Rabu, 14 Maret 2018

Kajian Hadits IKABA 81-90

*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB TATA CARA BUANG HAJAT*_

*HADITS KE 81 :*

*عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ( اِتَّقُوا اَللَّاعِنِينَ: اَلَّذِي يَتَخَلَّى فِي طَرِيقِ اَلنَّاسِ أَوْ فِي ظِلِّهِمْ )  رَوَاهُ مُسْلِم*

*زَادَ أَبُو دَاوُدَ عَنْ مُعَاذٍ ( وَالْمَوَارِدَ )*

*وَلِأَحْمَدَ; عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ: ( أَوْ نَقْعِ مَاءٍ )  وَفِيهِمَا ضَعْف*

*أَخْرَجَ اَلطَّبَرَانِيُّ اَلنَّهْيَ عَن ْ تَحْتِ اَلْأَشْجَارِ اَلْمُثْمِرَةِ وَضَفَّةِ اَلنَّهْرِ الْجَارِي. مِنْ حَدِيثِ اِبْنِ عُمَرَ بِسَنَدٍ ضَعِيف*

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: *"Jauhkanlah dirimu dari dua perbuatan terkutuk yaitu suka buang air di jalan umum atau suka buang air di tempat orang berteduh."* Riwayat Imam Muslim

Abu Dawud menambahkan dari Muadz r.a: "Dan tempat-tempat sumber air." Lafadznya ialah: *"Jauhkanlah dirimu dari tiga perbuatan terkutuk yaitu buang air besar di tempat-tempat sumber air di tengah jalan raya dan di tempat perteduhan."*

Dalam riwayat Ahmad Ibnu Abbas r.a: *"Atau di tempat menggenangnya air."* Dalam kedua hadits di atas ada kelemahan.

Imam Thabrani mengeluarkan *sebuah hadits yang melarang buang air besar di bawah pohon berbuah dan di tepi sungai yang mengalir.* Dari hadits Ibnu Umar dengan sanad yang lemah.

*Makna Hadis :*

```Syariat Islam senantiasa mengambil berat soal kemuliaan manusia supaya mereka tidak menyerupai binatang, kerana manusia adalah semulia-mulia makhluk. Oleh sebab itu, syariat Islam tidak membiarkan seseorang kencing di dalam air yang mengalir.

Air yang mengalir ini ada kalanya diperlukan untuk dijadikan sebagai air minum. Selain itu, perbuatan seperti itu bisa menimbulkan penyakit yang dikenal dengan nama balharsia. Manusia dilarang pula membuang hajat di tempat duduk orang ramai atau di tempat jatuhnya buah-buahan yang bisa dimakan. Syariat Islam mengingatkan supaya tidak melakukan perbuatan yang boleh mendatangkan laknat hingga seseorang itu dihalau dari  memperoleh rahmat Allah (s.w.t).```

*Fiqh Hadis :*

1. Dilarang membuang hajat di tengah jalan yang menjadi laluan orang banyak dan tempat bernaung kerana perbuatan tersebut membuat kaum muslimin
terganggu oleh najis, kotoran dan baunya ketika mereka lewat dan duduk-duduk di kawasan tersebut.

2. Dilarang membuang hajat besar di tempat mata air dan sungai. Begitu pula di tempat air bergenang, seperti danau dan telaga. Rasulullah (s.a.w) melarang pula kencing di depan pintu masjid.

3. Dilarang membuang hajat di bawah pohon yang berbuah.

4. Islam amat mengambil berat soal kebersihan, disiplin dan memelihara tempat awam.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
[5/3 11:36 PM] Musthofa AB: *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB TATA CARA BUANG HAJAT*_

*HADITS KE 82 :*

*وَعَنْ جَابِرٍ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم (إِذَا تَغَوَّطَ اَلرَّجُلَانِ فَلْيَتَوَارَ كُلُّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا عَنْ صَاحِبِهِ وَلَا يَتَحَدَّثَا. فَإِنَّ اَللَّهَ يَمْقُتُ عَلَى ذَلِكَ)  رَوَاهُ. وَصَحَّحَهُ اِبْنُ اَلسَّكَنِ وَابْنُ اَلْقَطَّانِ وَهُوَ مَعْلُول*

Dari Jabir Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda:  *"Apabila dua orang buang air besar maka hendaknya masing-masing bersembunyi dan tidak saling berbicara sebab Allah mengutuk perbuatan yang sedemikian."*  Diriwayatkan oleh Ahmad hadits shahih menurut Ibnus Sakan dan Ibnul Qathan. Hadits ini ma'lul.

*Makna Hadis :*

```Islam adalah agama yang menganjurkan bersikap malu dan memelihara kehormatan (harga diri), malahan ia merupakan agama teladan bagi kehidupan bersosial. Islam melarang membuka aurat, memandang ke arahnya serta memperlihatkannya dengan cara membuang air besar secara bersama-sama. Islam pun melarang berbicara ketika sedang membuang air besar. Semua itu dilarang untuk menjauhkan manusia dari menyerupai perbuatan hewan. Allah (s.w.t) amat murka apabila ada orang yang melakukan perbuatan seperti itu.```

*Fiqh Hadis :*

1. Wajib menutup aurat.

2. Makruh berbicara ketika membuang hajat, sebab itu menyebabkan
kemurkaan Allah. Oleh sebab itu, Nabi (s.a.w) tidak mau menjawab salam meskipun wajib menjawab salam ketika ada seorang lelaki lalu dan
mengucapkan salam kerana baginda sedang membuang air kecil. Murka Allah yang dikaitkan dengan perbuatan tersebut menunjukkan peringatan syariat terhadap perbuatan itu amat dahsyat.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
[7/3 1:38 AM] Musthofa AB: *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB TATA CARA BUANG HAJAT*_

*HADITS KE 83 :*

*وَعَنْ أَبِي قَتَادَةَ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ( لَا يُمْسِكَنَّ أَحَدُكُمْ ذَكَرَهُ بِيَمِينِهِ وَهُوَ يَبُولُ وَلَا يَتَمَسَّحْ مِنْ اَلْخَلَاءِ بِيَمِينِهِ وَلَا يَتَنَفَّسْ فِي اَلْإِنَاءِ  )  مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ وَاللَّفْظُ  لِمُسْلِم*

Dari Abu Qotadah Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda:  *"Janganlah sekali-kali seseorang di antara kamu menyentuh kemaluannya dengan tangan kanan ketika sedang kencing jangan membersihkan bekas kotorannya dengan tangan kanan dan jangan pula bernafas dalam tempat air."* Muttafaq Alaihi dan lafadznya menurut riwayat Muslim.

*Makna Hadis :*

```Rasulullah (s.a.w) memberi petunjuk kepada para sahabat dan mengajarkan akhlak dalam agama dengan melarang mereka memegang kemaluan dengan tangan kanan dan menggunakan tangan kanan ketika membersihkan kotoran. Ini kerana tangan kanan adalah tangan yang dimuliakan dan oleh kerananya, ia mesti dijauhkan dari tempat-tempat najis. Tangan kanan hanya digunakan untuk perbuatan
yang terhormat pula seperti makan dan minum serta lain-lain.

Rasulullah (s.a.w) melarang pula bernafas di dalam bejana, kerana perbuatan ini adalah perbuatan hewan di samping air dikawatiri tercemar oleh bau yang keluar dari perut melalui mulut, sedangkan air merupakan benda cair yang warnanya mengikuti warna wadahnya. Akibat perbuatannya bernafas di bejana itu maka orang lain
enggan meminumnya dan menganggapnya sebagai menjijikkan. Hadis ini secara garis besarnya menerangkan tentang sebagian akhlak yang dianjurkan oleh
agama Islam.```

*Fiqh Hadits :*

1. Etika membersihkan diri setelah membuang air dan etika ketika minum.

2. Menjaga kebersihan.

3. Keutamaan tangan kanan dan menghindarkannya dari memegang sesuatu yang mengandung najis. Ini kerana ada ketika seseorang teringat kepada najis yang pernah diusapnya ketika dia sedang mengambil makanan dengan tangan kanannya, hingga membuatnya akan merasa jijik dengan tangan kanannya itu.

4. Ketika sedang minum, seseorang dianjurkan bernafas sebanyak tiga kali di luar wadah/ bejana. Jika minum air dengan sekali nafas (sekali teguk), ada kemungkinan dia diserang penyakit hati, sebagaimana yang telah dijelaskan oleh hadis berikut: الكباد من العب “Penyakit hati disebabkan sering meneguk minum air sekali teguk"

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
[7/3 11:44 PM] Musthofa AB: *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB TATA CARA BUANG HAJAT*_

*HADITS KE 84 :*

*وَعَنْ سَلْمَانَ رضي الله عنه قَالَ: ( لَقَدْ نَهَانَا رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم "أَنْ نَسْتَقْبِلَ اَلْقِبْلَةَ بِغَائِطٍ أَوْ بَوْلٍ أَوْ أَنْ نَسْتَنْجِيَ بِالْيَمِينِ أَوْ أَنْ نَسْتَنْجِيَ بِأَقَلَّ مِنْ ثَلَاثَةِ أَحْجَارٍ أَوْ أَنْ نَسْتَنْجِيَ بِرَجِيعٍ أَوْ عَظْمٍ"  )  رَوَاهُ مُسْلِم*

*وَلِلسَّبْعَةِ مِنْ حَدِيثِ أَبِي أَيُّوبَ رضي الله عنه ( لَا تَسْتَقْبِلُوا اَلْقِبْلَةَ بِغَائِطٍ وَلَا بَوْلٍ وَلَكِنْ شَرِّقُوا أَوْ غَرِّبُوا )*

Salman Radliyallaahu 'anhu berkata:  *Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam benar-benar telah melarang kami menghadap kiblat pada saat buang air besar atau kecil atau ber-istinja' (membersihkan kotoran) dengan tangan kanan atau beristinja' dengan batu kurang dari tiga biji atau beristinja' dengan kotoran hewan atau dengan tulang.* Hadits riwayat Muslim.

Hadits menurut Imam Tujuh dari Abu Ayyub Al-Anshari Radliyallaahu 'anhu berbunyi:  *"Janganlah menghadap kiblat atau membelakanginya akan tetapi menghadaplah ke arah timur atau barat."*

*Makna Hadis :*

```Melalui hadis ini, Rasulullah (s.a.w) mengajarkan kita etika ketika membuang hajat, sebagaimana baginda memerintahkan kita untuk menghormati syiar-syiar Allah. Oleh sebab itu, seseorang yang sedang membuang hajat tidak boleh menghadap ke arah kiblat dan tidak boleh pula membelakanginya. Baginda melarang kita membersihkan hadas dengan menggunakan tangan kanan untuk memelihara kehormatannya kerana tangan kanan hanya digunakan untuk melakukan perkara-perkara yang mulia. Jangan pula beristinjak dengan batu yang jumlahnya kurang dari tiga biji atau dengan menggunakan najis hewan, sebab najis hewan itu sendiri sudah najis dan tidak mungkin ia digunakan untuk membersihkan benda
yang lain. Baginda melarang kita beristinjak dengan menggunakan tulang kerana tulang adalah makanan jin di samping dilarang menggunakan segala sesuatu yang mulia di sisi syariat Islam. Semoga Allah sentiasa melimpahkan sholawat dan salam-Nya ke atas murabbi agung ini, Rasulullah (s.a.w). Berbahagialah orang yang mengikuti akhlak dan petunjuknya.```

*Fiqh Hadis :*

1. Dilarang menghadap ke arah kiblat dan juga membelakanginya ketika
membuang hajat di tempat terbuka, namun jika membuang hajat di dalam
bangunan, maka tidak mengapa menghadap atau membelakangi kiblat. Inilah pendapat menurut mazhab Maliki dan al-Syafi'i kerana menggabungkan hadis-hadis yang melarang dan yang membolehkannya dalam masalah ini. Menurut pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad, diharamkan menghadap ke arah kiblat, sama ada ketika membuang hajat di tempat terbuka maupun di dalam bangunan. Inilah pendapat yang paling sahih dari kedua pendapat Imam Ahmad kerana berlandaskan kepada keumuman hadis-hadis yang melarangnya dalam masalah ini.

2. Pengertian menghadap ke arah timur dan menghadap ke arah barat dalam
hadis ini hanya berlaku bagi orang yang tinggal di Madinah, sedangkan untuk
bandar yang selainnya hendaklah mengikut kepada kedudukan geografinya masing-masing.

3. Disyariatkan beristinjak dengan menggunakan batu dan demikian pula setiap benda yang mempunyai kekuatan pembersih sepertinya. Jumlah batu yang diperlukan untuk beristinjak ialah tiga biji atau batu yang memiliki tiga sudut menurut pendapat mazhab al-Syafi'i dan mazhab Hanbali. Sedangkan menurut pendapat Imam Malik dan Imam Abu Hanifah, disyaratkan benar-benar bersih
sekalipun hanya dengan sebiji batu maka itu sudah mecukupi dan disunatkan menggunakan batu dalam hitungan ganjil.

4. Dilarang beristinjak dengan tangan kanan kerana menghormatinya supaya
tidak sampai menyentuh benda najis.

5. Dilarang beristinjak dengan tulang, sebab tulang adalah makanan jin.

6. Dilarang beristinjak dengan najis hewan kerana najis hewan itu sendiri najis hukumnya.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
[9/3 2:05 AM] Musthofa AB: *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB TATA CARA BUANG HAJAT*_

*HADITS KE 85 :*

*وَعَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهَا; أَنَّ اَلنَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: ( مَنْ أَتَى اَلْغَائِطَ فَلْيَسْتَتِرْ  )   رَوَاهُ أَبُو دَاوُد*

Dari 'Aisyah Radliyallaahu 'anhu bahwa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda:  *"Barangsiapa yang hendak buang air hendaklah ia membuat penutup."* Riwayat Abu Dawud.

*Makna Hadis :*

```Syariat Islam amat menganjurkan untuk bersikap malu dan menutupi aurat.
Dengan demikian, orang yang berakal sihat pasti merasa malu apabila auratnya terbuka. Oleh sebab itu, aurat diberi nama kemaluan dan Allah telah menganugerahkan kita pakaian zahir untuk menutupi aurat sebagaimana Dia pula menganugerahkan kita pakaian batin melalui taufik-Nya, yaitu takwa.

Allah (s.w.t) berfirman:

يَا بَنِي آدَمَ قَدْ أَنزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآتِكُمْ وَرِيشًا وَلِبَاسُ التَّقْوَىٰ ذَٰلِكَ خَيْرٌ ذَٰلِكَ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ

“Wahai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah sebagai perhiasan. Sedangkan pakaian takwa itulah yang lebih baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat." (Qs. al-A'raf: 26).```

*Fiqh Hadis :*

Wajib menutupi aurat ketika membuang hajat.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
[10/3 12:02 AM] Musthofa AB: *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB TATA CARA BUANG HAJAT*_

*HADITS KE 86 :*
 

وَعَنْهَا; ( أَنَّ اَلنَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم كَانَ إِذَا خَرَجَ مِنْ اَلْغَائِطِ قَالَ: "غُفْرَانَكَ" )  أَخْرَجَهُ اَلْخَمْسَةُ. وَصَحَّحَهُ أَبُو حَاتِمٍ وَالْحَاكِم

Dari 'Aisyah Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam jika telah keluar dari buang air besar beliau berdo'a: "Aku mohon ampunan-Mu." Diriwayatkan oleh Imam Lima. Hadits shahih menurut Abu Hatim dan Hakim.

*Makna Hadis :*

```Memohon ampun yang dilakukan oleh Rasulullah (s.a.w) kerana baginda lupa berzikir kepada Allah ketika sedang membuang hajat. Menurut satu pendapat lagi, permintaan ampun tersebut merupakan permintaan taubat kerana lalai mensyukuri nikmat Allah yang telah dianugerahkan kepadanya.

Allah telah memberinya makan, kemudian makanan itu dihimpun di dalam perutnya dan dimudahkan jalan keluar bagi ampasnya, manakala yang bermanfaat pula tetap berada di dalam tubuhnya. Baginda melihat syukur yang telah dilakukan masih tidak mampu menandingi nikmat tersebut. Untuk itu, baginda segera mengucapkan istighfar sebagai contoh bagi umatnya. Ini kerana hati baginda tidak pernah lupa dari memuraqabah Allah (s.w.t), baik ketika sedang membuang hajat maupun dalam keadaan selain itu.```

*Fiqh Hadis :*

1. Memohon ampunan kepada Allah (s.w.t) sesudah keluar dari tempat buang hajat dan disunatkan do'a tersebut ditambah sebagaimana disebutkan di dalam hadis Anas (r.a) yang menyebutkan bahwa:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا خَرَجَ مِنَ الْخَلَاءِ، قَالَ: الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَذْهَبَ عَنِّي الْأَذَى وَعَافَانِي

“Rasulullah (s.a.w) apabila telah selesai membuang hajatnya membaca do'a
berikut:

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَذْهَبَ عَنِّي الْأَذَى وَعَافَانِي

“Segala puji bagi Allah yang telah melenyapkan kotoran dariku dan
memberikan kesembuhan kepadaku.” (Diriwayatkan oleh Ibnu Majah).

2. Para sahabat senatiasa mengambil berat semua amal perbuatan Rasulullah (s.a.w), hingga ketika baginda selesai membuang hajat pun diperhatikan.
Tujuannya adalah untuk mengikuti jejak dan langkah Rasulullah (s.a.w).

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
[11/3 2:37 AM] Musthofa AB: *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB TATA CARA BUANG HAJAT*_

*HADITS KE 87 :*
 
*وَعَنِ ابْنِ مَسْعُودٍ رضي الله عنه قَالَ: ( أَتَى اَلنَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم اَلْغَائِطَ فَأَمَرَنِي أَنْ آتِيَهُ بِثَلَاثَةِ أَحْجَارٍ فَوَجَدْتُ حَجَرَيْنِ وَلَمْ أَجِدْ ثَالِثًا. فَأَتَيْتُهُ بِرَوْثَةٍ. فَأَخَذَهُمَا وَأَلْقَى اَلرَّوْثَةَ وَقَالَ: "هَذَا رِكْسٌ" )  أَخْرَجَهُ اَلْبُخَارِيّ ُ. زَادَ أَحْمَدُ وَاَلدَّارَقُطْنِيُّ: ( ائْتِنِي بِغَيْرِهَا*

Ibnu Mas'ud Radliyallaahu 'anhu berkata:  *"Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam hendak buang air besar lalu beliau menyuruhku untuk mengambilkan tiga biji batu kemudian saya hanya mendapatkan dua biji dan tidak menemukan yang ketiga. Lalu saya membawakan kotoran binatang. Beliau mengambil dua biji batu tersebut dan membuang kotoran binatang seraya bersabda: "Ini kotoran menjijikkan."* Diriwayatkan oleh Bukhari. Ahmad dan Daruquthni menambahkan:  *"Ambilkan aku yang lain."*

*Makna Hadis :*

```Agama Islam senantiasa mengambil berat masalah disiplin dan kebersihan di samping mempersiapkan kehidupan yang suci dan baik bagi seorang muslim. Oleh karena itu, ia menyuruh beristinjak dan ber-istijmar (bersuci dengan menggunakan batu) serta
menjauhi perkara-perkara kotor. Islam menganjurkan kebersihan dengan
menjadikan istijmar dengan memakai tiga biji batu yang mempunyai daya
pembersih. Menggunakan objek yang memiliki permukaan licin dan tidak akan dapat membersihkan najis, malah justru menyebarkan lagi najis seperti tulang atau memakai barang yang najis tentu tidak boleh dijadikan sebagai alat untuk ber-istijmar.```

*Fiqh Hadis :*

1. Dilarang beristinjak dengan menggunakan kotoran hewan, kerana ia najis.

2. Tidak boleh menggunakan kurang dari tiga biji batu dalam beristinjak dengan syarat batu tersebut adalah batu yang mampu membersihkan najis. Inilah menurut mazhab Imam al-Syafi'i dan Imam Ahmad. Kedua ulama ini berlandaskan pendapatnya dengan riwayat yang mengatakan: “Datangkanlah selainnya buatku.” Bagi Imam al-Syafi'i dan Imam Ahmad boleh menggunakan sebiji batu yang mempunyai tiga sudut. Imam Abu Hanifah dan Imam Malik
mengatakan bahwa tidak penting jumlah batu tertentu dalam beristinjak. Apa yang terpenting adalah batu yang digunakan beristinjak mampu membersihkan najis, meskipun hanya dengan sebiji batu dan disunatkan mengganjilkan bilangan batu yang digunakan beristinjak tersebut.

3. Dilarang beristinjak dengan tulang, kerana ia mempunyai permukaan yang
licin yang tidak dapat membersihkan najis. Selain itu tulang adalah makanan utama jin sebagaimana diterangkan oleh hadits lain.

4. Dianjurkan menyediakan alat untuk bersuci, baik batu ataupun air
sebelum membuang hajat dan dibolehkan pula meminta bantuan orang lain untuk mendatangkannya.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
[12/3 12:55 AM] Musthofa AB: *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB TATA CARA BUANG HAJAT*_

*HADITS KE 88 :*
 

*وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ( اِسْتَنْزِهُوا مِنْ اَلْبَوْلِ فَإِنَّ عَامَّةَ عَذَابِ اَلْقَبْرِ مِنْهُ )  رَوَاهُ  اَلدَّارَقُطْنِيّ*

*وَلِلْحَاكِمِ: ( أَكْثَرُ عَذَابِ اَلْقَبْرِ مِنْ اَلْبَوْلِ )  وَهُوَ صَحِيحُ اَلْإِسْنَاد*

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda:  *"Sucikanlah dirimu dari air kencing karena kebanyakan siksa kubur itu berasal darinya."*  Riwayat Daruquthni.

Menurut riwayat Hakim:  *"Kebanyakan siksa kubur itu disebabkan (tidak membasuh) air kencing."* Hadits ini sanadnya shahih.

*Makna Hadis :*

```Siksa kubur adalah benar dan ia termasuk perkara yang wajib kita beriman dengannya secara ghaib. Tidak membersihkan diri setelah membuang air kecil mengakibatkan tubuh dan pakaian tercemar oleh najis yang menyebabkan amal ibadah batal. Oleh sebab itu, kebiasaan kencing tanpa membasuh sesudahnya termasuk
salah satu dosa besar. Kebanyakan siksa kubur disebabkan oleh amal buruk ini kerana seseorang sering kali memandangnya sebelah mata. Nabi (s.a.w) adalah orang yang amat penyayang dan belas kasihan kepada kita sebagai umatnya. Baginda seanntiasa menasehati kita dan mengingatkan akibat yang meremehkan hal itu.```

*Fiqh Hadis :*

1. Siksa kubur benar adanya dan kebanyakan siksa kubur disebabkan oleh kebiasaan tidak mau membersihkan diri sesudah membuang air kecil.

2. Siksaan akan disegerakan di dalam kubur (alam barzakh) bagi orang yang tidak membersihkan dirinya sesudah membuang air kecil.

3. Air kencing itu najis.

4. Wajib menghilangkan najis.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
[13/3 1:51 AM] Musthofa AB: *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB TATA CARA BUANG HAJAT*_

*HADITS KE 89 :*
 

*وَعَنْ سُرَاقَةَ بْنِ مَالِكٍ رضي الله عنه قَالَ: ( عَلَّمْنَا رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم فِي اَلْخَلَاءِ: " أَنَّ نَقْعُدَ عَلَى اَلْيُسْرَى وَنَنْصِبَ اَلْيُمْنَى" )  رَوَاهُ اَلْبَيْهَقِيُّ بِسَنَدٍ ضَعِيف*

Suraqah Ibnu Malik Radliyallaahu 'anhu berkata:  *Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam mengajari kami tentang cara buang air besar yaitu agar kami duduk di atas kaki kiri dan merentangkan kaki kanan.* Diriwayatkan oleh Baihaqi dengan sanad yang lemah.

*Makna Hadis :*

```Akhlak yang diajarkan oleh syari'at Islam di dalamnya pasti mengandung berbagai rahasia dan hikmah. Oleh kerana bertumpu pada telapak kaki kiri dapat memudahkan keluarnya najis, maka syari'at memerintahkan supaya bertopang kepada kaki kiri ketika seseorang sedang membuang hajat.```

*Fiqh Hadis :*

1. Ketika membuang hajat disyariatkan supaya mengangkat kaki sebelah kanan supaya penggunaan kaki yang sebelah kanan dapat dikurangi lantaran
kemuliaannya.

2. Bertopang pada kaki kiri untuk memudahkan najis keluar dengan mudah, sebab perut berada di sebelah kiri dan pundi kencing yang merupakan tempat memproses air kencing pun terletak agak ke sebelah kiri.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
[14/3 12:36 AM] Musthofa AB: *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB TATA CARA BUANG HAJAT*_

*HADITS KE 90 :*
 

*وَعَنْ عِيسَى بْنِ يَزْدَادَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ( إِذَا بَالَ أَحَدُكُمْ فَلْيَنْثُرْ ذَكَرَهُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ )  رَوَاهُ اِبْنُ مَاجَه بِسَنَدٍ ضَعِيف*

Dari Isa Ibnu Yazdad dari ayahnya Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah saw bersabda:  *"Apabila seseorang di antara kamu telah selesai buang air kecil maka hendaknya ia mengurut kemaluannya tiga kali."*  Riwayat Ibnu Majah dengan sanad yang lemah.

*Makna Hadis :*

```Nabi (s.a.w) adalah seorang murabbi agung. Baginda membimbing kita menuju segala sesuatu yang mengandung kebahagiaan serta kebaikan dalam urusan agama
dan kehidupan dunia kita. Oleh kerana bersuci merupakan salah satu syarat bagi sahnya sebagian besar ibadah, maka Nabi (s.a.w) memandang perlu untuk memberikan penjelasan mengenai tata caranya. Untuk itu, baginda memerintahkan orang yang membuang hajat kecil supaya melakukan istibra' dari
air kencing yang masih tersisa pada batang zakarnya dengan cara mengurutnya sebanyak tiga kali. Hal ini sebagai langkah berhati-hati dan bertujuan menyempurnakan kesucian diri dari najis, supaya pakaiannya tidak terkena air kencing yang masih tersisa, sebab ha itu dapat menyebabkan kesuciannya batal dan shalatnya pun batal.```

*Fiqh Hadis :*

Wajib mengeluarkan semua air kencing dari dzakar sesudah kencing dengan cara mengurut atau menggerak-gerikannya. Inilah yang disebut istibra'.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..

Tidak ada komentar:

Posting Komentar