Jumat, 02 Februari 2018

Kajian Hadits IKABA 41-50

*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB WUDUK*_

*HADITS KE-41 :*

*وَعَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ : كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعْجِبُهُ التَّيَمُّنُ فِي تَنَعُّلِهِ وَتَرَجُّلِهِ وَطَهُورِهِ وَفِي شَأْنِهِ كُلِّهِ مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ*

'Aisyah Radliyallaahu 'anhu berkata: *Adalah Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam suka mendahulukan yang kanan dalam bersandal menyisir rambut bersuci dan dalam segala hal.* Muttafaq Alaihi.

*Makna Hadis :*

```Sebaik-baik orang mukmin adalah orang yang mencintai apa yang disukai oleh Allah dan Rasul-Nya, sebaliknya seburuk-buruk mereka adalah orang yang sengaja melanggar perintah Allah dan Rasul-Nya. Misalnya, dia makan, minum atau bersalaman dengan tangan kiri tanpa ada uzur yang dibenarkan di sisi syariat. Rasulullah (s.a.w) sangat menyukai melakukan segala sesuatu dengan tangan kanannya dan mendahulukannya ke atas tangan kirinya dalam setiap perbuatan
yang dianggap mulia dan berpakaian. dengan harapan semoga orang yang
melakukannya termasuk ke dalam Ashab al-Yamin (ahli syurga).
Namun Rasulullah (s.a.w) mengecualikan dari mendahulukan yang sebelah kanan ketika hendak memasuki tandas/WC sebab tandas adalah tempat yang tidak terhormat. Pengecualian yang lain ialah ketika keluar dari masjid, kerana kedudukan jalanan adalah hina dan betapa mulianya masjid. Dalam kedua keadaan tersebut baginda mendahulukan kaki yang sebelah kiri dari yang kanan dan begitu pula ketika menanggalkan selipar/sandal dan membawanya.```

*Fiqh Hadis :*

1. Disunatkan memulai setiap perbuatan yang termasuk ke dalam perbuatan yang baik dan mulia dengan yang kanan kerana mengikuti Sunnah Rasulullah (s.a.w).

2. Ketika memasuki tandas/WC dan keluar dari masjid maka disunatkan
memulainya dengan yang sebelah kiri.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_
Semoga bermanfaat. Aamiin..

*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB WUDUK*_

*HADITS KE-42 :*

*عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم (  إِذَا تَوَضَّأْتُمْ فابدأوا بِمَيَامِنِكُمْ )  أَخْرَجَهُ اَلْأَرْبَعَةُ وَصَحَّحَهُ اِبْنُ خُزَيْمَةِ*

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda:   *"Apabila kamu sekalian berwudlu maka mulailah dengan bagian-bagian anggotamu yang kanan."* Dikeluarkan oleh Imam Empat dan shahih menurut Ibnu Khuzaimah.

*Makna Hadits :*

```Hadits ini mengandung perintah yang menyuruh untuk mendahulukan yang kanan ke atas yang kiri ketika berwuduk kerana sebelah kanan merupakan bagian yang terhormat dan berharap semoga orang yang melakukannya kelak termasuk ahli al-yamin (ahli syurga), di samping mengukuhkan hadits-hadits lain sebelum ini
yang menceritakan tentang perbuatan-perbuatan Rasulullah (s.a.w).```

*Fiqh Hadis :*

Disunatkan mendahulukan sebelah kanan ke atas sebelah kiri ketika berwuduk, yaitu ketika membasuh kedua tangan dan kedua kaki. Demikian pula ketika bertayammum dan mandi wajib disunatkan mendahulukan yang sebelah kanan sama dengan ketika berwuduk.

Perintah dalam hadits ini menunjukkan sunat, kerana ada satu riwayat yang
dikemukakan oleh al-Daruquthni dari 'Ali bin Abu Thalib (r.a) bahwa beliau
pernah berkata:

لا أبالي بيميني بدأت أم بشمالي إذا أكملت الوضوء
“Aku tidak peduli, aku memulai dengan sebelah kanan atau sebelah kiriku selagi aku telah menyempurnakan wudukku.”

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_
Semoga bermanfaat. Aamiin..

*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB WUDUK*_

*HADITS KE-43 :*

*عَنْ اَلْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةٍ رضي الله عنه ( أَنَّ اَلنَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم تَوَضَّأَ فَمَسَحَ بِنَاصِيَتِهِ  وَعَلَى اَلْعِمَامَةِ وَالْخُفَّيْنِ )  أَخْرَجَهُ  مُسْلِم*

Dari Mughirah Ibnu Syu'bah Radliyallaahu 'anhu bahwa *Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam berwudlu lalu beliau mengusap ubun-ubunnya bagian atas sorbannya dan kedua sepatunya.* Dikeluarkan oleh Muslim.

*Makna hadits :*

```Ada kalanya Nabi (s.a.w) ketika berwuduk mengusap kepala, ada kalanya
hanya mengusap surban dan ada kalanya pula mengusap ubun-ubun dan surbannya. Baginda pernah mengusap kedua khuffnya, baik ketika bermukim mahupun ketika bermusafir sebagai keringanan bagi umatnya.```

*Fiqh Hadis :*

1. Rasulullah (s.a.w) mengusap seluruh kepalanya. Inilah pendapat Imam Ahmad dan Imam Malik.

2. Rasulullah (s.a.w) mengusap ubun-ubunnya. Ulama mazhab Hanafi membuat batasan minimum mengusap kepala satu perempat kepala, sedangkan batasan minimum menurut ulama mazhab al-Syafi'i pula sudah memadai dengan sekedar adanya mengusap sebagian kepala, sekalipun hanya mengusap sehelai rambut.

3. Rasulullah (s.a.w) mengusap surbannya. Inilah yang dijadikan pegangan oleh Imam Ahmad, namun ulama selainnya tidak berpendapat demikian. Imam Ahmad mensyaratkan hendaklah seseorang yang ingin mengusap surban itu memakainya dalam keadaan suci yang sempurna dan hendaklah sebagian dari surban itu berada di bawah rahang. Al-Nawawi berkata: “Jika seseorang hanya mengusap surban dan tidak mengusap sedikit pun dari kepala, maka itu tidak mencukupi menurut Imam al-Syafi'i tanpa adanya perselisihan pendapat. Begitu pula mazhab Imam Malik dan Imam Abu Hanifah.”

4. Rasulullah (s.a.w) mengusap dua khuffnya, baik ketika bermukim
maupun ketika bermusafir. Ini menjadi pegangan seluruh ulama fiqh.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_
Semoga bermanfaat. Aamiin..
[28/1 11:11 PM] Musthofa AB: *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB WUDUK*_

*HADITS KE-44 :*

*عَنْ جَابِرٍ بْنِ عَبْدِ اَللَّهِ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهُمَا -فِي صِفَةِ حَجِّ اَلنَّبِيِّ صَلَّى اَللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- قَالَ صلى الله عليه وسلم ( اِبْدَؤُوا بِمَا بَدَأَ اَللَّهُ بِهِ  )  أَخْرَجَهُ النَّسَائِيُّ هَكَذَا بِلَفْظِ  اَلْأَمْر ِ وَهُوَ عِنْدَ مُسْلِمٍ بِلَفْظِ اَلْخَبَر*

Dari Jabir Ibnu Abdullah Radliyallaahu 'anhu tentang cara haji Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda:  *"Mulailah dengan apa yang telah dimulai oleh Allah."* Diriwayatkan oleh Nasa'i dengan kalimat perintah sedang Muslim meriwayatkannya dengan kalimat berita.

*Makna Hadis :*

```Hadits ini akan dikemukakan lagi dalam bentuk yang lengkap berikut
keterangannya mengenai gambaran ibadah haji dan memasuki kota Mekah pada hadis no. 698. Apa yang hendak dikemukakan oleh hadis ini adalah selanjutnya Rasulullah (s.a.w) keluar dari pintu Masjidil Haram menuju ke Shafa. Ketika menghampiri Shafa, baginda membaca firman-Nya: “Sesungguhnya Shafa dan Marwa adalah sebahagian daripada syi'ar Allah.” (Surah al-Baqarah [02]: 158) dan bersabda: “Hendaklah kamu memulai dengan apa yang telah dimulai oleh Allah.” Nabi (s.a.w) memulakan sa'e dari Shafa kerana Allah (s.w.t) telah berfirman:
إن الصفى والمروة من شعائر الله
“Sesungguhnya Shafa dan Marwa adalah sebahagian daripada syi'ar Allah.” (Surah al-Baqarah [02]: 158)
Kalimat hadis yang mengatakan: “Hendaklah kamu memulai dengan apa yang telah dimulai oleh Allah” adalah bersifat umum sehingga wuduk pun termasuk ke dalam pengertiannya. Oleh itu, diwajibkan pula berurutan ketika berwuduk bersesuaian dengan apa yang dimulai oleh Allah dengan mendahulukan wajah hingga membasuh kedua kaki seperti yang disebutkan di dalam Surah al-Maidah ayat 6. Inilah hujah ulama yang mengatakan bahwa berurutan dalam berwuduk itu wajib manakala menurut Imam Malik dan Imam Abu Hanifah pula, berurutan dalam berwuduk tidak wajib.```

*Fiqh Hadits :*

Di sini dapat diambil kesimpulan bahwa kita hendaklah mengikuti susunan dan
urutan sebagaimana yang telah disebut oleh Allah seperti dalam berwuduk dan melaksanakan ibadah haji. Oleh yang demikian, wajib membasuh muka terlebih dahulu, kemudian anggota-anggota wuduk yang lain secara berurutan. Inilah pendapat Imam Ahmad dan Imam al-Syafi'i, sedangkan Imam Abu Hanifah dan Imam Malik tidak mewajibkan berurutan.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_
Semoga bermanfaat. Aamiin..

*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB WUDUK*_

*HADITS KE-45 :*

*عَنْهُ قَالَ: ( كَانَ اَلنَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم إِذَا تَوَضَّأَ أَدَارَ اَلْمَاءَ عَلَى مُرْفَقَيْهِ )  أَخْرَجَهُ اَلدَّارَقُطْنِيُّ بِإِسْنَادِ ضَعِيف*

Dia berkata:  *Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam jika berwudlu mengalirkan air pada kedua siku-sikunya.* Dikeluarkan oleh Daruquthni dengan sanad yang lemah.

*Makna Hadis :*

```Rasulullah (s.a.w) senantiasa berusaha melakukan wuduk dengan cara yang paling sempurna. Oleh itu, baginda memutarkan air pada kedua sikunya hingga sampai ke lengannya untuk memastikan basuhan tersebut sempurna sekaligus untuk memperoleh al-tahjil. Ini juga menjelaskan bahwa kedua siku termasuk ke dalam batasan tangan, kerana lafaz ila yang terdapat di dalam Surah al-Ma,idah ayat 6 menunjukkan makna ma'a.```

*Fiqh Hadis :*

Kedua siku termasuk ke dalam kedua tangan ketika berwuduk.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_
Semoga bermanfaat. Aamiin..

*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB WUDUK*_

*HADITS KE-46 :*

*عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ( لَا وُضُوءَ لِمَنْ لَمْ يَذْكُرِ اِسْمَ اَللَّهِ عَلَيْهِ )  أَخْرَجَهُ أَحْمَدُ وَأَبُو دَاوُدَ وَابْنُ مَاجَهْ بِإِسْنَادٍ ضَعِيف ٍ*

*لِلترْمِذِيِّ: عَنْ سَعِيدِ بْنِ زَيْد وَأَبِي سَعِيدٍ نَحْوُه ُقَالَ أَحْمَدُ: لَا يَثْبُتُ فِيهِ شَيْء*

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda :  *"Tidaklah sah wudlu seseorang yang tidak menyebut nama Allah."* Diriwayatkan oleh Ahmad Abu Dawud dan Ibnu Majah dengan sanad yang lemah.

Dalam hadits serupa yang diriwayatkan oleh Tirmidzi dari Said Ibnu Zaid dan Abu Said Ahmad berkata:  *Tidak dapat ditetapkan suatu hukum apapun berdasarkan hadits itu.*

*Makna Hadis :*

```Ulama telah bersepakat bahawa solat tidak sah kecuali dalam keadaan bersuci, kerena dalam riwayat yang lain hadis ini disebut dengan lafaz seperti berikut:
لا صلاة لمن لا وضوء له. ولا وضوء لمن لم يذكر اسم الله
“Tidak sah solat orang yang tidak berwuduk, dan tidak sempurna wuduk seseorang yang tidak menyebut nama Allah ketika melakukannya.”
Huruf la yang terdapat pada lafaz “لا وضوء  “untuk menafikan jenis. Dengan arti kata lain, tidak sempurna wuduk seseorang yang tidak menyebut nama Allah. Maksud hadis ini adalah meniadakan kesempurnaan karena para imam telah bersepakat bahwa tasmiyah atau membaca basmalah tidak termasuk rukun wuduk.```

*Fiqh Hadis :*

Disyariatkan membaca basmalah ketika hendak berwuduk. Sehubungan itu, para ulama berbeda pendapat dalam masalah ini. Imam Ahmad mengatakan bahwa membaca basmalah adalah fardu, sama bagi orang yang ingat maupun orang yang lupa. Sedangkan jumhur ulama mengatakan bahwa membaca basmalah hanyalah sunat, kerana berlandaskan kepada hadis Abu Hurairah (r.a) yang mengatakan :
من ذكر الله في أول وضوئه طهر جسده واذا لم يذكر اسم الله لم يطهر منه الا مواضع الوضوء
“Barang siapa yang menyebut nama Allah pada permulaan wuduknya, maka sucilah seluruh tubuhnya. Jika dia tidak menyebut nama Allah, maka tubuhnya  tidak suci kecuali anggota-anggota wuduknya saja.”

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_
Semoga bermanfaat. Aamiin..

*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB WUDUK*_

*HADITS KE-47 :*

*عَنْ طَلْحَةَ بْنِ مُصَرِّفٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ قَالَ: ( رَأَيْتُ رَسُولَ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَفْصِلُ بَيْنَ اَلْمَضْمَضَةِ وَالِاسْتِنْشَاقِ ) أَخْرَجَهُ أَبُو دَاوُدَ بِإِسْنَادِ ضَعِيف*  

Dari Thalhah Ibnu Musharrif dari ayahnya dari kakeknya dia berkata : *Aku melihat Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam memisahkan antara berkumur dan hirup air melalui hidung.* Riwayat Abu Dawud dengan sanad yang lemah.

*Makna hadits :*

```Rasulullah (s.a.w) pernah memisahkan antara berkumur dengan ber-istinsyaq (memasukkan air ke dalam hidung dan kemudian mengeluarkannya kembali)
ketika berwuduk dengan mengambil air yang baru untuk berkumur dan ber-
istinsyaq. Pada kesempatan yang lain baginda pernah menggabungkan di antara keduanya. Semua itu dilakukan oleh Nabi (s.a.w) untuk memberi kemudahan kepada umatnya. Ada di antara ulama yang mengambil cara menggabungkan antara berkumur dengan ber-istinsyaq ada pula yang mengutamakan cara memisahkan antara keduanya.```

*Fiqh Hadis :*

Disyariatkan memisahkan antara berkumur dan ber-istinsyaq dengan cara mengambil air yang baru untuk berkumur dan ber-instinsyaq. Ulama berselisih pendapat dalam dalam masalah ini.

1. al-Fasl (memisahkan antara berkumur dengan ber-istinsyaq) lebih diutamakan. Inilah pendapat mazhab Imam Malik, Imam Abu Hanifah dan salah satu dari dua pendapat Imam al-Syafi'i.

2. Al-Wasl (menggabungkan antara berkumur dengan ber-istinsyaq) lebih
diutamakan. Inilah pendapat paling sahih daripada pendapat Imam Syafi'i yang kedua.

3. Al-Takhyir (boleh memilih antara memisahkan atau menggabungkan).
Inilah pendapat Imam Ahmad.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_
Semoga bermanfaat. Aamiin..

*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB WUDUK*_

*HADITS KE-50 :*

*عَنْ أَنَسٍ رضي الله عنه قَالَ: ( رَأَى اَلنَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم رَجُلًا وَفِي قَدَمِهِ مِثْلُ اَلظُّفْرِ لَمْ يُصِبْهُ اَلْمَاءُ فَقَالَ: اِرْجِعْ فَأَحْسِنْ وُضُوءَكَ )  أَخْرَجَهُ أَبُو دَاوُدَ وَالنَّسَائِيّ ُ*  

Anas Radliyallaahu 'anhu berkata:  *Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam melihat seorang laki-laki yang pada telapak kakinya ada bagian sebesar kuku yang belum terkena air maka beliau bersabda: "Kembalilah lalu sempurnakan wudlumu."* Dikeluarkan oleh Abu Dawud dan Nasa'i.

*Makna Hadis :*

```Orang yang tidak tahu tidak dimaafkan apabila melakukan kelalaian dalam
melaksanakan kewajipan, kerana Rasulullah (s.a.w) telah memerintahkan lelaki tersebut untuk membetulkan wuduknya dan mengulanginya lagi dengau cara yang lebih sempurna sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh riwayat lain berkaitan masalah ini. Jika ada sebagian anggota wuduk yang belum terkena siraman, maka ia dapat membatalkan wuduk. Oleh itu, Rasulullah (s.a.w) secara terang-terangan mengingkari perbuatan orang yang lalai dalam meratakan basuhan ke atas tumit kakinya hingga masih ada bahagian yang belum terkena air. Sehubungan itu, baginda bersabda:
ويل للأعقاب من النار
“Sungguh binasa bagi tumit-tumit (yang tidak terkena air wuduk) kerana ia akan dibakar oleh neraka.”```

*Fiqh Hadis :*

1. Wajib meratakan semua anggota wuduk dengan air berlandaskan nash hadis yang mewajibkan meratakan basuhan pada kaki dan dengan mengqiyaskannya dengan mandi junub. Membiarkan salah satu anggota wuduk tanpa dibasuh dengan air adalah tidak dibolehkan dan itu wajib untuk segera disempurnakan. Jika tidak, maka wuduknya batal.

2. Dianjurkan mengulangi lagi wuduk secara berurutan, kerana Rasulullah (s.a.w) memerintahkan lelaki tersebut supaya mengulangi wuduknya dan tidak hanya menyuruh membasuh anggota wuduk yang tertinggal saja. Hukum al-muwalah (berurutan) menurut mazhab Maliki adalah wajib, sedangkan
menurut jumhur ulama adalah sunat.

3. Memberikan pengajaran kepada orang yang tidak tahu dan bersikap lemah lembut ketika memberikan pengajaran kepadanya.

4. Orang yang tidak tahu dan orang yang lupa sama hukumnya dengan orang yang bersengaja meninggalkan perkara wajib, kerana wuduk merupakan syarat sahnya solat, sedangkan syarat ini merupakan perintah Allah yang tidak pandang bulu (tidak pilih kasih).

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_
Semoga bermanfaat. Aamiin..

*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB WUDUK*_

*HADITS KE-48 :*

*عَنْ عَلِيٍّ رضي الله عنه -فِي صِفَةِ اَلْوُضُوءِ- ( ثُمَّ تَمَضْمَضَ صلى الله عليه وسلم وَاسْتَنْثَرَ ثَلَاثًا يُمَضْمِضُ وَيَنْثِرُ مِنْ اَلْكَفِّ اَلَّذِي يَأْخُذُ مِنْهُ اَلْمَاءَ )  أَخْرَجَهُ أَبُو دَاوُدَ وَالنَّسَائِيّ ُ *

Dari Ali Radliyallaahu 'anhu tentang cara wudlu: *Kemudian Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam berkumur dan menghisap air melalui hidung dengan telapak tangan yang digunakan untuk mengambil air.* Dikeluarkan oleh Abu Dawud dan Nasa'i.

*HADITS KE 49 :*

*عَنْ عَبْدِ اَللَّهِ بْنِ زَيْدٍ رضي الله عنه -فِي صِفَةِ اَلْوُضُوءِ- ( ثُمَّ أَدْخَلَ صلى الله عليه وسلم يَدَهُ فَمَضْمَضَ وَاسْتَنْشَقَ مِنْ كَفٍّ وَاحِدَةٍ يَفْعَلُ ذَلِكَ ثَلَاثًا )  مُتَّفَقٌ عَلَيْه ِ.*

Dari Abdullah Ibnu Zaid Radliyallaahu 'anhu tentang cara berwudlu:  *Kemudian beliau memasukkan tangannya lalu berkumur dan menghisap air melalui hidung satu tangan. Beliau melakukannya tiga kali.* Muttafaq Alaihi.

*Makna Hadis :*

```Masalah ini telah dijelaskan sebelum ini dalam gambaran mengenai wuduk pada hadis no. 30 dan no. 31. Ibn Hajar menyebut semula hadis berkaitan gambaran wuduk ini adalah untuk mengemukakan hujjah yang ingin disampaikannya di sini yaitu menggabungkan antara berkumur dengan ber-istinsyaq sebanyak tiga kali dengan sekali cedok tangan dan tiga kali dengan tiga cedok tangan. Kedua  hadis ini menunjukkan bahwa dibolehkan meringkaskan hadis dengan cara mengambil bahgian yang hendak dijadikan hujah sesuai dengan topik
pembahasan sebagaimana yang biasa dilakukan oleh al-Bukhari.```

*Fiqh Hadis :*

Menggabungkan antara berkumur dengan ber-istinsyaq sebanyak tiga kali dengan sekali cedok yang memenuhi kedua telapak tangan atau dengan tiga kali cedok air dengan menggabungkan keduanya pada setiap kali cedokan; semua ini telah disebutkan oleh Sunnah dan seseorang dibolehkan memilih mana salah satu yang hendak dikerjakannya.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_
Semoga bermanfaat. Aamiin..

Tidak ada komentar:

Posting Komentar