegaskan bahwa tempat-tempat untuk membuang hajat selalu didatangi oleh syaitan. Roh mereka kotor dan jahat. Oleh itu, mereka hanya layak berada di tempat-tempat yang kotor.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
[4/3 3:34 AM] Musthofa AB: *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB TATA CARA BUANG HAJAT*_

*HADITS KE-79 :*

*وَعَنْهُ قَالَ: ( كَانَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَدْخُلُ اَلْخَلَاءَ فَأَحْمِلُ أَنَا وَغُلَامٌ نَحْوِي إِدَاوَةً مِنْ مَاءٍ وَعَنَزَةً فَيَسْتَنْجِي بِالْمَاءِ )  مُتَّفَقٌ عَلَيْه*

Anas Radliyallaahu 'anhu berkata: *Pernah Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam masuk ke kakus lalu aku dan seorang pemuda yang sebaya denganku membawakan bejana berisi air dan sebatang tongkat kemudian beliau bersuci dengan air tersebut.* Muttafaq Alaihi.

*HADITS KE 80 :*

*عَنْ اَلْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ رضي الله عنه قَالَ: ( قَالَ لِي اَلنَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم خُذِ اَلْإِدَاوَةَ فَانْطَلَقَ حَتَّى تَوَارَى عَنِّي فَقَضَى حَاجَتَهُ )  مُتَّفَقٌ عَلَيْه*

Dari Al-Mughirah Ibnu Syu'bah Radliyallaahu 'anhu *bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda padaku: "Ambillah bejana itu." Kemudian beliau pergi hingga aku tidak melihatnya lalu beliau buang air besar.* Muttafaq Alaihi.

*Makna Hadis :*

```Nabi Muhammad (s.a.w) adalah seorang mursyid yang bijaksana dan murabbi yang agung. Baginda mengajarkan kita inti pati akhlak. Beliau tidak pernah meninggalkan suatu kebaikan, besar maupun kecil, melainkan disampaikan kepada kita. Baginda menerangkan tentang akhlak membuang hajat yang antara
lain beristinjak dengan menggunakan air. Ini kerana air memiliki daya cuci yang lebih kuat. Di antaranya lagi menyediakan sesuatu untuk membersihkan najis berupa air atau batu. Etika yang lain dalam hal ini ialah dibolehkan menyuruh anak-anak membawa alat-alat yang hendak digunakan beristinjak tersebut di
samping disuruh menjauhi tempat keramaian di kala membuang hajat dengan memakai penutup supaya tidak kelihatan orang.```

*Fiqh Hadis :*

1. Keutamaan menjadi khadam kepada orang terhormat.

2. Disunatkan menjauhi tempat keramaian ketika membuang hajat.

3. Seorang yang terhormat dibolehkan menyuruh salah seorang sahabatnya untuk membantu keperluannya.

4. Dibolehkan menggunakan bejana untuk berwuduk dan menyediakan sesuatu berupa batu atau air untuk membersihkan najis sebelum membuang air.

5. Disyariatkan beristinjak menggunakan air. Air lebih utama daripada menggunakan batu ketika beristinjak mengingat air memiliki daya pembersih yang paling baik untuk membersihkan dan menghilangkan 'ain najis dan bekaanya. Menurut pendapat jumhur ulama, apa yang paling baik
adalah menggabungkan antara penggunaan air dan batu ketika beristinjak. Dengan arti kata lain, seseorang hendaklah menggunakan batu terlebih dahulu untuk mengurangkan najis, kemudian diikuti dengan menggunakan air untuk
menghilangkannya secara keseluruhan.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..