Jumat, 15 Juni 2018

Kajian Hadits IKABA 151-162

*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB ADZAN*_

*HADITS KE 151 :*

*وَعَنْ اِبْنِ عُمَرَ وَعَائِشَةَ قَالَا: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ( إِنَّ بِلَالاً يُؤَذِّنُ بِلَيْلٍ فَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يُنَادِيَ اِبْنُ أُمِّ مَكْتُومٍ" وَكَانَ رَجُلاً أَعْمَى لَا يُنَادِي حَتَّى يُقَالَ لَهُ: أَصْبَحْتَ أَصْبَحْتَ )  مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ. وفي أخره إدراج.*

Dari Ibnu Umar dan 'Aisyah Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: *"Sesungguhnya Bilal akan beradzan pada malam hari maka makan dan minumlah sampai Ibnu Maktum beradzan. Ia (Ibnu Maktum) adalah laki-laki buta yang tidak akan beradzan kecuali setelah dikatakan kepadanya: Engkau telah masuk waktu Shubuh engkau telah masuk waktu Shubuh."* Muttafaq Alaihi. Akan tetapi pada akhir hadis ini terdapat idraj.

*MAKNA HADITS :*

```Jika azan disyariatkan untuk memberitahu masuknya waktu solat sekaligus menyeru kaum muslimin supaya menghadiri solat berjamaah, maka ia turut
disyariatkan untuk membangunkan orang yang masih tidur supaya mengerjakan solat sunat tahajjud, di samping membangunkan orang yang tertidur setelah mengerjakan qiyamul lail bersiap sedia mengerjakan solat Subuh. Azan ini dinamakan azan pertama dan ia tidak mengharamkan makan dan minum bagi orang yang hendak berpuasa, malah dia masih diperbolehkan makan sahur ketika itu. Dengan azan itu, orang yang tidur diharapkan bangun untuk mengerjakan solat tahajjud dan memperingatkan orang yang qiyamul lail supaya tidur sebentar sambil menunggu masuknya waktu solat Subuh.

Di zaman Nabi (s.a.w) orang yang bertugas mengumandangkan azan pertama ini adalah Bilal (r.a).
Azan kedua ialah azan untuk solat Subuh. Azan ini bertujuan memberitahu masuknya waktu solat Subuh. Orang yang hendak berpuasa diwajibkan imsak
sebelum itu. Orang yang bertugas mengumandangkan azan Subuh ini pada zaman Nabi (s.a.w) ialah Ibn Ummi Maktum.```

*FIQH HADITS :*

1. Boleh melantik dua orang muazzin dalam satu masjid, dimana keduanya saling berganti dalam mengumandangkan azan. Tujuan dibolehkan melantik dua
orang muazzin ini adalah salah seorang darinya dikhuatiri akan
mempunyai halangan dan oleh kerananya, muazzin yang seorang mestilah menggantikan tugas kawannya yang mempunyai halangan itu. Ada lima orang
sahabat yang pernah menjadi juru azan Rasulullah (s.a.w), baik mereka bertugas ketika bermukim maupun ketika bermusafir. Mereka adalah Bilal ibn Rabah, Abdullah ibn Ummi Maktum, Abu Mahdzurah al-Makki, Sa'd al-Qurazhi dan Ziyad ibn al-Harits al-Shuda'i.

2. Disunatkan makan sahur.

3. Orang yang hendak berpuasa boleh makan dan minum hingga fajar shadiq terbit.

4. Orang buta boleh mengumandangkan azan apabila dapat mengetahui ketepatan waktu seperti melalui berita orang yang berada di sebelahnya.

5. Boleh berpegang kepada suara dalam periwayatan apabila seseorang berkenaan
mengenalinya, sekalipun dia tidak melihatnya.

6. Dibolehkan menceritakan perihal seseorang yang berkaitan dengan keperibadiannya jika bertujuan memperkenalkannya kepada orang lain.

7. Boleh menisbatkan seorang lelaki kepada nama ibunya jika itu sudah masyhur.

8. Disyariatkan mengumandangkan azan pertama sebelum masuk waktu solat Subuh.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB ADZAN*_

*HADITS KE 152 :*

*وَعَنْ اِبْنِ عُمَرَ; ( إِنَّ بِلَالاً أَذَّنَ قَبْلَ اَلْفَجْرِ فَأَمَرَهُ اَلنَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم أَنْ يَرْجِعَ فَيُنَادِيَ: "أَلَا إِنَّ اَلْعَبْدَ نَامَ )  رَوَاهُ أَبُو دَاوُدَ وَضَعَّفَهُ*

Dari Ibnu Umar Radliyallaahu 'anhu *bahwa Bilal beradzan sebelum fajar lalu Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam menyuruhnya kembali pulang kemudian berseru: "Ingatlah bahwa hamba itu butuh tidur."* Diriwayatkan dan dianggap hadits lemah oleh Abu Dawud.

*MAKNA HADITS :*

```Tidak dibolehkan mengumandangkan azan untuk memberitahu masuknya waktu
solat sebelum mengenal pasti kebenaran masuknya waktu solat. Apabila muazzin salah lalu mengumandangkan azan sebelum tiba waktu solat, maka dia wajib
mengingatkan orang yang mendengarnya melalui seruan ralat supaya mereka tidak terpengaruh dengan azan tersebut sehingga mengerjakan solat sebelum masuk waktunya.```

*FIQH HADITS :*

1. Disyariatkan mematuhi orang alim, lebih-lebih lagi dalam urusan agama.

2. Tidak boleh mengumandangkan azan Subuh sebelum masuk waktunya.

3. Juru azan mesti meneliti waktu terlebih dahulu dalam memastikan waktu solat. Tetapi jika ternyata masih salah setelah ijtihad mengenainya, maka dia
wajib memberitahu orang ramai tentang kekeliruannya tersebut.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB ADZAN*_

*HADITS KE 153 :*

*وَعَنْ أَبِي سَعِيدٍ اَلْخُدْرِيِّ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ( إِذَا سَمِعْتُمْ اَلنِّدَاءَ فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ اَلْمُؤَذِّنُ)  مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ* 

*وَلِلْبُخَارِيِّ: عَنْ مُعَاوِيَةَ* 

*وَلِمُسْلِمٍ: ( عَنْ عُمَرَ فِي فَضْلِ اَلْقَوْلِ كَمَا يَقُولُ اَلْمُؤَذِّنُ كَلِمَةً كَلِمَةً سِوَى اَلْحَيْعَلَتَيْنِ فَيَقُولُ: "لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاَللَّهِ" )*

Dari Abu Said Al-Khudry Radliyallaahu 'anhu *bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Apabila engkau sekalian mendengar adzan maka ucapkanlah seperti yang diucapkan muadzin."* Muttafaq Alaihi.

Dalam riwayat Bukhari dari Muawiyah Radliyallaahu 'anhu terdapat hadits yang semisalnya.

Menurut Riwayat Muslim dari Umar Radliyallaahu 'anhu *tentang keutamaan mengucapkan kalimat per kalimat sebagaimana yang diucapkan oleh sang muadzin kecuali dua hai'alah (hayya 'alash sholaah dan hayya 'alal falaah) maka hendaknya mengucapkan la haula wala quwwata illa billah.*

*MAKNA HADITS :*

```Menjawab azan yang dilakukan oleh pendengar disebut hikayah al-azan (meniru bacaan azan), yaitu dengan cara meniru semua sebutan lafaz azan kecuali
“ حي على الصلاة " dan “حي على الفلاح"
maka jawaban kedua kalimat ini adalah membaca kalimat
"لا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم".

Hikmah menjawab azan yang dilakukan oleh orang yang mendengarnya adalah bersegera datang menuju ke tempat sholat. Ini berarti dia telah memenuhi
seruannya dengan ucapan sekaligus perbuatannya, yaitu berwuduk dan berangkat
ke masjid untuk mengerjakan sholat berjamaah. Menjawab azan yang dilakukan oleh orang yang medengarnya tidak semata-mata bertujuan meniru suara azan yang kemudian menyeru umat manusia mengerjakan solat, sebaliknya ia bertujuan membangkitkan perasaan. Dengan membaca
"لا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم "
seseorang telah mengakui kelemahan yang ada pada dirinya sekaligus memohon pertolongan
kepada Allah untuk melaksanakan ibadah yang mulia ini. Dengan demikian, orang yang mendengar azan itu mendapat ganjaran pahala setelah membaca hawqalah
"لا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم "
(yang merupakan respon ke atas ucapan al-hay'alatain yang
dikumandangkan oleh juru azan.
Hukum menjawab azan ialah sunat, dan dianggap sudah memadai apabila azan yang dikumandangkan oleh seorang muazin telah dijawab meskipun di kawasan tersebut ramai orang yang mengumandangkan azan. Azan pertama untuk fajar
kadzib mesti dijawab, kerana Islam telah menyebutnya sebagai azan dan oleh kerananya, ia sunat untuk dijawab.```

*FIQH HADITS :*

1. Disyariatkan menjawab azan yang dikumandangkan muazzin baik bagi orang yang dalam keadaam bersuci ataupun berhadas, wanita yang haid
maupun yang junub, sebab jawaban itu merupakan berzikir kepada Allah dan diperbolehkan untuk melakukan dzikir. Namun menjawab azan tidak boleh dilakukan oleh orang yang sedang membuang air dan orang yang sedang bersetubuh.

2. Hukum menjawab azan adalah sunat, kerana ulama telah sepakat
mengenainya. Kesepakatan inilah yang memalingkan pengertian wajib di dalam perintah yang terkandung di dalam sabda Rasulullah (s.a.w): “Maka
ucapkanlah…”

3. Orang yang mendengar al-haya'alatain hendaklah menjawab dengan al-hawqalatain.

4. Keutamaan ikhlas di dalam setiap beramal. Amal yang diterima oleh Allah merupakan anugerah yang besar hingga seseorang yang melakukannya akan masuk ke dalam surga.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB ADZAN*_

*HADITS KE 154 :*

*وَعَنْ عُثْمَانَ بْنِ أَبِي الْعَاصِ رضي الله عنه ( أَنَّهُ قَالَ : يَا رَسُولَ اَللَّهِ اِجْعَلْنِي إِمَامَ قَوْمِي . قَالَ : "أَنْتَ إِمَامُهُمْ  وَاقْتَدِ بِأَضْعَفِهِمْ  وَاِتَّخِذْ مُؤَذِّنًا لَا يَأْخُذُ عَلَى أَذَانِهِ أَجْرًا )  أَخْرَجَهُ اَلْخَمْسَةُ  وَحَسَّنَهُ اَلتِّرْمِذِيُّ  وَصَحَّحَهُ اَلْحَاكِمُ.*

Utsman Ibnu Abul'Ash Radliyallaahu 'anhu berkata: *Wahai Rasulullah jadikanlah aku sebagai imam mereka perhatikanlah orang yang paling lemah dan angkatlah seorang muadzin yang tidak menuntut upah dari adzannya."* Dikeluarkan oleh Imam Lima. Hasan menurut Tirmidzi dan shahih menurut Hakim.

*MAKNA HADITS :*

```Memohon untuk menjadi imam solat merupakan amalan yang terpuji, kerana menjadi imam itu besar pahalanya. Kedudukan ini pernah disebutkan di dalam do'a
hamba-hamba Allah Yang Maha Pemurah. Kisah mereka disebutkan di dalam al-Qur'an. Mereka berdoa seperti berikut:

...واجعلنا للمتقين إماما (الفرقان،٧٤)

“… Dan jadikanlah kami menjadi imam bagi orang yang bertakwa.” (Surah al-
Furqan: 74)

Ini bukanlah permohonan untuk menjadi pemimpin yang dilarang oleh syari'at, yaitu kepimpinan yang bersifat duniawi. Seseorang yang memohon jabatan sebagai pemimpin duniawi tidak boleh dibantu bagi merealisasikan hasratnya malah jabatan itu tidak boleh diberikan kepadanya.```

*FIQH HADITS :*

1. Mengingatkan imam supaya senantiasa mengambil berat keadaan orang yang solat bermakmum di belakangnya.

2. Pemimpin masyarakat dianjurkan melantik seorang juru azan bagi menghimpun orang ramai untuk mengerjakan solat.

3. Seorang muazin dianjurkan untuk tidak menuntut bayaran ke atas azan yang dikumandangkannya.

Ulama berbeda pendapat sehubungan masalah ini.

Imam Abu Hanifah mengharamkannya apabila dia mensyaratkan upah untuk mengumandangkan azan. Dalilnya adalah hadis ini.

Mazhab Hanbali mengatakan tidak boleh mengambil upah selagi ada
seorang yang bersedia membayarnya. Jika tidak, maka juru azan mesti diberi
upah yang diambil dari Baitul Mal. Bagi mereka, muazin boleh menerima upah di atas azan yang dikumandangkannya.

Menurut pendapat yang paling sahih di sisi mazbab Imam al-Syafi'i, imam boleh memberinya upah yang diambil dari Baitul Mal, dari hartanya sendiri, dari individu penduduk kampung, atau dari selain mereka.

Mazhab Maliki dalam masalah ini mempunyai dua pendapat; ada yang melarang menuntut upah azan dan ada yang membolehkannya. Ibn al-Arabi
memilih pendapat yang membolehkannya, yakni boleh menerima upah.

4. Boleh memohon menjadi imam solat kerana ia merupakan amalan yang baik.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB ADZAN*_

*HADITS KE 155 :*

*وَعَنْ مَالِكِ بْنِ الْحُوَيْرِثِ رضي الله عنه قَالَ : قَالَ لَنَا اَلنَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم ( وَإِذَا حَضَرَتِ الصَّلَاةُ فَلْيُؤَذِّنْ لَكُمْ أَحَدُكُمْ . . . )  اَلْحَدِيثَ أَخْرَجَهُ اَلسَّبْعَةُ.*

Dari Malik Ibnu Huwairits Radliyallaahu 'anhu bahwa dia berkata: *Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam pernah bersabda pada kami: "Bila waktu shalat telah tiba maka hendaklah seseorang di antara kamu menyeru adzan untukmu sekalian."* Dikeluarkan oleh Imam Tujuh.

*MAKNA HADITS :*

```Rasulullah (s.a.w) memerintahkan untuk mengumandangkan azan bagi setiap kali hendak mengerjakan solat fardu sebagai peringatan yang waktu solat telah
tiba. Baginda menganjurkan azan supaya benar-benar diperhatikan dan menjelaskan bahwa kedudukan imam solat merupakan hak bagi orang yang lebih alim dan usianya lebih tua di samping membimbing mereka untuk mengetahui
tatacara pelaksanaan solat menerusi perbuatannya karena pengajaran yang disampaikan secara praktikal lebih besar pengaruhnya. Dalam kaitan ini, baginda bersabda:

صلوا كما رأيتموني أصلي

“Solatlah kamu sebagaimana kamu melihatku mengerjakan solat.”

Ibn Hajar al-'Asqalani sengaja meringkaskan hadis ini karena menyesuaikan dengan tuntutan bab ini sebagaimana yang biasa dilakukan oleh para ahli hadis
yang lain.```

*FIQH HADITS :*

1. Disyariatkan azan untuk setiap kali hendak mengerjakan solat fardu ketika waktunya telah tiba.

2. Tidak ada suatu syarat bagi seseorang yang hendak menjadi muazzin selain beriman kepada Allah dan mengetahui waktu-waktu solat. Hal ini berlandaskan kepada sabda Rasulullah (s.a.w): “Seseorang di antara kamu,”
(tanpa menyebutkan suatu persyaratan).

3. Solat berjamaah diperintahkan oleh syariat.

4. Keutamaan menjadi imam solat berbanding menjadi muazzin, kerana Rasulullah (s.a.w) bersabda: “Hendaklah orang yang paling tua usianya diantara kamu menjadi imam solat bagi kamu.” Baginda tidak mengatakan: “Hendaklah orang yang paling tua usianya di antara kamu mengumandangkan
azan buat kamu.” Apapun, masalah memohon supaya dilantik menjadi imam masih diperdebatkan oleh ulama tentang keutamaannya.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB ADZAN*_

*HADITS KE 156 :*

*وَعَنْ جَابِرٍ رضي الله عنه أَنَّ رَسُولَ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ لِبِلَالٍ : ( إِذَا أَذَّنْتَ فَتَرَسَّلْ  وَإِذَا أَقَمْتُ فَاحْدُرْ  وَاجْعَلْ بَيْنَ أَذَانِكَ وَإِقَامَتِكَ قَدْرَ مَا يَفْرُغُ اَلْآكِلُ مِنْ أَكْلِهِ)  اَلْحَدِيثَ . رَوَاهُ اَلتِّرْمِذِيُّ وَضَعَّفَهُ.*

Dari Jabir Radliyallaahu 'anhu *bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda kepada Bilal: "Jika engkau menyeru adzan perlambatlah dan jika engkau qomat percepatlah dan jadikanlah antara adzan dan qomatmu itu kira-kira orang yang makan telah selesai dari makannya."* Hadits diriwayatkan dan dianggap lemah oleh Tirmidzi.

*MAKNA HADITS :*

```Oleh kerana azan bertujuan memberitahukan masuknya solat kepada orang yang tinggal berjauhan dengan masjid, maka Rasulullah (s.a.w) menganjurkan azan supaya dilakukan secara tartil (perlahan-lahan) dan bukannya dikumandangkan dengan cara cepat, sebab cara tersebut lebih memungkinkan sampai kepada
mereka yang tinggal jauh dari masjid.

Oleh kerana iqamah bertujuan memberitahukan kepada para hadirin bahwa solat tidak lama lagi akan didirikan, maka ia dilakukan dengan cepat dengan tujuan segera melakukan hal yang paling utama, yaitu melaksanakan solat fardu.

Rasulullah (s.a.w) memerintahkan supaya dibuat jarak waktu antara azan dengan iqamah untuk memperbolehkan orang yang mendengarnya bersiap-siap untuk menghadiri solat secara berjamaah. Ini merupakan salah satu rahmat bagi kaum muslimin. Nabi (s.a.w) melarang mereka melakukan iqamah sebelum imam solat hadir di dalam masjid. Ini bertujuan jamaah tidak terlalu lama menunggu pelaksanaan solat dalam keadaan berdiri sekiranya ada halangan yang melambatkan kedatangan imam menunaikan solat secara berjamaah.```

*FIQH HADITS :*

1. Disyariatkan tartil ketika mengumandangkan azan, yaitu tenang dan perlahan ketika menyampaikannya, kerana itu diharapkan mampu dapat didengar oleh mereka yang tinggal jauh dari masjid.

2. Disyariatkan cepat dalam melakukan iqamah, kerana iqamah ditujukan kepada orang yang telah hadir di dalam masjid. Jadi, ia lebih tepat jika dilakukan dengan cara yang cepat supaya dapat segera mengerjakan solat yang merupakan tujuan utama di sebalik iqamah itu.

3. Disunatkan memberikan jarak waktu antara azan dengan iqamah untuk bersiap-siap menghadiri solat berjamaah dan manfaat azan tidak disia-siakan.

4. Disyariatkan mengawasi tukang azan dan mengajarkan tatacara dalam mengumandangkan azan.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB ADZAN*_

*HADITS KE 157 :*

*وَلَهُ : عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه أَنَّ اَلنَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ : ( لَا يُؤَذِّنُ إِلَّا مُتَوَضِّئٌ )  وَضَعَّفَهُ أَيْضًا* 

Dalam riwayatnya pula dari Abu Hurairah Radliyallaahu ‘anhu bahwa Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: *“Tidak diperkenankan adzan kecuali orang yang telah berwudlu.”* Hadits tersebut juga dinilai lemah.

*MAKNA HADITS :*

```Azan adalah berzikir kepada Allah. Jadi, sepatutnya seseorang yang hendak
mengumandangkannya berada dalam keadaan berwuduk. Walaupun ulama masih
berselisih pendapat dalam masalah ia dianggap sebagai syarat ataupun tidak.```

*FIQH HADITS :*

Disunatkan bersuci untuk mengumandangkan azan. Tetapi apabila azan atau iqamah itu dilakukan oleh orang yang hadas kecil atau hadas besar, maka ia
tetap diperbolehkan, meskipun makruh hukumnya menurut jumhur ulama.

Imam Malik mengatakan bahwa azan boleh dilakukan meskipun dalam keadaan tidak berwuduk, tetapi iqamah tidak boleh dilakukan kecuali oleh orang
yang sudah berwuduk. Jika azan dilakukan oleh orang yang junub, maka ada dua riwayat menurut Imam Malik. Walaupun begitu, ia tetap memperbolehkan mengikuti pendapat mayoritas ulama.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB ADZAN*_

*HADITS KE 158 :*

*وَلَهُ : عَنْ زِيَادِ بْنِ اَلْحَارِثِ رضي الله عنه قَالَ : قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ( وَمَنْ أَذَّنَ فَهُوَ يُقِيمُ )  وَضَعَّفَهُ أَيْضًا*

Dalam riwayatnya yang lain dari Ziyad Ibnul Harits bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: *"barangsiapa yang telah adzan maka dia yang akan qomat."* Hadits ini juga dinilai lemah.

*MAKNA HADITS :*

```Mengumandangkan iqamah adalah hak bagi orang yang mengumandangkan azan
dikarenakan dia telah menyeru orang yang jauh untuk mengerjakan solat dan oleh kerananya, seruannya kepada orang yang dekat adalah lebih diutamakan.

Walaupun, ini bukannya satu kewajiban, hingga apabila ditinggalkan mengakibatkan
iqamah batal, sebaliknya ia adalah sunat mu'akkad supaya dialah yang melakukan iqamah demi menghargai haknya sebagai muazzin. Jika iqamah dilakukan oleh orang lain, maka itu tetap diperbolehkan sebagaimana yang telah ditegaskan oleh hadis no. 159.```

*FIQH HADITS :*

1. Iqamah adalah hak bagi orang yang azan.

2. Hak di sini mencakup wajib dan sunat muakkad. Namun makna yang dimaksudkan disini adalah sunat muakkad berdasarkan hadis yang akan disebutkan berikutnya.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB ADZAN*_

*HADITS KE 159 :*

*وَلِأَبِي دَاوُدَ: فِي حَدِيثِ عَبْدِ اَللَّهِ بْنِ زَيْدٍ أَنَّهُ قَالَ : أَنَا رَأَيْتُهُ - يَعْنِي : اَلْأَذَانُ - وَأَنَا كُنْتُ أُرِيدُهُ . قَالَ : "فَأَقِمْ أَنْتَ " وَفِيهِ ضَعْفٌ أَيْضًا*

Menurut riwayat Abu Dawud dari hadits Abdullah Ibnu Zaid bahwa dia berkata: *Aku telah memimpikannya yaitu mimpi beradzan dan aku menginginkannya. Maka Rasulullah saw bersabda: "Baik qomatlah engkau."* Hadits ini juga lemah.

*MAKNA HADITS :*

```Melihat tujuan azan ialah memberitahukan masuknya waktu sholat bagi orang yang tinggal berjauhan dengan masjid, maka Nabi (s.a.w) menyuruh Abdullah ibn Zaid mengajarkan azan kepada Bilal, kerana Bilal mempunyai suara yang lebih kuat berbanding dirinya. Memandang tujuan iqamah untuk
memberitahukan yang sholat tidak lama lagi akan dilaksanakan kepada orang yang sudah berada di dalam masjid, maka Rasulullah (s.a.w) menyuruh Abdullah ibn
Zaid mengumandangkan iqamah untuk menghibur hatinya, kerana dialah yang bermimpi azan tersebut.```

*FIQH HADITS :*

Iqamah boleh dilakukan oleh seseorang yang tidak mengumandangkan azan.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB ADZAN*_

*HADITS KE 160 :*

*وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ : قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ( اَلْمُؤَذِّنُ أَمْلَكُ بِالْأَذَانِ  وَالْإِمَامُ أَمْلَكُ بِالْإِقَامَةِ )  رَوَاهُ اِبْنُ عَدِيٍّ وَضَعَّفَهُ*

*وَلِلْبَيْهَقِيِّ نَحْوُهُ : عَنْ عَلِيٍّ مِنْ قَوْلِهِ*

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: *"Muadzin itu lebih berhak untuk adzan dan imam itu lebih berhak untuk qomat."* Diriwayatkan dan dianggap lemah oleh Ibnu Adiy.

Menurut riwayat Baihaqi ada hadits semisal dari Ali Radliyallaahu 'anhu dari perkataannya sendiri.

*MAKNA HADITS :*

```Antara keistimewaan Islam ialah segala sesuatu mesti diserahkan kepada orang
yang bertugas supaya ia dapat dilakukan dengan tepat dan terarah. Allah (s.w.t) berfirman:

قد علم كل اناس مشربهم

“Sungguh setiap orang telah mengetahui tempat minumnya (masing masing).”
(Surah al-Baqarah: 60)

Muazzin diberi kepercayaan memberitahukan masuknya waktu solat dan tugas ini sepenuhnya telah diserahkan kepadanya. Oleh sebab itu, Rasulullah (s.a.w)
menjadikannya lebih berkuasa terhadap azan. Iqamah juga memiliki kaitan erat dengan solat dan jamaah di mana solat berjamaah tidak dapat dilakukan tanpa kewujudan imam. Jadi, imam lebih menguasai iqamah. Seseorang tidak boleh beriqamah melainkan setelah mendapat isyarat dari imam. Di sinilah nampak kebijaksanaan syariat Islam dimana setiap tugas diserahkan kepada orang yang
berhak menerimanya dan memberikan tanggung jawab kepada mereka yang
bersangkutan. Muazzin adalah orang yang diberi kepercayaan untuk memberikan masuknya waktu solat sedangkan imam  adalah orang yang bertanggung jawab mengimami sholat.```

*FIQH HADITS :*

1. Muazzin dipercaya untuk menjaga waktu solat dan oleh kerana itu, tugas untuk mengawasi waktu solat diserahkan kepadanya.

2. Solat tidak didirikan kecuali setelah mendapat isyarat dari imam atau dengan kehadirannya, tetapi tidak bergantung kepada izinnya.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB ADZAN*_

*HADITS KE 161 :*

*وَعَنْ أَنَسٍ رضي الله عنه قَالَ : قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ( لَا يُرَدُّ اَلدُّعَاءُ بَيْنَ اَلْأَذَانِ وَالْإِقَامَةِ )  رَوَاهُ النَّسَائِيُّ  وَصَحَّحَهُ اِبْنُ خُزَيْمَةَ*

Dari Anas Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: *"Doa antara adzan dan qomat itu tidak akan ditolak."* Riwayat Nasa'i dan dianggap lemah oleh Ibnu Khuzaimah.

*MAKNA HADITS :*

```Doa mempunyai tempat dan waktu-waktu tertentu yang menjadi salah satu kunci
do'a itu dikabulkan. Rasulullah (s.a.w) menekankan bahwa keadaan itu mesti diperhatikan untuk memastikan do'a dikabulkan.

Diantaranya adalah waktu antara
azan dengan iqamah yang merupakan waktu kerberkahan. Pada waktu itu semua
pintu langit dibuka dan do'a dikabulkan serta rahmat Allah turun kepada hamba-hamba-Nya.
Namun ketentuan do'a dikabulkan ini masih terikat, yaitu selagi seseorang tidak berdo'a untuk perbuatan dosa atau bertujuan memutuskan ikatan
silaturrahim. Jika berdo'a untuk melakukan perbuatan dosa atau untuk memutuskan hubungan silaturrahim, maka do'anya tidak dikabulkan. Didalam Sunnah telah disebutkan hadis-hadis yang menunjukkan do'a-do'a yang mesti dibaca antara azan dan iqamah yang antara lain ialah:

"رضيت بالله ربا وبالاسلام دينا وبمحمد رسولا. قال النبي صلى الله عليه وسلم : إن من قال ذلك غفر له ذنبه"

Aku redha Allah sebagai Tuhanku, Islam sebagai agamaku, dan Nabi Muhammad sebagai Rasulku. Rusulullah (s.a.w) bersabda: “Barang siapa yang membaca do'a tersebut, niscaya dosanya diampuni.”

Doa yang lain ialah bershalawat kepada Nabi (s.a.w) sesudah selesai menjawab azan.```

*FIQH HADITS :*

1. Keistimewaan waktu antara adzan dan iqamah.

2. Dianjurkan berdo'a di antara azan dan iqamah kerana do'a pada waktu tersebut dikabulkan oleh Allah.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB ADZAN*_

*HADITS KE 162 :*

*وَعَنْ جَابِرٍ- رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهُ- أَنَّ رَسُولَ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ : ( مَنْ قَالَ حِينَ يَسْمَعُ اَلنِّدَاءَ : اَللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ اَلدَّعْوَةِ اَلتَّامَّةِ  وَالصَّلَاةِ اَلْقَائِمَةِ  آتِ مُحَمَّدًا اَلْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ  وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا اَلَّذِي وَعَدْتَهُ  حَلَّتْ لَهُ شَفَاعَتِي يَوْمَ اَلْقِيَامَةِ )  أَخْرَجَهُ اَلْأَرْبَعَةُ.*

Dari Jabir Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: *"Barangsiapa yang ketika mendengar adzan berdoa: Allaahumma robba haadzihi da'watit taammati was sholaatil qooimati aati Muhammadanil washiliilata wal fadliilata wab 'atshu maqooman mahmuudal ladzi wa'adtahu (artinya: Ya Allah Tuhan panggilan yang sempurna dan sholat yang ditegakkan berilah Nabi Muhammad wasilah dan keutamaan dan bangunkanlah beliau dalam tempat yang terpuji seperti yang telah Engkau janjikan) maka dia akan memperoleh syafaat dariku pada hari Kiamat."* Dikeluarkan oleh Imam Empat.

*MAKNA HADITS :*

```Rasulullah (s.a.w) memberitahukan tentang do'a yang boleh mendatangkan
kebaikan berlimpah bagi orang yang senantiasa membacanya sesudah azan. Waktu
sesudah azan merupakan antara waktu dimana do'a dimakbulkan dan rahmat turun dari langit kepada hamba-hamba Allah (s.w.t).

Memandangkan Nabi (s.a.w) adalah pembimbing agung kita yang seandainya tanpanya niscaya kita tidak tahu bagaimana kita mengerjakan sholat, maka baginda berhak memiliki keutamaan terbesar di atas jasanya ini. Oleh sebab itu, kita wajar mendo'akan baginda secara khusus berupa memohon wasilah, keutamaan, derajat yang tinggi, dan kedudukan yang terpuji untuk menunaikan hak kita ke atas tanggung jawab yang baginda lakukan ke atas kita.

Dengan demikian, makin
bertambahlah kesempurnaan baginda di atas kesempurnaan.```

*FIQH HADITS :*

1. Dianjurkan berdo'a setelah azan dikumandangkan dengan kalimat-kalimat yang telah disebutkan dalam hadis tersebut. Membaca do'a itu boleh membawa
kepada kebaikan yang besar dan kelak orang yang membacanya akan beroleh syafaat.

2. Berita gembira dengan husnul khatimah bagi orang yang gemar membaca do'a ma'tsur (yang dianjurkan oleh Nabi (s.a.w).

3. Disyari'atkan mendo'akan orang yang lebih utama agar orang yang
mendo'akannya turut memperoleh manfaat yang besar.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..

Tidak ada komentar:

Posting Komentar