Minggu, 29 April 2018

Kajian Hadits Ikaba 121-127

*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB HAID*_

*HADITS KE 121 :*

*وَعَنْ أَنَسٍ رضي الله عنه ( أَنَّ اَلْيَهُودَ كَانُوا إِذَا حَاضَتْ اَلْمَرْأَةُ لَمْ يُؤَاكِلُوهَا فَقَالَ اَلنَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم اِصْنَعُوا كُلَّ شَيْءٍ إِلَّا اَلنِّكَاحَ )  رَوَاهُ مُسْلِم*

Dari Anas Radliyallaahu 'anhu *bahwa orang yahudi jika ada seorang perempuan di antara mereka yang haid mereka tidak mengajaknya makan bersama. Maka Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: Kerjakanlah segala sesuatu kecuali bersetubuh.* Diriwayatkan oleh Muslim.

*MAKNA HADITS :*

```Allah menjadikan umat ini sebagai umat yang pertengahan dan agamanya pula merupakan semulia-mulianya agama. Oleh sebab itu, ia telah membolehkan bergaul dengan isteri yang sedang berhaid baik ketika makan, minum maupun tidur, tetapi dilarang bersetubuh dan bersenang-senang di antara pusar dengan lutut
sebagai langkah berjaga-jaga.

Ketentuan ini merupakan hukum yang adil dan pertengahan. Adapun orang Nasrani membolehkan untuk melakukan segala sesuatu ke atas isteri yang sedang haid termasuklah menyetubuhinya. Orang Yahudi pula menyiksa isteri mereka dengan cara mengasingkan mereka dalam segala keadaan. Lalu datanglah Islam sebagai agama yang adil dan pertengahan antara terlalu bebas dengan terlalu terkekang. Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.```

*FIQH HADITS :*

1. Haram menyetubuhi isteri yang sedang haid.

2. Boleh bersenang-senang dengan isteri yang haid selain bersetubuh serta pada kawasan sekitar pusar dan lutut tanpa penghalang. Lain halnya dengan Imam Ahmad di mana beliau bersenang-senang dengan isteri secara mutlak selagi
tidak bersetubuh.

3. Agama Islam adalah agama yang mudah lagi hanif (sentiasa membelas kebenaran).

4. Makruh menceritakan kepada orang muslim tentang perkara-perkara yang tidak disukainya atau yang membuatnya marah.

5. Disyariatkan marah kepada orang yang melakukan perkara-perkara yang tidak patut.

6. Tidak dibenarkan membuat musuh marah dengan perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat.

7. Disyariatkan menerima hadiah dan disunatkan menyisihkan sebagiannya untuk orang lain.

8. Seorang muslim tidak patut secara berterusan marah kepada muslim yang lain.

9. Dianjurkan berdiam apabila seseorang melihat orang yang menjadi panutannya marah.

10. Disyariatkan bersikap lemah lembut dan menjalin hubungan yang baik sesudah
marah.

11. Dianjurkan menyalahi orang Yahudi dalam memperlakukan wanita yang sedang haid.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
[21/4 8:26 PM] Ⓜ️usthofa AB: *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB HAID*_

*HADITS KE 122 :*

*وَعَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ: ( كَانَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَأْمُرُنِي فَأَتَّزِرُ فَيُبَاشِرُنِي وَأَنَا حَائِضٌ )  مُتَّفَقٌ عَلَيْه*

'Aisyah Radliyallaahu 'anhu berkata: *Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam pernah menyuruh kepadaku mengenakan kain dan aku laksanakan lalu beliau menyentuhkan badannya kepadaku padahal aku sedang haid.* Muttafaq Alaihi.

*MAKNA HADITS :*

```Rasulullah (s.a.w) membolehkan kita bersenang-senang dengan isteri yang sedang berhaid, meskipun ia memiliki ketentuan terhad. Di sini baginda menyuruh
isterinya memakai kain yang menutupi anggota tubuhnya antara pusar dengan lutut, sebab kawatir akan terlanjur melakukan persetubuhan yang diharamkan.```

*FIQH HADITS :*

1. Seorang suami diperbolehkan bersenang-senang dengan isterinya yang sedang haid dengan berbagai cara sekalipun kecuali bersetubuh, tetapi dengan syarat istrinya memakai kain yang menutupi anggota tubuh antara pusat dan lutut hingga ke pahanya. Hal ini untuk menjaga agar tidak sampai terlanjur melakukan persetubuhan yang tidak dibolehkan.

2. Diperbolehkan bersentuhan kulit pada bagian anggota tubuh di atas pusar dan di bawah lutut secara mutlak, baik memakai penghalang ataupun tidak.

3. Tubuh wanita yang haid tetap dianggap bersih.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
[23/4 1:29 PM] Ⓜ️usthofa AB: *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB HAID*_

*HADITS KE 123 :*

*وَعَنِ اِبْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهُمَا عَنِ اَلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم -فِي اَلَّذِي يَأْتِي اِمْرَأَتَهُ وَهِيَ حَائِضٌ- قَالَ: (  يَتَصَدَّقُ بِدِينَارٍ أَوْ نِصْفِ دِينَارٍ )  رَوَاهُ اَلْخَمْسَةُ وَصَحَّحَهُ اَلْحَاكِمُ وَابْنُ اَلْقَطَّانِ وَرَجَّحَ غَيْرَهُمَا وَقْفَه*

Dari Ibnu Abbas Radliyallaahu 'anhu dari Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam *tentang orang yang mencampuri istrinya ketika dia sedang haid. Beliau bersabda: Ia harus bersedakan satu atau setengah dinar.* Riwayat Imam Lima. Shahih menurut Hakim dan Ibnul Qaththan dan mauquf menurut yang lainnya.

*MAKNA HADITS :*

```Dalam kehidupan ini ada ketikanya seseorang dikalahkan oleh hawa nafsu yang melampaui batas hingga akhirnya nafsu itu merosakkan akal sehat dan hati nurani. Dia pun akhirnya melakukan perbuatan yang merbahaya dan tidak mampu mengelakkan diri dari perbuatan dosa. Dia menyetubuhi isterinya ketika sedang haid.

Sebahagian ulama menganjurkan seseorang yang menyetubuhi isterinya ketika sedang haid supaya bersedekah sebanyak satu dinar apabila dia menyetubuhi isterinya pada permulaan masa haid. Hukuman ini dijatuhkan ke
atasnya kerana dia baru saja menjimak isterinya. Oleh itu, perbuatannya itu tidak dapat dimaafkan dan hukumannya pun berat. Lain halnya apabila dia
menyetubuhi isterinya ketika masa haid menjelang berakhir, maka hukumannya diringankan menjadi setengah dinar saja.

Sebahagian ulama yang lain mengatakan bahwa menyetubuhi isteri ketika sedang haid adalah satu dosa yang tidak semestinya bersedekah kerananya dan
kafaratnya ialah sudah memadai dengan beristighfar memohon ampun di atas perbuatan itu.```

*FIQH HADITS :*

Disunatkan bersedekah senilai satu dinar atau setengah dinar bagi orang yang menggauli isterinya ketika sedang haid menurut Imam Al-Syafi'i dan Imam Ahmad.

Sedangkan menurut Imam Malik dan Imam Abu Hanifah tidak
semestinya bersedekah, sebaliknya suami yang menyetubuhi isterinya ketika sedang haid cukup beristighfar memohon ampun kepada Allah.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
[24/4 8:33 PM] Ⓜ️usthofa AB: *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB HAID*_

*HADITS KE 124 :*

*وَعَنْ أَبِي سَعِيدٍ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ( أَلَيْسَ إِذَا حَاضَتْ لَمْ تُصَلِّ وَلَمْ تَصُمْ؟ )  مُتَّفَقٌ  عَلَيْهِ فِي حَدِيث*

Dari Abu Said Al-Khudry bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: *Bukankah wanita itu jika datang haid tidak boleh shalat dan berpuasa.* Muttafaq Alaihi dalam hadits yang panjang.

*MAKNA HADITS :*

```Akal dan fikiran wanita itu lemah. Jika sedang emosi, dia tidak mau mengakui jasa besar yang selama ini diterimanya, berpura-pura melupakan kebaikan malah
kadangkala melupakannya sama sekali. Dia seringkali memendam kejahatan dan menyukai perbuatan jahat. Kesaksiannya adalah separuh kesaksian lelaki dan agamanya pula dianggap kurang yang bermaksud belum sempurna. Syari'at Islam
mengakui kekurangan agama kaum wanita sebagaimana yang dikandung oleh hadits di atas bahwa: “Wanita sering kali tidak sadar terhadap apa yang dikatakannya. Jika engkau mengabaikan permintaannya meskipun itu baru yang pertama kali, dia pasti melupakan semua yang pernah engkau berikan kepadanya sebelum ini berupa kebaikan-kebaikan dan dia mengingkarinya seakan-akan
semua itu tidak pernah wujud. Dia gemar mencaci dan memaki hingga mulutnya berbuih. Dia pandai merayu hati dan menguasai akal melalui kata-katanya yang
memukau bagaikan sihir yang manis seperti madu.” Semoga Allah memperbaiki tingkah laku mereka dan menunjukkan jalan yang lurus kepada kita.```

*FIQH HADITS :*

1. Allah memperlihatkan kepada Rasul-Nya apa yang bakal terjadi di akhirat kelak berupa pahala dan siksaan, hingga baginda dapat menceritakannya kepada para sahabatnya. Tujuannya supaya orang yang baik akan bertambah
kebaikannya dan orang jahat segera menghentikan perbuatan jahatnya.

2. Anjuran untuk bersedekah, kerana sedekah dapat menghilangkan kemurkaan
Allah.

3. Membuktikan adanya neraka.

4. Kebanyakan wanita adalah penghuni neraka kerana mereka seringkali mengingkari kebaikan suaminya dan gemar mengeluarkan kata-kata laknat.

5. Dalil yang menunjukkan kurangnya akal wanita, kerana kesaksian mereka dianggap separuh dari kesaksian lelaki. Dengan arti kata lain, untuk
mengimbangi kesaksian seorang lelaki mestilah wujud dua orang wanita.

6. Dalil yang menunjukkan kurangnya agama wanita, kerana wanita tidak boleh bersholat dan berpuasa dalam masa haid dan demikian pula dalam masa nifasnya.

7. Bersuci merupakan syarat bagi sahnya sholat dan puasa.

8. Wanita yang berhaid diwajibkan mengqadha' puasanya, tetapi tidak wajib mengqadha" sholatnya, kerana ada nash yang mewajibkan mereka supaya mengqadha' puasa, sedangkan sholat tidak wajib diqadha' kerana wujud masyaqqah (kesukaran) memandangkan bilangan solat yang mesti diqadha'
terlampau banyak dan bercanggah dengan prinsip agama itu mudah.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
[25/4 10:13 PM] Ⓜ️usthofa AB: *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB HAID*_

*HADITS KE 125 :*

*وَعَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ: ( لَمَّا جِئْنَا سَرِفَ حِضْتُ فَقَالَ اَلنَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم اِفْعَلِي مَا يَفْعَلُ اَلْحَاجُّ غَيْرَ أَنْ لَا تَطُوفِي بِالْبَيْتِ حَتَّى تَطْهُرِي )  مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ فِي حَدِيث*

'Aisyah Radliyallaahu 'anhu berkata: *Ketika kami telah tiba di desa Sarif (terletak di antara Mekah dan Madinah) aku datang bulan. Maka Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: Lakukanlah apa yang dilakukan oleh orang haji namun engkau jangan berthawaf di Baitullah sampai engkau suci.* Muttafaq Alaihi dalam hadits yang panjang.

*MAKNA HADITS :*

```Nabi (s.a.w) menetapkan cara penyelesaian bagi permasalahan yang dialami oleh kaum wanita ketika melakukan ibadah haji. Oleh sebab itu, baginda menjelaskan wanita yang sedang haid dan nifas dinyatakan sah melakukan semua amal ibadah haji atau umrah kecuali bertawaf di Baitullah, kerana syarat bertawaf adalah suci. Jika seorang wanita telah bersuci dari haid atau nifas, maka ketika itu dia baru dibolehkan memasuki Masjid al-Haram untuk kemudian bertawaf.

Ini merupakan salah satu rahmat bagi kaum wanita dan merupakan salah satu kemudahan agama Islam sekaligus menjelaskan keutamaan tawaf, dimana
seorang wanita turut disyaratkan mematuhi syarat ketika hendak mengerjakan sholat, yaitu bersuci dan menutup aurat.```

*FIQH HADITS :*

1. Wanita yang sedang haid dilarang tawaf sebelum bersuci dari haid, kerana suci merupakan salah satu syarat bagi sahnya tawaf.

2. Wanita yang haid diperbolehkan melakukan semua manasik haji yang lain kerana manasik haji itu tidak bergantung kepada keadaan suci sebagaimana tawaf dan sholat.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
[27/4 5:08 PM] Ⓜ️usthofa AB: *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB HAID*_

*HADITS KE 126 :*

*وَعَنْ مُعَاذٍ رضي الله عنه ( أَنَّهُ سَأَلَ اَلنَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم مَا يَحِلُّ لِلرَّجُلِ مِنِ اِمْرَأَتِهِ وَهِيَ حَائِضٌ؟ قَالَ: مَا فَوْقَ اَلْإِزَارِ )  رَوَاهُ أَبُو دَاوُدَ وَضَعَّفَه*

Dari Muadz Ibnu Jabal Radliyallaahu 'anhu *bahwa dia bertanya kepada Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam tentang apa yang dihalalkan bagi seorang laki-laki terhadap istrinya yang sedang haid. Beliau menjawab: Apa yang ada di atas kain.* Diriwayatkan dan dianggap lemah oleh Abu Dawud.

*MAKNA HADITS :*

```Membendung semua kemungkinan yang dapat menimbulkan bahaya (sadd al-
dzari'ah) merupakan salah satu prinsip syariat yang agung. Islam amat mengambil berat masalah ini, kerana mengabaikan sarana atau washilah boleh mengakibatkan
ketidakseimbangan dalam menempuh tujuan.

Di dalam satu hadis disebutkan:
فمن حام حول الحمى يوشم أن يقع فيه
“Barang siapa yang berkeliling di sekitar tempat yang dilarang, dia dikawatiri akan terjerumus masuk ke dalamnya.”

Oleh karena itu, Islam hanya membolehkan bersenang-senang dengan isteri yang sedang haid dalam batasan di luar kain dan bukan pada bagian dalamnya. Diantara ulama ada yang menganggapnya sebagai wajib sebagai langkah berjaga-jaga
dan ada pula yang menganggapnya sebagai sunat.```

*FIQH HADITS :*

Diharamkan menggauli anggota tubuh isteri yang ditutup oleh kain, yaitu antara pusar dan lutut. Makna hadis ini membatasi keumuman makna yang terdapat dalam hadis sebelum ini yang mengatakan:
اصنعوا كل شيء الا النكاح
“Lakukanlah segala sesuatu kecuali nikah (bersetubuh).”
Apa yang dibolehkan untuk digauli hanyalah anggota tubuh bagian luaran atau bagian atas kain sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini. Tetapi menurut pendapat Imam Ahmad, menggauli antara pusar dan lutut diperbolehkan, meskipun tanpa penghalang dan ini berlandaskan kepada keumuman makna hadits
di atas tadi, yaitu: “Lakukanlah segala sesuatu kecuali bersetubuh.” Perintah memakai kain menurutnya hanya mengandung makna sunat,
bukannya wajib.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
[29/4 2:33 AM] Ⓜ️usthofa AB: *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB HAID*_

*HADITS KE 127 :*

*وَعَنْ أُمِّ سَلَمَةَ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ: ( كَانَتِ اَلنُّفَسَاءُ تَقْعُدُ فِي عَهْدِ رَسُولِ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم بَعْدَ نِفَاسِهَا أَرْبَعِينَ )  رَوَاهُ اَلْخَمْسَةُ إِلَّا النَّسَائِيَّ وَاللَّفْظُ لِأَبِي دَاوُد*

*وَفِي لَفْظٍ لَهُ ( وَلَمْ يَأْمُرْهَا اَلنَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم بِقَضَاءِ صَلَاةِ اَلنِّفَاسِ )  وَصَحَّحَهُ اَلْحَاكِم*

Ummu Salamah Radliyallaahu 'anhu berkata: *Wanita-wanita yang sedang nifas pada masa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam meninggalkan shalat selama 40 hari semenjak darah nifasnya keluar.* Riwayat Imam Lima kecuali Nasa'i dan lafadznya dari Abu Dawud.

Dalam lafadz lain menurut riwayat Abu Dawud: *Dan Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam tidak menyuruh mereka mengqadla shalat yang mereka tinggalkan saat nifas.* Hadits ini shahih menurut Hakim.

*MAKNA HADITS :*

```Islam memberi keringanan kepada wanita yang nifas dan menyamakannya dengan wanita yang haid, dimana mereka tidak boleh sholat dan puasa. Malah
Islam memanjangkan masa nifas hingga empat puluh hari. Ia wajib mengqadha' puasa fardhu yang ditinggalkannya selama nifas, namun tidak demikian dengan
sholat dan ini merupakan satu kemudahan baginya. Jika seorang perempuan telah merasa suci sebelum masa empat puluh hari, maka dia mesti bersuci, dan tidak ada batasan minimum bagi masa nifas.```

*FIQH HADITS :*

1. Batasan maksimum nifas ialah empat puluh hari menurut pendapat jumhur ulama. Imam al-Syafi'i mengatakan bahwa batasan maksimumnya adalah enam puluh hari, meskipun biasanya hanya memerlukan empat puluh hari,
sedangkan batasan minimumnya ialah setetes, (yakni hanya sekali
mengeluarkan darah). Imam Malik dan Imam Ahmad mengatakan tidak ada batasan minimum bagi tempoh nifas. Imam Abu Hanifah mengatakan bahwa masa nifas itu terbatas, yaitu selama dua puluh lima hari. Abu Yusuf mengatakan sebelas hari, sedangkan al-Hasan al-Basri mengatakan dua puluh
hari.

2. Tidak ada qadha' bagi sholat yang ditinggalkan selama masa nifas, kerana Nabi (s.a.w) tidak menyuruh kaum wanita berbuat demikian. Pada asalnya qadha'
itu tidak diwajibkan kecuali kerana adanya perintah yang baru dan perintah yang baru ini telah disebutkan dalam masalah puasa melalui firman-Nya:
...فمن كان منكم مريضا أو على سفر فعدة من أيام أخر... (البقرة : ١٨٤)
“... Maka jika di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajib baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain...” (Surah al-Baqarah: 184)

Di sini tidak ada perintah baru yang mewajibkan mengqadha' sholat yang ditinggalkan selama nifas. Jadi, hukum asal, yaitu tidak wajib qadha sholat mesti tetap dikekalkan. Hadis ini menyanggah pendapat sekumpulan Khawarij yang mengatakan sholat yang
ditinggalkan oleh wanita yang haid dan nifas wajib diqadha'.

3. Menjelaskan hukum darah yang keluar sesudah bersalin. Jika darah tersebut terus mengalir selama empat puluh hari, maka dalam masa itu wanita tersebut tidak boleh sholat dan tidak boleh pula berpuasa. Tetapi apabila tetap mengalir hingga melebihi tempoh empat puluh hari, maka hukum darah tersebut adalah darah istihadhah yang ketentuan hukumnya telah disebutkan dalam hadits-hadits sebelum ini.

*KESIMPULAN :*

Hadis yang disebut dalam bab haid ini menunjukkan kesimpulan berikut:

1. Menjelaskan perbedaan warna darah haid dengan darah istihadhah, tempat keluarnya, cara untuk membedakan diantara keduanya dan demikian pula
hukumnya.

2. Wanita yang haid tidak boleh mengerjakan sholat dan puasa selama masa haid. Dia wajib mengqadha' puasanya, tetapi tidak wajib mengqadha' sholatnya.
Selama masa itu, suaminya tidak boleh menyetubuhinya. Jika suami
menyetubuhinya, maka dia mesti membayar kifarat menurut pendapat Imam Ahmad. Menurut jumhur ulama, suami boleh menggaulinya, tetapi pada
bagian atas kain. Tetapi Imam Ahmad membolehkan untuk menggaulinya, meskipun dibawah kainnya (kecuali farjinya).

3. Perkiraan masa istihadhah ditentukan berdasarkan kebiasaan sebelum itu atau membandingkannya dengan wanita lain yang sebaya dengannya. Dibolehkan
baginya mengerjakan sholat dan puasa, dan suaminya boleh menyetubuhinya, dan disunatkan baginya mengerjakan sholat secara jamak shuri.

4. Perkiraan masa nifas sama dengan wanita yang haid di mana mereka tidak boleh mengerjakan solat dan puasa. Tidak diwajibkan mengqadha' sholat yang
ditinggalkan selama masa nifas, tetapi wajib mengqadha' puasanya.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..

Selasa, 17 April 2018

Kajian Hadits IKABA 111-120

*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB TENTANG TAYAMUM*_

*HADITS KE 111 :*

*وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ( اَلصَّعِيدُ  وُضُوءُ اَلْمُسْلِمِ وَإِنْ لَمْ يَجِدِ اَلْمَاءَ  عَشْرَ سِنِينَ فَإِذَا وَجَدَ اَلْمَاءَ فَلْيَتَّقِ اَللَّهَ وَلْيُمِسَّهُ بَشَرَتَهُ )  رَوَاهُ  اَلْبَزَّارُ وَصَحَّحَهُ اِبْنُ اَلْقَطَّانِ و لَكِنْ صَوَّبَ اَلدَّارَقُطْنِيُّ إِرْسَالَه*

*وَلِلتِّرْمِذِيِّ: عَنْ أَبِي ذَرٍّ نَحْوُهُ وَصَحَّحَه*

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: *"Tanah itu merupakan alat berwudlu bagi orang Islam meskipun ia tidak menjumpai air hingga sepuluh tahun. Maka jika ia telah mendapatkan air hendaklah ia bertakwa kepada Allah dan menggunakan air itu untuk mengusap kulitnya."* Diriwayatkan oleh al-Bazzar. Shahih menurut Ibnul Qaththan dan mursal menurut Daruquthni.

Menurut riwayat Tirmidzi dari Abu Dzar ada hadits serupa dengan hadits tersebut. Hadits tersebut shahih menurutnya.

*MAKNA HADITS :*

```Tayammum dengan debu merupakan salah satu keistimewaan umat Nabi
Muhammad (s.a.w), sebagaimana yang disebutkan dalam sabdanya:

وجعلت التراب ترابتها لنا طهورا، إذا لم نجد الماء

“Dan debunya dijadikan bagi kami dapat menyucikan apabila kami tidak
menjumpai air.” Debu merupakan sarana bersuci orang muslim. Dengan debu tersebut dia dierbolehkan melakukan perkara-perkara yang dilarang kerana berhadas kecil dan
berhadas besar (junub). Tetapi debu pada dasarnya tidak dapat menghilangkan hadas. Buktinya ialah apabila dijumpai air, maka seseorang diwajibkan berwuduk atau mandi junub. Hukum boleh bertayammum dibatasi dengan adanya air.

Oleh kerana tayammum merupakan cara yang masih belum dikenali oleh
masyarakat Arab dan belum pula oleh yang bangsa yang lain, maka syariat mengukuhkan perintahnya kepada mereka dan menamakannya sebagai sesuatu yang boleh menyucikan ketika air tidak ada. Hal ini dinyatakan dengan ungkapan mubalaghah melalui sabdanya: “Apabila tidak menemukan air, sekalipun selama sepuluh tahun.” Nabi (s.a.w) menamakannya sebagai pengganti air yang menyucikan.

Dalam keadaan di mana sukar dijumpai, tidak ada bedanya antara ketiadaan
yang hakiki atau ketiadaan hukmi seperti seseorang yang kehilangan alat untuk mengeluarkan air atau sedang sakit yang melarangnya menggunakan air kerana sakitnya dikawatiri bertambah terus atau malah lambat sembuh, atau akan mengakibatkan komplikasi penyakit lain yang diketahui secara pasti atau hanya berlandaskan prasangka melalui uji coba atau nasehat pakar seorang dokter muslim.```

*FIQH HADITS :*

1. Tayammum juga disebut sebagai wudhu.

2. Tayammum menggantikan kedudukan air yang dapat menghilangkan junub untuk sementara waktu hingga air ditemukan.

3. Orang yang junub lalu bertayammum apabila dia menemukan air, maka dia
wajib segera mandi junub.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
[5/4 1:20 AM] Ⓜ️usthofa AB: *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB TENTANG TAYAMUM*_

*HADITS KE 112 :*

*وَعَنْ أَبِي سَعِيدٍ اَلْخُدْرِيِّ رضي الله عنه قَالَ: ( خَرَجَ رَجُلَانِ فِي سَفَرٍ فَحَضَرَتْ اَلصَّلَاةَ -وَلَيْسَ مَعَهُمَا مَاءٌ- فَتَيَمَّمَا صَعِيدًا طَيِّبًا فَصَلَّيَا ثُمَّ وَجَدَا اَلْمَاءَ فِي اَلْوَقْتِ فَأَعَادَ أَحَدُهُمَا اَلصَّلَاةَ وَالْوُضُوءَ وَلَمْ يُعِدِ اَلْآخَرُ ثُمَّ أَتَيَا رَسُولَ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَذَكَرَا ذَلِكَ لَهُ فَقَالَ لِلَّذِي لَمْ يُعِدْ: أَصَبْتَ اَلسُّنَّةَ وَأَجْزَأَتْكَ صَلَاتُكَ وَقَالَ لِلْآخَرِ: لَكَ اَلْأَجْرُ مَرَّتَيْنِ )  رَوَاهُ أَبُو دَاوُدَ و النَّسَائِيّ*

Abu Said Al-Khudry Radliyallaahu 'anhu berkata: *Ada dua orang laki-laki keluar bepergian lalu datanglah waktu shalat sedangkan mereka tidak mempunyai air maka mereka bertayamum dengan tanah suci dan menunaikan shalat. Kemudian mereka menjumpai air pada waktu itu juga. Lalu salah seorang dari keduanya mengulangi shalat dan wudlu sedang yang lainnya tidak. Kemudian mereka menghadap Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam dan menceritakan hal itu kepadanya. Maka beliau bersabda kepada orang yang tidak mengulanginya: "Engkau telah melakukan sesuai sunnah dan shalatmu sudah sah bagimu."* Dan beliau bersabda kepada yang lainnya: *"Engkau mendapatkan pahala dua kali."* Riwayat Abu Dawud dan Nasa'i.

*MAKNA HADITS :*

```Cabang hukum yang memiliki banyak rincian serta beraneka ragam jenis dan
peristiwanya tidak mungkin disebutkan dengan secara terperinci jelas oleh al-
Qur'an dan Sunnah. Dalam menganalisis perkara seperti itu diperlukan ijtihad dengan cara menyamakan suatu permasalahan yang mempunyai kemiripan dengan yang lain dan menyesuaikan cabang kepada pokoknya. Oleh itu, setiap
sahabat melakukan ijtihad pada zaman Nabi (s.a.w) dan baginda mengakui
perbuatan mereka dan menyetujuinya.

Antara contohnya ialah kisah dua orang lekaki yang sedang melakukan suatu
perjalanan lalu keduanya bertayammum dalam perjalanannya kerana persediaan air mereka tidak memadai untuk digunakan berwuduk. Kemudian salah seorang di antara keduanya mengulangi solatnya, sedangkan yang seorang lagi tidak, tetapi Nabi (s.a.w) menyetujui perbuatan kedua-dua orang sahabat itu. Baginda bersabda kepada orang yang mengulangi solatnya: “Engkau mendapat ganjaran pahala dua
kali ganda” yakni pahala bersuci dengan debu dan bersuci dengan air. Dan kepada yang seorang lagi, yaitu orang yang tidak mengulangi solatnya, baginda bersabda: “Solatmu sudah memadai.” Dikatakan demikian kerana dia telah mengerjakan sesuai dengan apa yang diperintahkan kepadanya, yaitu bertayammum.```

*FIQH HADITS :*

1. Menyegerakan sholat dengan mengerjakannya pada awal waktu.

2. Disyariatkan bertayammum ketika tidak ada air.

3. Boleh berijtihad pada zaman Nabi (s.a.w) ketika tidak berada di hadapan
baginda.

4. Setiap perkara penting hendaklah dirujuk kepada pemimpin.

5. Orang yang ditanya dituntut untuk menjawab persoalan si penanya dengan jawapan yang memuaskannya

6. Orang yang telah bersholat dengan tayammum, lalu dia menemukan air sesudah dia mengerjakan sholat tidak wajib mengulangi solatnya, meskipun waktu solat itu masih belum berakhir.

7. Tayammum menjadi batal dengan adanya air sebelum mengerjakan solat. Jika air ditemukan sesudah masuk dalam solat, maka seseorang tidak boleh membatalkannya.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
[6/4 2:51 AM] Ⓜ️usthofa AB: *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB TENTANG TAYAMUM*_

*HADITS KE 113 :*

*وَعَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهُمَا فِي قَوْلِهِ تَعَالَىوَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَى أَوْ عَلَى سَفَرٍ قَالَ: إِذَا كَانَتْ بِالرَّجُلِ اَلْجِرَاحَةُ فِي سَبِيلِ اَللَّهِ وَالْقُرُوحُ فَيُجْنِبُ فَيَخَافُ أَنْ يَمُوتَ إِنْ اِغْتَسَلَ: تَيَمَّمَ رَوَاهُ اَلدَّارَقُطْنِيُّ مَوْقُوفًا وَرَفَعَهُ  اَلْبَزَّارُ وَصَحَّحَهُ اِبْنُ خُزَيْمَةَ وَالْحَاكِم*

Dari Ibnu Abbas Radliyallaahu 'anhu tentang firman Allah (Dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan) beliau mengatakan: *"Apabila seseorang mengalami luka-luka di jalan Allah atau terserang penyakit kudis lalu ia junub tetapi dia takut akan mati jika dia mandi maka bolehlah baginya bertayammum."* Riwayat Daruquthni secara mauquf marfu' menurut al-Bazzar dan shahih menurut Ibnu Khuzaimah dan Hakim.

*MAKNA HADITS :*

```Agama Islam adalah agama yang mengamalkan prinsip bertolak angsur. Semua hukum yang ada di dalamnya selalu disertai oleh berbagai hikmah dan rahsia. Setiap sesuatu yang mengandungi unsur mudarat pasti tidak diakui oleh Islam bahkan disediakan jalan keluar untuk menolaknya. Jika seorang lelaki merasa kawatir apabila berwuduk atau mandi dengan air akan mendatangkan mudarat bagi dirinya, maka syariat membolehkannya bertayammum bagi menolak mudharat tersebut sebagai rahmat (belas kasihan) agama kepada orang mukallaf, sebagaimana yang ditegaskan oleh keumuman makna yang terkandung di dalam firman-Nya: “Dan jika kamu sakit ....” (Surah al-Nisa‟: 43).

Musafir pada umumnya mengalami kesulitan. Oleh sebab itu, syariat membolehkan tayammum bagi orang yang bepergian apabila air tidak dijumpai sebagai kemudahan dari Allah untuk hamba-Nya.```

*FIQH HADITS :*

1. Orang yang junub boleh tayammum apabila kawatir akan ditimpa mudarat.
Ini merupakan pendapat Imam Malik, Imam Abu Hanifah dan Imam al-Syafi'i.

2. Orang yang junub tidak boleh tayammum kecuali apabila kawatir dirinya akan mati apabila mandi dengan air. Ini merupakan pendapat Imam Ahmad dan satu riwayat dari Imam al-Syafi'i.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
[8/4 12:25 AM] Ⓜ️usthofa AB: *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB TENTANG TAYAMUM*_

*HADITS KE 114 :*

*وَعَنْ عَلِيٍّ رضي الله عنه قَالَ: ( اِنْكَسَرَتْ إِحْدَى زَنْدَيَّ فَسَأَلَتْ رَسُولَ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَأَمَرَنِي أَنْ أَمْسَحَ عَلَى اَلْجَبَائِرِ )  رَوَاهُ اِبْنُ مَاجَه بِسَنَدٍ وَاهٍ جِدًّا*

Ali Radliyallaahu 'anhu berkata: *Salah satu dari pergelanganku retak. Lalu aku tanyakan pada Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam dan beliau menyuruhku agar aku mengusap di atas pembalutnya.* Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dengan sanad yang amat lemah.

*MAKNA HADITS :*

```Di antara kemudahan agama Islam ialah memberikan kemudahan kepada hamba-hamba Allah yang antara lain dalam masalah mengusap perban kerana diqiyaskan kepada khuff dan surban. Ia dianggap qiyas jali (qiyas yang bertujuan memperkuat
nash). Diantara ulama ada yang berpendapat menggabungkan antara mengusap dan mandi serta tayammum.```

*FIQH HADITS :*

Wajib mengusap perban. Dalam masalah ini ulama berbeda pendapat. Hal ini telah diuraikan secara terperinci dalam kitab-kitab fiqh.

1. Barang siapa mengalami luka, patah atau infeksi pada salah satu bagian
tubuhnya lalu pada bagian tersebut dipasang perban dan dia merasa kawatir akan menimbulkan bahaya apabila dibuka, maka menurut Imam al-Syafi'i orang itu boleh mengusap perban tersebut dan bertayammum serta tidak perlu mengqadha' (sholat yang telah dilakukan) mengikut pendapat yang paling kuat jika perban tersebut dipasang dalam keadaan suci dan diletakkan pada anggota tayammum.

2. Barang siapa pada salah satu anggota tubuhnya mengalami luka, patah atau infeksi, sedangkan sebagian yang lain sehat namun kadar anggota tubuh yang sehat lebih banyak, maka anggota tubuh yang sehat mesti dibasuh, sedangkan yang terluka diusap saja. Jika kadar anggota yang terluka lebih banyak daripada yang sehat, maka dia boleh bertayammum dan kewajipan mandi menjadi gugur. Ini adalah pendapat Imam Malik dan Imam Abu Hanifah sedangkan menurut Imam Ahmad, anggota tubuh yang sehat mesti dimandikan, sedangkan anggota yang terluka hendaklah ditayammumin.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
[9/4 12:01 AM] Ⓜ️usthofa AB: *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB TENTANG TAYAMUM*_

*HADITS KE 115 :*

*وَعَنْ جَابِرٍ]بْنُ عَبْدِ اَللَّهِ] رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهُمَا فِي اَلرَّجُلِ اَلَّذِي شُجَّ فَاغْتَسَلَ فَمَاتَ -: إِنَّمَا كَانَ يَكْفِيهِ أَنْ يَتَيَمَّمَ وَيَعْصِبَ عَلَى جُرْحِهِ خِرْقَةً ثُمَّ يَمْسَحَ عَلَيْهَا وَيَغْسِلَ سَائِرَ جَسَدِهِ  رَوَاهُ أَبُو دَاوُدَ بِسَنَدٍ فِيهِ ضَعْفٌ وَفِيهِ اِخْتِلَافٌ عَلَى رُوَاتِه*

Dari Jabir Radliyallaahu 'anhu tentang seorang laki-laki yang terluka pada kepalanya lalu mandi dan meninggal. (Nabi bersabda: *"Cukup baginya bertayammum dan membalut lukanya dengan kain kemudian mengusap di atasnya dan membasuh seluruh tubuhnya."* Riwayat Abu Dawud dengan sanad yang lemah. Di dalamnya ada perbedaan pendapat tentang para perawinya.

*MAKNA HADITS :*

```Islam memerintahkan umat manusia supaya bertanya kepada ahli al-dzikr yang memahami al-Qur'an dan Sunnah untuk memecahkan masalah-masalah sukar yang mereka hadapi berdasarkan kajian teliti. Oleh itu Rasulullah (s.a.w) marah ketika mereka memberikan fatwa kepada seorang lelaki yang terluka bahwa tidak ada rukhsah baginya, hingga akhirnya itu menyebabkan kematiannya. Rasulullah (s.a.w) marah dengan adanya fatwa yang salah itu. Baginda bersabda: “Mengapa mereka tidak bertanya lebih dahulu apabila mereka tidak tahu?” Baginda menjelaskan bahawa bertanya merupakan ubat kebodohan. Dengan kata lain, malu bertanya pasti sesat di jalan.```

*FIQH HADITS :*

1. Disyariatkan merujuk kepada pemimpin ketika berdepan dengan urusan-urusan penting.

2. Dilarang mencela fatwa tanpa ilmu pengetahuan, kerana sikap sebegitu
merupakan dosa besar.

3. Tidak ada qishas dan dhiyat ke atas seorang mufti apabila dia memberikan fatwa tanpa kebenaran, meskipun orang yang jelas-jelas melakukan kesalahan tidak dimaafkan. Nabi (s.a.w) mencela mereka, sebab mereka melakukan fatwa tanpa berlandaskan kepada ilmu dan baginda mendo'akan binasa kepada mereka dengan bersabda: “Semoga mereka dilaknat oleh Allah.”

4. Disyari'atkan bertayammum bagi orang yang merasa kawatir akan tertimpa mudharat apabila menggunakan air.

5. Boleh mengusap pembalut luka dan membasuh anggota tubuh yang lain
dengan air.

6. Menanyakan suatu masalah yang sukar kepada orang yang berilmu merupakan penawar bagi kebodohan.

7. Orang yang junub diwajibkan mandi.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
[10/4 2:26 PM] Ⓜ️usthofa AB: *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB TENTANG TAYAMUM*_

*HADITS KE 116 :*

*وَعَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: ( مِنْ اَلسُّنَّةِ أَنْ لَا يُصَلِّيَ اَلرَّجُلُ بِالتَّيَمُّمِ إِلَّا صَلَاةً وَاحِدَةً ثُمَّ يَتَيَمَّمُ لِلصَّلَاةِ اَلْأُخْرَى )  رَوَاهُ اَلدَّارَقُطْنِيُّ بِإِسْنَادٍ ضَعِيفٍ جِدًّا*

Ibnu Abbas Radliyallaahu 'anhu berkata: *Termasuk sunnah Rasul adalah seseorang tidak menunaikan shalat dengan tayammum kecuali hanya untuk sekali shalat saja kemudian dia bertayammum untuk shalat yang lain.* Riwayat Daruquthni dengan sanad yang amat lemah.

*MAKNA HADITS :*

```Tayammum adalah bersuci dengan debu, tetapi kesuciannya masih dikategorikan lemah, kerana ia hanya boleh digunakan untuk sekali sholat fardu saja berikut sunat-sunat yang mengiringinya. Tayammum tidak seperti wuduk yang dapat menghilangkan hadas. Inilah pendapat jumhur ulama. Imam Abu Hanifah dan murid-muridnya mengatakan bahwa seseorang boleh melakukan sholat sesuka hatinya baik sholat fardu mahupun sholat sunat hanya dengan sekali tayammum,
sama halnya dengan wuduk. Mereka memandang dari segi keumuman makna hadirs di sampingmengqiyaskan solat fardu dengan sholat sunat.```

*FIQH HADITS :*

Menurut jumhur ulama, bertayammum disyari'atkan untuk setiap kali hendak
mengerjakan sholat fardu. Dalam kaitan ini Imam Abu Hanifah berbeda pendapat dengan mereka.

*KESIMPULAN :*

Hadis yang terdapat dalam bab ini menunjukkan kesimpulan berikut:

1. Nabi (s.a.w) dan umatnya mempunyai beberapa keistimewaan yang tidak dimiliki umat-umat sebelum ini, dimana Allah (s.w.t) mengutus Nabi Muhammad (s.a.w) untuk seluruh umat manusia, Allah memberinya syafa'at
al-'uzhma untuk membebaskan umat manusia dari huru-hara hari kiamat,
Allah menolongnya dengan rasa gentar yang mencekam dalam hati musuh-
musuhnya dan Allah menghalalkan harta ghanimah kepadanya dan umatnya serta boleh melakukan solat di tempat manapun di muka bumi ini tanpa ada ketentuan tempat yang khusus.

2. Diberi rukhsah boleh bertayammum ketika tidak ada air untuk berwuduk dan mandi dan ketika dalam keadaan darurat, seperti mengusap pembalut luka. Begitu pula ketika sakit serta apa saja yang membolehkan bertayammum. Menjelaskan mengenai tatacara tayammum. Satu kali tayammum hanya untuk satu kali sholat fardu, tetapi boleh digunakan untuk melakukan beberapa kali sholat sunat, mengikut semau kita.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
[14/4 1:06 AM] Ⓜ️usthofa AB: *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB HAID*_

*HADITS KE 117 :*

*عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ: ( إِنَّ فَاطِمَةَ بِنْتَ أَبِي حُبَيْشٍ كَانَتْ تُسْتَحَاضُ فَقَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم إِنَّ دَمَ اَلْحَيْضِ دَمٌ أَسْوَدُ يُعْرَفُ فَإِذَا كَانَ ذَلِكَ فَأَمْسِكِي مِنَ اَلصَّلَاةِ فَإِذَا كَانَ اَلْآخَرُ فَتَوَضَّئِي وَصَلِّي  )  رَوَاهُ أَبُو دَاوُدَ وَالنَّسَائِيُّ وَصَحَّحَهُ اِبْنُ حِبَّانَ  وَالْحَاكِمُ وَاسْتَنْكَرَهُ أَبُو حَاتِم*

*وَفِي حَدِيثِ أَسْمَاءَ بِنْتِ عُمَيْسٍ عِنْدَ أَبِي دَاوُدَ: ( لِتَجْلِسْ فِي مِرْكَنٍ فَإِذَا رَأَتْ صُفْرَةً فَوْقَ اَلْمَاءِ فَلْتَغْتَسِلْ لِلظُّهْرِ وَالْعَصْرِ غُسْلاً وَاحِدًا وَتَغْتَسِلْ لِلْمَغْرِبِ وَالْعِشَاءِ غُسْلاً وَاحِدًا وَتَغْتَسِلْ لِلْفَجْرِ غُسْلاً وَتَتَوَضَّأْ فِيمَا بَيْنَ ذَلِكَ)*

Dalam hadits Asma binti Umais menurut riwayat Abu Dawud: *Hendaklah dia duduk dalam suatu bejana air. Maka jika dia melihat warna kuning di atas permukaan air hendaknya ia mandi sekali untuk Dhuhur dan Ashar mandi sekali untuk Maghrib dan Isya' dan mandi sekali untuk shalat subuh dan berwudlu antara waktu-waktu tersebut.*

Dari 'Aisyah Radliyallaahu 'anhu bahwa Fatimah binti Abu Hubaisy sedang keluar darah penyakit (istihadlah). Maka bersabdalah Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam kepadanya: *Sesungguhnya darah haid adalah darah hitam yang telah dikenal. Jika memang darah itu yang keluar maka berhentilah dari shalat namun jika darah yang lain berwudlulah dan shalatlah.* Riwayat Abu Dawud dan Nasa'i. Hadits shahih menurut Ibnu Hibban dan Hakim. Abu Hatim mengingkari hadits ini.

*FIQH HADITS :*

```Islam memuatkan penjelasan berbagai hukum yang berkaitan dengan individu dan masyarakat, wanita maupun lelaki. Oleh itu, Islam menjelaskan segala sesuatu yang berkaitan dengan hukum haid, istihadah, nifas dan lain-lain yang berkaitan dengan fiqh wanita. Tujuannya adalah supaya wanita mengetahui perkara agamanya dan beribadah kepada Allah sesuai dengan ketetapan dan hukum yang telah digariskan oleh Islam. Faktor inilah yang mendorong kaum wanita Anshar
dan Muhajirin berani melakukan penelitian dan mengemukakan pertanyaan supaya mereka mengetahui hukum-hukum syari'at. Bidang masalah ini sememangnya terbuka luas bagi mereka berkat akhlak Nabi (s.a.w) yang mulia dan kesungguhannya untuk memberikan pengajaran kepada mereka.```

*FIQH HADITS :*

1. Perbedaan antara darah haid dengan darah istihadhah dipandang dari segi
tempat keluarnya, ketentuan hukum, dan sifatnya.

2. Wanita yang berhaid wajib meninggalkan sholat. Dengan kata lain, tidak boleh mengerjakan sholat selama dalam masa haid.

3. Masalah istihadhah diserahkan kepada orang yang bersangkutan untuk membedakannya sekali mengenal pastinya. Hadits ini menjadi pegangan Imam Malik dan Imam al-Syafi'i. Apabila darah telah dibedakan dan masa yang telah dikenali sudah berakhir, maka wanita berkenaan wajib mandi junub,
sedangkan darah yang tetap mengalir setelah itu hukumnya sama dengan
hadas, yaitu dia hanya wajib berwuduk setiap kali hendak mengerjakan sholat.
Menurut mazhab Hanafi dan Imam Ahmad dalam pendapat masyhur,
pembedaan ini tidak dapat dijadikan pegangan, sebaliknya apa yang mesti
diambil adalah adat kebiasaan, kerana berlandaskan kepada sabda Nabi (s.a.w) :

*فإذا أقبلت الحيضة فدعي الصلاة، وإذا ادبرت فاغسلي عنك الدم وصلي.*

“Jika masa haid datang, maka tinggalkanlah sholat. Apabila masa haid telah berakhir, maka mandilah kamu untuk membersihkan haid lalu sholatlah.”

4. Wanita yang beristihadhah memiliki ketentuan hukum yang berbeda dengan wanita yang berhaid. Wanita yang beristihadhah boleh disetubuhi, tidak boleh meninggalkan sholat dan puasa, serta wajib berwudhu setiap kali hendak mengerjakan sholat. Inilah menurut mazhab al-Syafi'i dan Imam Ahmad.
Menurut mazhab Hanafi pula, dia wajib berwudhu pada setiap waktu.
Sedangkan menurut mazhab Maliki, dia disunatkan berwuduk setiap kali
hendak mengerjakan sholat.

5. Perintah mandi bagi wanita beristihadhah sebanyak tiga kali dalam sehari semalam adalah bertujuan menggabungkan dua solat yang saling berhampiran waktunya. Jumhur ulama mengatakan disunatkan mandi, kerana tidak ada perintah yang menyuruh Fatimah supaya mandi dalam hadis ini dan hanya diperintah untuk berwudhu saja.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
[15/4 11:37 AM] Ⓜ️usthofa AB: *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB HAID*_

*HADITS KE 118 :*

*وَعَنْ حَمْنَةَ بِنْتِ جَحْشٍ قَالَتْ: ( كُنْتُ أُسْتَحَاضُ حَيْضَةً كَبِيرَةً شَدِيدَةً فَأَتَيْتُ اَلنَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم أَسْتَفْتِيهِ فَقَالَ: إِنَّمَا هِيَ رَكْضَةٌ مِنَ اَلشَّيْطَانِ فَتَحَيَّضِي سِتَّةَ أَيَّامٍ أَوْ سَبْعَةً ثُمَّ اِغْتَسِلِي فَإِذَا اسْتَنْقَأْتِ فَصَلِّي أَرْبَعَةً وَعِشْرِينَ أَوْ ثَلَاثَةً وَعِشْرِينَ وَصُومِي وَصَلِّي فَإِنَّ ذَلِكَ يُجْزِئُكَ وَكَذَلِكَ فَافْعَلِي كَمَا تَحِيضُ اَلنِّسَاءُ فَإِنْ قَوِيتِ عَلَى أَنْ تُؤَخِّرِي اَلظُّهْرَ وَتُعَجِّلِي اَلْعَصْرَ ثُمَّ تَغْتَسِلِي حِينَ تَطْهُرِينَ وَتُصَلِّينَ اَلظُّهْرَ وَالْعَصْرِ جَمِيعًا ثُمَّ تُؤَخِّرِينَ اَلْمَغْرِبَ وَتُعَجِّلِينَ اَلْعِشَاءِ ثُمَّ تَغْتَسِلِينَ وَتَجْمَعِينَ بَيْنَ اَلصَّلَاتَيْنِ فَافْعَلِي. وَتَغْتَسِلِينَ مَعَ اَلصُّبْحِ وَتُصَلِّينَ. قَالَ: وَهُوَ أَعْجَبُ اَلْأَمْرَيْنِ إِلَيَّ  )  رَوَاهُ اَلْخَمْسَةُ إِلَّا النَّسَائِيَّ  وَصَحَّحَهُ اَلتِّرْمِذِيُّ وَحَسَّنَهُ اَلْبُخَارِيّ*

Hamnah binti Jahsy berkata: *Aku pernah mengeluarkan darah penyakit (istihadlah) yang banyak sekali. Maka aku menghadap Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam untuk meminta fatwanya. Beliau bersabda: Itu hanya gangguan dari setan. Maka anggaplah enam atau tujuh hari sebagai masa haidmu kemudian mandilah. Jika engkau telah bersih shalatlah 24 atau 23 hari berpuasa dan shalatlah karena hal itu cukup bagimu. Kerjakanlah seperti itu setiap bulan sebagaimana wanita-wanita yang haid. Jika engkau kuat untuk mengakhirkan shalat dhuhur dan mengawalkan shalat Ashar (maka kerjakanlah) kemudian engkau mandi ketika suci dan engkau shalat Dhuhur dan Ashar dengan jamak. Kemudian engkau mengakhirkan shalat maghrib dan mengawalkan shalat Isya' lalu engkau mandi pada waktu subuh dan shalatlah. Beliau bersabda: Inilah dua hal yang paling aku sukai.* Diriwayatkan oleh Imam Lima kecuali Nasa'i. Shahih menurut Tirmidzi dan hasan menurut Bukhari.

*MAKNA HADITS :*

```Syariat Islam menjelaskan hukum-hukum haid dan istihadhah sekaligus memberi peluang bagi kaum wanita untuk menanyakan berbagai hukum yang berkaitan dengan ihwal agama mereka. Oleh sebab itu, Islam menjelaskan perbedaan antara
darah haid dengan darah isrihadhah dalam segi tempat keluar, ciri dan
hukumnya. Tidak hanya itu, syariat Islam juga telah membolehkan mereka
menjamak antara dua sholat yang waktunya saling berdekatan antara satu sama lain seperti sholat dzuhur dengan sholat Asar, sholat Maghrib dengan sholat Isyak dalam bentuk jamak formal yaitu mengerjakan sholat yang pertama di akhir waktu dan sholat yang kedua di awal waktu. Dengan demikian, setiap sholat dikerjakan tetap di dalam waktunya masing-masing. Ini merupakan satu kemudahan yang diberikan oleh agama Islam kepada kaum muslimin.```

*FIQH HADITS :*

1. Diperbolehkan mendengar suara wanita bukan muhrim jika ada keperluan.

2. Diperbolehkan bertanya mengenai perkara-perkara yang dianggap malu untuk ditanyakan berkaitan agama, meskipun masalah itu dikemukakan kepada orang besar.

3. Orang yang ditanya, betapapun tinggi kedudukannya, diwajibkan menjawab persoalan penanya dan mengemukakan jawaban yang mudah difahami.

4. Seseorang mestilah berpegang dengan agama dan ilmunya dalam perkara-perkara yang tidak diketahui melainkan dengan dirinya.

5. Syaitan mampu menguasai manusia antara lain dengan cara menyepaknya yang ditujukan kepada salah satu otot wanita yang dinamakan al-'adzil hingga otot itu mengeluarkan darah hingga orang tersebut senantiasa merasa ragu dalam urusan agamanya.

6. Wanita yang beristihadhah ketika sedang haid diharamkan mengerjakan sholat.

7. Darah haid itu najis dan begitu pula darah istihadhah.

8. Wajib menghilangkan benda yang menjijikkan.

9. Darah istihadhah tidak mencegah seorang wanita dari terus mengerjakan sholat dan puasa, bahkan dia wajib mengerjakan keduanya.

10. Tidak boleh menjamak dua sholat secara jamak hakiki di dalam waktu salah satu di antara keduanya, kerana adanya uzur (penyakit).

11. Rasulullah (s.a.w) tidak memperbolehkan wanita yang beristihadhah menjamak dua sholat, malah baginda menyuruh supaya tetap mengerjakan sholat tepat pada waktunya meskipun sholat pertama dikerjakan pada penghujung waktunya dan sgolat kedua pula dikerjakan pada permulaan waktunya.

12. Seorang mufti hendaklah memberikan bimbingan kepada orang yang meminta fatwa untuk melakukan perkara yang terbaik baginya.

13. Kebiasaan yang dialami oleh kaum wanita hendaklah dijadikan panduan dalam hal-hal haid yang berkaitan dengan mereka.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
[16/4 6:20 PM] Ⓜ️usthofa AB: *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB HAID*_

*HADITS KE 119 :*

*وَعَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهَا; ( أَنَّ أُمَّ حَبِيبَةَ بِنْتَ جَحْشٍ شَكَتْ إِلَى رَسُولِ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم اَلدَّمَ فَقَالَ: اُمْكُثِي قَدْرَ مَا كَانَتْ تَحْبِسُكِ حَيْضَتُكِ ثُمَّ اِغْتَسِلِي  فَكَانَتْ تَغْتَسِلُ كُلَّ صَلَاةٍ )  رَوَاهُ مُسْلِم*

*وَفِي رِوَايَةٍ لِلْبُخَارِيِّ: ( وَتَوَضَّئِي لِكُلِّ صَلَاةٍ )  وَهِيَ لِأَبِي دَاوُدَ وَغَيْرِهِ مِنْ وَجْهٍ آخَرَ.*

Dari 'Aisyah Radliyallaahu 'anhu bahwa Ummu Habibah binti Jahsy mengadukan pada Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam tentang darah (istihadlah. Beliau bersabda: *Berhentilah (dari shalat) selama masa haidmu menghalangimu kemudian mandilah. Kemudian dia mandi untuk setiap kali shalat.* Diriwayatkan oleh Muslim.

Dalam suatu riwayat milik Bukhari: *Dan berwudhulah setiap kali shalat.* Hadits tersebut juga menurut riwayat Abu Dawud dan lainnya dari jalan yang lain.

*MAKNA HADITS :*

```Kaum wanita pada masa permulaan Islam mempunyai perhatian yang amat besar untuk menanyakan apa-apa yang dianggap musykil dalam agama mereka. Tujuannya ialah supaya mereka dapat beribadah kepada Allah (s.w.t) dengan cara yang betul dan hati mereka dipenuhi dengan perasaan khusyuk kepada-Nya. Hal ini dapat dilihat dengan jelas dari pertanyaan yang diajukan oleh Ummu Habibah dan
langkahnya untuk mandi setiap kali hendak mengerjakan sholat sebagai amalan sunat dan sikap berhati-hati dalam urusan agama, padahal mandi tidak diwajibkan ke atasnya setiap kali hendak mengerjakan solat, melainkan dia hanya diwajibkan berwudhuk saja.```

*FIQH HADITS :*

Wanita yang beristihadhah diperintahkan untuk merujuk kepada pengetahuan berikut:

1. Kebiasaan yang telah dia alami sebelum istihadhah.

2. Kebiasaan haid bagi kaum wanita yang umurnya sebaya dengannya, yaitu selama enam atau tujuh hari. Masa haid yang paling minimum ialah sehari
semalam, kebanyakannya enam atau tujuh hari, sedangkan batasan
maksimumnya ialah lima belas hari.

3. Spesifikasi darah dilihat dari segi warna dan baunya.

4. Masa datang dan masa berhentinya. Maka dia wajib mandi pada masa haidnya berhenti manakala hukum mandi dan wudhuk sesudah itu, maka keterangannya diuraikan dalam hadits No.118 pada bagian fiqh hadits.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
[17/4 11:13 PM] Ⓜ️usthofa AB: *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB HAID*_

*HADITS KE 120 :*

*وَعَنْ أُمِّ عَطِيَّةَ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ: ( كُنَّا لَا نَعُدُّ اَلْكُدْرَةَ وَالصُّفْرَةَ بَعْدَ اَلطُّهْرِ شَيْئًا )  رَوَاهُ اَلْبُخَارِيُّ وَأَبُو دَاوُدَ وَاللَّفْظُ لَه*

Ummu Athiyyah Radliyallaahu 'anhu berkata: *Kami tidak menganggap apa-apa terhadap cairah keruh dan warna kekuningan setelah suci.* Riwayat Bukhari dan Abu Dawud. Lafadznya milik Abu Dawud.

*MAKNA HADITS :*

```Darah haid adalah darah kental berwarna merah kehitam-hitaman dan telah dikenali warna dan baunya di kalangan kaum wanita.

Jika seorang wanita telah suci sesudah keluarnya al-qushshah (cairan berwarna putih yang keluar sesudah haid) atau sesudah al-jufuf (sesuatu yang digunakan untuk menyumbat rahim seperti kapas atau lain-lain lalu ia keluar dalam keadaan kering), kemudian keluar
lagi darah berwarna merah kekuning-kuningan atau berwarna keruh, maka itu tidak dianggap sebagai darah haid.

Adapun darah yang keluar sebelum datangnya masa suci, baik ia berwarna merah kekuning-kuningan atau berwarna keruh dalam masa haid, maka itu dianggap haid. Ini telah diketahui oleh Nabi (s.a.w) melalui keterangan beberapa
orang kaum wanita, lalu Nabi (s.a.w) menetapkan demikian ke atas mereka.```

*FIQH HADITS :*

Hadits ini memiliki dua pengertian, yaitu; manthuq dan mafhum.

Pengertian hadis berdasarkan manthuq (makna tersurat) ialah darah yang keluar dari rahim sesudah suci dan habisnya masa haid yang telah dimaklumi
tidak dinamakan haid. Sedangkan pengertian hadits berdasarkan mafhum (makna tersirat) ialah darah yang keluar berwarna kekuning-kuningan atau berwarna
keruh sebelum masa suci dikategorikan sebagai darah haid.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..

Rabu, 04 April 2018

Kajian Hadits IKABA 101-110

*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB TENTANG MANDI DAN JUNUB*_

*HADITS KE 101 :*
 

*وَلِلْأَرْبَعَةِ عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ: ( كَانَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَنَامُ وَهُوَ جُنُبٌ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَمَسَّ مَاءً )  وَهُوَ مَعْلُول*

Menurut Imam Empat dari 'Aisyah r.a dia berkata: *Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam pernah tidur dalam keadaan junub tanpa menyentuh air. Hadits ini ma'lul.*

*MAKNA HADITS :*

```Nabi (s.a.w) adalah penentu syari'at. Oleh sebab itu, adakalanya baginda berwuduk hanya sekali, kadang kala minum sambil berdiri, kadang kala membuang air kecil sambil berdiri dan tidur dalam keadaan junub tanpa berwuduk atau mandi terlebih dahulu. Semua itu merupakan penjelasan yang menunjukkan bahwa perbuatan
tersebut diperbolehkan. Ia dilakukan sendiri oleh Rasulullah (s.a.w) kerana cara ini lebih berkesan dalam menjelaskan sesuatu permasalahan.```

*FIQH HADITS :*

Orang yang junub boleh tidur tanpa berwuduk atau mandi terlebih dahulu,
tetapi apa yang lebih diutamakan adalah sebagaimana keterangan yang dimuatkan dalam hadis sebelum ini.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
[25/3 12:47 PM] Ⓜ️usthofa AB: *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB TENTANG MANDI DAN JUNUB*_

*HADITS KE 102 :*
 

*وَعَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ: ( كَانَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم إِذَا اِغْتَسَلَ مِنْ اَلْجَنَابَةِ يَبْدَأُ فَيَغْسِلُ يَدَيْهِ ثُمَّ يُفْرِغُ بِيَمِينِهِ عَلَى شِمَالِهِ فَيَغْسِلُ فَرْجَهُ ثُمَّ يَتَوَضَّأُ ثُمَّ يَأْخُذُ اَلْمَاءَ فَيُدْخِلُ أَصَابِعَهُ فِي أُصُولِ اَلشَّعْرِ ثُمَّ حَفَنَ عَلَى رَأْسِهِ ثَلَاثَ حَفَنَاتٍ ثُمَّ أَفَاضَ عَلَى سَائِرِ جَسَدِهِ ثُمَّ غَسَلَ رِجْلَيْهِ )  مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ وَاللَّفْظُ لِمُسْلِم*

Dan dari 'Aisyah Radliyallaahu 'anha berkata: *Biasanya Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam jika mandi karena jinabat akan mulai dengan membersihkan kedua tangannya kemudian menumpahkan air dari tangan kanan ke tangan kiri lalu mencuci kemaluannya kemudian berwudlu lalu mengambil air kemudian memasukkan jari-jarinya ke pangkal-pangkal rambut lalu menyiram kepalanya tiga genggam air kemudian mengguyur seluruh tubuhnya dan mencuci kedua kakinya.* Muttafaq Alaihi dan lafadznya dari Muslim.

*HADITS KE : 103 :*

*وَلَهُمَا فِي حَدِيثِ مَيْمُونَةَ: ( ثُمَّ أَفْرَغَ عَلَى فَرْجِهِ فَغَسَلَهُ بِشِمَالِهِ ثُمَّ ضَرَبَ بِهَا اَلْأَرْضَ ) وَفِي رِوَايَةٍ: ( فَمَسَحَهَا بِالتُّرَابِ )*

*وَفِي آخِرِهِ: ( ثُمَّ أَتَيْتُهُ بِالْمِنْدِيلِ )  فَرَدَّهُ وَفِيهِ: ( وَجَعَلَ يَنْفُضُ الْمَاءَ بِيَدِهِ )*

Menurut Riwayat Bukhari-Muslim dari hadits Maimunah: *Kemudian beliau menyiram kemaluannya dan membasuhnya dengan tangan kiri lalu menggosok tangannya pada tanah.*

Dalam suatu riwayat: *Lalu beliau menggosok tangannya dengan debu tanah.* Di akhir riwayat itu disebutkan: *Kemudian aku memberikannya saputangan namun beliau menolaknya.* Dalam hadits itu disebutkan: *Beliau mengeringkan air dengan tangannya.*

*MAKNA HADITS :*

```Mandi junub ada dua cara; cara yang mencukupi dan cara yang sempurna.

Pertama, cara yang mencukupi adalah dengan meratakan basuhan ke seluruh tubuh tanpa ada satu bagian anggota tubuh pun yang tertinggal, kerana di bawah setiap helai rambut mesti terkena oleh mandi junub itu.

Kedua, cara yang sempurna adalah dengan memui pembersihan kotoran sebelum mensucikan diri dari hadats. Cara ini mendahulukan untuk membasuh anggota-anggota wudhu' daripada yang lain. Ia hendaklah memulai basuhan anggota tubuh bagian atas sebelum bagian bawah dan mendahulukan sebelah kanan sebelum sebelah kiri. Gambaran inilah yang dirangkum oleh 'Aisyah (r.a).```

*FIQH HADITS :*

1. Mandi junub dimulai dengan mencuci kedua telapak tangan sebelum
memasukkannya ke dalam bejana.

2. Melakukan istinjak sebelum berwuduk dan beristinjak dilakukan dengan tangan kiri. Hal ini dilakukan dengan betul hingga merasa yakin akan kebersihannya.

3. Disunatkan mendahulukan anggota wuduk untuk menghormatinya dan
sebagai satu ketentuan syariat.

4. Mencelah-celah rambut agar air dapat sampai ke akar-akarnya kerana pada setiap kulit yang ada di bawah rambut mesti terkena mandi junub.

5. Menjelaskan gambaran mandi wajib dari permulaan hingga akhir dan
menjelaskan mengenai bilangan basuhan.

6. Tidak perlu memakai handuk untuk mengeringkan anggota wuduk, sebaliknya disunatkan membiarkannya menurut pendapat Imam al-Syafi'i. Imam Malik, Imam Ahmad dan Imam Abu Hanifah membolehkannya. Mereka mengatakan demikian kerana berlandaskan kepada hadits Salman al-Farisi yang mengatakan:

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم توضأ فقلب جبة صوف كانت عليه فمسح بها وجهه

“Rasulullah (s.a.w) berwuduk, lalu membalikkan baju jubah yang ada padanya, kemudian baju jubah itu baginda gunakan untuk mengusap wajahnya.” (Disebut oleh Ibn Majah)

7. Diperbolehkan mengeringkan air dari seluruh anggota tubuh setelah mandi junub, kemudian diqiyaskan kepadanya masalah wudhu'.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
[26/3 2:13 PM] Ⓜ️usthofa AB: *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB TENTANG MANDI DAN JUNUB*_

*HADITS KE 104 :*
 

*وَعَنْ أُمِّ سَلَمَةَ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ: ( قُلْتُ: يَا رَسُولَ اَللَّهِ إِنِّي اِمْرَأَةٌ أَشُدُّ شَعْرَ رَأْسِي أَفَأَنْقُضُهُ لِغُسْلِ اَلْجَنَابَةِ؟ وَفِي رِوَايَةٍ: وَالْحَيْضَةِ؟ فَقَالَ: لَا إِنَّمَا يَكْفِيكِ أَنْ تَحْثِي عَلَى رَأْسِكِ ثَلَاثَ حَثَيَاتٍ  )  رَوَاهُ مُسْلِم*

Ummu Salamah Radliyallaahu 'anhu berkata: *Aku bertanya wahai Rasulullah sungguh aku ini wanita yang mengikat rambut kepalaku. Apakah aku harus membukanya untuk mandi jinabat؟ Dalam riwayat lain disebutkan: Dan mandi dari haid؟ Nabi menjawab: "Tidak tapi kamu cukup mengguyur air di atas kepalamu tiga kali."* Riwayat Muslim.

*MAKNA HADITS :*

```Tidak boleh malu untuk bertanya soal hukum agama. Contohnya adalah salah seorang Ummul Mukminin, di mana beliau menanyakan kepada Rasulullah (s.a.w) suatu persoalan yang bertujuan mengetahui hukum syariat. Rasulullah (s.a.w) menjawabnya dengan jawapan yang tegas dan menetapkan baginya satu hukum syariat yang dapat dijadikan pegangan olehnya dan juga oleh kaum wanita sesamanya, yaitu tidak perlu menguraikan rambut ketika mandi junub dan mandi kerana haid. Tetapi makna hadits ini ditakwilkan oleh para ulama menurut pendapat mereka masing-masing. Ada di antara mereka yang mewajibkan menguraikan rambut ketika mandi haid dan nifas, tetapi tidak mewajibkannya ketika mandi junub (setelah bersetubuh). Ada pula diantara mereka yang tidak mewajibkannya secara mutlak. Sebahagian yang lain ada yang mewajibkan menguraikan rambut apabila air tidak dapat sampai ke dalam kulit kepalanya selain dengan menguraikannya dan bagi wanita yang tidak lebat rambutnya disunatkan untuk menguraikan rambutnya ketika mandi junub, sekalipun akarnya telah basah.```

*FIQH HADITS :*

Seorang wanita tidak perlu menguraikan rambut ketika mandi junub dan mandi setelah haid atau nifas, jika dia yakin bahawa air dapat sampai ke akar rambut.

Dalam masalah masalah ini ulama berbeza pendapat :

Imam Malik mewajibkan menguraikannya jika air tidak dapat sampai ke akar rambut.

Imam Abu Hanifah mengatakan tidak wajib menguraikannya jika akarnya
sudah basah. Tetapi seorang lelaki diwajibkan menguraikan rambutnya meskipun air dapat meresap ke akar rambut menurut pendapat yang sahih.

Imam Ahmad mengatakan tidak wajib menguraikannya ketika mandi junub,
tetapi diwajibkan ketika mandi haid dan nifas. Beliau melandaskan pendapatnya dengan sabda Nabi (s.a.w) yang ditujukan kepada 'Aisyah (r.a) ketika haid: “Huraikan rambutmu dan celah-celahilah!”

Imam al-Syafi'i berpendapat disunatkan menguraikannya bagi orang yang
berambut tidak lebat, tetapi diwajibkan menguraikannya jika ternyata air tidak
dapat sampai ke akarnya kecuali dengan cara menguraikannya.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
[27/3 3:20 PM] Ⓜ️usthofa AB: *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB TENTANG MANDI DAN JUNUB*_

*HADITS KE 105 :*
 

*وَعَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ( إِنِّي  لَا أُحِلُّ اَلْمَسْجِدَ لِحَائِضٍ وَلَا جُنُبٌ )  رَوَاهُ أَبُو دَاوُدَ وَصَحَّحَهُ اِبْنُ خُزَيْمَة*

Dari 'Aisyah Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: *"Sesungguhnya aku tidak menghalalkan masjid bagi orang yang sedang haid dan junub."* Riwayat Abu Dawud dan hadits shahih menurut Ibnu Khuzaimah.

*MAKNA HADITS :*

```Masjid adalah rumah Allah yang mesti dimuliakan, disucikan dan dipelihara dari najis dan kotoran. Oleh sebab itu, syariat melarang wanita yang sedang haid duduk di dalam masjid, kerana dikawatiri darahnya menites hingga masjid menjadi tercemar dan najis. Syariat pun melarang orang yang junub mendekati (memasuki)
tempat sholat (masjid) sebelum dia bersuci dari junub.```

*FIQH HADITS :*

Wanita haid dan orang junub dilarang tinggal di dalam masjid. Namun orang
yang junub diperbolehkan melintasnya menurut Imam al-Syafi'i dan Imam Ahmad dengan berlandaskan kepada firman Allah (s.w.t):

.....ولا جنبا الا عابري سبيل... (النساء : ٤٣)

“... Dan (jangan pula hampiri masjid) sedangkan kamu dalam keadaan junub, kecuali sekadar berlalu sahaja...” (Surah al-Nisa‟: 43)

Imam Abu Hanifah mengatakan bahwa orang yang junub dan haid haram
memasuki masjid, meskipun hanya sekedar melewatinya.

Imam Malik mengatakan bahwa orang yang junub tidak boleh melintas di dalam masjid secara mutlak, kecuali kerana dalam keadaan darurat, namun itu pun dia hendaklah berwuduk terlebih dahulu.

Imam Malik melandaskan pendapatnya dengan dalil hadis bab ini dan mengatakan bahwa makna hadits ini bersifat umum.

Imam Abu Hanifah mengatakan bahwa wanita haid dan nifas dilarang
memasuki masjid, sama halnya dengan orang yang berjunub.

Imam Malik mengatakan hal yang sama, namun beliau membolehkan keduanya memasuki masjid kerana dalam keadaan darurat, seperti jiwa atau harta bendanya dalam keadaan terancam.

Imam al-Syafi'i dan Imam Ahmad mengatakan mereka boleh lewat di dalam masjid jika dapat menjamin  masjid tidak akan tercemar/tertetes oleh darahnya.

Sedangkan Imam al-Syafi'i melarang mereka menetap di dalam masjid secara mutlak. Tetapi Imam Ahmad membolehkan mereka tinggal di dalamnya apabila darahnya terhenti namun orang itu hendaklah berwuduk terlebih dahulu.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
[28/3 2:47 PM] Ⓜ️usthofa AB: *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB TENTANG MANDI DAN JUNUB*_

*HADITS KE 106 :*
 

*وَعَنْهَا قَالَتْ: ( كُنْتُ أَغْتَسِلُ أَنَا وَرَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم مِنْ إِنَاءٍ وَاحِدٍ تَخْتَلِفُ أَيْدِينَا فِيهِ مِنَ اَلْجَنَابَةِ )  مُتَّفَقٌ عَلَيْه ِزَادَ اِبْنُ حِبَّانَ: وَتَلْتَقِي أيدينا.*

Dari 'Aisyah Radliyallaahu 'anhu pula dia berkata: *Aku pernah mandi dari junub bersama Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam dengan satu tempat air tangan kami selalu bergantian mengambil air.* Muttafaq Alaihi.
Ibnu Hibban menambahkan: *Dan tangan kami bersentuhan.*

*MAKNA HADITS :*

```Hadis ini mengandung pemahaman bahwa seorang wanita boleh mandi dengan suaminya dari satu bejana/wadah ketika keduanya mandi junub bersama. Tangan Nabi (s.a.w) dan tangan 'Aisyah (r.a) saling bertemu dan saling berbenturan ketika mengambil (mencedok) air dari bejana itu. Dalam keadaan seperti itu tidak ada mudharat bagi keduanya, kerana tangan keduanya tidak mencabut kesucian air yang ada di dalam bejana itu. Bahkan air tetap suci seperti sedia kala, suci lagi
menyucikan. Dengan kata lain air tidak menjadi musta'mal.```

*FIQH HADITS :*

Seorang wanita boleh mandi bersama dengan suaminya dalam satu bejana.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
[30/3 1:44 AM] Ⓜ️usthofa AB: *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB TENTANG MANDI DAN JUNUB*_

*HADITS KE 107 :*
 

*وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ( إِنَّ تَحْتَ  كُلِّ شَعْرَةٍ جَنَابَةً فَاغْسِلُوا اَلشَّعْرَ وَأَنْقُوا اَلْبَشَرَ )  رَوَاهُ أَبُو دَاوُدَ  وَاَلتِّرْمِذِيُّ وَضَعَّفَاه*

*وَلِأَحْمَدَ عَنْ عَائِشَةَ نَحْوُهُ وَفِيهِ رَاوٍ مَجْهُول*

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: *"Sesungguhnya di bawah setiap helai rambut terdapat jinabat. Oleh karena itu cucilah rambut dan bersihkanlah kulitnya."* Riwayat Abu Dawud dan Tirmidzi dan keduanya menganggap hadits ini lemah.

Menurut Ahmad dari 'Aisyah Radliyallaahu 'anhu terdapat hadits serupa. Namun ada perawi yang tidak dikenal.

*MAKNA HADITS :*

```Air meresap ke seluruh tubuh ketika mandi junub adalah wajib. Oleh kerana
rambut boleh mencegah sampainya air ke bagian yang ditutupi oleh rambut,
maka Nabi (s.a.w) mengingatkan kita untuk tidak mengabaikannya ketika mandi junub. Baginda menganjurkan kita untuk memastikan air itu benar-benar sampai ke akar rambut dengan menegaskan bahwa di bawah setiap helai rambut terdapat janabah. Di dalam hadits yang diceritakan oleh 'Ali ibn Abi Thalib (r.a) disebutkan:

من ترك موضع شعرة من جنابة فعل بها كذا وكذا في النار. قال فمن ثم عاديت شعر رأسي وكان يجز شعره
“Barang siapa yang meninggalkan satu tempat meskipun hanya sehelai rambut ketika mandi junub, kelak akan dilakukan terhadapnya demikian dan demikian di dalam neraka. Lalu 'Ali berkata: “Oleh itu saya memusuhi rambutku.” 'Ali sentiasa mencukur rambutnya.”```

*FIQH HADITS :*

1. Wajib membasuh seluruh tubuh ketika mandi junub dan tidak ada satu pun anggota tubuh yang dimaafkan apabila tidak terkena air.

2. Wajib menghilangkan segala sesuatu yang boleh mencegah sampainya air ke kulit tubuh.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
[1/4 1:25 AM] Ⓜ️usthofa AB: *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB TENTANG TAYAMUM*_

*HADITS KE 108 :*
 

*عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اَللَّهِ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهُمَا; أَنَّ اَلنَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: ( أُعْطِيتُ خَمْسًا لَمْ يُعْطَهُنَّ أَحَدٌ  قَبْلِي: نُصِرْتُ بِالرُّعْبِ مَسِيرَةَ شَهْرٍ وَجُعِلَتْ لِي اَلْأَرْضُ مَسْجِدًا وَطَهُورًا فَأَيُّمَا رَجُلٍ أَدْرَكَتْهُ اَلصَّلَاةُ فَلْيُصَلِّ )  وَذَكَرَ اَلْحَدِيث*

*وَفِي حَدِيثِ حُذَيْفَةَ عِنْدَ مُسْلِمٍ: ( وَجُعِلَتْ تُرْبَتُهَا لَنَا طَهُورًا إِذَا لَمْ نَجِدِ اَلْمَاءَ)*

*وعن علي رضي الله عنه عند أحمد "وجعل التراب لي طهورا"*

Dari Jabir Ibnu Abdullah bahwa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: *"Aku diberi lima hal yang belum pernah diberikan kepad seorang pun sebelumku yaitu aku ditolong dengan rasa ketakutan (musuhku) sejauh perjalanan sebulan; bumi dijadikan untukku sebagai tempat sujud (masjid) dan alat bersuci maka siapapun menemui waktu shalat hendaklah ia segera shalat."* Muttafaq Alaihi.

Dan menurut Hadits Hudzaifah Radliyallaahu 'anhu yang diriwayatkan oleh Muslim disebutkan: *"Dan debunya dijadikan bagi kami sebagai alat bersuci."*

Menurut riwayat Ahmad daripada „Ali (r.a) disebutkan: *“Dan dijadikan bagiku tanah dapat menyucikan.”*

*MAKNA HADITS :*

```Dalam pembahasan sebelum ini telah disebutkan bersuci dengan air, baik ber-suci kecil (wudhu) maupun bersuci besar (mandi junub) di samping hukum-hukum yang berkaitan dengan keduanya.

Dalam bab ini diterangkan pula bersuci dengan debu kerana tanah dapat
dijadikan sebagai pengganti bersuci dengan air, tetapi tidak boleh menggunakan cara ini kecuali dalam keadaan yang tidak memungkinkan memperoleh dan menggunakan air. Ini merupakan salah satu keistimewaan umat Nabi Muhammad (s.a.w).

Allah (s.w.t) telah memuliakan Rasul-Nya dan umatnya dengan keistimewaan yang amat banyak, antara lain ialah mendapat pertolongan melalui perasaan takut yang mencekam hati musuh. Rasa takut itu dilemparkan oleh Allah ke dalam hati mereka sekalipun jarak antara Nabi (s.a.w) dengan mereka memerlukan perjalanan
sejauh satu bulan. Umat Nabi (s.a.w) diperbolehkan mengerjakan sholat di mana-mana tempat di muka bumi ini kerana semua bumi adalah tempat sujud untuknya dan tanahnya dapat menyucikan. Bagi umat sebelum ini, ibadah mereka tidak sah kecuali hanya di tempat-tempat ibadah mereka sendiri.

Dihalalkan pula harta ghanimah bagi umat Nabi (s.a.w). Oleh sebab itu, mereka dapat menikmatinya.
Sedangkan umat sebelum ini diharamkan ke atas mereka harta ghanimah itu. Allah (s.w.t) memerintahkan mereka mengumpulkan harta ghanimah di tanah
lapang, lalu Dia mengirimkan api dari langit yang langsung membakarnya. Nabi (s.a.w) diberi Syafa'ah al-'Uzhma untuk memberikan ketenangan kepada ahli mawqif di padang mahsyar kelak. Nabi (s.a.w) diutus untuk seluruh umat manusia secara umum, sedangkan sebelum itu setiap nabi hanya diutus untuk kaumnya secara khusus.

Ya Allah, berilah Nabi kami kebenaran untuk memberi syafaat kepada kami, dan jadikanlah kami berada di bawah panjinya, yaitu panji pujian kelak pada hari kiamat. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Engkau
memperkenankan orang yang berdo'a kepada-Mu, wahai Tuhan semesta alam.```

*FIQH HADITS :*

1. Keutamaan Nabi (s.a.w) ke atas nabi-nabi yang lain.

2. Membicarakan nikmat Allah bukan untuk tujuan membanggakan diri dan
bukan pula untuk menyombongkan diri, sebaliknya untuk mendorong dirinya
dan orang lain yang memperoleh suatu nikmat supaya bersyukur dan
bertambah giat melakukan amal ibadah kepada Allah yang memberi nikmat
itu. Allah (s.w.t) berfirman:  وأما بنعمة ربك فحدث “Dan terhadap nikmat Tuhanmu, hendaklah kamu menyebut-nyebutnya
(dengan bersyukur).” (Surah al-Dhuha: 11).

3. Rasulullah (s.a.w) ditolong oleh Allah melalui perasaan takut yang mencekam dan menggentarkan hati musuh-musuhnya. Al-Ru'b atau perasaan takut atau gementar merupakan salah satu dari balatenteranya yang maju menggempur hati dan semangat musuh-musuhnya hingga mereka sudah merasa kalah sebelum perang yang sebenar dimulakan.

4. Menetapkan hukum-hukum syariat yang antara lain ialah mengerjakan solat tidak mesti dilakukan hanya di dalam masjid sahaja.

5. Pada asalnya tanah itu hukumnya suci.

6. Tayammum membolehkan apa yang dicegah oleh hadas sama halnya dengan air. Pendapat ini merupakan mazhab Imam Abu Hanifah. Jadi, baginya seseorang dengan tayammum boleh mengerjakan solat fardu dan solat sunat sebanyak apa yang dia kehendaki selagi belum berhadas atau belum menjumpai air, kerana tayammum baginya merupakan pengganti air secara mutlak. Namun Jumhur ulama mengatakan dibolehkan mengerjakan sekali solat fardu dan solat sunat seberapa banyak dia mampu mengerjakannya, tetapi
tidak boleh digunakan untuk menggabungkan dua solat fardu. Jika ketika bertayammum seseorang itu berniat untuk mengerjakan solat fardu, maka dia dibolehkan mengerjakan sekali solat fardu dan solat sunat. Tetapi jika berniat untuk melakukan solat sunat, maka dia tidak dibolehkan mengerjakan solat fardu kecuali dengan tayammum yang baru.

7. Tayammum hanya khusus dilakukan dengan debu, sedangkan bertayammum dengan menggunakan objek yang selainnya tidak dianggap memadai menurut pendapat Imam Ahmad dan Imam al-Syafi'i. Sedangkan menurut mazhab Maliki dibolehkan bertayammum dengan apa-apa yang termasuk jenis tanah dengan syarat tidak dibakar. Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad mengatakan bahawa tayammum sah dengan menggunakan semua benda suci yang termasuk jenis tanah, iaitu segala sesuatu yang tidak menjadi abu dan tidak lembek apabila dibakar dengan api, seperti debu, pasir dan batu. Jika sesuatu itu menjadi abu apabila dibakar seperti kayu serta daun kering, dan sesuatu yang menjadi lembek apabila dibakar dengan api seperti besi dan timah, maka tayammum tidak sah dengan menggunakan benda tersebut
apabila tidak terdapat debu yang melekat padanya. Abu Yusuf, salah seorang ulama mazhab Hanafi, mengatakan bahawa tidak sah bertayammum kecuali dengan menggunakan debu dan pasir.

8. Ghanimah dihalalkan bagi umat Nabi Muhammad (s.a.w).

9. Hanya Rasulullah (s.a.w) yang diutus kepada seluruh umat manusia secara
umum.

10. Allah (s.w.t) menganugerahkan Syafa'at al-'Uzhma kepada Rasul-Nya untuk membebaskan umat manusia dari kesusahan dan huru-hara pada hari kiamat.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
[2/4 2:04 AM] Ⓜ️usthofa AB: *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB TENTANG TAYAMUM*_

*HADITS KE 109 :*
 

*وَعَنْ عَمَّارِ بْنِ يَاسِرٍ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: ( بَعَثَنِي اَلنَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم فِي حَاجَةٍ فَأَجْنَبْتُ فَلَمْ أَجِدِ اَلْمَاءَ فَتَمَرَّغْتُ فِي اَلصَّعِيدِ كَمَا تَمَرَّغُ اَلدَّابَّةُ ثُمَّ أَتَيْتُ اَلنَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لَهُ فَقَالَ: إِنَّمَا كَانَ يَكْفِيكَ أَنْ تَقُولَ بِيَدَيْكَ هَكَذَا  ثُمَّ ضَرَبَ بِيَدَيْهِ اَلْأَرْضَ ضَرْبَةً وَاحِدَةً ثُمَّ مَسَحَ  اَلشِّمَالَ عَلَى اَلْيَمِينِ وَظَاهِرَ كَفَّيْهِ وَوَجْهَهُ )  مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ وَاللَّفْظُ لِمُسْلِم*

*وَفِي رِوَايَةٍ لِلْبُخَارِيِّ: وَضَرَبَ بِكَفَّيْهِ اَلْأَرْضَ وَنَفَخَ فِيهِمَا ثُمَّ مَسَحَ بِهِمَا وَجْهَهُ وَكَفَّيْه*

Ammar Ibnu Yassir Radliyallaahu 'anhu berkata: *Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam telah mengutusku untuk suatu keperluan lalu aku junub dan tidak mendapatkan air maka aku bergulingan di atas tanah seperti yang dilakukan binatang kemudian aku mendatangi Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam dan menceritakan hal itu padanya. Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "sesungguhnya engkau cukup degnan kedua belah tanganmu begini." Lalu beliau menepuk tanah sekali kemudian mengusapkan tangan kirinya atas tangan kanannya punggung kedua telapak tangan dan wajahnya.* Muttafaq Alaihi dan lafadznya menurut Muslim.

Dalam suatu riwayat Bukhari disebutkan: *Beliau menepuk tanah dengan kedua telapak tangannya dan meniupnya lalu mengusap wajah dan kedua telapak tangannya.*

*MAKNA HADITS :*

```Sahabat yang mulia 'Ammar ibn Yasir (r.a) menempuh cara dzahir sebagaimana yang dituntut oleh pemahaman analogi dan akal. Beliau berpandangan tayammum
merupakan pengganti mandi. Oleh sebab itu beliau meyakini bahwa seluruh tubuh mesti terkena debu sebagaimana halnya mandi. Untuk itu, beliau berguling di atas
pasir seperti bergulingnya seekor hewan ternakan. Nabi (s.a.w) menjelaskan kepadanya tatacara bertayammum yang disyariatkan oleh Allah (s.w.t).```

*FIQH HADITS :*

1. Tidak ada celaan terhadap seorang mujtahid apabila dia telah mengerahkan seluruh kemampuannya tetapi masih tetap salam dan tidak mencapai
kebenaran.

2. Pengajaran secara praktikal memiliki kesan yang lebih mendalam dibanding pengajaran secara teori.

3. Boleh membatasi tayammum hanya dengan sekali pukulan (sekali ambil debu).

4. Disyariatkan mengusap wajah dan dua telapak tangan dalam tayammum
menurut pendapat Imam Malik dan Imam Ahmad. Sedangkan menurut Imam Abu Hanifah dan Imam al-Syafi‟i di dalam qaul jadidnya, batas mengusap tangan sampai kepada kedua siku. Keduanya melandaskan pendapat mereka kepada dalil hadis kedua yang akan disebut sesudah ini.

5. Tayammum sudah mencukupi dijadikan sebagai pengganti mandi junub apabila air tidak dijumpai.

6. Disyariatkan menepuk kedua tangan ketika bertayammum.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..
[3/4 1:10 AM] Ⓜ️usthofa AB: *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

*KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI*

_*BAB TENTANG TAYAMUM*_

*HADITS KE 110 :*
 

*وَعَنِ اِبْنِ عُمَرَ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ( التَّيَمُّمُ ضَرْبَتَانِ ضَرْبَةٌ لِلْوَجْهِ وَضَرْبَةٌ لِلْيَدَيْنِ إِلَى اَلْمِرْفَقَيْنِ )   رَوَاهُ اَلدَّارَقُطْنِيُّ وَصَحَّحَ اَلْأَئِمَّةُ وَقْفَه*  

Ibnu Umar Radliyallaahu 'anhu berkata bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: *"Tayammum itu dengan dua tepukan. Tepukan untuk muka dan tepukan untuk kedua belah tangan hingga siku-siku."* Riwayat Daruquthni dan para Imam Hadits menganggapnya mauquf.

*MAKNA HADITS :*

```Nabi (s.a.w) memberi petunjuk kepada umatnya dan menjelaskan kepada mereka tentang hukum. Kadang kala baginda menjelaskan perkara yang wajib secara komprehensif dan kadang  pula menjelaskan apa yang dianjurkan secara lengkap. Baginda menjelaskan bahwa tayammum itu dilakukan dengan dua kali pukulan debu; sekali pukulan untuk mengusap wajah dan sekali pukulan lagi untuk mengusap kedua tangan.

Ada sebagian ulama fiqih yang menjadikan hadis ini sebagai batasan
tayammum yang sempurna dan menjadikan perkara yang diwajibkan hanya dengan sekali pukulan. Ada yang menjadikan pengusapan terhadap kedua tangan hanya sampai batas kedua pergelangan tangan serta menjadikan pukulan yang
kedua dan mengusap sampai batas kedua siku sebagai batas tayammum yang sempurna. Pendapat ini berlandaskan kepada usaha menggabungkan beberapa
hadis dalam masalah ini. Ada juga di antara mereka yang menjadikan dua kali pukulan serta mengusap kedua tangan sampai batas kedua siku itu merupakan perkara yang diwajibkan dalam tayammum karena berdasarkan tarjih hadis-hadis yang menunjukkan demikian. Cara ini merupakan yang ditempuh melalui tarjih.```

*FIQH HADITS :*

1. Menjelaskan cara bertayammum, iaitu dilakukan dengan dua kali pukulan. Ini menurut pendapat Imam al-Syafi'i, Imam Abu Hanifah dan satu riwayat dari Imam Malik. Tetapi pendapat yang paling masyhur di kalangan mazhab Maliki ialah pukulan pertama fardu, sedangkan pukulan kedua sunat. Imam Ahmad mengatakan bahwa apa yang diwajibkan ialah sekali pukulan kerana
berlandaskan kepada hadis 'Ammar ibn Yasir (r.a) yang menceritakan: “Aku
pernah bertanya kepada Nabi (s.a.w) mengenai cara tayammum. Baginda
memerintahkan kepadaku melakukan sekali pukulan untuk mengusap wajah
dan kedua telapak tangan.”

2. Disyariatkan tertib (berurutan), yaitu dengan mendahulukan pengusapan wajah ke atas pengusapan kedua tangan. Ini adalah wajib menurut Imam al-Syafi'i. Sedangkan menurut pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam Malik, berurutan bukanlah syarat dalam bertayammum, sebaliknya ia hanya disyaratkan ketika menyucikan diri dari  hadas besar saja, bukannya untuk hadats kecil.

```Wallahu a'lam bisshowab..```

_*Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.*_

Semoga bermanfaat. Aamiin..