Rabu, 21 Februari 2018

Kajian Hadits Ikaba 61-70

*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB HAL-HAL YANG MEMBATALKAN WUDHU'*_

*HADITS KE-61 :*

*عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رضي الله عنه قَالَ: ( كَانَ أَصْحَابُ رَسُولِ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم -عَلَى عَهْدِهِ- يَنْتَظِرُونَ اَلْعِشَاءَ حَتَّى تَخْفِقَ رُؤُوسُهُمْ ثُمَّ يُصَلُّونَ وَلَا يَتَوَضَّئُونَ )  أَخْرَجَهُ أَبُو دَاوُدَ وَصَحَّحَهُ اَلدَّارَقُطْنِيّ ُ وَأَصْلُهُ فِي مُسْلِم*

Anas Ibnu Malik Radliyallaahu 'anhu berkata:  *pernah para shahabat Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam pada jamannya menunggu waktu isya' sampai kepala mereka terangguk-angguk (karena kantuk) kemudian mereka shalat dan tidak berwudlu* Dikeluarkan oleh Abu Dawud shahih menurut Daruquthni dan berasal dari riwayat Muslim

*Makna Hadis :*

```Pada masa Rasulullah (s.a.w) para sahabat selalu menunggu tibanya waktu solat Isyak sesudah solat Magrib dengan tujuan mereka dapat mengerjakannya secara berjamaah bersama Rasulullah (s.a.w). Rasulullah (s.a.w) sering kali terlambat keluar dari rumahnya untuk menemui mereka hingga mereka terlelap oleh rasa
mengantuk dan tertidur karena pada siang harinya mereka amat lelah bekerja. Kepala mereka kelihatan menunduk kerana tertidur. Apabila Rasulullah (s.a.w) keluar dari rumahnya untuk mengerjakan solat Isyak bersama mereka, mereka terus mengerjakan sholat di belakangnya tanpa mengambil air wuduk lagi, sebab mereka tidur dalam keadaan mutamakkin (duduk dengan tetap).```

*Fiqh Hadis :*

Seseorang yang tidur dalam keadaan duduk tetap tidak membatalkan wudhu. Pingsan, gila dan mabuk membatalkan wuduk kerana ia disamakan dengan tidur yang bukan dalam keadaan tetap dimana kesadaran akal tidak berfungsi pada saat itu.

Ulama berselisih pendapat mengenai batalnya wudhu disebabkan tidur. Imam Malik melihat kepada faktor tidur itu sendiri. Untuk itu, beliau berkata: “Jika
seseorang tidur lelap hingga tidak merasa apa-apa yang terjadi di hadapannya, maka wuduknya batal. Tetapi jika seseorang tidur tidak lelap, maka ia tidak membatalkan wuduk.”

Imam al-Syafi'i melihat kepada keadaan orang yang sedang tidur. Untuk itu, beliau berkata: “Jika seseorang tidur dengan cara memantapkan
duduknya di atas lantai, maka wuduknya tidak batal. Jika tidak, maka wuduknya batal.”

Imam Abu Hanifah berkata: “Jika seseorang tertidur dalam salah satu keadaan shalat, seperti tidur ketika berdiri atau duduk atau sedang sujud, maka wuduknya tidak batal. Jika tidak, maka wuduknya batal.”

Imam Ahmad berkata: “Jika seseorang tidur dalam keadaan duduk atau berdiri, maka wuduknya tidak batal.
Jika tidak, maka wuduknya batal.”
Perbedaan pendapat ulama dalam masalah ini adalah disebabkan wujudnya perbedaan nash hadits mengenai hal itu.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_
Semoga bermanfaat. Aamiin..
[14/2 12:03 AM] Musthofa AB: *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB HAL-HAL YANG MEMBATALKAN WUDHU'*_

*HADITS KE-62 :*

*عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ: ( جَاءَتْ فَاطِمَةُ بِنْتُ أَبِي حُبَيْشٍ إِلَى اَلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَتْ: يَا رَسُولَ اَللَّهِ! إِنِّي اِمْرَأَةٌ أُسْتَحَاضُ فَلَا أَطْهُرُ أَفَأَدَعُ اَلصَّلَاةَ؟ قَالَ: لَا إِنَّمَا ذَلِكَ عِرْقٌ وَلَيْسَ بِحَيْضٍ فَإِذَا أَقْبَلَتْ حَيْضَتُكِ فَدَعِي اَلصَّلَاةَ وَإِذَا أَدْبَرَتْ فَاغْسِلِي عَنْكِ اَلدَّمَ ثُمَّ صَلِّي  )  مُتَّفَقٌ عَلَيْه*
ْ
*وللبخاري : ( ثُمَّ تَوَضَّئِي لِكُلِّ صَلَاةٍ ) وَأَشَارَ مُسْلِمٌ إِلَى أَنَّهُ حَذَفَهَا عَمْدً ا*

'Aisyah Radliyallaahu 'anhu berkata: Fathimah binti Abu Hubaisy datang ke hadapan Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam seraya berkata:  *Wahai Rasulullah sungguh aku ini perempuan yang selalu keluar darah (istihadlah) dan tidak pernah suci bolehkah aku meninggalkan shalat؟ Rasul menjawab: "Tidak boleh itu hanya penyakit dan bukan darah haid Apabila haidmu datang tinggalkanlah shalat dan apabila ia berhenti maka bersihkanlah dirimu dari darah itu (mandi) lalu shalatlah"* Muttafaq Alaihi

Menurut Riwayat Bukhari:  *"Kemudian berwudlu'lah pada setiap kali hendak shalat"* Imam Muslim memberikan isyarat bahwa kalimat tersebut sengaja dibuang oleh Bukhari

*Makna Hadis :*

```Rasulullah (s.a.w) sering kali duduk bersama para sahabatnya berbincang-bincang dengan mereka pada waktu malam hari dan menjawab pertanyaan mereka. Seorang sahabat wanita bernama Fatimah binti Abu Hubaisy bertanya kepada Nabi (s.a.w)
dan menjawab pertanyaannya dan memutuskan suatu hukum yang mesti dijadikan pegangan. Nabi (s.a.w) menerangkan kepadanya perbedaan antara darah istihadhah dengan darah haid dan memberinya jalan keluar.

Dalam jawapannya, Rasulullah (s.a.w) memfatwakan kepada Fatimah binti
Abu Hubaisy supaya tidak meninggalkan solat, sekalipun darah istihadhah itu masih terus mengalir. Baginda menyuruh untuk menunggu datangnya masa haid.
Jika masa haid telah datang, dia hendaklah meninggalkan solat. Tetapi apabila masa haid telah berakhir, hendaklah dia mencuci darahnya, lalu mandi junub.

Dalam masalah ini dapat dibedakan permulaan dan akhir masa haid melalui tanda-tanda yang hanya diketahui oleh kaum wanita.```

*Fiqh Hadis :*

1. Wanita diperbolehkan bertanya secara langsung dan berbicara berhadapan dengan lelaki lain tentang masalah yang menyangkut perihal kaum wanita.

2. Diperbolehkan mendengar suara wanita jika ada keperluan.

3. Darah istihadhah merupakan salah satu hadas yang membatalkan wuduk.
Seorang wanita yang ber-istihadhah wajib berwuduk setiap kali hendak
mengerjakan shalat menurut pendapat Imam Ahmad dan Imam al-Syafi'i.
Menurut Imam Maliki pula disunatkan berwuduk setiap kali hendak
mengerjakan solat. Sedangkan menurut mazhab Hanafi pula dia diwajibkan
berwuduk setiap waktu.

4. Darah haid itu najis dan begitu pula dengan darah istihadhah.

5. Najis mesti dihilangkan dari tubuh, pakaian dan tempat.

6. Wanita yang sedang berhaid tidak boleh (haram) mengerjakan shalat.

7. Wanita yang ber-istihadhah tidak boleh meninggalkan shalat.

8. Diperbolehkan bersetubuh dengan isteri yang ber-istihadhah.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_
Semoga bermanfaat. Aamiin..
[14/2 11:02 PM] Musthofa AB: *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB HAL-HAL YANG MEMBATALKAN WUDHU'*_

*HADITS KE-63 :*

*عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ رضي الله عنه قَالَ: ( كُنْتُ رَجُلاً مَذَّاءً فَأَمَرْتُ اَلْمِقْدَادَ بْنَ اَلْأَسْوَدِ أَنْ يَسْأَلَ اَلنَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم فَسَأَلَهُ ؟ فَقَالَ: فِيهِ اَلْوُضُوءُ )   مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ وَاللَّفْظُ لِلْبُخَارِيّ ِ*

Ali Ibnu Abu Thalib Radliyallaahu 'anhu berkata:  *Aku adalah seorang laki-laki yang sering mengeluarkan madzi maka aku suruh Miqdad untuk menanyakan hal itu pada Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam dan bertanyalah ia pada beliau Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam menjawab: "Dalam masalah itu wajib berwudlu"* Muttafaq Alaihi lafadznya menurut riwayat Bukhari

*Makna Hadis :*

```Bersopan santun kepada mertua merupakan perbuatan terpuji dan dituntut di sisi agama. Hadis ini menceritakan menantu Nabi (s.a.w) yang dikalahkan oleh perasaan malunya untuk bertanya tentang masalah agama. Untuk itu, dia menyurah al-Miqdad menanyakan masalah yang dialaminya kepada Rasulullah (s.a.w) supaya baginda menetapkan hukum syariat mengenainya. Baginda
menjawabnya di hadapan sekumpulan manusia, termasuk pula 'Ali (r.a) sendiri.

Baginda menetapkan bahwa madzi merupakan salah satu hadats yang boleh membatalkan wuduk, tetapi tidak mewajibkan mandi junub.```

*Fiqh Hadis :*

1. Boleh menyuruh orang lain untuk meminta fatwa.

2. Bergaul dengan baik dengan sesama kaum kerabat.

3. Bersopan santun dan mengamalkan tradisi yang baik dengan tidak menanya-kan secara langsung perkara-perkara yang dianggap memalukan menurut adat kebiasaan.

4. Menggabungkan antara maslahat bersifat malu (sopan santun) dan tidak
bersikap tidak senonoh untuk mengetahui suatu hukum.

5. Keluarnya madzi menyebabkan batalnya wuduk, tetapi tidak mewajibkan mandi wajib.

6. Menegaskan bahwa madzi adalah najis dan wajib mencuci dzakar darinya sebagaimana yang ditegaskan oleh riwayat lain yang mengatakan :
“Berwuduklah dan cucilah zakarmu!” Hadits ini menurut lafadz al-Bukhari.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_
Semoga bermanfaat. Aamiin..
[16/2 1:11 AM] Musthofa AB: *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB HAL-HAL YANG MEMBATALKAN WUDHU'*_

*HADITS KE-64 :*

*وَعَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهَا; ( أَنَّ اَلنَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَبَّلَ بَعْضَ نِسَائِهِ ثُمَّ خَرَجَ إِلَى اَلصَّلَاةِ وَلَمْ يَتَوَضَّأْ )  أَخْرَجَهُ أَحْمَدُ وَضَعَّفَهُ اَلْبُخَارِيّ*

Dari 'Aisyah Radliyallaahu 'anhu bahwa *Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam mencium sebagian istrinya kemudian keluar menunaikan shalat tanpa berwudlu dahulu* Diriwayatkan oleh Ahmad dan dinilai lemah oleh Bukhari

*Makna Hadis :*

```Nabi kita adalah penutup para nabi dan para rasul dan oleh kerananya, tidak ada syariat lagi dan tidak ada pula wahyu yang diturunkan sesudahanya, meskipun berbagai peristiwa dan keadaan terus berkembang pesat seiring dengan tuntutan
zaman dan perubahan-perubahannya.

Maka hikmah Allah telah menetapkan sebagai rahmat bagi umat ini untuk membuka bagi para ulamanya medan yang luas untuk berijtihad, supaya mereka berlomba dalam bidang penelitian dan kajian.
Antara masalah tersebut ialah mengenai orang yang mempunyai wuduk, lalu menyentuh wanita yang bukan muhrimnya tanpa penghalang.

Ada di antara para
ulama yang mengatakan tidak batal wuduknya secara mutlak. Hujahnya ialah berlandaskan hadis di atas yang menyatakan bahwa Nabi (s.a.w) telah mencium salah seorang isterinya, lalu baginda terus keluar untuk mengerjakan solat tanpa perlu lagi berwuduk. Kumpulan ini memahami maksud perkataan al-lams dalam
firman-Nya: “...atau kamu telah menyentuh perempuan...” (Surah al-Nisa: 43) dengan maksud “bersetubuh”, bukan hanya sekadar menyentuh.
Ada pula diantara mereka yang berpendapat bahwa menyentuh perempuan bukan muhrim membatalkan wuduk secara mutlak karana berlandaskan kepada
makna zahir ayat di atas dan memahami hadis itu sebagai keistimewaan bagi Nabi (s.a.w), bukan untuk orang yang lain.
Ada pula di antara mereka yang mengambil jalan tengah. Untuk itu, mereka menetapkan bahwa wuduk batal apabila sentuhan itu dilakukan dengan disertai nafsu birahi. Jika tidak disertai nafsu birahi, maka ia tidak membatalkan wudu. Pendapat ini merupakan usaha menggabungkan dalil yang sama2 ada sebagaimana
yang akan dijelaskan berikut dalam bagian fiqih hadits.```

*Fiqh Hadis :*

1. Menyentuh wanita dan menciumnya tidak membatalkan wuduk menurut
pendapat Imam Abu Hanifah. Yang mana Imam al-Syafi'i juga berkata:
“Menyentuh wanita lain bukan muhrim tanpa penghalang membatalkan wuduk.” Menurut Imam Ahmad dan Imam Malik, menyentuh wanita bukan muhrim disertai dengan nafsu membatalkan wuduk.

2. Berciuman merupakan termasuk bersentuhan dan ia membatalkan wuduk apabila disertai dengan nafsu menurut Imam Ahmad dan Imam Malik. Menurut Imam Abu Hanifah tidak membatalkan wuduk. Sedangkan menurut mazhab al-Syafi'i, ia membatalkan wuduk apabila dilakukan tanpa penghalang.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_
Semoga bermanfaat. Aamiin..
[17/2 12:38 AM] Musthofa AB: *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB HAL-HAL YANG MEMBATALKAN WUDHU'*_

*HADITS KE-65 :*

*عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم (  إِذَا وَجَدَ أَحَدُكُمْ فِي بَطْنِهِ شَيْئًا فَأَشْكَلَ عَلَيْهِ: أَخَرَجَ مِنْهُ شَيْءٌ أَمْ لَا؟فَلَا يَخْرُجَنَّ مِنْ اَلْمَسْجِدِ حَتَّى  يَسْمَعَ صَوْتًا أَوْ يَجِدَ رِيحًا  )  أَخْرَجَهُ مُسْلِم*

Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu berkata bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda:  *"Apabila seseorang di antara kamu merasakan sesuatu dalam perutnya kemudian dia ragu-ragu apakah dia mengeluarkan sesuatu (kentut) atau tidak maka janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid kecuali ia mendengar suara atau mencium baunya"* Dikeluarkan oleh Muslim

*Makna Hadis :*

```Keraguan tidak memberikan suatu pengaruh dalam hukum Islam. Yang penting adalah keyakinan yang berlandaskan indera pendengaran dan penciuman.

Disini lahir satu kaedah penting dalam Islam yang ditampilkan oleh hadis ini.
Kaedah penting tersebut adalah berpegang kepada hukum asal, mengabaikan keraguan dan menetapkan sesuatu berlandaskan hukum asalnya. Di dalam kaedah
ini terdapat kemurahan agama Islam dan nampak kelihatan hikmah yang luar biasa. Seandainya segala sesuatu ditentukan dengan prasangka, nescaya semua keadaan akan pincang dan akibatnya menjadi buruk.```

*Fiqh Hadis :*

1. Didalam hadis ini terdapat etika atau sopan santun dalam mengungkapkan
sesuatu, yaitu tidak menyebutkan secara langsung nama suatu benda yang dianggap menjijikkan melainkan kerana darurat.

2. Kentut membatalkan wuduk.

3. Hukum asal segala sesuatu adalah berdasarkan keadaan asalnya selagi tidak diyakini ada sesuatu yang bertentangan dengannya. Dengan arti kata lain, jika asalnya suci, maka tetap dianggap suci. Tetapi jika telah diyakini ada bau kentut atau suara yang keluar dari dalam perut, maka wuduk menjadi batal dan tidak suci lagi.

4. Suci tidak dapat dihilangkan dengan sekadar adanya prasangka, sebaliknya
mesti diketahui terlebih dahulu faktor yang menyebabkannya tidak lagi suci.
Hadis ini merupakan landasan bagi kaedah fiqh yang mengatakan :
اليقين لا يزال بالشك
“Perkara yang diyakini tidak dapat dihilangkan dengan adanya
keraguan).

5. Cara mengobati waswas adalah dengan mengabaikannya dan tidak
menghiraukan perkara yang diragukan itu.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_
Semoga bermanfaat. Aamiin..
[18/2 4:43 AM] Musthofa AB: *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB HAL-HAL YANG MEMBATALKAN WUDHU'*_

*HADITS KE-66 :*

*وَعَنْ طَلْقِ بْنِ عَلِيٍّ رضي الله عنه قَالَ: ( قَالَ رَجُلٌ: مَسَسْتُ ذَكَرِي أَوْ قَالَ اَلرَّجُلُ يَمَسُّ ذَكَرَهُ فِي اَلصَّلَاةِ أَعَلَيْهِ وُضُوءٍ ؟ فَقَالَ اَلنَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم "لَا  إِنَّمَا هُوَ بَضْعَةٌ مِنْكَ )  أَخْرَجَهُ اَلْخَمْسَةُ وَصَحَّحَهُ اِبْنُ حِبَّان  وَقَالَ اِبْنُ اَلْمَدِينِيِّ: هُوَ أَحْسَنُ مِنْ حَدِيثِ بُسْرَةَ*

Thalq Ibnu Ali Radliyallaahu 'anhu berkata: *Seorang laki-laki berkata: saya menyentuh kemaluanku atau ia berkata: seseorang laki-laki menyentuh kemaluannya pada waktu shalat apakah ia wajib berwudlu؟ Nabi menjawab: "Tidak karena ia hanya sepotong daging dari tubuhmu"* Dikeluarkan oleh Imam Lima dan shahih menurut Ibnu Hibban Ibnul Madiny berkata: Hadits ini lebih baik daripada hadits Busrah

*Makna Hadis :*

```Oleh kerana shalat adalah munajat di hadapan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Raja, maka syariat mensyaratkan orang yang bershalat berada dalam keadaan suci supaya dia dibenarkan untuk melakukan munajat yang mulia itu. Oleh kerana menyentuh aurat bisa membangkitkan syahwat dan perbuatan ini bisa mengakibatkan keluarnya najis, maka perbuatan ini pada permulaan kedatangan Islam tidak dianggap membatalkan wuduk sebagai rahmat kepada umat. Namun
setelah hukum Islam mantap, syariat menjadikan masalah menyentuh kemaluan membatalkan wuduk sebagai tindakan berhati-hati. Akan tetapi ada sebagian ulama yang berpendapat bahwa itu tidak membatalkan wuduk secara mutlak berlandaskan kepada hadis Thaliq dan berpegang kepada hukum asalnya.```

*Fiqh Hadits :*

Memegang atau menyentuh kemaluan tanpa berlapis tidak membatalkan wuduk. Inilah pendapat mazhab Imam Abu Hanifah.

Imam Ahmad, Imam Malik dan Imam al-Syafi'i berkata: “Jika memegang atau menyentuh kemaluan dilakukan dengan bagian dalam telapak tangan atau dengan ujung jari-jemari tanpa memakai penghalang, maka itu membatalkan wuduk. Tetapi jika menyentuh atau memegangnya dilakukan dengan bagian luar telapak tangan, maka itu tidak membatalkan wuduk.” Mereka menjawab hadis ini baawa hadis ini telah di-mansukh oleh hadis Busrah yang akan disebut oleh Ibn Hajar penulis kitab Bulugh
al-Maram berikut ini (Hadits ke : 67) guna memastikan hadis Busrah telah me-mansukh-kan hadis Thaliq.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_
Semoga bermanfaat. Aamiin..
[18/2 10:43 PM] Musthofa AB: *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB HAL-HAL YANG MEMBATALKAN WUDHU'*_

*HADITS KE-67 :*

*عَنْ بُسْرَةَ بِنْتِ صَفْوَانَ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهَا ( أَنَّ رَسُولَ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ: مَنْ مَسَّ ذَكَرَهُ فَلْيَتَوَضَّأْ )  أَخْرَجَهُ اَلْخَمْسَةُ وَصَحَّحَهُ اَلتِّرْمِذِيُّ وَابْنُ حِبَّان َ وَقَالَ اَلْبُخَارِيُّ هُوَ أَصَحُّ شَيْءٍ فِي هَذَا اَلْبَابِ*

Dari Busrah binti Shofwan Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: *"Barangsiapa menyentuh kemaluannya maka hendaklah ia berwudlu"* Dikeluarkan oleh Imam Lima dan hadits shahih menurut Tirmidzi dan Ibnu Hibban Imam Bukhari menyatakan bahwa ia adalah hadits yang paling shahih dalam bab ini.

*Makna Hadis :*

```Berhati-hati dalam agama merupakan sikap yang mesti diamalkan untuk
menjaga aqidah dan menjaga ibadah supaya tidak bercampur dengan unsur-unsur yang boleh membatalkannya.

Oleh itu, syariat melarang memegang kemaluan supaya dengan demikian nafsu seseorang tidak bergelora dan mencegah dirinya dari tersentuh kotoran.```

*Fiqh Hadis :*

Menyentuh kemaluan tanpa penghalang dengan bagian dalam telapak tangan
atau dengan ujung jari-jemari membatalkan wuduk. Inilah mazhab Imam al-Syafi'i, Imam Ahmad dan Imam Malik.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
[20/2 12:35 AM] Musthofa AB: *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB HAL-HAL YANG MEMBATALKAN WUDHU'*_

*HADITS KE-68 :*

*عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهَا; أَنَّ رَسُولَ اَللَّهِ صَلَّى عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: (  مَنْ أَصَابَهُ قَيْءٌ أَوْ رُعَافٌ أَوْ قَلَسٌ أَوْ مَذْيٌ فَلْيَنْصَرِفْ فَلْيَتَوَضَّأْ ثُمَّ  لِيَبْنِ عَلَى صَلَاتِهِ وَهُوَ فِي ذَلِكَ لَا يَتَكَلَّمُ )  أَخْرَجَهُ اِبْنُ مَاجَ ه وَضَعَّفَهُ أَحْمَدُ وَغَيْرُهُ*

Dari 'Aisyah Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah saw bersabda: *"Barangsiapa yang muntah atau mengeluarkan darah dari hidung (mimisan) atau mengeluarkan dahak atau mengeluarkan madzi maka hendaklah ia berwudlu lalu meneruskan sisa shalatnya namun selama itu ia tidak berbicara"* Diriwayatkan oleh Ibnu Majah namun dianggap lemah oleh Ahmad dan lain-lain

*Makna Hadis :*

```Aisyah (r.a) menceritakan yang Rasulullah (s.a.w) pernah memberitahu barang siapa yang muntah besar, keluar darah dari hidung, muntah kecil atau keluar air madzi ketika sedang mengerjakan solat, maka hendaklah orang itu mengambil lagi air wuduk.

Apa yang dinyatakan oleh hadis ini bahwa seseorang diperbolehkan meneruskan solat sesudah keluar meninggalkan tempat
solat dan mengulangi wuduk tanpa berbicara masih menjadi perdebatan di
kalangan ulama.

Imam Malik dan Imam Abu Hanifah mengatakan bahwa seseorang mesti melanjutkan solatnya dan solatnya tidak batal tetapi dengan syarat orang itu tidak mengerjakan perkara-perkara yang membatalkan solat seperti mana yang telah ditegaskan oleh hadis menerusi sabdanya: “Tidak berbicara.”

Imam Syafi'i di dalam pendapatnya yang terakhir dan Imam Ahmad mengatakan bahwa hadas tetap membatalkan solat kerana berlandaskan kepada hadis Thaliq ibn 'Ali berikut ini :
اذا فسا أحدكم في الصلاة فلينصرف وليتوضاء وليعد الصلاة
“Jika seseorang di antara kamu kentut ketika sedang bersolat, maka hendaklah dia keluar meninggalkan solatnya dan berwuduk, lalu mengulangi semula solatnya.”```

*Fiqh Hadis :*

*Pertama*, wuduk menjadi batal kerana muntah besar, muntah kecil yang keluar dari mulut, keluar darah dari hidung dan mengeluarkan madzi dari kemaluan.

Ulama berselisih pendapat dalam masalah ini :

Mazhab al-Syafi'i dan mazhab Maliki berpendapat bahwa muntah besar dan muntah kecil tidak membatalkan wuduk. Mazhab Hanafi juga mengatakan bahwa muntah baik besar
maupun kecil jika memenuhi mulut membatalkan wuduk, sedangkan jika tidak memenuhi mulut tidak membatalkan wuduk. Manakala Imam Ahmad pula membedakan antara muntah besar dengan muntah kecil. Sehubungan itu, beliau berkata: “Mengeluarkan muntah kecil sama sekali tidak membatalkan wuduk dan
begitu pula muntah yang sedikit. Tetapi jika muntah itu banyak, maka ia
membatalkan wuduk.”

Darah yang keluar dari badan secara mutlak menurut Imam Ahmad
membatalkan wuduk. Imam Abu Hanifah pula mengatakan bahwa ia turut membatalkan wuduk dengan syarat darah itu mengalir. Mazhab Maliki mengatakan bahwa keluarnya darah dari tubuh tidak membatalkan wuduk.

Begitu pula jika ia keluar dari qubul dan dubur dengan syarat tidak bercampur
dengan air kencing dan kotoran.
Imam al-Syafi'i membedakan mana darah yang membatalkan wuduk dan
sebaliknya. Sehubungan itu, beliau berkata: “Darah yang keluar bukan dari
qubul dan dubur tidak membatalkan wuduk. Namun jika darah keluar dari qubul dan dubur, maka ia membatalkan wuduk.”

Jumhur ulama telah bersepakat
bahwa wuduk menjadi batal jika seseorang mengeluarkan madzi.

*Kedua*, solat menjadi batal kerana berhadas dengan sengaja menurut pendapat jumhur ulama. Imam Malik dan Imam Abu Hanifah berpendapat bahwa jika hadas terpaksa dikeluarkan dan tidak sengaja mengeluarkannya, maka solatnya tidak batal dengan syarat seseorang itu tidak melakukan perbuatan yang membatalkan solatnya, kerena berdasarkan sabda Rasulullah (s.a.w): “Janganlah
dia berbicara.” Imam Syafi‟i dan Imam Ahmad berpendapat bahwa hadas
mewajibkan solat diulangi lagi. Pendapat ini berlandaskan kepada hadis yang mengatakan:
اذا فسا أحدكم في الصلاة فلينصرف وليتوضاء وليعد الصلاة
“Jika seseorang di antara kamu kentut ketika sedang bersolat, maka hendaklah dia keluar meninggalkan solatnya dan berwuduk, lalu mengulangi semula solatnya.”

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
[20/2 11:34 PM] Musthofa AB: *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB HAL-HAL YANG MEMBATALKAN WUDHU'*_

*HADITS KE-69 :*

*عَنْ جَابِرِ بْنِ سَمُرَةَ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهُمَا; ( أَنَّ رَجُلاً سَأَلَ اَلنَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم أَتَوَضَّأُ مِنْ لُحُومِ اَلْغَنَمِ؟ قَالَ: إِنْ شِئْتَ قَالَ: أَتَوَضَّأُ مِنْ لُحُومِ  اَلْإِبِلِ  ؟ قَالَ: نَعَمْ )  أَخْرَجَهُ مُسْلِم*

Dari Jabir Ibnu Samurah Radliyallaahu 'anhu *bahwa seorang laki-laki bertanya kepada Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam : Apakah aku harus berwudlu setelah makan daging kambing؟ Beliau menjawab: "Jika engkau mau" Orang itu bertanya lagi: Apakah aku harus berwudlu setelah memakan daging unta؟ Beliau menjawab: "Ya"* Diriwayatkan oleh Muslim

*Makna Hadis :*

```Daging unta mempunyai bau yang kuat sedangkan solat merupakan munajat
kepada Allah yang memerlukan kesucian diri. Oleh itu, syariat mewajibkan wuduk bagi seseorang yang telah makan daging unta. Lain halnya dengan daging kambing, ia tidak mengandungi lemak yang berbau sebagaimana yang ada pada
daging unta.

Setelah hukum Islam ditetapkan dan asas-asas kebersihan dalam Islam telah dikukuhkan, maka syariat memansukh berwuduk kerana memakan makanan yang dimasak dengan panasnya api. Inilah yang menjadi pegangan kebanyakan ulama meskipun ada di antara mereka yang masih tetap mewajibkan wuduk kerana
memakan daging unta secara khusus kerana mengamalkan dalil yang khusus ini pula.```

*Fiqh Hadis :*

1. Wuduk tidak batal kerana memakan daging kambing.

2. Wuduk menjadi batal kerana memakan daging unta. Inilah yang menjadi pegangan Imam Ahmad. Namun jumhur ulama mengatakan tidak batal wuduk seseorang yang memakan daging unta dan mereka menyanggah pendapat Imam Ahmad bahwa hadis ini telah dimansukh, sedangkan pengertian
“wuduk di atas wuduk” dalam hadis ini diartikan sebagai wuduk mengikut
istilah bahasa, yaitu berkumur-kumur untuk menghilangkan bau lemaknya.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
[22/2 12:08 AM] Musthofa AB: *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB HAL-HAL YANG MEMBATALKAN WUDHU'*_

*HADITS KE-70 :*

*عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ( مَنْ غَسَّلَ مَيْتًا فَلْيَغْتَسِلْ وَمَنْ حَمَلَهُ فَلْيَتَوَضَّأْ )  أَخْرَجَهُ أَحْمَدُ وَالنَّسَائِيُّ وَاَلتِّرْمِذِيُّ وَحَسَّنَه وَقَالَ أَحْمَدُ لَا يَصِحُّ فِي هَذَا اَلْبَابِ شَيْءٌ*

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: *"Barangsiapa yang memandikan mayyit hendaknya ia mandi dan barangsiapa yang membawanya hendaknya ia berwudlu"* Dikeluarkan oleh Ahmad Nasa'i dan Tirmidzi Tirmidzi menyatakan hadits ini hasan sedang Ahmad berkata: tak ada sesuatu yang shahih dalam bab ini.

*Makna Hadis :*

```Oleh kerana jenazah sebelum diapa-apakan diyakini terkena kotoran atau
najis yang keluar dari tubuhnya, maka syariat Islam memerintahkan orang
yang memandikannya supaya mandi sebagai langkah berhati-hati dan untuk
membersihkan diri. Orang yang mengusung jenazah diperintahkan pula untuk berwuduk ada kemungkinan anjuran ini ditujukan kepada orang yang tubuhnya bersentuhan secara langsung dengan tubuh mayat ketika mengusungnya. Ada kemungkinan pula maksud wuduk di sini ialah makna wuduk menurut bahasa yaitu membasuh tangan. Ada pula kemungkinan lain bahwa anjuran ini bersifat ta'abbud kerana tidak ada seorang pun ulama yang menganjurkan berwuduk bagi orang yang mengusung jenazah.```

*Fiqh Hadis :*

1. Disunatkan mandi setelah memandikan jenazah.

2. Disunatkan berwuduk setelah mengusung jenazah.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..

Tidak ada komentar:

Posting Komentar